Tuesday, December 3, 2013

CERITA ROJAK

1.   SIBUK
Macam sibuk lebih pulak seminggu dua ni
nak lawat2 jalan2 komen2 pun tak dan.... RINDU.... nak baca cerita kawan2
biasa la ujung2 taun..
banyak nak kena buat...
tambah nak cuti... kena la perabih dulu kerja...
macam la boleh habih.......

2.   CUTI
Yeah... minggu depan makchaq cuti seminggu....
Nak pi jalan2 ngan adik bongsu makchaq 
dengan famili semua la... pakchaq pun ikut..
asyik dok baca orang pi gather2 family.. nak jugak gather2
2 famili pun ramai... 14 orang.. kami anak sorang 5...
harap2 tak ujan la...

2.  KENDURI RUMAH DZ
Makchaq pi kenduri aqiqah  Zayydan anak DZ
buat kat rumah mak MZ.. best rumah depa
atas bukit.. pokok keliling... adik beradik pun keliling..

heee... tengah2 dok taip ni pi jenguk blog DZ.... pulak.. 
besaqnya gambaq makchaq..... 

Kali ni pi BETUI tarikh, hari & tempat
tak sesat pulak tu.... tak macam YB.. depa sesat...(jangan marah YB..)
sebenaqnya makchaq tak sesat pasai DZ pi ambik..
baik kan host....

dan la jumpa YB, Elly & Mamaju yang sampai masa makchaq nak balik..

3.  FUWA
Makchaq dari dulu bukak restoren untuk kucing
depa mai singgah makan.....pastu suka ati depa la nak pi mana
nampak yang teruk2 bawak jugak pi klinik.. kesian..
tapi ada 1 mak kucing ni bawak anak dia 3 mai duduk rumah makchaq
kesian.....jaga la... Fuwa, Adik ngan Colet
la ni ada pulak adik depa.. Kak Yong, Angah ngan Acu..

Hari Sabtu bawak Fuwa & Colet pi klinik pasai depa cirit birit
semalam doktor telefon Fuwa dah mati..
sakit Parvo (sangat bahaya untuk kucing) sediihhh...
Colet ada lagi kat klinik tu....bertahan.. tapi kena drip...
semalam pi ambik Fuwa.. Colet menagis nampak kami.... nak balik kot..

Klinik Honey Pet kat Bangi tu baguih.. doktor ngan pekerja dia baik sangat..

4.  PASAI TAJUK
Pasai tajuk post ni CERITA ROJAK
makchaq cerita la 1 cerita rojak..
kisah lama dah... taun 74.. masa tu makchaq darjah 4..

Kami mai KL...  keluarga makchaq + tok
pi rumah pak penakan makchaq yang kerja KL
pak penakan makchaq ajak pi makan kat chow kit
kami try la makan rojak singpore...kat penang mana ada...
seronok la pilih nak apa.. depa potong2 hidang dalam 1 pinggan
berebut makan... dah licin pingan nampak 1 kertas tulih harga dia
ingat lagi makchaq 11.80.. terkejut... mahainya.. + ayaq tak tau la berapa..
ingat macam makan mee kat penang ka... sepinggan baru 3 - 4 kupang..

Ingat lagi mak tanya semua orang  sapa ada duit..
tok pun sampai selak baju ambik duit dalam baju dalam dia hat ada zip tu..he he
duit makchaq 2 kupang pun mak ambik..
alhamdulillah cukup la untuk bayaq..
kalau tidak jadi P Ramli abah....balik pakai singlet..hee

Serik... makan rojak singapore...

Dulu2 belas2 ringgit tu banyak....
la ni budak sekolah pun ada yang bawak sampai RM15 sehari..
macam tak dak harga sangat dah duit...


Thursday, November 21, 2013

ADA TAPI TAK LA MENAKUTKAN....

Ada kata seram  baca post makchaq sebelum ni
sebenaqnya yang kat rumah tu tak....
hanya suka gurau-gurau dan kita boleh rasa ja..
tapi yang kat kawasan bukit lain sikit..

Lepas baca cerita makchaq ni
mesti semua rasa tak dak apa pun...ok ja..

Kami masuk rumah tu hujung tahun 90
masa tu Hadi 4 tahun, Syuhada setahun lebih
pakchaq masa tu kerja Kementah, lebih banyak outstation dari dok rumah..
besaqnya cermin mata makchaq..
tu yang boleh nampak macam2 kot.. he he

Ni masa baru2 pindah..
Rumah ni dari depan nampak 2 tingkat
kat bawah ada 2 bilik pekerja.... lengkap dengan dapoq
dan bilik mandi tandas semua..
dapoq kayu.. tungku & dapoq buat dari simen la.. tapi untuk guna kayu api.... menarik kan.... makchaq suka..



Keluarga yang duduk dengan kami tu  ada 2 anak kecik jugak
(makchaq agak la sebab yg nampak budak lelaki dlm 5-6 tahun, pompuan 3-4 tahun
mak depa makchaq tak pernah nampak/perasan, ayah depa ja.....

Biasa la dengaq orang cakap2
makchaq tau mesti depa sebab makchaq jenih tak pasang radio/tv,  rumah memang sunyi
kalau kita kat bilik dengaq bunyi pinggan mangkuk sudu macam orang dok makan kat dapoq
nampak orang melintas masuk bilik ayaq
jenguk2 kat pintu/tingkap,  tutupkan tingkap..
lampu terpasang/tertutup sendiri.... (tapi mungkin tu tikuih @ sebab suis lama kot)

Ni tingkap dalam bil makchaq
yang makchaq kata tak selesa kalau tutup tu....
mesti kena bukak siang malam..

nampak dak daun tingkap tu...daun tingkap dari kayu..
memang tak mungkin la boleh tertutup sendiri/angin boleh tolak bagi tutup..
Tapi yang dalam bilik ni tak pernah tertutup sendiri..
yang  2nd bedroom je ada 2 yang boleh tutup sendiri


Yang buat makchaq tension budak2 tu main sorok2 barang

Mula sekali mainkan arwah mak
mak & abah  mai tolong kami pindah..
masa mak nak ambik kain buai dalam lemari tengok tak dak..
merata cari tak jumpa.. dia ambik kain pelekat buat buai
bila Syuhada dah tidoq dia nak mangkit
tengok kain buai elok dok terlipat kat sebelah...
masa ni tak terpikiaq apa2 lagi, dia ingat kot la sapa2 mai letak

Tak lama lepas tu minyak wangi makchaq hilang (mak & abah dah balik masa ni)
makchaq letak dalam lemari baju
anak2 memang tak sampai nak ambik - tinggi
jenuh cari.. dah la pakchaq baru bagi..
sehari sebelum pakchaq balik dari outstation
makchaq pi SOGO beli lain.... letak balik tempat biasa
tau2 esok pagi  bila bukak lemari
tengok ada 2 botoi minyak wangi sama dok sebelah menyebelah..
makchaq punya la terkejut bila tengok dua2 botoi tu..
masa tu memang konfius...

Lepas tu dah biasa dah.....
cari barang tak jumpa pastu ada.. dah tak kisah dah la....

