Ada seorang pegawai kat ofis makchaq
boleh kata pakej lengkap
sangat cantik, pandai, sopan santun
sangat menghormati (walaupun pada orang bawahan macam makchaq)
tak banyak cakap, kalau bercakap lemah lembut dan sentiasa tersenyum
dia memang disenangi semua..
Dah kahwin dan baru dapat anak lelaki
tapi sayangnya famili dia tak merestui perkahwinan dia
sebab dia kahwin dengan Cina, kahwin di Thailand
2 hari lepas dia mai jumpa makchaq
dia kata baru ni dia jumpa pakchaq, rupanya pakchaq kenai bapa dia
tu yang dia datang nak cerita kat makchaq kisah dia
kot2 la bapak dia cerita kat pakchaq
jadi dia nak makchaq tau dari dia pulak
Bapa dia, lepas dia kahwin, tulis surat kat ketua jabatan makchaq
suruh ambik tindakan ke atas dia dan suaminya
sebab kawin di Thailand tanpa restu dan tindakan tu memalukan jabatan
(dua2 kerja kat jabatan makchaq, x sama department)
sampai la dia kena panggil dengan ketua jabatan..
Masa dia bersalin, famili dia mai..
bila tau depa daftarkan nama anak depa 'RAYYAN'
famili dia mengamuk sebab tak letak Muhammad, tak ikut Islam
macam2 la yang tak kena, check rumah dia kot2 suami dia tak amalkan Islam
Dia stress sangat sampai tak sedaq hempas anak dia atas katil (suami dia cerita)
bila dah teruk sangat bapa mertua dia cuba nak menenangkan keadaan
tapi famili dia makin marah dan terus balik tinggalkan dia yg baru lepas operation
Tengok dia macam tu mak mertua dia datang tolong
jaga baby, jaga dia dan masak
bila family dia tau, marah lagi sebab makan makanan orang bukan Islam masak
tapi dia kata, masa tu tak dak sapa nak tolong dia, adik2 dia pun tak nak tolong..
Bapa dia ada bagi kereta kat dia (adik2 dia pun bapa dia hadiah kereta sorang satu)
bila dia kerja dia bayaq sikit sikit,
baru ni bapa dia tuntut balik
bapa dia buat repot polis, kata dia berhutang dengan bapa dia
hantaq lagi surat kat jabatan, suruh ambik tindakan kat anak dia..
dia kena panggil
Baru2 ni suami dia kena tukaq ke jabatan lain
jabatan tu ada kena mengena jugak dengan ofis makchaq
bapa dia tulis surat lagi,
kononnya anaknya berkemungkinan bocorkan maklumat jabatan makchaq kpd jabatan suaminya
dia kena panggil lagi..
Dia kata dia malu sangat kat pihak atasan
dan dia malu orang tau cerita dia
tapi dia tak tau nak buat apa..
dia cuba hubungi family dia tapi semua tak nak cakap ngan dia.
Makchaq pun tak tau nak kata apa
makchaq kata sabar la..
makchaq kata cubalah hantaq gambaq anak dia kat family dia
harap2 bila tengok cucu, hati family dia jadi lembut..
Dua tiga hari ni makchaq dok terpikiaq pasai dia
kesian sangat....
kenapa lah bapa dia nak hancur/rosakkan nama baik dia
bapanya orang terpelajar, orang berada, orang ternama..
tak kan tak boleh nak maafkan anaknya..
Kalau kira nak marah,
family husband dia patut lebih marah
anak lelaki kesayangan dan harapan depa tukaq agama
tapi depa pulak yang ok, sentiasa bagi sokongan
membantu jaga menantu dan cucu,
bagi sokongan moral..
Pakchaq tak cerita apa2 pun
baru2 ni dia ada cakap kat makchaq
dia baru bersembang dengan kawan dia tu..
bagi tau pulak dia baru jumpa dengan anak orang tu
mungkin bapa pegawai makchaq tu tak cerita kot
makchaq pun tak cerita apa2 kat pakchaq....
Makchaq hanya tolong doakan
pegawai makchaq dan suaminya bersabar..
semoga ibu bapa pegawai makchaq tu dilembutkan hati
dapat menerima anak menantu dan cucu depa
dan tak buat tindakan yang merosakkan nama baik anak dan menantu depa sendiri..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKesian nya...Semoga mereka tabah dan bahagia menanti di hadapan hari..Semoga dugaan Tuhan itu mendekatkan lagi hati mereka kepada Allah.
ReplyDeleteMakchaq pun harap macam tu cikgu, terutamaharap suaminya tidak berubah hati dan menjauh dari
DeleteIslam
Salam Sejahtera,
ReplyDeleteAuntie sedih baca n3 ni.
Ermmm...dari awal anak kawin tanpa restu, kawin diwalikan tanpa ayah, beratlah juga perbuatan anak itu, tapi dah sah suami isteri, siayah kena terima takdir, jangan lah buat buat tak faham jodoh dari Allah dan memutuskan pertalian suami isteri adalah dosa besar.
