Monday, October 29, 2012

ESOK MAKCHAQ CUTI...

Esok makchaq cuti...
cuti 11 hari... best...

Amir nak start kelas balik minggu depan
malam ni makchaq nak pi hantaq dia
pi ngan Nafisah saja
harap2 masa balik Nafisah ok..
dia kalau penat suka merengek2

Kalau cuti selalunya blog  terabai la kan..
setakat bw dan baca2 boleh la..
nak komen2 slow sikit sebab bila baca guna gadjet kecik
sesah nak menaip.. kecik sangat

Makchaq masa anak kecik2 selalu cuti tanpa gaji
berbulan2 sekali cuti
alasan nak jaga baby dan menyusu

ada sekali ambik 3 tahun...
masa tu pakchaq kena transfer Taiping
elok pulak ada cuti mengikut suami..
terus cuti 3 tahun.. macam la suami pi obersea mana kan..

La ni pakchaq kerja Kedah x dapat cuti pulak..
kerja banyak la ni..
minta cuti tanpa gaji 3 bulan masa bersalinkan Nafisah pun
dapat sebulan ja.....

Thursday, October 25, 2012

GAMBAQ2 SAJA, TAK DAK CERITA..

Hadi, Syuhada, Khadijah








Nafisah suruh semua orang buat mulut sotong..




Anak2 makchaq 5 orang


Anak manja abah ni..
Dengan mak pun manja jugak....

Jenuh dok focus.. baik pakai kemera kecik macam makchaq..

Orang selalu kata Khadijah besaq..
makchaq : ha ah dia besaq dari  kakak dia

Tapi bila tengok gambaq ni.. baru tau....

ooo padan la bila makchaq pi tengok dia main
orang selalu kata dia besaq...

Makchaq nampak kecik bila berdiri sebelah dia..



Nafisah pun nak cuba main hoki
 jugak..


Saturday, October 20, 2012

KERJA LAGI... lepas tu boleh cuti...

Sibok sangat dengan kerja opis la ni
sebenaqnya kami kena suruh kerja Sabtu Ahad
kena buat pelupusan dan scan dokumen
Kena scan semua dokumen tu, pasai opis makchaq dah mula program Bekerja Dari Rumah, pegawai2 boleh kerja di rumah (ofis maya), kami yg sokongan saja mai ofis 

Tapi Sabtu Ahad bukan la kerja dari 8pg - 5ptg
tapi kena mai la jugak..

Makchaq dah lama jugak tak mai Sabtu Ahad ni
dah penat kerja weekdays,
rasa hujung minggu nak rehat la..
tapi selalu kena tanya..pasai tak mai tu..
dah buat salah,  tak jawab apa la.. buat tak tau saja

Ada jugak orang yang memang jenih rajin
hari2 balik lambat.. Sabtu Ahad pun mai..
tapi makchaq tak suka lagu tu..
makchaq nak jugak duduk rumah dengan anak2..

Minggu ni, lepas dok kena tanya berkali2
makchaq mai jugak la.. dalam keberatan
tapi mai Sabtu Ahad ni ada jugak kelebihannya
bos tak panggil, telefon tak payah jawab
jadi kerja sepenuhnya la..
banyak la jugak yang boleh buat

Minggu lepas raya haji makchaq cadang nak cuti
mintak cuti 11 hari.. saja nak perabih cuti
makchaq jarang cuti panjang
mc & el pun tak dak lagi tahun ni..

Tapi sebelum cuti ni jenuh la..
semua kena settle dulu
terutamanya utk meeting awai November ni (masa tu makchaq tengah cuti)
tok din, boss besaq makchaq memang suka perfect ja
makan minum meeting, presentation utk meeting.. semua mesti tip top..
siap semua boleh relaks.... panjang..

Tapi lepas cuti mesti kerja lagi banyak kan....
tapi tu belakang kira la...makchaq nak cuti jugak....

Monday, October 15, 2012

TAK DAN NAK BACA, TAK DAN TULIS

Semenjak kawan makchaq Cikda bersalin..
adui mak ai... banyaknya kerja.. bertimbun2
tu pun nasib baik tak kena ambik semua kerja2 Cikda
kalau semua memang pitam...
tambah pulak bila PA bos cuti/kursus 3 4 hari
nak kena jadi PA, duduk tempat PA bawak semua kerja sendiri ke sana

Tu yang la ni dak tak dan nak bw
klu tidak lunch dan pagi2/sebelum balik dan la jugak
ni curi masa kejap..

Bila kat opis sehari suntuk ngadap komputer
balik dah tak larat nak tengok komputer..
selalu malam2 yg rajin bw, la ni dah tak larat..
sekali sekala ja dapat jengah kejap2
tak dan komen pun
sebab baca guna gadjet kecik sambil baring..

Rindu kawan2 semua..
rindu cerita/berita terkini...

