Tuesday, November 27, 2012

BACA CERITA JALAN-JALAN TERINGAT KISAH LAMA

Musim cuti ni ramai yang pi bercuti dan jalan2
seronok baca dan tengok gambaq2
bila tengok gambaq2 tempat yang kita pernah sampai
teringat kisah lama

Makchaq masa  bujang2 suka jalan2
tapi x dak duit, so kena la adventurous sikit
dengan balance biasiswa RM70 lepas form 5 (1980)
makchaq dengan 3 kawan  (Asif, Zu, Katie)
hitchhiking dan naik bas loncat dari Kuala Lumpur ke Langkawi

RM70 + duit sendiri tak sampai RM5 rasanya
belanja- beli back pack RM11, seluar sehelai RM5.90 dan kain semeter RM3 - 2.5m  (minta tolong mak sedara buat blause panjang utk pakai kat luar, dlm pakai tshirt),
lain2 barang dah sedia ada, kasut pun pakai kasut sekolah..

Dari KL ke Ipoh ke Bota ke Lumut ke Pangkor ke Teluk Intan ke Kuala Kangsar ke Penang ke Perlis last ke Langkawi
mula2 kami naik keretapi sampai Ipoh, ambik map kat stesen keretapi
baru cari jalan macam mana nak pi Lumut ( ialah sapa pun tak pernah pi..)

Yang makchaq ingat kami lebih banyak jalan kaki  dari naik kenderaan
orang nak bagi tumpang pun susah, kami ramai, kecuali tumpang lori...
Alhamdulillah masa tu Malaysia aman dan selamat

Untuk safe duit kami makan minima bila betui2 lapaq dan minum ayaq paip...
jalan ikut map.. bila penat...rehat kat masjid.. tumpang basuh baju.. sambung jalan
baju basah sangkut kat beg.. entah macam mana la rupa kami masa tu..
naik bas hanya bila dah dekat2 nak malam, nak jimat tambang

Sepanjang 2 minggu lebih tu.. penat tak payah cerita
kurus.. entah turun berapa kilo tak tau,
hitam legam makchaq yang dah sedia hitam
tapi seronok ... dpt pengalaman
siap dapat bawak feri Pangkor, Pulau Pinang dan Langkawi,
belajaq dayung sampan & belajaq main terup

Lepas first time tu makchaq dah ok kalau nak jalan mana2 tak dak duit, asal cukup tambang

2nd time pi Langkawi (83) ada RM2 lepas tolak tambang
sehari suntuk jalan tanpa makan,  minum air paip kat pusat kesihatan,
lepak dan berehat kat masjid
bila feri balik dah sampai, baru beli air dan aiscream share berdua

Lepas tu pi Singapore pun macam tu.. jalan kaki selagi boleh
makan bila dah lapaq sangat, minum ayaq paip
nak balik duit yg ada beberapa belas ringgit beli kain pasang kat mak, kain pelikat kat abah & laici 2 tin
awai taun 80an barang2 kat singapore memang murah, duit depa pun lebih kurang duit kita..

Bila dah kahwin langsung berubah..tambah bila dah ada anak2
lagi pun Pakchaq tak  macam makchaq, dia suka well plan (jaga keselamatan keluarga)
( makchaq syukur jugak dia macam tu ... kalau pakchaq pun macam makchaq, entah2 kami jadi Gypsy.. haru..)

Sekali dia setuju ikut cara makchaq
tapi sebab anak kecik, makchaq book juga tempat tinggai masa sampai & nak balik,
kami sewa kereta, jalan ikut map, berenti bila nampak best/ nak malam
tapi kena off peak season la.. kalau peak season tak booking kena tiduq dlm kereta la jawabnya..


64 comments:

  1. Sebenarnya saya pun suka jalan-jalan macam MakChaq buat tuh, tapi zaman sunti saya mana boleh lepas sangat. Mak tak bagi.
    La ni dah keja baru berani. Tu pun dah kalut dengan anak pula.
    Anak dah besaq, kita nak buat pun tak berapa kuat badan. Gagah ikut semangat saja.
    Tapi saya faham bab beli laici di Singapore tu. Zaman dulu, sikit-sikit Singapore. Kalu pi sana, tak sah kalu tak beli laici. Hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki makchaq kot.. dpt green light.

