Tuesday, December 25, 2012

MINGGU DEPAN SEKOLAH DAH NAK BUKAK

Minggu depan sekolah dah nak bukak
anak makchaq hanya Khadijah yang masih sekolah
jadi persiapan sekolah tak lah banyak dan kecoh sangat
buku dah dapat pinjaman
tinggal nak beli buku tulis
semalam pi beli kasut sekolah dan tshirt kadet bomba dia
baju sekolah - beli baju saja
kain yang tahun lepas ok lagi
beg pun dia tak nak tukaq, ok la..
semua dalam RM100, buku tulis rasanya RM40
yuran tak tau lagi berapa, mungkin RM60 kot macam tahun lepas
Khadijah tingkatan 2

Nafisah tahun depan 5 tahun
makchaq dah daftarkan dia tadika/taska
tadika jabatan makchaq
kena beli baju sekolah, baju sukan, buku & alat tulis
deposit, yuran sukan, yuran seni etc
tambah yuran bulanan sebulan RM150.00
(makchaq rasa ok la bayarannya, sampai petang RM150) 
jumlah semua masa daftar RM800 lebih
macam daftar masuk universiti  rasanya..

Tapi, ada yang kata
jumlah yang makchaq bayaq tu tak mahai mana
ada lagi tadika yang lebih mahai dari tu
ada yang bayaran mula RM1500 - RM2000
memang mahai sungguh makchaq rasa

Bukan la masalah  mampu/ tak mampu
tapi kalau setakat tadika tu..
apa sangat la yang nak diajaq/dibelajaq
sampai yuran  RM300 sebulan belajaq 3, 4 jam saja

Tapi itu la..
bila namanya ibu dan bapa
memang sanggup buat apa saja
demi kejayaan dan kecermelangan anak2...

Wednesday, December 19, 2012

AUDIT 5S


Hari ni hari audit 5S kat pejabat makchaq
sepanjang 3 hari sebelum audit tu
macam2 la yang kami dok perelok dan perbaik
letak tagging sana sini
takut la satni jadi sebab dpt markah rendah..

Sebenagnya jabatan makchaq bukan buat pensijilan 5S ni
tapi ketua jabatan kami nakkan amalan ni diterapkan
jadi setiap 3 bulan diadakan audit oleh pegawai2 jabatan yang dilantik
macam pertandingan antara bahagian la kiranya
semua ketua bahagian pulak mesti tak nak bahagian dia tercorot..

Masalahnya... yang dok bersusah payah pebetui ni kami2 la..
orang2 sokongan
perpustakaan, bilik mesyuarat, bilik jamuan, ruang menunggu, bilik fail, bilik kebal, pantry, tandas semua nak kena pastikan ok dan tip top
tapi...
yg selalu jadi masalah pulak bilik2 pegawai..
ada ja hai nya.. komputer letak atas lantai la, dokumen sulit tinggai atas meja/lantai la, jam dinding mati la..
bilik bersepah la...sedangkan depa tak dak kat bilik..

Kami ada masanya diarah kemas bilik2 pegawai yg out station ni
pasai pegawai2 kami memang jarang sangat ada kat ofis
depa lebih banyak kerja luaq/kursus
tapi ada jugak yang ada sebelum hari audit
tapi depa memang banyak kerja...
tak kuasa kot depa nak kemas2 ni..

Kadang2 kemas2 sangat pun jadi masalah
semua nak sisih...susun.. sapu..
langsung hilang benda2 yang kita perlu

Makchaq pun kadang2 lagu tu jugak
sisih2, susun2, sapu2 langsung tak jumpa...
kalau salah letak/susun tak pa lagi
kalau ter 'shred' memang naya la...
la ni pulak nak buang dokumen semua kena shred
jenuh la  nak menjawab.....

Monday, December 17, 2012

CERITA MAKAN LAGI

Makchaq baru terima msg dari katerer
(dlm cerita sebelum ni)
dia kata katerer yang buat tu nak refund RM250 saja

Nama katerer yg tak basuh ikan tu Y katerer
Yang pi sublet kat depa tu d'Gedung cafe
Sapa2 yg nak buat makan2 tak payah la ambik depa2 ni..

Ni cerita lain pulak..

Masa pi pantry pagi tadi
ada seorang pegawai makchaq tengah prepare breakfast
sebiji croissant, besar sikit dari genggam Nafisah
sekeping cheese dan 2 keping salad kecik

Ada staff tanya..
'sampai pukul berapa kenyang makan ni puan?'
'sampai petang la...'
'tengah hari tak lapar ke?'
'kalau lapar minum la air.. kenyang la..'

menurutnya dia makan nasi paling banyak sekali sehari
tu pun makan suku nasik ja
dia pakai baju2 lama yang kecik-kecik2 supaya dia boleh terasa badannya naik
memang kurus pun dia..kadang2 nampak macam orang baru baik demam
kalau makchaq teguq dia nampak kurus mesti dia cakap..
"mana ada.. gemuk ni kak....saya nak kena turunkan lagi sikit..