Tapi ada sekali tu depa ambik walet makchaq
makchaq selalu balik masa lunch untuk siapkan kerja rumah
sidai kain, siap2 barang nak masak, basuh pinggan..
(makchaq kan takdak bibik.. anak2 hantaq nursery buat keja sorang2 cepat sikit..)

Masa nak balik ofis, walet pulak x dak
rasa sure letak atas kabinet (tempat selalu letak) tapi x dak..
cari la jugak mana tau salah letak.. angkat segala kusyen semua..
dah penat cari makchaq dah agak dah.. mesti depa..
makchaq pun duduk atas sofa pastu cakap kuat2

'sapa la ambik walet ni.. tolong la bagi  balik.. dah lambat ni.. dah dekat pukui 2..'

Lepas cakap tu, ketepek walet tu jatuh tepi kaki makchaq
ambik walet, cakap terima kasih , pi dulu...... assalamualaikum...
teruih pi kerja kelam kabut..

Lepas tu makchaq besa la jugak cakap rawak macam tu bila barang hilang
suruh tolong letak balik..cakap terima kasih bila dah ada...bagi salam..

Masa  bersalinkan Amir
makchaq selalu jugak dok sorang kat rumah masa cuti bersalin
bila pi masak tinggai Amir & Amir menangis dalam bilik..
makchaq  minta tolong depa tengokkan Amir
memang boleh dengaq la suara budak2 mengagah & Amir  berhenti menangis...
ada sekali pi nak tengok tapi tak nampak sapa.. Amir ja..

Memang la orang kata tak elok berkawan tapi nak buat lagu mana
dah depa dok situ dulu..

Tapi bukan semua orang boleh nampak
pakchaq tak pernah nampak, dia boleh dengaq ja..

Yang besa nampak
makchaq, abah, mak, adik makchaq, FIL dan ada jugak la
sedara yang mai rumah tanya anak sapa dok main kat belakang senja2
makchaq kata.. "anak orang sebelah .."
Ada jugak sedara yg tak nampak.. depa dengaq ja
kalau depa tanya makchaq kata "makchaq dok kemas dapoq../ budak2 ni dok main.."

Tapi..
yang dekat bukit belakang rumah garang sikit..
ada sekali tu makchaq sidai kain kat belakang.. dah nak magrib
Syuhada keluaq main sampai ke tepi bukit tu dengan anak penakan pakchaq
(anak penakan pakchaq tumpang rumah, kerja KFC)
dia bawak balik bunga bagi makchaq

Malam tu tengah tiduq tiba2 dia menangis macam menjerit
tengok mata dia macam melilau2 pastu menangis lagi
tengok jam pukui 12.15.. pakchaq tak dak
pujuk2 macam dia tak sedaq..
makchaq tak tau nak buat apa, pasang kaset mengaji
Alhamdulillah ok.. tapi kena mangkit la alih2 kaset tu
dulu2 kan kaset  player tak auto.. lepas pukui 3 dah ok..
siang pun dia ok ja...

Malam esok tu lagi teruk..pukui 12 menangis betui2  menjerit2
mata melilau2.. bila makchaq pujuk2..dia menjerit

'kau ambik bunga aku ya..aku bunuh kau.. aku bunuh kau..' berulang2

terkejut la makchaq.. masa tu Syuhada tak sampai 2 tahun
cakap macam tu.. selalunya pelat2..  dah la kata nak bunuh2 pulak...

Makchaq buat macam malam sebelum tu la jugak
pasang kaset mengaji.. nak mengaji sendiri dah dok pujuk Syuhada
kali ni pasang kuat2 sebab dia menjerit2..
Alhamdulillah  pukui 3 dia dah ok..

Esoknya makchaq telefon pakcik makchaq kat Ampang
pakcik bawak pi jumpa sorang makcik ni untuk ubatkan..
tak dan nak cerita apa pun..
makcik tu cakap "budak ni ambik bunga orang.. tu yang orang tu marah sangat....
nasib baik bunga tu makchaq tak buang... tapi dah kering dah la..
pi letak balik.. bagi mandi ayaq yg makcik tu buat terus ok..

Pakchaq balik Syuhada dah ok..

Garang kan orang kat luaq tu...
kedekut pulak tu..
ngan budak2 pun nak bekira.....

lepas tu kalau kami pi belakang tu memang tak bagi la budak2 ambik apa..
bukit tu best.. macam ada trail kecik.. trail ayam utan kot..
kami  panjat2 jugak atas bukit tu......  tapi siang2 la...


Ni rumah kami kat level atas
dari level ni jadi rumah setingkat ja....
pintu & grill macam kedai.... kena lipat2.... bukannya sliding..

Pintu ni untuk keluaq ke belakang
makchaq sidai kain kat luaq ni..
kat kawasan lapang belakang ni la selalu budak2 tu dok main
yang nampak pokok2 tu dah dekat2 bukit belakang tu la..
memang pokok besaq2..

Tak tau la rumah ni ada lagi ka dak la ni....
makchaq suka sangat dok sini...sebab surrounding dia
banyak pokok.. dekat hutan/bukit.. sunyi.. cooling jaa
sesuai bercucuk tanam..

Tuesday, November 19, 2013

CERITA TAK DAK MOTIF

Tengok tajuk berita villa nabila
teringat makchaq pernah dok kuarters
tahun 91-93
rumah sesebuah jenis lama..
rumah peninggalan penjajah jugak rasanya
belakang rumah bukit 
pagi/petang kadang2 ada ayam hutan turun dari bukit tu 
tepi  ada pokok bunga tanjung yang besaq
depan ada 2 pokok kemboja besaq jugak..
redup ja rumah tu.. makchaq suka rumah tu

Tapi makchaq dapat rasa ada entiti lain jugak kat situ..
tak  mengganggu tapi kadang2 menyakat..
yang makchaq perasan ada 2 budak
selalu jengah2/jenguk2 macam main cak2 
selalunya kalau kita kat dapuq depa jenguk2 kat pintu
main2 kat laman belakang.. 
mak ngan adik makchaq pun pernah nampak

Ada sekali makchaq tengah masak
dengaq bunyi telefon
makchaq nak pi angkat dengaq pakchaq dok bercakap dah..
bila tanya pakchaq sapa yang telefon 
dia kata bukan ka makchaq yang angkat..

Esoknya ada kawan makchaq bagitau
dia telefon makchaq ada orang lelaki angkat
siap repeat number lagi
orang tu kata betul.. tapi  ni bukan rumah pakchaq
ni rumah Ismail 
jadi makchaq buat kesimpulan 
ada Ismail dan keluarganya duduk situ jugak..

Kami ok ja duk situ.. 3 tahun 
sampai pakchaq kena pindah Taiping
tapi makchaq tak boleh tutup tingkap bilik/ruang tamu
kalau tutup rasa sangat tak selesa 
jadi tingkap hanya tutup kalau kami balik kampung/x dak kat rumah lama
kalau tak siang malam mesti bukak ja tingkap

Banyak jugak la kejadian usik2 jadi 
tapi kalau nak cerita panjang la pulak..