      Beli laici buat buah tangan untuk adik2.. nak beli barang lain duit tak cukup..

      Delete
  2. Wahhh..hebatnya makchaq..saya tak boleh bayangkan saya ditemoat makchaq..anak gadis tuuu, sporting sungguh makpak makchaq. makpak saya ketika seusia tu tidak membenarkan saya keluar rumah sesuka hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pikiaq balik makchaq pun macam heran, depa ok ja..
      siap bagi sokongan moral.. tapi duit tak bagi la pasai depa pun tak dak duit..

      Delete
  3. seronok membaca cerita makchaq...saya tak berpeluang merasa mcm tu...kemana2...dihantar..diambil oleh ayah/abang...nak jalan2 dgn kawan2 jauh2 mcm tu...jgn mimpi hehe...

    nasib baik dapat suami yg suka berjalan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak abah makchaq siap sokong..
      'pi la.. ada peluang, nak tunggu kami bawak entah bila..'

      Pakchaq suka balik kampung.. pasai dia suka berkebun/menebas.. he he

      Delete
  4. Seronok kakcik baca pengalaman Makchaq ni. Rasa macam kakcik boleh bayangkan keadaan masa tu.

    Jom kita buat sekali nak? Agak2nya larat ke tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau kakcik nampak kami masa tu, entah kakcik ingat budak2 tak betui.. memang kena perli/usik bila lalu kot kampong2 tu..

      Jom.. tak larat kita rehat la.. yg pasti balik mesti kuruih.. marah abang Bob nanti.. he he

      Delete
  5. wah sakan gak makchaq dulu2.. tapi saya pun suka gak cara adventurous ni.. suami saya pulak dok berangan nak jalan2 pakai caravan tuh..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah sepakat ok.. tapi kalau pakai caravan jangan pi off peak season.. kalau kita je kat tapak caravan takut pulak nanti..

      Delete
  6. Hebat naaaa makchaq..saya ni penakut makchaq...tak pi mana2 pun zaman2 muda remaja dulukala...pertama kali naik eskalator pun menangis....ni kan pula nak mengembara...silap2 org kena sawan tangis waktu baby..saya kena waktu remaja.....tu diaaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun bukan berani sangat.. tapi dari kecik jenih buas..

      Delete
  7. hebatnya makchaq dulu2. tapik spring mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan hebat.. suka nak cuba..
      tapi sepanjang perjalanan kami memang tak jumpa group pompuan, melayu pun x ramai, jadi kami berkenalan dengan Cina, India & Mat Salleh ja..

      Delete
  8. Agaknya makchaq ni sebaya suami sy...dia dulu2 early 80s dah sampai jogja melawat abg dia buat medic kat sana ...duit dlm poket tak sampai 200rgt...
    Agaknya org dulu mmg gitu..lasak dan mampu buat itu ini sedangkan sumber terhad....sbb tu org2 ni dpt survive susah dan senang dlm hidup kan ?
    Salute la kat makchaq... :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq tahun depan 50 thn. kena sanggup susah sikit la..
      Makchaq bercita2 nak pi India dengan kapal laut.. dah dpt green light makabah, tapi modal tak cukup.. tup tup kahwin la pulak.. terkubur la harapan makchaq ngan Asif..
      Pernah ajak pakchaq 'India?.. bahaya kot..'



      Delete
  9. Oke hat ni kena peturun ilmu.muehehe lepaih ni mmg berjalan saja la anak mama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poie la nak ooii.. asal jangan tak poi skolah dah le...
      Yg penting kena ada map..jangan harap GPS tomtom.. dia bawak ke lalu gurun mana pulak nanti macam hari tu.. he he

      Delete
  10. Bestnya pengalaman hidup mak chaq. La ni Malaysia tak macam dulu kan. Saya dulu zaman sekolah pun adventurous jugak. Masuk Spore walaupun tak tahu bas apa nak naik, mana arah tuju. Main bantai ja. Sekarang ni kalau anak2 mintak pi rombongan pun, payah saya nak bagi kebenaran. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman tak best pun banyak jugak Aidah, la ni kalau anak2 perempuan makchaq nak buat sure makchaq tak bagi.. Anak lelaki ok la..

      Delete
  11. orang lain sibuk cuti sekolah, dkna cuti semester :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Dkna kalau pakai baju sekolah, sah2 orang ingan budak form one..

