Friday, December 30, 2011

Bercuti dan Jalan-Jalan Kota Kinabalu Sabah

Update hujung tahun. Hujung tahun 2010 yang dipublish hujung tahun ni dan entri baru pun kisah cuti jugak la nampaknye. Rasanye hujung tahun kebanyakkan orang aktivitinya bercuti dan jalan2.  Kat pejabat pun lengang, semua cuti, big boss cuti, small boss cuti, officer ramai cuti, mak chaq pun tumpang cuti...

Mak chaq cuti seminggu nak jalan ke Negeri Bawah Bayu.  Rancangannya pegi 4 beranak, mak chaq, pak chaq, anak bongsu ngan kedua bongsu je.. Kononnye nak bagi anak bongsu dpt bermanja dengan abah dia sebab dia jarang dapat jumpa abah.
Tiket dah beli bulan 11 lagi, tup-tup tiga minggu nak pegi pak chaq bagi tau dia tak boleh cuti. Sedih mak chaq.  Akhirnye mak chaq je la pegi ngan anak-anak... tiket dah beli, beli promo bukan ada refund walaupun promo pun tak la murah mana..

  
 
Kat KLIA

Anak mak chaq happy je, tapi sibongsu dok asyik cakap abah datang kan nanti.. sian...tak berapa nak faham kalau kita kata tak.. hari khamis terus deman, hari jumaat kami balik jumpa abah dia terus sihat... tak tau le deman sebab panas sangat kat sana ke atau demam rindu kot.  Masa dia kecik kalau lama abah tak balik memang dia deman, jumpa abah baik.  Sekarang dia macam faham jugak abah dia bukan selalu ada tapi masa nak pegi cuti tu dia memang ingat abah dia nak pegi sama tu yang dok tanya je..

Masa kat sabah mak chaq pi Pulau Manukan, salah sebuah pulau yang di wartakan sebagai Tman Negara Laut.  Ni bukan pertama kali mak chaq pi ke pulau ni.  Mula-mula mak chaq pi pada bulan Disember 1984, masa tu mak chaq masih bujang.  Punya cantik pulau tu masa tu.  Bot yang mak chaq naik pun bot nelayan biasa je, tak de jeti di sana. Bot berhenti agak tengah laut, penumpang kena turun dalam air separas peha dan mengharung air ke pantai. Macam2 ikan datang keliling kita masa kita dok jalan tu. berwarna-warni, dengan starfish merangkak-rangkak dalam air, coral terbuai-buai, SubhanAllah cantik sungguh.

Kali kedua pergi tahun 2003, dengan suami dan 4 orang anak, kami pergi snorkeling, masih mengagumkan, walaupun ikan tak sebanyak dulu dan ikan2 warna warni dah tak ada sangat.  Coral pun masih banyak dan berbuai2.  Kami diarahkan supaya tidak berdiri dalam air di kawasan bercoral takut terpijak dan memati/ memusnahkan karang.  Sampah2/sisa2 makanan kena masukkan dalam bekas dan di angkut balik ke tanah besar untuk dibuang.  Signboard take nothing but photo, leave nothing but foot print banyak di pasang.

Sayangnya semua kenangan tu tidak diabadikan dalam gambar hanya di ingatan. Mula-mula pi tak dak kamera, kali kedua terlupa nak bawak kamera rasanya.  Kali ketiga 2011 mak chaq bawak kamera dengan penuh semangat....tapi sayang seribu kali sayang.... Manukan bukan Manukan yang mak chaq pernah kenal dulu...(Bermadah pulak mak cik ni.. maaf la ye...tengah feeling..) tengok la gambar kat bawah ni...  plastik/botol/ polistrin malah karong beras pun ada anak mak chaq kutip dalam laut bergumpal2 dengan seaweed yang dah mati... sedih....
 
