Tuesday, November 7, 2017

PI MELAKA

Cerita lama..
hujung  September
kami pi Melaka
Nafisah ajak pi pantai
makchaq pun suka pantai
masa kecik dok tepi laut
memang laut jadi tempat main
sambil2 cari siput & kerang buat lauk

Dalam perjalanan singgah makan kat, sedap masakan dia..
pedas menyenggau la..

Seronoknya tengok laut
tapi ayaq laut la ni kelabu
di tengah baru nampak biru

Sunset...lama tak tengok
Ada lopak atas batu
ada anak udang terperangkap

Semangat tangkap anak udang dapat la beberapa ekoq..
puas tangkap
lepas balik..
Kawan makchaq balik Melaka anak konvo, singgah jumpa kami..

Jamu depa keria viral..
rupanya orang Melaka pun tak pernah makan..
rezeki kami dapat rasa
kawan pakchaq bagi 3 bungkuih..
kalau nak ajak pakchaq pi beratoq
dalam mimpi ja la...

Monday, September 25, 2017

TAK DAN NAK PI MANA

Sambung sikit cerita Brunei

Pembangunan Brunei tak pesat sangat
masih banyak kawasan hijau
masjid depa cantik cantik
kubah masjid salut emas... kaya sungguh..

Masjid kat kampung air, kubah dia nampak emas kan..




Kami tak pi mana sangat pun 
pi kampung air ja..
tak sempat sebab banyak jemputan makan
dinner, breakfast, brunch, lunch, dinner

Jeti nak ke kampung air





Batu di kiri tu kononnya kapal Nakhoda Manis yang jadi batu  macam cerita Tanggang


Kat Brunei semua jemputan kena sampai
baru boleh start makan
makan asing lelaki pompuan
depa memang ada 2 area makan 
3 rumah kami pegi semua macam tu..
& depa style buffet atoq kerusi keliling
makanan depa macam kita jugak
asam pedas, kari, rendang, pajeri nenas
ada gak la chinese & western 

Kuih lain sikit..
ni wajik temburong, tapai & apa tah nama satu lagi tu, macam dodol tapi rasa rempah sikit


Sebab tak jalan mana 
belanja pi Brunei B$11.50 ja..
masa 1st day ja beli nasik campuq
2 orang B$5.00., jus 2 B$6.00
ayaq mineral 1.5L B$0.50

B$11.50 tu tak masuk tiket la..

hotel ada orang tolong bayaq
pi jalan depa bawak free
naik bot kampung ayaq 
ada yang belanja
kuih2 & ole2 pun ada yang bagi 

Kira ni perjalanan paling jimat...
3 hari 2 malam belanja B$11.50

Ooo.. sebelum terlupa 
kalau sapa sapa pi Brunei 
try la roti canai kat airport
Cafe Royal Brunei punya..
sedap roti canai dia
roti canai tu pun orang belanja jugak
masa kami dah nak balik..

Alhamdulillah... rezeki murah di Brunei

Tuesday, September 19, 2017

SAMA MACAM KITA

Hari Jumaat & Sabtu 15, 16/9
makchaq dengan pakchaq
pi makan kenduri di Brunei
anak kawan pakchaq
makchaq suruh pakchaq pi
dah depa dok ajak berkali-kali

Rupanya pakchaq pi beli tiket kami berdua
makchaq sebenaqnya malas nak pi
awai tahun pakchaq pi jalan Brunei pun makchaq malas nak ikut
tapi dah beli tiket.. pi la jugak
kesian jugak kat pakchaq
isteri orang lain semua ikut

Kenduri sama macam kita
lagu pun lagu Malaysia
pelamin semua macam kita
tetamu lelaki muslim pakai baju melayu siap samping
non muslim pakai batik/suit
perempuan baju kurung/jubah
yg muda2 pakai peplum2 tu la..

Makan agak berbeza,
buffet dia kecik2
lebih kurang untuk 20 orang
meja buffet dan susun kerusi keliling
tetamu pegang pinggan masa makan
tapi semua start makan serentak
kalau datang awal kena la tunggu

Penganti lelaki orang Brunei
pengapit orang berumur dan pakai sempoi ja

Ada silat jugak, yang ada meja tu untuk VIP dan rombongan pengantin



Buah tangan depa bagi beras..
belum masak lagi...





Kalau rajin makchaq sambung cerita Brunei..