      Delete
  12. Bestlah baca pengalaman Makchaq adventure dulu2, tabik! Saya zaman remaja selalunya jalan dengan family, arwah bapak yg selalu bawak kami round Malaya. Zaman bebudak tu kalau nak ikut rombongan sekolah dia bagi tapi kalau nak pi sendiri2 macam tu konpem la dia tak lepaih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ingat2 seronok jugak, masa dulu orang jahat tak ramai.. Kalau sekarang jangan buat pasai...
      Jalan ngan keluarga pun tentu seronok.. Makchaq x berpeluang sangat jalan dengan keluarga..

      Delete
  13. seronoknya baca pngalaman makchaq tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq rasa semua orang ada pengalaman yang menyeronokkan.. Pengalaman makchaq ni seronok bila ingat, tapi masa kejadian.. Lembik jugak la.. penat dan lapaq..

      Delete
  14. Kakak rasa cara makcahq lagi adventurous. Tapi betul juga kata makchaq dulu aman tak adalah culik sana-sini macam sekarang. Kalau anak kita sekarang nak buat macam tu confirm kita tak bagi. Keluar bandar pun siap minta call bila dah sampai, bila balik jemput lagi takut kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang memang dah tak selamat kalau nak buat macam tu... Naik kereta pun boleh kena rompak, orang lelaki pun kena rompak, apa lagi kalau perempuan semua..memang bahaya..
      Anak2 makchaq pun makchaq tak bagi kalau depa nak pi macam makchaq ni..

      Delete
  15. Peh! Tabik spring dgn mak! Gile cool! Sy sendiri ms bujang dulu, selalu berangan nak ber'adventure' mcm makchaq dulu2 tp tak berani. Some more, takde kawan sekepala. PEngalaman makchaq tu, sgt2 berharga....

    Suke! Suke!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fara mungkin x dak pengalaman makchaq, tapi ada pengalaman lain yang makchaq pulak rasa suke kalu dapat pengalaman tu...

      Kalau x de kawan memang x boleh la....

      Delete
  16. uih..kagum saya
    macam mat saleh pulak backpackers ;)
    tahun 1980 umur saya setahun..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terpengaruh ngan mat salleh la ni kisahnya..

      Setahun entah2 jalan masih jatuh, mengembara dalam rumah pun adventure jugak..

      Delete
  17. wah. perjalanan mak chaq jauh tu. hehe. tapi sy suka cenggitu. sbb spnjg jalan boleh borak2 ngan member lagi lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu perjalanan tu memang rasa amat jauh dan mencabar.. La ni langkawi balik hari je...
      Masa tu kami borak2 masa pagi2 je..bila dah penat.. Memang kurang bercakap terutama cerita2 kelakar, sebabnya kalau gelak lebih2 memang jadi sangat penat... dengan beg berat lagi.. Masa berehat.. Baru ke,uar cerita2.. Masa tu happy la..

      Delete
  18. Kalau jadi gypsy, duduk dalam caravan je la. tak payah beli rumah. Janji sembahyang tak tinggal.

    Adventurous Matchaq rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang dulu2 dari kecik pun hari2 penuh dengan adventure.. Budak la ni je adventure dihujung jari..

      Delete
  19. jadi gypsy? hihi...ada2 jer la makchaq ni, masuk sini taksah kalu tak gelak..

    tabiklah makchaq mmg berani, kalau mak akak dulu hamput mmg tak diizinnya! tu yg sampai sekarang jiwa kekal penakut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui Q, kalau kami sekepala, entah2 duk bawah jambatan.. Alhamdulillah pakchaq memang opposite habis dari makchaq, memang kutub utara, kutub selatan.. Tu yang melekat kuat tu..He he

      Sebab... Q comei sangat kot...tu mak tak nak lepas...superhero yg takut janggut sotong he he..

      Delete
  20. Beul tu.

    Masa kecil dulu IM dan adik beradik balik kampung di Slim River. Pernah seorang adik hilang semasa berebut naik keretapi. Rupanya ada orang terjumpa dan pulangkan pada mak abah.

    kalau zaman sekarang, belum tentu dapat balik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 memang tak pernah dengaq cerita colek2 ni, keculi potong kepala nak buat jambatan...tu yang kami berani buat dan mak abah pun bagi ja..

