Wednesday, February 15, 2017

DAH PENCEN

Start 2017 Alhamdulillah.....
dengan izin Allah
makchaq dah bergelar pesara
rasa lega, rasa seronok tak terkata
tak dak nak hambat pi kerja pagi-pagi
hari-hari cuti.....

Dah bersara
tak boleh duk kuarters di Putrajaya
kami pindah balik ke Sg Buloh

Pindah ni memang penat..
tak siap2 lagi dok kemas
dekat 2 bulan dah ni..
bila pindah baru perasan
banyaknya barang..
tu yang tak habih2 dok susun

Dua bulan ni..
lagi banyak kerja dari masa kerja..
kerja rumah basuh masak biasa la..
tambah pulak mengemas menyusun
barang berkotak2, berbakui2
tapi hati senang... tenang...

Pagi-pagi dengaq burung berkicau..
tengok luaq nampak hijau....
tapi kalau orang x suka dok kampung
rasa sunyi kot..
kereta motor pun jarang lalu..
kecuali kalau ada kematian..
pasai rumah kami jalan ke kubuq....

Nafisah pun happy
dok sini hari-hari nampak
rama-rama, pepatung, belalang..
kacau ulat tengah makan....
memang seronok la dia..

 
Dulu tengok luaq tingkap
nampak jalanraya
La ni nampak pokok durian..

11 comments:

  1. Seronoknya dapat tinggal di rumah yang ada kawasan kehijauan di sekelilingnya. Nanti boleh bercucuk tanam... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sudah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di šŸ£PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBALšŸ£

      Delete
  2. Bestnya makchaq. Kakak kalau pencen pun ada niat nak balik kampung buat rumah di tanah yg ada.

    Itu pokok durian dah sedia menanti - musim akan dtg tak payah beli dah:)

    ReplyDelete
  3. Salam Makchaq..welkam to the club..syukur bebnyak kan dapat menikmati usia persaraan...semuga kita dapat menambah amal ibadah kita utk bekalan seterusnya...

    ReplyDelete
  4. Saya dapat bayangkan rumah baru mak chaq di kampung yang damai...nampak kehijauan udara segar.Saya ni tinggal kampung juga mak chaq tapi tak dapat nikmati suasana seperti ini.Kereta, lori,kilang yang berdekatan sentiasa hinggar bingar.

    ReplyDelete
  5. Saya dapat bayangkan rumah baru mak chaq di kampung yang damai...nampak kehijauan udara segar.Saya ni tinggal kampung juga mak chaq tapi tak dapat nikmati suasana seperti ini.Kereta, lori,kilang yang berdekatan sentiasa hinggar bingar.

    ReplyDelete
  6. syok nya makchaq..dah tak payah nak pikiaq pasai keja dah.Selamat berehat

    ReplyDelete
  7. Samalah kita, start Jaanuari 2017 aritu dah tak terkocoh2 lagi pepagi nak berlelah ke tempat kerja. Bersara dan duduk rumah.

    ReplyDelete
  8. Best nya Makchaq..
    Nanti nak mai datang rumah Makchaq lah..

    ReplyDelete
  9. tahniah makchaq ..dah pencen.
    hari ini kerja bukan macam dulu2 stess belaka

    ReplyDelete
  10. Selamat berpencen makchaq...
    Tu yg syok dengaq tu, tak payah dah berebut nak pergi kerja pagi pagi noh.
    Lepas bebudak pi sekolah boleh golek golek lagi atas katil hihi....

    Duk Sg Buloh bolehlah pi IKEA hari hari, soping mata.

    ReplyDelete