Thursday, September 14, 2017

RUMAHKU SYURGAKU

Makchaq ni sejak pencen
tak hilang2 lagi kemaruk dok rumah
dulu masa kerja suka sangat nak cuti
nakpi berjalan bercuti2
nak balik kampung lama-lama..

Tapi sejak pencen ni
seronok sangat dok rumah..
orang ajak pi mana pun malas
yg heran tu balik kampung pun malas..
bila balik tak sabaq nak balik rumah..

Home Sweet Home..
Rumahku Syurgaku..

Rumah bukan la canggih
tapi sebab keliling hutan
jauh dari jalan besaq
sunyi sepi kereta moto pun jarang2 lalu
pagi2 bunyi burung
malam bunyi cengkerik..
rama2, pepatung belalang berterban
tu yg buat seronok sangat..
asai orang kampung
kehidupan kampung jugak la yg dirasa paling best

2 hari lepas sepupu makchaq mai
depa pun ada beli tanah dekat2 sini
depa yg ajak kami beli tanah kat sini dulu
ajak berjiran
tapi last2 depa yg tak duduk sini..

Makchaq tanya la awat tak buat rumah..
katanya anak2 tak suka dok kampung..
alhamdulillah anak2 makchaq ok
depa semua suka kampung dari pekan..

Kuching makchaq pemburu handalan...
Burung, anak biawak anak ular macam2 bawak balik.. dok putajaya dulu tangkap lipas ngan cicak ja...
Tak bela pun.. lepas balik bila dah boleh terbang....

Thursday, April 20, 2017

SERONOK BILA ADA MINAT

Khadijah dari kecik suka masak
lepas form 3,  PT3
makchaq suruh dia masuk kelas masak
sekolah suruh masuk kelas sains
tapi pada makchaq minat tu penting jugak

Tak salah la pilihan tu..
sepanjang tingkatan 4 & 5
dia happy ja pi sekolah..
x nampak stress langsung..
dah buat benda kita suka....
hari2 pun tak pa..

Selain SPM
dapat Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2

Seronok dia dapat markah tertinggi
SKM tahap 2
teori 18.6/20, praktikal 39.5/40
keseluruhan 94.5%

 Memasak

Menghidang





Terlambat sikit pentaksiran depa
ada masalah teknikal berkait bengkel sekolah..
Alhamdulillah selesai dah satu bab..
dia nak sambung belajar masak jugak

Ni dia buat lunch Nafisah
nasi shikansen...
Nafisah asal Jepun suka.. habis semua sayur2 pun makan..

Wednesday, April 12, 2017

NAIK PANGKAT

Pada 25 Mac 2017
makchaq & pakchaq naik pangkat
kami dapat pangkat
mak dan pak mentua
harapan kami biaq la cepat
dapat pangkat tok & tokwan pulak..

Kenduri di Kelantan
gambaq yang sopan tak dak pulak
ni pun tak tau sapa yang ambik
dapat dalam whatsapp ja




Kenduri kat rumah makchaq
tak ambik pulak gambaq keluarga
kalut.. tak teringat nak ambik gambaq
tak pa la tak dak gambaq pun
semua dah selamat dah selesai
lega dah...

Wednesday, March 29, 2017

REZEKI BURUNG

Kawan pakchaq bagi burung
burung ayam-ayam 6 ekoq
fresh baru sembelih

Depa selalu ajak kami pi makan
bila angin timoq
macam kenduri ramai2 makan
sambil menikmatai angin sejuk..
taun ni tak dapat pi
depa hantaq mai burung...

Omak ai.. susahnya nak proses..
2 jam dok cabut bulu burung 6 ekoq
bulu hat kecik2 tu seksa..
last2 4 ekoq selinap kulit..
tak larat dah...

Macam mana la depa yang selalu ajak kami pi makan tu kerjakan berpuluh2 ekoq..
boleh tabik la kat depa..

Kecik ja.. tapi mencabar sungguh nak bersihkan..





makan sat ja..
tak sampai 15 minit..
lupa nak ambik gambaq
balance 2 ketui buat bukti masak burung...😁





Kawan2 pakchaq bagi macam-macam
ikan sungai, rusa, landak
semua dah bersih.. tinggai masak..
tapi ada sorang ni bagi kancil
baru dapat, depa dan sembelih ja..
comei sangat sang kancil tu....
belum dikerjakan lagi..
tak reti sebenaqnya macam mana nak buang bulu dia..
ada dak sape2 pernah proses kancil..?