      Kalau la ni..anak2 makchaq pun x kan boleh buat lagu ni... makchaq tak kan bagi..

      Delete
  21. wah kagum la dgn makchaq dan kawan2...sungguh mencabar tuh bercuti cara tuh...pasti menjadi pengalaman yg berharga dalam diri makchaq kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak mencabar, tapi 30 tahun dulu boleh la.. Sekarang dah x sesuai dgn keadaan..
      Apa2 yg kita tempun dulu memang menjadi pengalaman, cuma.. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan...

      Delete
  22. Sekarang Malaysia tak seselamat dulu lagi (walau polis beri statistik Malaysia antara negara terselamat di dunia). Sekarng kalau geng pompuan 2-3 org berani hitchhiking mcm tu silap2 ketiga2nya hilang, rangka pun tak jumpa, cuma jumpa kasut dan tudung aje dlm hutan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin betui statistik polis tu.. Tapi selamat dalam keadaaan yang tak selamat la kot..

      Memang la ni kalau geng perempuan ja sangatla tak selamat.. Dok jalan2 tengah pekan pun boleh kena colek, kalau nak pi berkelana kat jalan2 yg tak dak orang sangat lagi la tak selamat.. Entah2 tudung ngan kasit yg jumpa tu pun dah rentung kena bakaq

      Delete
  23. assalam mak chaq..teruja acik baca..kisah mak chaq..acik tak pernha buat macam tu..acik dulu..kemnana2 pun arwah bapak tak lepas..memang pingitan betul la..yang boleh pi kerja..pi beljar..dan dah tu pi kerja..itu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la macam mana depa boleh lepas.. Tapi makchaq memang dari kecik agak independent, kalau tak pun makabah makchaq agaknya sama macam makchaq kot style depa..

      Delete
  24. seronok sya baca pengalaman makchaq, best gitu kan main redah je, sya sama dgn mak chaq main redah tp enpakwe sama pulak macam pakchaq hehehehe
    betul kan susun atur jodoh oleh Nya
    ADALAH TERBAIK UNTUK KITA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang yg diatur olehNya yg terbaik...

      Delete
  25. as salam

    seronok kalau baca real experience macam ni..tulis lah dlm bentuk cane pun,ada feel kak..thanks sharing..nice story:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq sendiri dah hampir lupa kisah ni.. Maklumlah..tak catat dimana2, gambaq sekeping pun tak dak.. Tapi bila baca dan tengok gambaq orang lain berjalan2, tiba2 teringat kisah makchaq ni...

      Delete
  26. Nampak lembut je mak chaq ni tapi pengalam mak haiiii...Aina pun tak berani cam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu masa budak2 Aina.. suka ikut kata hati....tapi makchaq ni memang nakai sikit dulu2 , nasib jumpa pakchaq..

      Delete
  27. hebatnya pengalaman mak chaq.. serius sy jeles..dlm hati tertanya2.. dari mana kekuatan yg mak chaq dan kwn2 peroleh.. ya.. sy kagum..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hebat mana pun.. Bila baca komen2 baru perasan, orang lain tak buat apa yang kami buat...

      Delete
  28. Replies
    1. Makchaq dulu air paip, perigi, sungai semua minum ja..tak payah nak masak2 ..
      La ni pun makchaq ok ja minum ayaq paip, kalau air sungai tu tak berani la nak minim kalau tak masak...

      Delete
  29. Wah! Makchaq sgt happening masa muda2 ye..... :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 suka ikut perasaan kot.. bukan pikiaq panjang sangat...

      Delete
  30. seronok baca pengalaman makchaq..
    dulu tak sama macam sekarang.. rasanya banyak tak selamat dari selamat zaman sekarang ni.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat sekarang memang nak cari nahas la rasanya, tambah kalau perempuan semua..

      Delete
  31. Wah! Advanterous gaks mak chaq neh noo? Kalo saya semer nak selesa ajer.. Manja kan? Kih3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak selesa kena belanja lebih.. ulu2 tak mampu tapi nak jugak berjalan, tu yang sanggup lagu tu...

      Delete
  32. sangat adventurous la masa dulu2 kan..la ni public transport pun dah banyak..tunggu siap duit ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 tenaga pun lebih.. la ni jalan sat dah sakit kaki...nak pi dekat pun naik kereta.. he he

      Delete