Ada  la jiran yang kata
kami paling lama dok situ
selalunya x sampai setahun orang dah pindah....

Cerita apa ni macam tak dak motif...
hentam la.. asai dapat tambah post..

Wednesday, November 13, 2013

PEMBANTU DI RUMAH.


Makchaq tak dak pembantu
(pakchaq tak selesa.. makchaq pun sama kot)
jadi anak2  kena jadi pembantu makchaq sejak depa kecik
semua kerja rumah kami buat sama2
dengan pakchaq2 sekali join

Tolong masak
mula2 hat simple2
kupas bawang, potong sayuq, kupas teluq, pukui teluq
Nafisah tolong potong sayuq.. masa ni 3 taun lebih











Dah tadika tolong masak nasik, basuh pinggan
dah sekolah makchaq ajaq depa masak makanan yang depa suka
yang suka gulai ajaq buat gulai, yang suka masak cabai ajaq buat masak cabai..
yg suka mee ajaq buat mee..

tapi makchaq pun bukan la pandai masak.. pakchaq lagi pandai kot..
tapi depa kata sedap.. kira ok la.. boleh la ajaq..

lagi pun masa masak ni la kami sembang2 main2 gelak2 nyanyi2..
Alhamdulillah pulak sampai la depa ok/tak kisah kalau kena masak..

Pindah Putrajaya kami dok rumah teres.. jiran2 selalu dok teguq 
happy ja anak2 makchaq dok masak ramai2 bergelak2 kadang2 menyanyi2
sebelum tu kami dok kampung.. rumah jauh2.. menjerit pun orang tak dengaq..
masa mula2 pindah depa tak reti gaya lagi....
& depa heran tengok anak2 makchaq hat lelaki pun basuh baju/sidai baju..

Ialah jiran makchaq hat kerja kebanyakkan ada pembantu rumah
yang tak kerja.. dah cekap.. kerja rumah semua beres..
yang kerja pun lagi cekap.. semua boleh buat sendiri..

Kesimpulannya.. 
makchaq x berapa cekap...
tu la pasai perlu bantuan anak2 dan pakchaq...
Alhamdulillah depa nak bantu..

Wednesday, October 30, 2013

MASAK-MEMASAK SERAH PADA YANG PAKAR/TAK PAKAR PUN BOLEH,,,

Makchaq la ni jarang dah masak- memasak..
tugas ni dah diambik alih oleh anak2
anak dah besaq2... mak boleh la jadi tukang makan pulak..

tapi anak-anak makchaq semua ada kemahiran berbeza

hat sulung Hadi pandai masak lauk2 melayu lama/baru
gulai, masak lemak, korma, masak cabai...black paper, 3 rasa  semua terer

Syuhada pulak suka dessert2..& bake2 ..kek, biskut, puding.. piza
memang rajin n sedap2 dia buat
lauk2 boleh la simple2.. paprik, masak kicap, sayuq.. goreng2 ok la

Amir dulu suka western2 tapi la ni pandai jugak buat nasi lemak, nasik daging..etc
tapi pasai dia kerja dari pagi sampai malam jarang la masuk dapoq

Khadijah pulak terer makanan gerai .. goreng nasi/mee/bihun.. maggi lagi la pandai...

Jadi makchaq bila nak suruh masak apa2 pilih la orang yang pakar...

Baru ni nak buat daging hitam... biasanya Hadi yang masak..
tapi pasai dia kurang sihat.. Syuhada la kena masak..
makchaq bagi resepi cincai pakai telepon ja..

Masak cedok daging tengok serai sebatang..
" la...tak ketuk2 sikit ke serai ni..."
" kene ketuk ka? mak kata titik....."
" titk tu maknanya ketuk la..."
" ooo mana tau.. ingat cucuk2 tikam2 ka.."

Bila makchaq tengok serai tu betui2 nampak la... titik2 kecik2 kat serai tu..
comei ja... macam kena demam campak.....

Makchaq perasan memang makchaq tak pernah kot kata titik serai.. selalu kata ketuk
padan la kawan tu tak paham....

Tak kisah la... walaupun 1st time  masak ...serai tikam...daging hitam tu rasanya sangat marbeles..
setanding yang hadi buat.. sehingga menjilat jari.. sedap lagi dari makan kat kedai...

Wednesday, October 23, 2013

GAMBAQ LEGOLAND....TAK DAK ONG LA..

Kami suka LEGO
bila Legoland Malaysia bukak
memang semangat semua nak pi

Panas berlengas pun sanggup... minat punya pasal

1st time pi masa legoland baru buka
3 hari berturut-turut.... over sangat kan..
ambik gambaq sakan..
simpan gambaq dalam laptop, laptop kena curi... kecewa..

Masa 1st anniversary legoland pi lagi
(kali ni pakchaq tak ikut, dia sponsor ja..)
2 hari berturut-turut
tak cemuih budak2 ni..... makchaq pun sama... heeee
bila nak transfer gambaq , memory card pulak kena virus..
dapat la save beberapa keping... sedih lagi...

Setiap kali pi legoland teringat kat GB
sebab dia terlibat dalam projek pembinaan legoland
terer GB tu...nampak je comel & macam  manja..
tapi tererrr..

Semangat buat birthday cake.. dapat sijil....
Memang suka tengok bangunan-bangunan
yang depa buat dari lego ni...
pandai sungguh depa buat...
nampak macam betui-betui..

Masa mula2 pi tahun lepas nampak baru lego2 ni
lepas setahun dah season... lagi real pulak nampaknya
tapi banyak pulak yang dah tak gerak..



Kat belakang JPM dan Masjid Putra tu
hotel legoland.... ingat nak duduk situ
tapi tak siap lagi....
dah setahun tunggu..








Thursday, October 3, 2013

HATI MAK..


Semalam

dalam pukui 9.30 Amir telefon

" mak, Amir balik lambat sikit malam ni, nak jumpa customer "
" ok, hati2, jangan dok tunggu sorang-sorang kat tempat gelap pulak "
" tak la... Amir janji jumpa kat kedai mamak la.. tapi tak makan nak balik makan kat rumah "
" ye la... baik2 drive balik nanti.."

Macam tu la hati makchaq... sentiasa risau bila anak-anak/pakchaq  pi mana2 drive sorang-sorang
makchaq memang tak boleh nak tenang....
Amir pulak selalu jumpa customer malam-malam
ye la dia habih kerja pun pukui 10 mlm
buat part time pulak, juai macam2 handphone/komputer segala benda..

Tak sampai pukui 10.30pm dia dah sampai rumah

" eh...dah balik? "
" customer tak datang.... Amir call2 pun tak angkat.. dah la Amir dulukan duit.."
" mungkin dia dapat harga lagi bagus kot..tu yang dia tak jadi ambik kat Amir "
" tak mungkin.... Note3 ni Amir jual RM2199, Amir tak rasa ada orang sangup jual lagi murah..kira harga modal ja ni.. siap screen protector ngan cover 2250 ja"
" tak pe la... kalau dia tak jadi, mungkin ada orang lain nak beli.."

