Tuesday, November 27, 2012

BACA CERITA JALAN-JALAN TERINGAT KISAH LAMA

Musim cuti ni ramai yang pi bercuti dan jalan2
seronok baca dan tengok gambaq2
bila tengok gambaq2 tempat yang kita pernah sampai
teringat kisah lama

Makchaq masa  bujang2 suka jalan2
tapi x dak duit, so kena la adventurous sikit
dengan balance biasiswa RM70 lepas form 5 (1980)
makchaq dengan 3 kawan  (Asif, Zu, Katie)
hitchhiking dan naik bas loncat dari Kuala Lumpur ke Langkawi

RM70 + duit sendiri tak sampai RM5 rasanya
belanja- beli back pack RM11, seluar sehelai RM5.90 dan kain semeter RM3 - 2.5m  (minta tolong mak sedara buat blause panjang utk pakai kat luar, dlm pakai tshirt),
lain2 barang dah sedia ada, kasut pun pakai kasut sekolah..

Dari KL ke Ipoh ke Bota ke Lumut ke Pangkor ke Teluk Intan ke Kuala Kangsar ke Penang ke Perlis last ke Langkawi
mula2 kami naik keretapi sampai Ipoh, ambik map kat stesen keretapi
baru cari jalan macam mana nak pi Lumut ( ialah sapa pun tak pernah pi..)

Yang makchaq ingat kami lebih banyak jalan kaki  dari naik kenderaan
orang nak bagi tumpang pun susah, kami ramai, kecuali tumpang lori...
Alhamdulillah masa tu Malaysia aman dan selamat

Untuk safe duit kami makan minima bila betui2 lapaq dan minum ayaq paip...
jalan ikut map.. bila penat...rehat kat masjid.. tumpang basuh baju.. sambung jalan
baju basah sangkut kat beg.. entah macam mana la rupa kami masa tu..
naik bas hanya bila dah dekat2 nak malam, nak jimat tambang

Sepanjang 2 minggu lebih tu.. penat tak payah cerita
kurus.. entah turun berapa kilo tak tau,
hitam legam makchaq yang dah sedia hitam
tapi seronok ... dpt pengalaman
siap dapat bawak feri Pangkor, Pulau Pinang dan Langkawi,
belajaq dayung sampan & belajaq main terup

Lepas first time tu makchaq dah ok kalau nak jalan mana2 tak dak duit, asal cukup tambang

2nd time pi Langkawi (83) ada RM2 lepas tolak tambang
sehari suntuk jalan tanpa makan,  minum air paip kat pusat kesihatan,
lepak dan berehat kat masjid
bila feri balik dah sampai, baru beli air dan aiscream share berdua

Lepas tu pi Singapore pun macam tu.. jalan kaki selagi boleh
makan bila dah lapaq sangat, minum ayaq paip
nak balik duit yg ada beberapa belas ringgit beli kain pasang kat mak, kain pelikat kat abah & laici 2 tin
awai taun 80an barang2 kat singapore memang murah, duit depa pun lebih kurang duit kita..

Bila dah kahwin langsung berubah..tambah bila dah ada anak2
lagi pun Pakchaq tak  macam makchaq, dia suka well plan (jaga keselamatan keluarga)
( makchaq syukur jugak dia macam tu ... kalau pakchaq pun macam makchaq, entah2 kami jadi Gypsy.. haru..)

Sekali dia setuju ikut cara makchaq
tapi sebab anak kecik, makchaq book juga tempat tinggai masa sampai & nak balik,
kami sewa kereta, jalan ikut map, berenti bila nampak best/ nak malam
tapi kena off peak season la.. kalau peak season tak booking kena tiduq dlm kereta la jawabnya..


Saturday, November 24, 2012

MUDAH-MUDAHAN SEMUANYA BERAKHIR DENGAN BAIK..

Ada seorang pegawai kat ofis makchaq
boleh kata pakej lengkap
sangat cantik, pandai, sopan santun
sangat menghormati  (walaupun pada orang bawahan macam makchaq)
tak banyak cakap, kalau bercakap lemah lembut dan sentiasa tersenyum
dia memang disenangi semua..

Dah kahwin dan baru dapat anak lelaki
tapi sayangnya famili dia tak merestui perkahwinan dia
sebab dia kahwin dengan Cina, kahwin di Thailand

2 hari lepas dia mai jumpa makchaq
dia kata baru ni dia jumpa pakchaq, rupanya pakchaq kenai bapa dia
tu yang dia datang nak cerita kat makchaq kisah dia
kot2 la bapak dia cerita kat pakchaq
jadi dia nak makchaq tau dari dia pulak

Bapa dia, lepas dia kahwin, tulis surat kat ketua jabatan makchaq
suruh ambik tindakan ke atas dia dan suaminya
sebab kawin di Thailand tanpa restu dan tindakan tu memalukan jabatan
(dua2 kerja kat jabatan makchaq, x sama department)
sampai la dia kena panggil dengan ketua jabatan..

