Sunday, December 25, 2016

BARU BOLEH AKSES BLOG

Makchaq tukaq phone
hat lama bagi kat Khadijah
dia nak telefon ada pen
makchaq tak guna pun pen tu
jadi bagi yang tu kat dia
makchaq  beli phone baru
made in china..... yg penting besag
sesuai dengan orang rabun dekat..

Bila guna phone ni
tak boleh pulak nak akses blog
ingat lagi senang nak tulih2
tapi bila nak akses tak buleh.

Cuba punya cuba hari ni berjaya
usaha tangga kejayaan
boleh la tulih kerap sikit
utk jadi kenangan nanti2..

Friday, November 4, 2016

DUIT MAKIN KECIK

Duit kita dah makin kecik
kalau kecik saiz tak kisah la..
ni kecik nilai...
nilai dalam negara pun dah kecik
nilai luaq negara lagi la kecik..






Kawan-kawan makchaq hantaq gambaq tu
memang betui sangat la.. realiti kata orang
duit makin kecik ni memang la kita dah tau
dah jangka... dah terima..
tapi bila mengecik cepat sangat tu...
seksa jugak la bagi majoriti rakyat ni..

Masa makchaq mula kerja
gaji berapa duit sangat
tapi barang  murah
Kita rasa mampu
bukan tak pernah sesak..
sesekali.. bila kena belanja luaq jangka

La ni gaji 2, 3 ribu
cukup2 nak hidup ja la rasanya
semua mahai...semua naik

Orang yang baru berkeluaga
memang perit la..
susu anak, lampin, pengasuh, ubat/klinik
memang betui-betui kena berkira...

Kesian.. sedih.. bila pikiaq..
keluarga baru.. anak kecik2..
harap-harap tak la mengalami
apa yang makchaq pakchaq
alami masa kami kecik dulu
semua serba susah...

Sunday, September 18, 2016

ROTI BENGGALI

Baru ni keluaq surathabaq
kisah roti benggali
Ismalia Bakery
dah tutup lama dah
Ismalia Bakery tu
la ni dah tukaq owner
bakery pun dah pindah
tempat lain


Anak makchaq hat sulung
teringin pulak bila baca artikel tu
minta tolong adik makchaq beli
depa bok mai Putrajaya

Tapi tak sama macam dulu
bentuk pun tak sama
dulu kulit dia tebai keras
bila luku kepala roti tu
bunyi kok kok kok..
macam kosong dalam dia

La ni lembut macam roti biasa
kalau luku pun tengelam... tak bunyi
(sapa tak tau luku tu macam mana,
sila tanya orang Penang...)

Rasa pun tak sama...
padan la dah tukaq nama... 'Malia'
rasa lampung... gebu..
ada rasa lemak majerin

Dulu roti ni liat2 sikit
bau ibu roti tu wangi ja..
tak dak bau majerin
rasa masin-masin
(peluh tukang uli kot.....😆😆😆)

Ada sekali
abah bawak makchaq pi Ismalia
dari luaq bau sedapnya.....
masuk dalam tengok depa dok uli
berpeluh.. berminyak masing2
hangat dalam tu.....
ngan haba oven arang kayu lagi..
berenti sat makan.. tak lalu....

Sat ja la x lalu..
Melayu mudah lupa....
tak lama mana makan balik...he he..

Masa kecik
adik laki2 makchaq
suka buat naya kat kak dia
kalau dia makan dulu
dia makan isi roti tu semua
tinggai kulit keras tu dok elok ja..
makchaq nak makan tengok2 kulit ja..
bila habaq kat tok makchaq
tok kata..
'kulit dia lagi sedap cicah....'
makchaq cucu mithali...
dengaq cakap tok
makan kulit roti cicah kopi/gulai..
tu kot sampai la makchaq suka kulit roti...
baik kan makchaq ni.. beralah...

Sekian..
review roti benggali dari makchaq

Tuesday, August 23, 2016

REZEKI... ALHAMDULILLAH

Rezeki dari Allah
manusia jadi penyebabnya
Alhamdulillah.. terima kasih banyak-banyak
kepada semua pemberi.. 
semoga  semakin dimurahkan rezeki

Ni oleh-oleh dari kampung Nekcik
kampung Nekcik jaaauuuuhhh..
naik kapal tebang pun berjam-jam
tapi Nekcik selalu balik kampung
bestnya kalau dapat pi kampung Nekcik


Sambal bilis
serunding daging
serunding ikan
sambal hitam

gambar sambal bilis je
hat lain lupa nak ambik









sebelum puasa jugak dapat 2 kotak telur masin
dari 2 orang yang berbeza
makan sendiri memang takkan terhabis
80 biji semuanya
makchaq panjangkan kepada jiran2




Ni keropok belinjau ke melinjau

goreng sikit pun dak dapat setapis
sedap... tapi ada orang tak suka
rasa dia pahit2 lemak..

Keropok ikan yang tak goreng..
yang dah goreng..
memang kena panjangkan  sedekah..
semoga pahala berpanjangan..