Friday, March 3, 2017

BUKU LAMA

Dok susun2 buku
jumpa buku-buku lama
buku makchaq baca masa kecik2
Nostalgia sangat
baca masa darjah 1
kira novel pertama la
sebelum tu dok baca buku2 bergambar ja..
Tengok la ejaan dia..
orang la tak reti baca kot
makchaq dah pandai baca rupanya masa darjah 1
Terer jugak makchaq ni kan..
Mungkin pasai buku first baca
gambaq ni melekat dalam ingatan..
selalu terbayang gambaq ni kalau makchaq naik bot ka feri

Buku ni pulak
baca masa darjah 3
tebai lebih 400 m.s
baca menyorok bawah katil
tak mau bagi orang kacau


Novel ni setanding novel Salina
tapi Salina makchaq baca masa sekolah menengah
masa kecik tak pernah tengok novel Salina


Banyak lagi buku2 lama
kat rumah makchaq
ada yg lagi tua dari makchaq

Sedih buku ni
nangis masa baca
jumpa kat tempat sampah
kecik2 dulu selalu kutip buku orang buang

Menang peraduan mengarang jugak ni

Best seller ni..
cetakan ke 6
tahun 1954
Penulis dia lebih tua dari
arwah tok makchaq
Ni tahun 50an
Menang peraduan mengarang juga
tapi makchaq rasa tak terkesan sangat dengan cerita ni banding cerita2 lain.






Wednesday, February 22, 2017

FIRST TIME

3 minggu lepas makchaq pi Bandung
rombongan adik beradik pakchaq
2 adik lelaki pakchaq pi dengan isteri
2 kakak pakchaq pi solo
Sorang pi dengan anak
makchaq sorang..
jadi 9 semuanya..

Semenjak bekeluarga
ni first time pi rombongan
first time makchaq pi cuti sorang
& first trip selepas jadi YB... (yang bersara)

Makchaq yang ajak depa pi cuti2
bonding ipaq duai... sambil rehat minda
tengok tempat orang sambil shopping2

Tapi x dan apa2 dah rasa rindu
rindu kat rumah, kat anak2, kat pakchaq
rasa tak sabaq pulak nak balik...
memang family women sejati..
padahai orang yang tinggai...
x miss pun makchaq..

Depa hat lain happy je..
siap nak pi lagi.. tak puas shopping
tak puas jalan katanya..

Makchaq bukan kaki shopping
beli yang dipesan ja la..
& untuk biras yg x dpt pi..

Ahli rombongan..
makchaq tukang ambik gambaq



Pujuk supir bawak pi kampung dia...
cantik sangat... sawah bertingkat...
depa jamu nasi liwet
sedap....

Budak peminat setia segala Jepun ni la penyebab cuti makchaq kurang ceria..
Rindu kat dia sangat2...
Dia elok ja sepeninggalan makchaq pi memanah, pi skating bagai... mak yg lebih


Wednesday, February 15, 2017

DAH PENCEN

Start 2017 Alhamdulillah.....
dengan izin Allah
makchaq dah bergelar pesara
rasa lega, rasa seronok tak terkata
tak dak nak hambat pi kerja pagi-pagi
hari-hari cuti.....

Dah bersara
tak boleh duk kuarters di Putrajaya
kami pindah balik ke Sg Buloh

Pindah ni memang penat..
tak siap2 lagi dok kemas
dekat 2 bulan dah ni..
bila pindah baru perasan
banyaknya barang..
tu yang tak habih2 dok susun

Dua bulan ni..
lagi banyak kerja dari masa kerja..
kerja rumah basuh masak biasa la..
tambah pulak mengemas menyusun
barang berkotak2, berbakui2
tapi hati senang... tenang...

Pagi-pagi dengaq burung berkicau..
tengok luaq nampak hijau....
tapi kalau orang x suka dok kampung
rasa sunyi kot..
kereta motor pun jarang lalu..
kecuali kalau ada kematian..
pasai rumah kami jalan ke kubuq....

Nafisah pun happy
dok sini hari-hari nampak
rama-rama, pepatung, belalang..
kacau ulat tengah makan....
memang seronok la dia..

 
Dulu tengok luaq tingkap
nampak jalanraya
La ni nampak pokok durian..

Thursday, January 12, 2017

AWAT JADI LAGU NI

Lepas boleh akses blog sekejap hari tu
nak login balik dah tak boleh pulak
ni baru boleh login balik
minta2 lepas ni jangan la x boleh pulak...