Makchaq kesian jugak la kat dia, keluaq duit dulu... tapi nak buat macam mana tak dak rezeki la tu..

Nak dekat tengah hari tadi dia call makchaq..

'' Mak, nak tau tak kenapa customer Amir semalam tak datang  "
" entah..la.."
" dia accident... meninggal... masa nak datang jumpa Amir tu.. "
" mana Amir tau? "
" mak dia telefon masa Amir tengah drive tadi.. Amir rasa bersalah sangat.. rasa sakit perut macam nak muntah..sebab malam tadi Amir rasa macam marah jugak kat dia.."

Innalillahhiwainnailaihirojiuunnn

Makchaq tak terkata, makchaq terus menangis.. sayu..sedih sangat2

Hati mak...
memang dapat rasa macam mana sedihnya yang mak arwah rasa
itu yang mak2 ni  selalu takut..bila anak2 ni pi mana-mana..

Malam ni Amir kata InsyaAllah dia nak menziarah keluarga Azmi
depa bukan kenai pun..
dia pun baru hari ni tau nama arwah tu Azmi bila mak arwah telefon..

Semoga roh Azmi dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

Sunday, September 29, 2013

BILA ABAH BALIK

Bila pakchaq balik
Nafisah la rasanya paling happy
ajak pakchaq pi sana sini
kalau keluaq jalan2 dengan pakchaq
ada saja dia nak kecek kat abah
dia tau mesti dapat punya..
sekali sekala.. abah sure bagi..

Mainan terbaru abah beli kat Nafisah
Creative jugak dia decorate kek & jelly
ni, tapi tangan tak kuat lagi bila tekan
icing tu ada kecik ada besaq

 
Ajak abah pi skating... abah ikut ja..
bukan main happy 2 beranak main skuter..
berkejar2.. mengekek2 gelak
Main inline skate abah tak pandai..
jadi tukang ikut ja pun Nafisah dah seronok..
Depa memang suka main ni
tapi la ni jarang dah main
semua dah sibuk.......

Tayang rantai ngan gelang baru..
girlish sungguh budak ni..
kalau nampak rantai/gelang/handbag/brooch/cekak
mesti...
"kejap- kejap.. Nafisah nak tengok ni kejap.."
tak tau la kuah mana yang tumpah kat dia..

Wednesday, September 25, 2013

SUSAH RUPANYA..

Semalam kawan lama telefon
dia kat immigresen nak buat permit bibik
tapi tersilap buat wang pos (terkurang jumlah bayaran)
dia mintak tolong makchaq hantaq dia ke Tabung Haji
nak kena keluaq duit lain pasai wang pos yg mula tu dah tak boleh guna..

Dalam kereta bersemangat dia cerita
baru la makchaq tau
susah  nak uruskan ambik bibik ni
dah la belanja banyak
urusan pun bukan main seksa
dia kata kalau ambik dari agensi mahai sangat pulak
jadi untuk jimat dua tiga ribu buat la sendiri

Selalu yang makchaq dengaq
cerita kawan-kawan dok pening kepala dengan perangai bibik
yang malas, yang lari tinggai budak2, yang mencuri macam2
rupanya nak dapat pun susah..

Kesian  kat orang yang memerlukan khidmat bibik ni
nak dapat pun jenuh
dah ada pun tak tentu senang

Makchaq tak pernah ada bibik...
pakchaq tak suka ada orang lain kat rumah

Monday, September 16, 2013

LAMA TAK JENGOK BLOG SENDIRI..

Lama tak jenguk blog sendiri...
teringat jugak nak tulih2..
tapi bila ralit dok gelut baca cerita kawan2
seronok sangat... terlupa nak bukak blog sendiri

Makchaq pulak tak dak cerita menarik
hari2 sama ja rutin..

gambaq pun tak dak
henpon tak boleh ambik gambaq

jumpa kamera  tak dak bateri
charge bateri
kamera pulak tak ingat letak mana
jumpa kamera
bateri yg charge tu pulak tak jumpa..
entahla....

Orang buat blog makchaq pun nak buat
tapinya...
kata orang penang ..
tak dak tanjak nak jadi blogger..

Jadi pembaca blog lebih sesuai....

Wednesday, August 21, 2013

RAYA

Sampai ke Jitra hari Rabu
pakchaq dah order ketupat
makchaq tinggai buat rendang ja la..
senang kerja...

Makchaq tengok banyak kueh raya pakchaq
baulu, bangkit, putu kacang, putu beras, biskut moden berjenis2
berpeket2  berbekas2...

'banyaknya beli kuih bang....'
'tak beli... semua orang bagi....'
semua kami bawak balik pasai pakchaq dok sorang tak larat nak makan....

Kad raya pakchaq pun banyak...
makchaq tahun ni dapat 1 ja.. hantaq tak langsung
pakchaq hantaq/balas sampai 100 lebih
ada yang tak terbalas pasai dah habih kad..
(nampak sangat pakchaq ngan geng2 dia pesyen lama kan... orang moden mana ada hantaq kad raya dah..- cemburu sebenaqnya he he.)

Raya pertama lepas sembahyang raya kat masjid negeri Perlih
kami pi Istana terbuka Arau....

Balik dari Arau pi raya rumah kawan lama
la ni dah bukak pondok kat kampung Sungai Mati Aloq Staq
Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah

Raya kedua beraya di Kulim & Penang
ziarah mak2 penakan..
rumah arwah mak & abah  tak singgah pun (dah 3 raya tak balik)
adik yang dok situ balik raya rumah mertua dia..
tak kan kami nak pi dok rumah depa pulak masa depa tak dak..
sedih jugak la.... lama tak balik rumah mak...

Raya ketiga buat makan2 kat rumah mak Taiping
makchaq ajak abang ngan adik2 makchaq mai
dapat la kami berkumpui bersembang adik beradik...
berkumpui raya kat rumah orang...
kat kampung orang...
kira halai la..
yang penting dapat kumpui adik beradik..

Jemput Zu Megat http://ibuaniszulaikha.blogspot.com/
rupanya dia clasmate anak penakan pakchaq...
jadi la ni dia kena panggei makchaq  - maknjang
kat Taiping kami jadi maknjang & paknjang

Kat rumah Taiping kami yang last balik..
kakak/adik ipaq semua balik awai
lambat la keluaq pasai mencuci, mengemas
rumah nak tinggai kosong.. kena la settle dulu..

Makchaq adik beradik bercanda kat rumah mak Taiping,
adik lelaki ngan isteri (depa yg dok rumah arwah mak),
depan tu abang, makchaq, kak ipaq, adik  pompuan.
Paling kanan mak penakan & sepupu makchaq
Makchaq dengan Zu
Tak sangka dia classmate
anak penakan pakchaq





 Tengok budak2 ni.. masa makchaq
ngan pakchaq ada elok sopan ja bergambaq

kami masuk ja.. macam2 gaya..
entah apa2



Bersalam raya  dengan Raja Perlih.. ramai sungguh orang mai
beraya rumah depa.. pukui 11 tak habih lagi bersalam 
Sebahagian kuih/biskut raya yang orang bagi kat pakchaq.
Hat dalam pack tu berbekas2..
Alhamdulillah.. semoga murah rezeki orang yang bagi tu..