Udang ni dapat sekali dengan
ikan & ketam.  Sampai 5 kilo
udang.. memang kena panjangkan
ke jiran la jugak..
banyak.....







Ni karipap gergasi..
dalam dia
cheese, bayam & sayur daun lain
kulit dia roti lembut..
sedap....
klu orang suka cheese memang
pejam mata la makan...

Dapat harum manis sekotak 5kg

bagi kat ustaz & ustazah Nafisah sikit
jumpa ustazah terus dia tanya
mangga apa yg bagi hari tu..sedap sangat

Lepas musim harum manis
dpt pulak sekotak mempelam pakistan
tapi x boleh lawan sedap harummanis

Ikan kering pun dapat...
pakchaq pi mengurut..
tukang urut bagi..
dia tangkap sendiri buat sendiri..
sedap.....

Alhamdulillah...rezeki  macam2..


Tambah masa bulan puasa
kalau nak makan sendiri
memang x termakan
memang kena dipanjangkan

Wednesday, May 18, 2016

DULU LAIN SEKARANG LAIN

2 bulan lepas pi majlis dapat pokok kaktus ni ganti bunga teloq
1st time dapat pokok....  orang cari kelainan...
Baru ni.. dapat ni pulak
Lagi besaq...

Kami dapat sorang satu ngan pakchaq.

Bunga orkid dari Taiwan

Masa bagi depa pesan jangan lupa siram pulak....

Tapi..
Makchaq ngan pakchaq tak
pernah tanam orkid..
kami tanam benda hat boleh makan ja...

Jadi kami bagi kat kawan pakchaq
dia peminat orkid..

























Entah-entah lepas ni pi majlis dapat pokok lagi besaq....
pokok durian ka mempelam pulak .....
tak pun dapat anak ayam ka,  anak itik
sapa tau kan..
orang makin kreatif

Apa pun...Alhamdulillah....rezeki penerima..
semoga yang memberi makin murah rezeki..
tak reti nak jaga..boleh panjangkan rezeki tu pada orang lain..
phala pun makin panjang...

Wednesday, May 4, 2016

NAFISAH SUKA BALIK KAMPUNG..

Orang lain cuti-cuti pi kidzania, taman tema, tengok wayang, jalan-jalan kat mall..

Nafisah.. balik kampung..

Dia memang enjoy suasana kampung..      
berkebun... kutip sayuq





Tolong cat rumah
Tangkap berudu

Mandi sungai..
Tangkap ikan..
Orang lain pi mandi kolam hotel..
depa mandi kolam ketot ni dengan anak-anak ikan.....

Depa sudah mandi
ikan pun pitam...
Biaq pun tak idup..
tangkap.. goreng..
makan bertiga..


Monday, April 4, 2016

DEPA TAK MENANG

Depa tak menang...
tapi dapat pengalaman....
1st Taipei, 2nd Thailand, 3rd Singapore..
Malaysia no. 4

Sekarang Men's Team pulak
lawan kat Kazakhtan
semoga depa berjaya.

Khadijah in control...
Eish...awat Syuhada relax sangat 
jaga gol..

 Alhamdulillah save....

Shot!! X masuk tapi...

Hensom coach depa...




Monday, March 21, 2016

SEMOGA DAPAT BAWAK BALIK PINGAT...





Lepas bertahun2 sukan ni kat Malaysia
akhirnya dapat la diwujudkan pasukan wanita
all Malaysian...
captain yg duduk tengah tu
doktor kat New Zealand training kat sana
balik semata2 nak pi tournament
depa akan bertanding di Taipei dalam
Women's Challenge Cup Of Asia
mulai 22 sampai 26 Mac 2016







Syuhada goalie, Khadijah defense
happy Khadijah
sampai under 16 main dengan boys
dia sorang ja pun pompuan...
budak pompuan lain
x boleh main ngan boys
saiz kecik...x boleh compete
under 16 sekarang pun
ada sorang je girl yg boleh main
la ni teammate Khadijah under 16
dah dalam squad SEA game 2017
SEA game x dak women division








Tadi pi hantaq depa kat airport
tak tunggu pun.. ada hai lain..
ceria.. happy nampak depa..
semoga depa berjaya bawak balik pingat..

Monday, March 7, 2016

TAK SESUAI KOT DEPA DOK SINI

Makchaq bawak Nafisah pi Zoo
makchaq ambik gambaq depa ni

















Orang utan..
nampak macam orang utan
yang kita dok tengok dalam gambaq....



Tulih di kandang
Chimpanzee

Bukan depa pun patut ada bulu ka
kat badan depa..

Awat jadi lagu ni..
habih bulu semua takdak....
depa pun macam tengok ja
kat orang2 yang dok tengok depa

Kesian kan....
tak sesuai kot dok sini
patut kita hantaq balik depa
ke tempat asai kot..




Ni pun sama
sampai habih bulu
mesti depa sedih kan..
depa kan cerdik..
apa agaknya depa dok pikiaq




Orang utan ok la..depa asai sini..
elok ja nampak..
bulu semua banyak...