Tuesday, October 9, 2012

SAMBUNG KES CELCOM

Terima kasih pada yang bagi pandangan
yang tolong bakaq semangat
yang sokong tindakan Amir repot kat TTPM
yang tolong share kat fb supaya orang lain tak kena..

Makchaq sangat2 menghargai pandangan dan komen semua kawan2 makchaq

Makchaq dah hubungi TTPM
kat TTPM  cawangan KL saja ada 200+ kes melibatkan Celcom ni
verdict nya semua rebate dan kalau kita dah bayaq refund
bidangkuasa TTPM setakat tu saja..
dah banyak kes yg penuntut menang, Celcom kena refund/rebate
tapi depa tak serik, buat lagi...(Depa bukan rugi apa pun.. service tak digunakan pun)

Jadi untuk tak membuang masa TTPM
makchaq terima offer Celcom dan tarik balik tuntutan..

Makchaq rasa TTPM bukan channel yang terbaik untuk sedaqkan Celcom
atau untuk stopkan celcom dari melantik agen yang akan buat representasi palsu
sampai pengguna2 tertipu

Makchaq akan cuba buat aduan ke SKMM
mungkin SKMM ada kuasa halang syarikat komunikasi
lantik agen2 macam ni

CERITA BARU

Amir pi KL tadi, kat LRT ada lagi depa ni
offer lagi kat Amir ...

'kita bagi free ni....'

Amir terus hadap budak tu, dia cakap..

'betul ke free..  saya dah buat laporan kat tribunal pengguna pasal ni..'

budak tu terus pi jumpa kawan2 dia, bincang2
lepas tu depa pack semua barang2 (depa ni bawa portable photostat machine)
terus blah..

Amir tengok je gelagat depa..

Esok kalau free makchaq nak call SKMM
sementara tu kita share2 la kat fb supaya orang lain tak terkena..(makchaq jarang buka fb )

Sunday, October 7, 2012

LAMBAT PULAK BALAS KOMEN

Terima kasih pada kawan
yang bagi pandangan dan komen pasai kes CELCOM tu

Makchaq hari ni baru dapat balas
pasai lepas buat post tu makchaq sibok sikit
pastu pi bercuti la pulak
bila pi cuti internet tak dak

Boleh la nak tumpang h/phone Hadi & Amir
tapi nak balas susah..
jari besaq, tak berapa celuih nak taip kat telefon
tu yang hari ni baru balas..

Nak update cerita CELCOM
lepas depa bagi surat rebate tu..
hari2 telefon makchaq
nak tanya dah urus ka belum, tarik balik kes tribunal tu..

Dulu makchaq kena dok telefon depa
bila jawab eksyen bukan main..
la ni depa pulak dok telefon makchaq hari2
nasib baik makchaq bukan jenih eksyen..
makchaq cakap elok2 ja kat depa
patut boleh ja nak balas dendam kan.. (niat jahat..... )

Makchaq tak dan lagi nak uruskan kes tribunal tu..

Wednesday, October 3, 2012

TAK BAIK CELCOM NI....

Cerita ni dah lama jadi kat anak makchaq Amir
bulan 3 yg lepas.. masa tu Amir tengah cuti
tapi kes ni berlarutan...... sampai baru2 ni
semalam baru selesai (kiranya la..)

Makchaq cerita ni dengan harapan, orang lain boleh ambik pengajaran...

Masa dia pi KL, kat LRT Masjid Jamek
ada budak2 edar sim card Celcom
depa macam paksa2 Amir ambik, sampai tarik2 lengan
free..kalau tak nak pakai pun tak pa..
caranya macam depa kena habihkan la kad tu bagi kat sapa2
Amir tak nak, sebab dia dah pakai 2 nombor Celcom
tapi budak2 tu nak bagi jugak..
sebab kesian dia ambik la jugak.. depa bagi sampai 2 kad
budak2 tu mintak ic, kata  nak rekod pada sapa depa bagi
pastu mintak Amir tanda tangan..

Makchaq ada tanya bila nampak kad2 tu atas kabinet
Amir kata 'ada budak2 bagi free masa kat LRT'
lepas tu, Amir balik ke U dia

dalam bulan 5 makchaq perasan ada surat celcom utk Amir
tak pikiaq apa pun, pasai Amir memang pakai nombor celcom
pastu ada lagi surat.. makchaq pun bukak..
tengok2 bil dah seratus lebih 1 kad walaupun tak guna langsung..
Makchaq teruih call Amir, dia kata masa bagi depa kata tak pakai tak pa.. free..

Makchaq call pulak celcom..
selamba budak yg jawab cakap..
'tu agen yang uruskan.. kami tak boleh buat apa'
tapi bill depa yg keluaqkan
makchaq suruh batal, depa kata tak boleh
Amir kena pi sendiri kat Celcom centre

By the time Amir balik cuti, bil dah jadi RM176.30 satu kad
siap dapat surat lawyer..
makchaq suruh Amir uruskan

Amir pi  Celcom nak batalkan, depa suruh bayaq semua baru batal

'masa dapat kata free..kalau tau kena bayaq takkan saya nak ambik
sampai dua kad yang saya memang tak nak guna'

depa pulak dengan sombongnya marah2 Amir,
(mentang2 tengok Amir baru 19.. nak gempaq pulak..)