Lepas raya hari jadi pakchaq
dah tak tau nak bagi apa
maklum la dah 28 tahun kahwin
macam2 dah bagi..
jadi makchaq bagi hadiah
depa berdua ni kat pakchaq
Atan ngan Siti


Pakchaq suka.. dapat2 teruih boh dalam poket baju...sampai tertidoq dua2

tengok.. relax ja kan..
depa dok ataih tangan
tuan depa...









Gigih siapkan post tengah2 malam tadi..
tapi entah pasaipa tak boleh nak tekan button publish..
hari ni la baru publish..

lagi sekali ucapan..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Sunday, August 18, 2013

ADUI... RASA NAK MENANGIS...

Minggu lepas masuk keja 2 hari
tengok banyaknya benda nak kena buat....
kerja yg mai masa makchaq cuti 2 hari sebelum raya
tak sempat pun nak settle semua..
semangat raya ada lagi... semangat keja belum mari..

Hari ni macam semangat sikit nak mai kerja
dalam pukui 9 dapat pulak satu tugas mencabar...

Big Bos nak statistik Jenayah Kolar Putih
dari tahun 2006 sampai la ni
yang depa nak....

i. Kesalahan dan peruntukan dalam undang – undang. 

ii. Nama tertuduh, siapa tertuduh, Cth kakitangan kerajaan, ahli korporat, atau peganggur dll. Dan juga hukuman yang dikenakan.

2. Satistik diperlukan pada 20.8.2013

TERUIH PATAH SEMANGAT MAKCHAQ TAU.... RASA NAK MENANGIS.... 

Mati la macam ni....
depa ingat senang ka nak cari... 
mana makchaq nak gagau orang jahat tu sapa.. 
kerja apa..  
setakat nama tu boleh la....

Mintak nyawa... mintak nyawa..... 

Monday, August 5, 2013

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sepanjang posa bukan main banyak kerja
(sampai tak dan nak jengok blog sendiri.. blog kawan2 dan jugak la pi sat-sat)

Hari ni dah ramai cuti kot.. lengang.....relaks ja
telefon sekali sekala ja berdering..
elok sangat la kan.. 
dapat makchaq bermalas- malasan...
semangat nak bercuti pun lebih dari semangat kerja..

Makchaq esok dah cuti
malam esok dah nak ke Kedah
raya pertama kami di Kedah/Perlih
raya kedua Penang
raya ketiga Taiping
hari Ahad dah nak balik ke Putrajaya

Tak cuti lama pasai Syuhada tak boleh cuti
cuti dia dari Rabu sampai Isnin

Kepada semua kawan2 
makchaq ucapkan

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

terutamanya kalau ada makchaq terkasaq bahasa 
tersilap kata masa menulih dan mengomen
makchaq mohon ampun dan maaf 

Tuesday, July 23, 2013

UPDATE BULAN POSA & NAK KONGSI CERITA

Lamanya tak jengok blog
ada jugak la pi jengok kawan2 sat2
selalunya tak dan komen pun
baca ja kalut2

Posa pun dah nak ke penghujung
mudah2an amal ibadat kita semua diterima olehNya
ingatkan tahun ni dspatlah makchaq posa penuh
ramai geng2 sebaya dah posa penuh
tapi ABC jugak minggu lepas..
tahun depan la agaknya boleh posa dan sembahyang penuh
semoga masih ada umuq..

Ni kejadian malam tadi yg rasa patut dikongsi
Amir bertolak ke Kedah malam tadi
keluaq rumah lebih kurang 1.00 pg
sebelum sampai Rawang dia terlanggaq sesuatu kat tengah jalan
kereta  boleh jalan, dia terus ke R & R Rawang,
rupanya ada 4 lagi kereta lain yg berhenti sebab yg sama
bila tau banyak yg kena, Amir telefon PLUS, depa mai tolong
dia dimaklumkan pihak PLUS memang ada orang yg sengaja buang objek
mungkin untuk cari bisnes agaknya
bila ada accident ada la bisnes

Kalau betui apa yg orang PLUS cakap memang jahat la orang2 tu
sanggup gadaikan nyawa orang..

Alhamdulillah tak da apa2...

Kepada sapa2 yang nak travel malam kena la hati2..

Wednesday, July 3, 2013

BELUM REZEKI

Pakchaq bagitau
kawan sepejabat dia dapat tukaq ke KL
tapi dia masih kekal kat sana..

Belum ada rezeki nampaknya

Redha....
Allah maha mengetahui..

Wednesday, June 26, 2013

TAK TERKATA APA...

Tenganga makchaq bila baca

"No chemical was used in the ink but it was instead replaced with permitted food colouring,"

Awatla... sampai jadi lagu tu..

Sebagai sorang penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan makchaq rasa malu, sedih dan kecewa...

Sebagai sorang rakyat Malaysia pun makchaq rasa sedih dan kecewa... rasa  tak dihormati

Sedih.. dengan pendedahan oleh DS Shahidan Kassim

Beriya2 canang.....

beriya2 kaji....

berjuta2 beli.... (6.9 juta termasuk kos reka botoi, nak reka beruih, nak reka kotak.. nak reka campuq warna..)

bukan main pulak tu pertahan bila orang kondem......

tau-tau habaq.......

Ganti guna pencelup yang diluluskan.....

lepaih tu...... salahkan orang hat pi basuh pulak... yang tukang beli?

Yang makchaq heran...
benda penting macam ni...
yang dok tau orang memang nak cari pasai.... nak buat isu..
buleh dok buat halai balai lagu ni..


Nota:
Makchaq bukan ahli mana2 parti... tapi kecewa jugak la bila orang yang diberi kepercayaan buat lagu tu.. macam tak hormat langsung kat orang yang bagi kepercayaan kat depa...

Monday, June 17, 2013

TULIH JUGAK CERITA MAKCHAQ

Dah penat jalan2 sana sini (bw ja..)
balik tengok blog sendiri..
waaa.. memang makchaq kena tulih jugak la nampaknya...

Ingat nak melawak ngan Cikda
tau-tau sendiri yang kena..

Bila makchaq dah tulih pasai makchaq
harap2 jangan la ada orang tak mau kawan ngan makchaq pulak..

1.
Makchaq ni orang yang sangat sempoi... tak suka susah2,  tak suka renyah2...

2.
Makchaq asai orang Penang,  kahwin ngan orang Taiping,  jumpa kat Sabah. 
Pi Sabah masa bujang, balik dah ada anak 2 orang. 

3.
Makchaq adik beradik 3 orang, ada sorang adik lelaki dan sorang adik pompuan, depa semua dok Penang... makchaq sorang dok Putrajaya... sedih...