 Sayang sungguh... sedih sungguh... Tempat beli tiket bot canggih, tempat naik bot canggih, bot pun canggih, berbayar pulak nak masuk sana, cukai Taman Negara, RM3 bayar di jeti di waterfront dan RM3 di pulau. Tapi amat menghampakan.  Mak chaq rasa sebab di sana dah ada chalet dan restoran tu la jadi macam tu. Pembangunan ni ada kalanya tak berbaloi

OK la penat dah luah rasa.  Nanti mak chaq sambung lagi cerita tiga beranak di Sabah 




 








Tuesday, December 6, 2011

Setahun.....

Pagi tadi mak chaq bukak blog mak chaq yang dah lama tak berjengok... wa... tengok2 last post 14 November 2010.  Lebih setahun lamanya...

Pastu tengok ada draf yang tak dipublish lagi... tapi belum sampai setahun draf tu. terus makchaq publish. Walaupun cerita dah basi tak pa la. boleh jugak baca jadikan kenangan. Jadi entry yang sebelum ni ialah entry yang sepatutnya dipublish hujung tahun lepas.

Rupanya makchaq ni lagi suka membaca daripada menulis.  Tapi nak juga la tulis, boleh jugak jadikan kenangan/ingatan.  Maalumlah bila dah umur separuh abad ni daya ingatan memang kurang rasanya.

Beli gak gingko ngan kismis untuk tingkatkan daya ingatan tapi asyik la lupa nak makan... tapi Alhamdulillah makan nasik makchaq tak lupa.  Kalau tak mau kurus kering jadinya... he he he

Cuti-cuti 4 pulau

18/12/10 ofis mak chaq buat hari keluarga kat Lumut. Memandangkan sepanjang cuti sekolah kami tak pi mana , mak chaq bawa anak2 pi hari keluarga tu.  Bayaran pun murah. RM100 saja satu keluarga utk kami kumpulan sokongan (terima kasih bebanyak pada Kelab Kebajikan & Rekreasi jabatan mak chaq).
Hari Ahad, lepas check out kami pi Pulau Pangkor (pulau pertama). Sebab dah petang tak ke mana pun.  Lepas beli ikan bilis terus naik next ferry balik ke Lumut.
 
Anak mak chaq masuk persembahan tarian, dpt persembahan terbaik. TQ pada Kak Ji dan anak2  yang jenuh mengajar anak mak chaq yang seumur hidup tak pernah menari. Hadiahnya- voucher JUSCO RM200  bahagi 5 penari dpt sorang RM40.
 
Dari Lumut kami ke Pulau Pinang (pulau kedua)  rumah adik mak chaq. Anak sulung dengan dua yang kecik saja ikut, yang dua lagi balik KL sebab anak kedua mak chaq tak cuti & yang no 3 pulak kena teman kakak dia, takit drive sorang-sorang mengantuk pulak.

Besoknya kami pi Pulau Aman (pulau ke tiga). Pi makan mi udang.  Sedap bangattt... Udang fresh la katakan.. sepinggan tak cukup.   Pulau Aman tu pun memang aman.  Tak ada kenderaan bermotor kecuali motorboat. Orang kat sana jalan kaki atau naik basikal saja kalau nak ke mana-mana, tapi kawasan yg berpenduduk pun tak lah luas mana.. lebih kurang dalam 2.5km sepanjang pantai saja.

Dari rumah adik mak chaq kami pi Aloq Setaq, dapatlah anak kecik mak chaq jumpa abah kesayangannya. Hubby mak chaq ajak pi Langkawi. Mak chaq kesian pulak anak yang 2 org kat KL tu tak ikut. Hubby mak chaq dengan murah hati terus beli tiket untuk anak no 2 & no 3 mai dari KL malam tu jugak. Jadinya hari krismas kami di Langkawi..(Pulau ke empat). Tak ke mana sangat, pi Underwater World, Pantai Cenang dan beli coklat kat pekan kuah. Pi pun semalam saja..
Terminal feri Kuala Perlis- punya ramai orang...nasib tiket dah tempah awal
Ini la percutian mak Chaq ke 4 pulau Malaysia..