'dik oii...mana ada benda free kat dunia ni..kalau nak batal bayaq dulu kalau tidak.. kita akan black list'
'tak pa la kalau tak boleh batal saya buat repot la ...' (Amir dah geram)
'hah.. pegi la.. buat la repot...'  (sombong orang Celcom ni)

Lepas tu bill dah tak sampai, sampai surat peringatan dari lawyer pulak..
untuk jelaskan hutang  kalau tidak akan ambik tindakan mahkamah...

Amir bosan (pakchaq pun dah bising)
dia pi repot kat Tribunal Pengguna
dapat tarikh bicara 11/10/12
Amir poskan tuntutan tu kat Celcom
hari Isnin orang Celcom telefon dia, dah la cakap kurang sopan
suruh pulak dia pi ambik surat kat Celcom dan tarik balik tuntutan dia

Dia cerita kat makchaq, makchaq pulak rasa bengang
teruih masuk campuq..
makchaq call Celcom mintak depa hantaq surat tu..
boleh depa kata .. kalau makchaq tak boleh pi, suruh Amir pi ambik
Banyak cantik.. makchaq cakap

'kalau nak suruh tarik balik tuntutan'
hangpa la usaha hantaq surat kat anak saya, bukan saya yang kena pi ambik surat tu'

last2 baru depa email surat offer without pejudice rebatekan semua bayaran

Kalau pikiaqkan...
macam malas nak tarik balik tuntutan
tapi rasa menyusah diri dan Amir la pulak nak pi tu..

Yang makchaq terkejut, bila dok cerita
ada kawan kat ofis makchaq
anak depa pun kena jugak..
tapi depa pi la ke celcom center dengan anak2 (pasai pemilik akaun kena hadir)
pi bayaq.. sorang 60+ sorang 100+
pandai sungguh Celcom ni..kad tu depa ambik balik..juai semula la tu..
tapi charge jugak orang, walaupun kad masih dok dalam plastik...

Kawan2 makchaq kata anak2 depa pun sama
dapat kad  kat LRT
free.. tak guna pun tak pa....
melampau kan..
tetiba rasa nak repot kat SKMM pulak.. boleh ke?


Sebelum terkena.. sengih...
Nasib baik dia boleh urus sendiri semuanya

Monday, October 1, 2012

MAKCHAQ NI STYLE APA PUN TAK TAU..

kakcik seroja msg makchaq awai pagi tadi
dia kata blog makchaq bukan saja bersawang
dah ada hantu dok menari2 dah kot...

He he he...makchaq kata makchaq ni memang pemalas nak tulis
makchaq suka baca saja..
kakcik msg 'tulih la.. sikit2 pun tak pa..'
(tak dan balas msg kakcik ni, phone x dak bateri)

Makchaq ni sebenaqnya berblog entah style apa pun tak tau la...
makchaq selalunya teruih akan ke blog sapa2 dulu (search blog tu)
pastu dari situ pi pulak blog2 orang lain, dari komen/ blog list tu....
bw pi baca sana-sini (dah kata suka baca kan.....)
komen sekali sekala , kadang2 kalut nak baca  blog lain, tak dan komen pun..

Pastu bila dah penat jalan2
baru balik pi tengok dashboard blog makchaq
nampak ada orang update baru yg makchaq belum baca..
pi pulak blog tu..  sambung lagi bw pulak..

Last2 balik ke dashboard sendiri dah penat...
blog sendiri pun tak view..tu yg kadang2 terlambat balas komen tu..(sorry.....tau..)

Sebenaqnya bila tengok komen2, tengok follower nak la jugak buat post
mula2 cadang nak buat post at least sebanyak jumlah follower la..
macam tribute la kan..sebab makchaq memang sangat2 menghargai
kawan2 cyber ni...... suka..sangat

Tapi nampaknya slow la..
post makchaq + yg ni baru 39 kot, follower dah 70+
jenuh jugak nak hambat.... dah la draf pun tak dak.....

Makchaq dah cuba tukaq style 
teruih masuk blog sendiri
konon buat azam la
nak tulih dulu baru pi baca....tapi..

old habit die hard....  la pulak..

Masuk ja dashboard mengaru2 hati nak pi baca
bila tengok ada orang buat post baru..
lepas tu berulang kisah kat atas tu...
sampai penat.....

Itu la kisahnya.... tak tertulis2, tak terpost2

Wah... nampaknya kakcik seroja boleh jadi motivator la..
makchaq dah siap satu entry lepas di motivated oleh kakcik..
jangan charge tau kakcik.....