Monday, January 28, 2013

CUTI SAKIT

Makchaq jarang mc
rasanya dalam 2   3  tahun lepas sekali ja kot
mc sebab cabut gigi ( tampai gigi tertanggai, nak tampai semula nyilu suruh doktor cabut)
tau tau tahun 2013 ni
awai tahun dah mc 2 hari

Minggu lepas makchaq pening kepala sampai muntah2
mula2 telinga rasa macam ada echo
hilang echo tu macam berdesing dalam telinga
teruih pening sampai tak boleh bergerak
tiduq pun rasa katil senget berpusing2

Ingat kot darah tinggi
tapi check darah ok
doktor suruh pi pakar ENT
buat macam2 test dapat ubat
Alhamdulillah la ni dah ok
ada lagi bunyi sikit2 tapi dah tak pening..

Semalam Nafisah pulak demam
ingat nak cuti
tapi minggu lepas sehari ja kerja
hari ni pulak ada mesyuarat
makchaq pula kena catit minit
kena mai la jugak...

Rupanya bila dah dok besa BW
lama tak bw jenguk kawan2
jadi rindu pulak..... makchaq pasti dah ada rasa sayang dan akrab
pada kawan2 yang kenai di sini
walaupun boleh kata ramai yang belum pernah jumpa inperson pun

Salam sayang dari makchaq untuk semua (ayat2 cinta...perasan artis... he he)
biaq tak pernah jumpa bersemuka..
tetap rasa dekat di hati....rasa rindu kat semua2...

Monday, January 14, 2013

CERITA KHADIJAH PULAK

Muka manja
Memang manja pun



Ni mainan kesayangan dia, boleh jadi punca gaduh ngan Nafisah.  Nafisah memang minat mainan ni.. Bila dia nak main bukan main pandai dia pujuk kakak dia...siap janji nak kemas la apa... tapi bila dah main jarang sangat la Nafisah tu nak kemas balik.. Tu yang Khadijah selalu mengamuk .

Pandai masak, minat menjahit, melukis, craft..ni antara craft dan jahitan dia.. sampai ada kawan2 tempah..

















Tapi bila bab sukan dia pi pilih hat ni pulak...
                                                                   










Dari mula try main, teuih suka...  Dia kata best sebab laju...













Sanggup bertahan walaupun team mate semua lelaki... ni team mate dia.. main sama dari Atom under 7 yrs sampai mini squirt under 8.  Masa ni player melayu ada la 3  ke 4 orang

La ni ramai dah Melayu, bila hantaq dia pi traning, ramai la kawan kaum ibu sembang2,  tapi player perempuan tetap la tak ramai.. ada la dalam belas orang kot..

Jadi sampai la ni team mate dia memang kebanyakkan lelaki la.. kadang2 semua lelaki....


Sebenaqnya makchaq mula2 hantaq dia main figure skating masa dia 5 tahun lebih sebab nak bagi dia independent sikit.  Dia ni  manja.. penakut.. melekat... ja kat makchaq.. bila orang tanya menyorok kat belakang makchaq..

Tapi main ni kecik2 ok la.. sampai umuq 6-7 tahun...dah besaq tak sesuai la pulak... menari2

Yang makchaq dok gelak kat dia tu...masa training figure ni siap menguap berkali2 sambil training.. nampak sangat dia bosan.

Lepas setahun kot..dia kata dia tak suka menari-nari atas ais,  dia nak try  main hockey.... dah cuba minat sangat pulak..  tak tau la sampai bila dia nak main ni.... rasanya tahun depan kena suruh stop la kot..




Thursday, January 10, 2013

DAH LA PEMALAS NAK BUAT ENTRY

Dah la makchaq ni pemalas nak buat entry
tadi konon2 semangat nak buat 1 entry
baru bubuh gambaq
tak dan nak tulih apa pun tertekan publish
sepatutnya tekan save
pastu semangat konon  nak pi edit
terdelete la pulak...
betui2 macam tikuih pebaik labu...

Yang sedihnya lepas terdelete hat baru tu..
terdelete pulak entry ANAK ABAH..
dah la entry tahun ni baru sikit
terdelete pulak..
Kecewa makchaq

Pada blogger2 yang dah terror
makchaq nak tumpang tanya
ada dak yang tau
macam mana nak dptkan balik entry yg terdelete tu..
kalau tau tolong la ajaq makchaq


Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat Tahun Baru 2013
makchaq ucapkan kepada semua kawan2
dah terlambat, tapi sebab malas nak menaip
hari ni la baru dapat ucap

Sepanjang tahun 2012 makchaq berjaya buat 48 post untuk blog ni..
tak la banyak mana...
tapi kira lonjakan prestasi la kalau banding tahun 2010 (2), 2011 (3)
rasa bangga dengan kejayaan sendiri...

BW hari2, tapi guna iPod ja
gadget lain kat rumah makchaq selalunya fully occupied
iPod yang cenonet ja yang selalu terbiaq
tu yang makchaq guna buat BW
tapi tak dapat komen susah... key dia kecik sangat....

Cerita lain...

Pagi tadi pi hantaq Nafisah sekolah
masa kejut menangis.. mengantuk.....
mandi.. menangis lagi
masa pakai baju dah ok..
tapi tak nak jalan.. suruh dukung sampai kereta..

Alhamdulillah sampai sekolah dah ok
jalan sendiri walaupun asyik dok pegang baju makchaq
masa nak tinggai tanya 'ok tak?'  
'ok' kata dia, walaupun muka nampak cuak semacam
tambah pulak ada budak yang dah nangis..

'Salam mak Nafisah..' ok salam
makchaq kata kat dia 'bye.. nanti petang mak ambik Nafisah...'
angguk, tak nangis....
tak sangka terror pulak Nafisah ni..
harap2 bertahan la lagu ni.. senang makchaq

Muka cuak... senyum pun macam nak nangis..
tapi ok... bertahan..
selalu kalau ambik gambaq tengah menangis pun boleh senyum gaya model...