Pasai adik beradik sikit makchaq berangan nak anak ramai, tapi lepas dapat anak ke empat rasa dah tak larat...  bila anak2 dah besaq rasa larat pulak... jadi makchaq pun plan sorang lagi anak masa umuq makchaq 44 tahun.. makchaq dapat Nafisah masa umuq 45

4.
Makchaq tak suka tengok tv/dengaq radio, dari dulu memang sangat jarang tengok tv/dengaq radio... anak2 pun sama kot.. ada masa tv kat rumah langsung tak on sampai berhari2...(sampai ada orang pernah komen rumah kami sunyi sepi macam tak dak orang..) 

jadi kalau tanya makchaq pasai filem ka, drama ka, lagu ka, artis ka, memang tak tau dan tak kenai sangat la...

Baru ni masa persembahan angklong kat Bandung, MC umumkan Aaron Aziz ada sama2 kami, keluaq tu guide kami tanya yang mana satu..
makchaq tak kenai, tanya khadijah pun tak kenai, pakchaq pulak kata pernah dengaq nama tapi tak kenai orangnya
jadi tak dapat la nak tunjukkan kat guide tu artis dari Malaysia..

5.
Makchaq suka baca... tapi la ni macam tak larat nak baca lama2.. tu yang buku tebai2 dah malas nak baca.. tak larat nak perabih... beralih baca blog pulak.. pendek dan interesting..

Baaanyak lagi buku yang makchaq beli tapi tak baca2.... tapi bila tengok buku yang best beli lagi..

6.
Makchaq ni sangatlah  ' jack of all trade but master of none'. 

Macam2 boleh buat tapi untuk suka2 sendiri dan keluarga ja la...masak, jahit, bertukang, berkebun, main muzik, lukis, semua boleh tapi sikit2...
Dulu arwah mak & abah kata makchaq Mcgyver.. bagi apa pun boleh pebaik, buleh buat..

7.
Makchaq tak pakai make-up.  Kalau pakai sikit2 pun bila terpaksa.  Tak pernah pakai eye shadow & blusher seumuq hidup,  beli pun tak pernah..

Pi kerja.. bedak pun tak pakai, apa lagi lipstik...memang jenih bersiap tak payah tengok cermin...
Cuci muka pun jarang guna pencuci muka.. bedai ja sabun mandi... kadang2 bila shampo rambut dengan muka2 badan2 sekali makchaq shampoo..

8.
Makchaq tak pakai accessories.  Tak kira la emas ka tipu punya,  biasanya memang makchaq tak pakai.  Pakai bila keadaan terpaksa pakai...Jam pun tak pakai. 

Ada sekali tu masa dok bersiap kat  rumah kakak ipaq (nak pi kenduri) kakak2 ipaq masing2 bok kluaq celepa hat depa bubuh barang kemas masing2... makchaq memang tak dak la..
MIL makchaq tengok kat makchaq.. kesian gamak kot...dia offer makchaq pakai gelang ngan cincin dia...
tak ambik la.. mana nak celuih.. makchaq 2 kali ganda besaq dari MIL makchaq tu..

Handbag pun selalu tak bawak.  Baju suka hat ada poket, buleh boh h/p, duit dalam poket.

Kalau jalan jauh baru bawak handbag ngan wallet pasai nak bawak ic, license etc.  kalau setakat pi kerja memang jarang bawak.....

9.
Makchaq hari2 kena makan nasik.  kalau tak makan nasik, makan banyak mana pun rasa macam tak kenyang.  Dulu makchaq boleh makan nasik sampai 3  4 kali sehari.. la ni kurang la sikit

10.
Masalah  makchaq... makchaq ni wonder women.  Makchaq pernah tulih pasai ni kat super hero

11.
Makchaq ngan pakchaq sangat berbeza watak, baik anak2, baik orang yang kenai kami berdua selalu kata macam tu...
tapi pasai berlainan tu kot tarikan lebih macam besi berani tu.. utara ngan selatan...

Sekian... sebarang kemusykilan akan makchaq jawab kemudian..he he

Amboi..penatnya tulih....nak jawab soalan tambahan Cikda pun dah tak larat.. jawab soalan bonus ja la... Makchaq suka baca blog Cikda


Thursday, June 13, 2013

CERITA PASAI MAKCHAQ

Cikda nak berkenalan ngan makchaq kot..
jadi dia suruh makchaq tulih 11 perkara tentang diri makchaq...

OK boleh la Cikda.. selamat berkenalan dari makchaq....

Thursday, June 6, 2013

KALI NI TULIH CERITA PANJANG

Cerita makchaq kali ni panjang sangat
lepas tulih ni boleh rehat sebulan..
boleh relax2  bw saja...

Minggu lepas makchaq 4 beranak pi Bandung
mungkin ramai yang dah pi
tapi makchaq  tak minat nak pi 
pasai bila orang cerita pi Bandung.. mesti cerita best shopping..
makchaq pulak tak suka jalan shopping2 ni..

Pakchaq yang ajak pi Bandung
nak ziarah bekas cikgu dia yg sedang uzur (orang Bandung)
lepaih beli tiket dapat berita cikgu pakchaq meninggai..
tak dak rezeki pakchaq nak ziarah cikgu dia....

Makchaq macam rasa tak best nak pi Bandung
jadi macam tak dak semangat nak uruskan apa2
pakchaq sibok memang tak dan nak urus..harap kat makchaq

Lagi seminggu lebih nak pi baru kalut nak urus ground
bawak Nafisah at least kena la ada tempat tidoq kan..
(kalau kami berdua tidoq masjid pun tak pa..he he)
Alhamdulillah sehari sebelum bertolak settle booking2 semua

Tak sangka rupanya best pi sana.....
kami tak pi banyak tempat pun 
Puncak - Safari & Masjid At ta'awun
Bandung - Tangkuban Parahu, Hot spring, De Ranch & Saung Angklong

Pi Pasar Baru tak sampai 2 jam, makan, beli telekong, beli kain (ada yg kirim)
tak round2 pun...pi tuju teruih  kedai telekong ngan kain teruih beli... 
factory outlet pun singgah sat sangat pasai Nafisah merengek2 tak suka pi kedai..

TAK KENAI MAKA TAK CINTA (tak sangka bila dah kenai makchaq agak jatuh cinta dengan Bandung dan Puncak)

Masjid At'taawun 
Masjid atas puncak bukit dikelilingi ladang teh. Sejuk, nyaman, berkabus...
Nak naik kena panjat tangga tinggi la jugak.. sebelum masuk masjid semua tetamu/pengunjung kena bukak kasut, lepas tu kena randuk (lalu) ayaq/macam sungai kecik untuk bersihkan kaki - ayaq gunung yang sejuuuuuk ja.... unik dan menarik

Ayaq untuk cuci kaki tu mengalir dari atas tu
Wuduk dan bersuci pun guna ayaq gunung jugak rasanya.. sejuk... 
Kami solat jamak Zohor dan Asar kat masjid ni..
Kat perkarangan masjid. berkabus tak nampak dah ladang teh
 
Safari Puncak
Sangat best & is really worth going... harga tiket sangat murah.. macam-macam ada.. kalau nak banding dengan zoo kita jauh sangat beza...
Kawasan dia luas dan safarinya rasa macam kita masuk dalam temple ruins yg betui2.. pandai sungguh depa buat...
Ada show binatang - gajah, harimau, burung, ikan lumba2 etc
Kami spend  one whole day kat situ.. (9.00am-4.30pm).  Ada banyak rides untuk kanak2 dan remaja/dewasa yg semuanya free... (ada jugak rides yg kena bayaq i.e cable car - tapi tak naik pun, tak dan.. banyak sangat nak tengok..)
