Siayah menurut perasaan(nafsu).
Kesian pasangan itu. Mereka diuji begitu juga siayah.
Moga Allah limpahkan taufik dan hidayah kepada mereka.
Auntie nanie juga sedang diuji, besan masuk campur tangan dalam hal rumah tangga anak auntie.
Ada jodoh ada, kalau tak ada sudah takdir. Redha dan
berDoa yang terbaik utk anak auntie.
Makchaq pun beharap famili dia dpt memaafkan dan menerima keadaan, atau sekurang-kurangnya tidak berusaha menjatuhkan maruah anaknya dipandangan orang lain..
DeleteMakchaq juga doakan Ayol dan Zeity dipanjangkan jodoh dan besan kakNanie lembut hati untuk lepaskan Zeity dan Zara kepada Ayol. Dari dulu makchaq selalu doakan Ayol dan Zeity dapat duduk serumah..
assalam mak chaq berat ujian pegawai mak chaq tu..semoga bertemu jalan peyelesaiannya..dan dua keluar boleh bersatu..
ReplyDeleteMakchaq pun harap macam tu..
DeleteSaya juga ada saudara yg bernikah tanpa pengetahuan org tuanya. Mereka diberitahu setelah selamat bernikah. Memang luluh hati mereka tapi meteka menerima anak dan menantu itu dgn hati terbuka dan mendoakan yg terbaik. Bukan mudah menerima hakikat anak gadis mereka bernikah tanpa restu dan mempunyai anak tiri yg sebaya dgnnya!
ReplyDeleteSemoga ada sinar di hujung jalan..InsyaAllah.
Keluarga pegawai makchaq memang tak setuju dari depa berkawan masa belajar, nak buat secara baik bapa dia taknak, tu yg depa pi kahwin di Thailand.
DeleteBetullah kata orang. Restu keluarga tu sangat penting, antara sebabnya macam citer MakChaq ni la. Kadang kita jumpa, ada parents yang educated, tapi bila tiba bab camni, depa rasa tercabar dan terus tutup minda. Kesian kat anak-menantu, kan?
ReplyDeleteSemoga segalanya dapat diselesaikan dengan baik. Kita bimbang melarat lebih teruk sehingga bimabang melibatkan agama pula...
Tu pun yang makchaq dok pikiaq, takut suaminya berubah hati..
Deletesebak membaca mchaq.. sama2 kita doakan ye
ReplyDeleteMakchaq pun sedih bila fikirkan..
DeleteSemoga semuanya berakhir dengan baik hendaknya,itulah doa kita buat pasangan tu ya makchaq. Kak Zai dengar pun sedih juga.Memang betul orang tua dia kecewa tapi cubalah faham dengan kehendak anak,kebahagian anak kan ke kebahagian ibubapa juga.
ReplyDeleteMakchaq paling sedih bila bapa dia buruk2kan dia pada pihak atasan jabatan, dia seorang yang rajin dan bijak, suaminya pun sama, sekarang tengah buat Master, memang sepatutnya agak cerah masa depan depa...
DeleteSaya doakan semoga segalanya akan berakhir dengan baik untuk pegawai Makchaq tu, amin.
ReplyDeleteTerima kasih Dinas..
Deletesemoga berakhir dgn baik. doakan ibu bapanya menerima dan memaafkannya.
ReplyDelete
DeleteMakchaq pun doa macam tu jugak..
dugaan buat pegawai makchaq. moga kita juga mengambil iktibar dari dugaan tersebut, moga ibu bapanya dapat menerima. doakan beliau.
ReplyDeleteMakchaq diakan yang terbaik untuk untuk depa
Deletewak pon insaf baca ni jugakk.. uuhHuu
ReplyDeleteIalah wak, kita pun ada anak2
DeleteBesar betul ujian pegawai makchaq. tapi nampak yg keluarga si suami lagi rasional. sedih juga sebab diperlakukan hingga menjejas peribadi dan ekonomi keluarga.
ReplyDeleteMemang ibu bapa dia patut jugak nak rasa marah, tapi makchaq kesian sebab depa berusaha nak rosakkan hidup dia pulak..
Deletesedih nye cerite makchaq.. rasa nak nangis la :(
ReplyDeleteMakchaq pun sedih.. makchaq harap semuanya oakan ok nanti..
Deletemmg la marah dan sedih jika anak yg dikandung,ditatang bagai minyak yg penuh..membelakangkan ibu bapa bila buat keputusan penting dalam hidup,kan...kawen lari...malu sekampung...sampai bila org akan cop kawen lari...
ReplyDeleteentahlah makchaq..tak tau nak masuk sebelah mana...pada anak2...fikir panjang sblm buat keputusan...restu org tua amat penting utk kebahagiaan...
Makchaq pun dapat rasakan marah ibubapa dia macam Kam kata tu..