Monday, February 29, 2016

GETAH TURUN PINANG NAIK

Kata abang ipaq makchaq
getah murah la ni
sekerap RM1.60
tu pun harga dah naik
sebelum tu lagi murah
nampak dalam surat habaq
pekebun getah ada buat piket
pasai harga getah murah sangat
penoreh nak makan pun susah..

Balik Taiping minggu lepas
ramai pakat dok buat pinang
pinang RM5.00 ke RM5.50 sekilo
kami pun ambik kesempatan jugak
buat ramai2 tak la penat sangat
tapi makchaq penat, lenguh kaki tangan,
sakit/pedih jari la jugak..
orang pekan la katakan...
masa besa buat kerja ni...he he.. perasan..

Dapat 9 kilo setengah
buleh la RM47.50..
ok la kan..
sapa banyak pokok pinang.. untung...
Mak penakan pakchaq
yang baju pink tu
sepagi (sampai zohor)
buat dapat 10 kilo
kuat & gigih sungguh..
ni dia tolong kami..
kami 3,  4 kali mangkit
lenguh la.. haus la..
dia kusyuk dari mula...

Monday, February 15, 2016

CUTI RAYA CINA


Tengah dok semangat nak update
baik teruihkan cepat cepat
kalau dok bertangguh memang tak tulih la...

Cuti raya cina baru ni bawak Nafisah jalan
rancang dari taun lepas nak pi cuti-cuti & mandi laut
tapi asyik tak jadi...


Bercuti yang Nafisah suka..
semua kena ada..
kalau x cukup korum tak best..




Bercuti..
makan kena la international..
makanan thai kat gerai pun jadi la..
yg penting international...

sebenaqnya mak depa tekak international
setakat thai, indon & india/mamak ja..
hat lain x berapa jalan...


Rakyat ramai....
kena dok homestay
jimat sikit...
boleh masak...








Pi pantai..
nak mandi sejuk sangat la pulak..
dah petang..
main ayaq sikit2 jadi la...
esok kita pi tengahhari sikit..








Esok tu kami keluaq awai sikit..
pi pantai lain pulak..
tapi tak sesuai nak mandi
tempat orang bok naik ikan..
kutip kulit siput ja la...




















































Pi balik pantai yang mula tu..
teruih semangat budak ni...
tapi..
baju salin/baju mandi pulak tertinggai
kecewa dia....

Nanti sat mak pi cari baju...











Kecik lagi boleh la pakai baju ni..













Cantik pulak....
hampa pi berdiri situ..
mak nak ambik gambaq...
Dah nama cuti..
bukan ada apa nak hambat..
relax ja....

nak melukih 2 jam pun tak pa...










Wefie...
kesian depa kat belakang..
jenuh sengih...
gambaq kabuq... he he..


















Tak buleh nak pebetui pulak gambaq ni....
sepanjang bercuti makchaq dok buat puzzle ni..
5 hari baru siap..
susah nak mampoih kata orang penang..

Alhamdulillah.. syukur atas nikmat percutian ni...
walaupun masa mula sampai Nafisah demam,..
cuaca pulak macam tak jangka...
tapi keseluruhannya syukur sanggat2 atas nikmat ni...

Sunday, February 14, 2016

HOSPITAL KUALA LUMPUR

Lamanya dah tinggai kan blog
teringat jugak nak menulih
tapi keadaan tak berapa nak mengizinkan..
Hari ni gigihkan diri

Petang semalam pi melawat kawan kat hospital KL
dia ada masalah dimentia
awai pagi Jumaat kena sawan
sedih.... tak boleh buat apa sendiri..
tak kenai pun kita.. mata nampak tak fokus
kita yang mai tengok rasa kerdil & insaf
sesungguhnya tiada daya kita melainkan dengan kehendak Allah
semoga diringgankan sakitnya dan segera sembuh..

Lama sangat dah tak pi hospital KL
dulu hospital KL terkenal masalah parking...
la ni x dak masalah...dah ada parking bertingkat
6 tingkat.. siap ada maklumat kekosongan parking
canggih la dah parking

Kawan makchaq tu kat wad neuro 5B
1 bilik ada 8 katil...sempit sangat
antara katil cukup2 untuk letak 1 kerusi banquet
kalau tunggu waktu malam teruk jugak la..

Keadaan wad 5B sangat bersih
tandas.. bilik mandi.. ruang depan..
Memang sangat bersih...
tapi pam tandas pulak rosak
kena siram guna baldi...

Hospital lama.. masih guna kipas
musim panas ni terasa bahang
berpeluh jugak la makchaq..
walaupun kipas full blast..

Memang makchaq salute kakitangan hospital KL
jururawat, doktor, pembantu2 hospital..
bekerja dalam keadaan yang serba kekurangan
(dari segi keselesaan depa la..)
tapi tetap berkhidmat penuh dedikasi
masih senyum.. nampak keikhlasan
banyak depa kumpui pahala....

Harap2 ada la dalam budget kerajaan
Nak naik taraf hospital KL
bukan setakat parking saja...