Tangkuban Parahu
Ramai yang pernah pi... cantik, sejuk, nyaman... 

Ceritanya: Ada la sorang budak nama Sang Kuriang, kena colek ngan jin , bila besaq dia jumpa balik mak dia, mak dia ni awet muda sebab makan pucuk kayu kat atas gunung, mula2  dua2 tak tau depa  anak beranak.  Tau-tau masa dok bercanda2 mak di ternampak tanda lahir kat badan sang kuriang, jadi dia tau sang kuriang tu anak dia tapi sang kuriang tak tau.  Tak tau nak buat macam mana, mak dia pun bagi syarat kalau nak kahwin kena buat perahu dalam tempoh satu malam.
Sang Kuriang mintak tolong jin yang jaga dia tapi tak dan siap jugak sebab bila nampak dah nak cerah jin semua tak mau kerja dah.. jin kerja shift malam ja.. jadi tak siap la perahu tu...
geram sangat dia tendang perahu tu sampai tertangkup atas gunung.

(makchaq dah makan 3 helai pucuk awet muda tu, tapi pasai masa makan dah tua... awet tua la kot..he he..)

Hot Spring Sari Ater
Ni pun ramai yang dah pi kot..Macam kat tempat kita.. rendam kaki/mandi berkelah..

De Ranch
Kawasan beriadah untuk kanak2... boleh naik kuda, bot, main basikal, tangkap2 ikan & aktiviti outdor lain.. Pi sini saja nak entertain Nafisah.. suka sangat dia dapat naik kuda.. sampai tak mau balik..

Saung Angklong
Tempat memertabatkan angklong (alat musik traditional Sunda).  kat sini depa buat angklong dan ajaq angklong untuk kanak2 sekitar Bandung. Pengasasnya Mang Udjo
ada live performance dari pelajar2 di situ.. bukan la macam Vienna Boys yg grand2 tu.. tapi lebih pada untuk berseronok. Performers semua kanak2 hingga  remaja dari umur 4 tahun kot.. sebab nampak kecik sangat..
Pengunjung jugak dapat peluang buat persembahan angklong beramai2 main beberapa lagu.. walaupun boleh kata semua first time try angklong,  harmoni jugak lagu2 yang kami mainkan.. twinkle2, que sera sera, bengawan solo, falling in love with you (chorusnya saja) dan beberapa lagu lain.. pakchaq yang tak minat musik pun nampak enjoy...
Persembahan penutup dari pelajar senior memang sangat menarik.. depa guna angklong yg berderet tu.. rekaan baru oleh anak Mang Udjo yang boleh  dimain  macam main piano..

Sebab pakchaq happy kami (makchaq & Khadijah) dapat beli 1 set angklong mini... suka...
makchaq dah pandai main lagu twinkle2, cicak di dinding & hujan dah turun dengan angklong tu...

Makanan
makanan Sunda la.. dah kat sana orang Sunda...ayam penyek dan lain2 penyek.. penyek tu sambal.. pedas...
makanan Padang pun ada jugak..
makanan international barat/thai/jepun etc makchaq tak cuba pun..fast food lagi la tak pandang...

yang kami suka - ayam penyek, gadoh gadoh, gurame(ikan kaloi) bakar & goreng, tahu semedang & pegedil jagung (side yang sedap). 
Kami cuba masakan padang di Restoren Sederhana Padang pun sedap.  Makan dengan nasik dari beras Cianjur (kawasan peengeluaran beras tersedap di Jawa) tak wangi tapi memang sedap nasi dia.. 

Sarapan free kat hotel.. kami cuba banyak sarapan orang sana.. nasi uduk, nasi kuning, kupat tahu, lontong sayur... sedap2 pada citarasa kami la..

Apa yang makchaq perati di Bandung dan Puncak

1.  Masjid banyak  sepanjang jalan Jakarta Puncak Bandung. 

2.  Depa kreatif menggunakan alam semula jadi sebagai daya tarikan. Bagi yang suka suasana kampung/hutan/pokok/ladang/bendang/sungai/ayaq terjun macam kami anak beranak
memang suka sangat....
Hotel yang makchaq duduk kat Puncak surrounding dia tak diusik.. penuh pokok2 keliling, nak pi kena lalu tepi bendang, jalan sempit.. anak makchaq happy la.....
Tempat makan pun ada yang dalam natural surrounding.  Cimorey Riverside  yang kami singgah 1st day sangat cantik tempatnya, walaupun makanan ok2 ja tapi pemandangannya jadi compliment.  Kampung Daun pun sangat cantik, dalam hutan dengan air terjun dan sungai semulajadi. Kampung Daun ni government depa punya. 

3. Orang sana jugak kreatif cari duit.  Penjaja macam2 juai....yang kandaq lesung batu untuk juai pun ada.. makchaq beli lesung pasai kesian kat budak tu.. dah la kecik,  kandaq lesung batu berat bukan main.. beli satu nak ringankan beban dia.. siap bayaq lebih lagi..
Yang tak berjuai...ada bawak feather duster nak bersihkan cermin kereta,  ada bawak monyet buat persembahan, ada yang jaga tempat u turn, ada bawak beca yg depannya ada macam kuda/ride macam kat funfare.

4.  Orang sana juga sangat sopan santun cara percakapan dan layanan memang baik.  Kat tempat makchaq duduk kat Bandung, bila makchaq tanya iron, depa ambik baju kita tolong ironkan.. makchaq lupa nak order sarapan untuk Nafisah tapi pekerja dia siap sediakan  mee sebab dia tengok Nafisah suka makan mee..
Nafisah nak naik kuda penjaga tempat tu pi panggil orang kuda  mai kawasan kami duduk tu bagi Nafisah naik pusing2 kat situ (bukan kita suruh, depa yang offer)

5.  Tandas kat sana bersih.. kat masjid  kat tempat makan,  kat tempat peranginan, kat zoo.. semua bersih...agaknya pasai pekerja semua orang depa jadi semangat menjaga kebersihan tempat sendiri


MALAS NAK ADJUST GAMBAQ, TENGOK BAWAH NI JA LA SEMUA KAN...


Kuda belang sampai engok dalam kereta nak suruh ambik gambaq



Me with my blue eye boy...Berani dak makchaq...
Rimau ni baru lepaih makan, bau macam daging korban..  



Baring2 tunggu makanan sampai kat Kampung Daun


Makanan dah sampai...sayuq tu paku rawan goreng (ada ka yang
kenai sayuq paku rawan?) 