Deletetapi makchaq kesian sebab ibubapa dia nak cuba rosakkan hidup dia pulak.. jadi 2 kehidupan dah yang terjejas..
alahai sedih membacanya.. moga dipermudahkan lah kehidupan mereka.. sebagai orang tua rasanya kita kenalah berfikir tentanga kebahagiaan anak kitatu.. cucutu darah daging kita kot.. janganlah hendaknyer kita menurut kata hatikan..
ReplyDeleteMakchaq pun doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak..
DeleteBetul tu..patutnya family perempuan ni yg patut bersyukur..anak mereka dah berjaya Islamkan seorang non Muslim...ye la, walaupun atas sebab perkahwinan, tapi percayalah, hidayah Allah itu dtg dlm pelbagai bentuk..
ReplyDeleteMelihatkan respon mak ayah dia yg mengamuk sebab tak letak nama MUHAMMAD di hadapan, saya boleh agak bagaimana pengetahuan & penghayatan Islam keluarga perempuan ni...Lebih adat dari ikut ajaran sebenar
Memang famili dia tak mau terima, tu yang depa sampai pi nikah di Thailand. Depa ni sama2 belajar kat UIA.
DeleteTak tau la kot keluarga dia dah ada pilihan lain untuk dia..
Bila dah tak suka benda kecik pun jadi besaq..
bahagian dia. insyaAllah semuanya akan beransur baik..
ReplyDeleteMakchaq pun harap semuanya akan OK...
DeleteSlam Makchaq
ReplyDeleteKesainnya dia ...moga dia terus sabar!
Semoga depa semua bersabaq dan tak ambik tindakan yang lagi burukkan keadaan kan..
DeleteMoga Allah tunjukkan jalan terbaik buat mereka semua..
ReplyDeleteItu lah doa kita..
DeleteKesian jgk officer mama tu
ReplyDeleteSo kesimpulannya di sini.bg la amir kawin.kalau x amir kawiin lari nnt(ugut2 manja)
Anyway.susa nak terima bila kata nama rayyan x islamik.sdgkn dlm salah satu hadis nabi yg mafhumnya,org yg brpuasa akn masuk dlm syurga melalui pintu yg bernama ar-rayyan.jadi celah mana x islamiknya,yg tu kite x tau(kene baca part ni dgn nada politician)
Eh eh budak ni.. ke situ pulak..
DeleteIalah Mir, kalau dah tak suka mesti la cari benda kecik pun..nak jadikan masalah besaq..
semuga dia tabah menghadapi dugaan. Memang perit kalau famili sendiri berada di pihak yang menentang.
ReplyDeleteBetul Kak Pah, makchaq harap sangat famili stop buat tindakan yang boleh rosakkan nama baik dia, kalau tak nak terima dia anak beranak tak pe la lagi..
DeleteAs salam Mak Chaq,
ReplyDeleteMoga pegawai Makchaq tu sabar dgn segala ujian yg ALLAH beri pada dia... Sbg seorang ibu, anak & seorang yang beragama Islam saya rasa pegawai mak chaq tu perlu berani menghadapi segala dugaan yg dtg kerana apa yg berlaku adalah atas pilihannya sendiri... Sebagaimana kita bertanggungjawab atas apa yg berlaku dlm hidup kita... benar, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul... Harap Mak Chaq & suami boleh bantu dia, kuatkan semangat & berikan sokongan moral... dikala kita ditimpa ujian hati boleh jd sangat lemah... siapa kita utk menghukum orang lain...
Maaf jika kata-kata saya mengguris... Salam perkenalan mak Chaq :))
Salam kenal jugak Marya,
DeleteBetul, kita semua bertanggungjawab atas apa yang kita buat, insyaAllah kami akan cuba bantu, hanya makchaq harap belah suaminya x de pandangan negetif pada islam..
Ya allah kesiannya makchaq..kenapa la buat ank sendiri mcm tuu...
ReplyDeletePada hal,alang kah mulianya dpt memdidik saudara baru..bkn org lain pun menantu dia sendiri jugak..
Tumpang lalu dan tumpang sedih
ReplyDeleteaduh... berat kes ni..
ReplyDeletehuhu..sedihnya
ReplyDeleterespek kat mak ayah mentua dia pulak
lebih cool w,pun anak dah tinggalkan agama dia
harap suami dia akan hargai pengorbanan dia yg dah dibuang keluarga ni.amin
kesiannya pada dorang.. :(
ReplyDeleteMoga dia kuat dan sabar serta tabah dalam mengharungi dugaan ini..
Mmg sedih baca neh. Btui kata mak chaq, bila tak suka, mender2 kecik pon diperbesarkn. Besar dugaan pegawai mak chaq neh. Org2 terpilih. Kita semua kena doakn depa. Saya kagum ngan keluarga mertua beliau. Kita neh orang Islam kalau tak berfikir secara Islam memang teruk ah. Sungguh tak disangka ayah beliau sanggup berusaha begitu sekali 'memadankan muka' anak menantu n cucunya. Hati hitam!
ReplyDelete