Ada lagi pegawai2 lain kat ofis makchaq yg makchaq nampak depa kurus
tapi depa dok kata depa gemuk
ada yg langsung x makan nasik dah bertahun
tahan sungguh....

Makchaq ni pulak tak reti nak kawai makan
sedap je nak makan..
makan nasik 4 kali sehari pun boleh
tapi kalau sehari x makan nasik tak boleh pulak..
kalau tak makan nasik..
rasa macam tak makan apa2 walau pun dah makan macam2
mesti nak kena makan nasik jugak..

Makchaq kalau buat/beli baju suka besaq2
kain mesti boh getah kat pinggang senang nak expand

Yang makchaq nampak

Orang yang banyak duit ni makan sikit2 ja
tak dak selera/tak lapaq, tengah hari minum ayaq ja..

Kat bilik makchaq banyak makanan
kalau orang masuk selalu la teringin..
tapi depa2 ni bila ajak
makan secubit/separuh kuih/sesudu kecik mee/nasik goreng dah kenyang..

Orang biasa makan macam biasa pulak
pagi makan, tengah hari makan, petang makan..
kalau ajak makan pun puas hati..

Bila la agaknya makchaq boleh makan sikit2 dan boleh kuruih sikit...
kurang will power makchaq ni...

Thursday, December 13, 2012

MAKAN TAK BEST

Semalam ada jamuan perpisahan/persaraan untuk CC
makchaq diarah oleh Tok Din uruskan jamuan tu
sebelum ni benda2 ni CC la yg buat
tapi dah jamuan untuk dia tak kan dia pulak nak urus

Dah la makchaq tak pernah berkecimpung ngan katerer ke hapa
bila kena buat menggagau la..
nak tanya CC rasa tak patut pulak..
last2 dapat la satu katerer  yg sanggup ambik..

Order lauk kampung
masak lemak ikan masin ngan nenas, asam pedas ikan pari, ayam goreng, sayuq campuq, sambai & ulam, buah dan ayaq (katerer charge RM15 seorang)
bila sampai makanan...
ayam goreng, ikan kembung masak kicap, sayuq campuq (kobis, kacang panjang, carrot), ulam kacang panjang & kacang botoi...

Yang paling teruk...
ikan kembung macam langsung tak cuci, teruih goreng
insang dengan perut semua intact, goreng pulak setengah masak, isi dalam dok merah lagi
ayam goreng ada ok, ada yang hanguih
sayuq pun entah apa2
ayaq tawaq tak rasa apa..harap warna ja
hantaq sudu saja, garfu x bagi...
pinggan dan gelas pun hancus..

Malunya... makchaq kat Tok Din..
dah la dia orang yang suka perfect2 semua
entah2 lepas ni dia tak suruh makchaq buat apa2 dah.. (ok gak kot, boleh relax sikit..)

Pagi tadi makchaq telefon katerer
dia kata sebenaqnya dia tak ambik katering kurang 100 pax
dia sublet kat keterer yg baru nak bertapak
nak tolong kawan.. bagi bussiness
tapi kawan tu dah malukan dia..
dia kata nanti dia akan cakap kat katerer tu
suruh depa refund duit..

Entah lah dapat ka dak..
tapi yang penting, makchaq memang rasa malu sangat kat semua orang esp Tok Din

Yang katerer tu pun melampau sungguh
nak bagi orang makan
ada ka patut buat lagu tu
kalau ikan boleh depa tak basuh
entah2 sayuq semua pun tak basuh..

Jahat kan depa...
Pukui baru tau...

Sunday, December 9, 2012

NAFISAH DAH MAKIN BESAQ...


Baru beberapa jam lahir
















 
Tak sampai sebulan..


 

 

6 bulan

 
8 bulan


Setahun lebih


 
2 tahun


3 tahun

 
Awal tahun 2012


Pertengahan 2012








Raya 2012

Oktober 2012

Latest 13/11/2011



 
Harap maaf kalau ada teman2 yang jemu tengok gambaq2 Nafisah ni..
makchaq saja nak simpan  gambaq2 dia  kat sini.. 
baru ni banyak gambaq yg hilang sebab komputer sekali ngan memory card kena curi
( si Amir pi tinggai komputer dlm kereta, nak pi makan, tak simpan dalam boot, dengan baju2 lesap)