Masa dia bersalin, famili dia mai..
bila tau depa daftarkan nama anak depa 'RAYYAN'
famili dia mengamuk sebab tak letak Muhammad, tak ikut Islam
macam2 la yang tak kena, check rumah dia kot2 suami dia tak amalkan Islam

Dia stress sangat sampai tak sedaq hempas anak dia atas katil (suami dia cerita)
bila dah teruk sangat bapa mertua dia cuba nak menenangkan keadaan
tapi famili dia makin marah dan terus balik tinggalkan dia yg baru lepas operation

Tengok dia macam tu mak mertua dia datang tolong
jaga baby, jaga  dia dan masak
bila family dia tau, marah lagi sebab makan makanan orang bukan Islam masak
tapi dia kata, masa tu tak dak sapa nak tolong dia, adik2 dia pun tak nak tolong..

Bapa dia ada bagi kereta kat dia (adik2 dia pun bapa dia hadiah kereta sorang satu)
bila dia kerja dia bayaq sikit sikit,
baru ni bapa dia tuntut balik
bapa dia buat repot polis, kata dia berhutang dengan bapa dia
hantaq lagi surat kat jabatan, suruh ambik tindakan kat anak dia..
dia kena panggil

Baru2 ni suami dia kena tukaq ke jabatan lain
jabatan tu ada kena mengena jugak dengan ofis makchaq
bapa dia tulis surat lagi,
kononnya anaknya berkemungkinan bocorkan maklumat jabatan makchaq kpd jabatan suaminya
dia kena panggil lagi..

Dia kata dia malu sangat kat pihak atasan
dan dia malu orang tau cerita dia
tapi dia tak tau nak buat apa..
dia cuba hubungi family dia tapi semua tak nak cakap ngan dia.

Makchaq pun tak tau nak kata apa
makchaq kata sabar la..
makchaq kata cubalah hantaq gambaq anak dia kat family dia
harap2 bila tengok cucu, hati family dia jadi lembut..

Dua tiga  hari ni makchaq dok terpikiaq pasai dia
kesian sangat....
kenapa lah bapa dia nak hancur/rosakkan nama baik dia
bapanya orang terpelajar,  orang berada, orang ternama..
tak kan tak boleh nak maafkan anaknya..

Kalau kira nak marah,
family husband dia patut lebih marah
anak lelaki kesayangan dan harapan depa tukaq agama
tapi depa pulak yang ok, sentiasa bagi sokongan
membantu jaga menantu dan cucu,
bagi sokongan moral..

Pakchaq tak cerita apa2 pun
baru2 ni dia ada cakap kat makchaq
dia baru bersembang dengan kawan dia tu..
bagi tau pulak dia baru jumpa dengan anak orang tu
mungkin bapa pegawai makchaq tu tak cerita kot
makchaq pun tak cerita apa2 kat pakchaq....

Makchaq hanya tolong doakan
pegawai makchaq dan suaminya bersabar..
semoga ibu bapa pegawai makchaq tu dilembutkan hati
dapat menerima anak menantu dan cucu depa
dan tak buat tindakan yang merosakkan nama baik anak dan menantu depa sendiri..



Saturday, November 17, 2012

ESOK DAH NAK MULA KERJA.....

Esok dah nak mula kerja balik..
harap2 lepas cuti panjang ni semangat kerja meningkat
tapi yang heran masa cuti
sikit pun tak rindu nak pi kerja..
tapi masa kerja selalu rindu nak cuti...

Kerja...
makchaq dah boleh agak
mesti menimbun punya...
tapi tak kisah  la..
pelan2 makchaq kayuh..
orang veteren tak boleh kayuh laju2 takut motor blow..

Penutup cuti, pakchaq bawak balik durian
dia singgah beli di Bukit Gantang masa nak balik ke Putrajaya
sedap betui, puas makan,
tapi sebab tak boleh simpan dalam rumah (anak2 lelaki makchaq mabuk teruk kalau bau durian)
separuh jadi rezeki jiran..

Cuti memang best...
paling best dapat duduk lama2 ngan Nafisah..
makchaq memang tak jemu2 bersembang ngan dia & layan kerenah dia..
makchaq la ni memang dah jadi penyabaq..
kerenah Nafisah jarang sangat rasa nak marah
macam nenek layan cucu....sayang.. saja rasanya..

Cerita yang tak dak kena mengena...
2/12/2012 kawan sekolah makchaq jemput kenduri kahwin anak dia
majlis pukui 12.00 - 4.00 ptg
buat kat Club House Bukit Mahkota Kajang
jemputan kat dalam fb jugak
3, 4 kali makchaq tengok dan baca jemputan
dengan harapan kali ni.......

MAKCHAQ BERJAYA PI MAJLIS TANPA SILAP TARIKH, TEMPAT, MASA ATAU MAJLISNYA...


On the way nak hantaq Amir jumpa kereta ni kat tempat rehat,
Nafisah sibok nak bergambaq dengan kereta tu sebab sama Zebra dengan baju dia.. sampai makchaq terpaksa minta kebenaran tuan punya kereta sebab dia nak gambaq dekat2.. tengok la gaya gedik dia..
Macam mana adik tak gedik, Amir pun kalau bergambaq suka gaya gedik,
dah la rambut panjang, sampai kena teguq ngan pakchaq. Pi potong pun sikit ja...macam  tak potong..
masa kecik2 makchaq selalu potong rambut dia sampai nak botak.. tu kot la ni nak balas dendam simpan rambut panjang...
Nafisah kat rumah sewa Amir,
Amir baru pindah, makchaq pi tolong kemas, kami tiduq sana..
kawan serumah dia belum masuk lagi..