Sibuk nak tengok ikan - Kampung Daun

Happy sangat dapat naik kuda pakai baju red indian



Entrance taman burung dalam Safari




Hotel kat Puncak -dalam hutan






 





 

Nak pi hotel Buena vista tu kena lalu jalan kecik sebelah sawah
bertingkat ni



Saja nak boh gambaq guide/driver kami yg sinetron ni.. he he


Sunday, May 26, 2013

BALIK PENANG MAKAN NASIK KANDAQ

Hari Sabtu balik Penang..
lama sungguh rasanya tak balik
tambah sejak MIL makchaq tak sihat
bila ada lapang memang balik tengok dia
jadi kami tak sampai la ke Penang
padahai dalam sejam ja dari Taiping nak ke Penang tu..

Bila balik Penang
benda wajib
makan nasik kandaq

Makchaq sekeluarga paling suka Nasik Kandaq Kampung Melayu
mai la Line Clear ka, Nasi Beratuq ka, Makanan Siap ka, Kassim ka..
semua tak buleh chelen Nasik Kandaq Kampung Melayu

Walaupun depa tak la terkenai kat pelancong
tapi kami dok makan situ dari kecik...

Dulu2  sekupang nasik ngan kuah saja 
(pun sedap makan sampai menjilat jari)
tambah bendi 2 kupang, kalau boh teloq 3 kupang
tapi dulu2 selalu beli nasik ngan kuah ja la.. tu saja yg mampu..

La ni dah mahai sikit...
tapi makchaq pun dah mampu beli boh lauk dagin/ikan etc
anak2 pun dah boleh makan hat ada lauk dah..
tak macam makchaq dulu makan ngan kuah saja..

Yang heran
rasa tak berubah.. dok lagu tu la dari dulu..
pandai sungguh depa..

Ada kawan kelas makchaq dulu ambik upah gilin cabai ngan rempah
untuk kedai nasik kandaq tu
depa upah orang lain2 untuk gilin rempah lain2 jenih
jadi tukang gilin tak tau la campuran yg depa guna..
kira macam rempah RAHSIA KFC la....
pekerja2 pun semua adik beradik depa saja
pengasas dia dah tak dak dah
tinggai anak menantu dia yg dok berjuai la ni..


 Dulu kedai nasik kandaq ni kecik ja..
kedai belakang tu kedai makan cina
depa tumpang gerai  saja kat depan kedai cina tu
kalau makan situ,  ayaq kena beli kat kedai cina tu la..
Lepas tu depa beli kedai cina tu.. mula2 sepintu, la ni dah jadi 2 pintu..



Yang pompuan pakai tudung kat ujung tu classmate makchaq masa sekolah rendah.  Nama dia Zainab, dia kawin dengan anak tokey nasik kandaq ni, la ni jadi cashier..
bila pi beli nasik dan la bersembang pasai kawan2 lama.

(dulu2 masa sekolah makchaq rasa makchaq lagi terrer dari dia.. tapi la ni sah sah dia lagi kaya dari Abdul Wahab.., Abdul Wahid dan Abdul Wahub..dan makchaq... Alhamdulillah rezeki dia.... )






Ni semua adik beradik, ipaq duai depa ni..
dari dulu depa ni la tukang bubuh nasik..
laju bukan main cedok.. ingat pulak tu kita pesan apa..
tak silap.. makan + bungkuih semua siap perfect...


[gambaq2 semua makchaq ambik dari google.. makchaq tak bawak kamera pasai kamera tak dak beteri, nak chaqge wayar pulak tak jumpa.. he he..]






Wednesday, May 15, 2013

SELAMAT HARI GURU



Lamanya tak menulis
malas nak menulis
tambah pulak tak dak apa yg nak dicerita
tapi hari ni berusaha jugak tulis

Sebabnya..
di hari yang mulia ini makchaq nak ucapkan

SELAMAT HARI GURU.....

kepada semua cikgu, guru, ciku, ustaz, ustazah, teachers seantero dunia

yang pernah ajaq makchaq
yang tak pernah ajaq makchaq
yang makchaq kenai
yang makchaq tak kenai
yang kenai makchaq
yang tak kenai makchaq

kepada semuanya

SELAMAT HARI GURU






Thursday, April 25, 2013

ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI, ADA JUGAK BELI TAK PAKAI2

Semalam kawan makchaq bawak katalog pinggan
wa.. lama tak tengok katalog pinggan
kat ofis makchaq ni jarang orang berniaga
jadi kami jarang dapat tengok katalog
sesekali dapat excited pulak tengok
CC baru makchaq yg juai..

Makchaq  la ni dok guna pinggan yg dibeli lebih 27 tahun lepas..
                                                                       
Saja ambik gambaq barang2 makchaq
yg beli masa baru kahwin & masih
dok guna sampai la ni
Set pingan ni beli masa baru2 kahwin
(sebelum beli pinggan ni kami pakai pinggan free hadiah ubat gigi, emporium, sabun basuh etc..)
lepas beli pinggan ni  teruih pakai sampai la ni..
tahan pulak tu.. rasanya baru 2 bijik pinggan pecah..
sayangnya mangkuk dia tinggai 2 ja.. piring tinggai 3 ja..
bila bagi makanan kat jiran
depa lupa nak bagi balik.. makchaq pun dah lupa bagi kat sapa



Ada jugak beli 2 set lain lepas tu... tapi tetap suka pakai set yg mula tu
yang ni mak makchaq bagi hadiah kahwin kat ami set teko ngan cawan
makchaq beli tambah jadikan set lengkap
Hat ni makchaq beli 1 set
tapi mana eh.. 2 set ni?
tinggai kat rumah Sg Buluh kot..
pasai kat sini tak dak pun.....

tapi cawan ngan piring banyak yg tak dak gu
makchaq terlepas sedulang masa  nak kemas lepas sedara pakchaq mai rumah..
ada yg pecah piring, ada yg pecah cawan


Set terbaru... beli tahun 2007 (terbaru tapi lama dah la..)
kawan makchaq ajak main kutu pasai depa tak cukup orang
masa tu makchaq pun tak tau set tu macam mana...tak pernah tengok pun..
kawan makchaq dok promote2 kata vantage ni famous... cantik... makchaq mesti suka..
ok la main la kutu....
lepas dapat setahun lebih dok dalam kotak dalam stor tak bukak pasai tak dak tempat nak susun

Lepas bersalinkan Nafisah makchaq cuti 4 bulan
dok rumah lama boleh la mengemas sana sini
kemas2 stor terperasan/terjumpa kotak pinggan kutu ni..(2009)


Bukak2..
oo mak ai... banyaknya bunga.... sampai dalam cawan pun ada bunga
dalam mulut teko pun ada bunga..
pening pulak makchaq tengok
sekali dua ja kot guna.. anak2 makchaq pun kata rimas
banyak sangat bunga.. tak nampak makanan..
la ni pinggan ni dok dalam lemari.. berabuk..

Agaknya kami sekeluarga memang tak minat bunga.....
tu la rimas bila tengok bunga banyak
kat rumah makchaq memang tak dak sekuntum pun bunga..
bouquet lagi la tak dak...

Tapi... ada seorang budak dalam keluarga ni minat bunga..
nampak bunga selalu kata.. 'cantiknya bunga...' dengan gaya penuh dramatik..
ni ha budak tu..