Tuesday, January 17, 2012

3 Beranak di Sabah (Kundasang)

Hari Khamis kami 3 beranak pergi ke Kundasang pulak. Makchaq sewa kreta dengan driver sekali sebab malas nak drive sendiri... Kawan makchaq, Shidah ikut sama.

Alhamdulilah la makchaq tak drive sendiri, dlm perjalanan ke sana badan anak bongsu makchaq mula panas. Demam.... Teringat kat abah kot, asyik dok tanya bila abah nak datang...
Buah tarap.  Macam cempedak tapi bulu
halus dan bau lain sikit. 

Kundasang, masa ni sikecik baru suam2
boleh lagi jalan2 sendiri.
Dalam perjalanan ke Kundasang singgah di pekan Nabalu, ada Tamu. Anak makchaq beli keychain, tshirt & alat music apa ntah. Lepas tu terus ke Kundasang.  Memang nyaman tempatnye masa kami sampai tu hujan, jadi tak berhenti sangat la..


Cafe Sabah Tea Plantation. Ni la kawan
makchaq,  Shidah.


Sian... dah tak larat nak bukak
 mata
Lepas tu terus ke Sabah Tea Plantation. Jauh jugak tempatnya.  Atas lagi dari Poring. Wangi bau teh menyebabkan kami ke cafe dia untuk try teh sabah di tempat asal usulnya.  Mak chaq minta tea tarik, anak teh ais, kawan makchaq green tea.   Semua tak sedap/tak kena selera.  Sedap lagi teh mamak.

Beli jugak tea sabah dan tea biscuit untuk bawa balik.  Tea biscuit tu lepas rasa sikit tersadai dlm container.  Sabah tea pun belum bancuh lagi.

Sibongsu masa ni tidoq je..Nasib baik bawak stroller. Kesian dia, terpaksa ikut w/pun demam..

Balik dari sana terus bagi Dia makan ubat. Klu pi mana2makchaq selalu bawak ubat deman incase perlu. Selalunya tak perlu tapi kali ni perlu pulak.

Esoknya hari Jumaat kami dah nak balik.

Pagi2 Jumaat makchaq pi pasar ikan masin beli udang kering, ikan bilis & kuih cincin yg org kirim. Mutiara semua langsung x beli. Entah kenapa mak chaq klu pegi mana2 tak pandai sangat nak beli2. Selalunya beli yg orang kirim je. Jadinya oleh2 mak chaq 1/2 kilo ikan bilis, udang kering sikit & 1 paket kuih cincin saja.



Lepas breakfast, makchaq ajak anak2 bergambar kat waterfront tepi hotel. Sibongsu yg badan masih demam pun happy nampak arca ikan, laut n bot2





Lepas solat Zohor kami check out dan terus ke KKIA. Bila nampak abah kat KLIA terus happy, tak demam dah... Memang demam rindu la tu... Walhal jumpa abah biasanya selang seminggu, tapi dia
dok expect nak pi jalan ngan abah, tu la kot rindu sangat...

  

Thursday, January 12, 2012

Sambungan 3 beranak di Sabah

Hari Rabu mak chaq cadang nak jumpa Tina kawan lama makchaq. Dia kerja di JPN, ofis depa di Kompleks Pejabat Kerajaan Persekutuan dekat UMS Inanam. Kawan makchaq Shidah(orang Sabah, kawan yg nak pi jumpa pun org Sabah juga) yg bawakkan. Punya payah parking kat sana,  last2 kami tak dapat berjumpa. Mak chaq tengok org yg nak pi buat paspot park kreta tepi jln hampir 1km berderet..

Disebabkan kami dah di area Inanam tu kami terus ke Taman Buaya Tuaran. Kawan makchaq Si Shidah pun tak pernah pegi Tmn Buaya tu,  jadi kami siap sesat2 la.

Anak bongsu makchaq bukan main happy kat situ sampai tak nak balik. Taman ni private punya, sangat bersih & well maintain. Tiket masuk aaaaa.... tak ingat la pulak, klu tak silap rm10 dewasa rm5 budak kot, maaf le makchaq kan cepat lupa...

Kat situ ade persembahan buaya dan persembahan kebudayaan pukul 11 & 3,  tp makchaq tak dapat tengok sebab kami pi x kena time.

Seronok bg makan ikan. Nampak
 tak kotak duit yg tergantung tu..

Pengunjung juga boleh beli makanan binatang/ikan utk beri binatang makan. Depa hanya gantung makanan di tepi kandang dan letak kotak duit. Pemiliknya memang orang yg bersangka baik, mesti dia pun orang yang jujur dan baik.

 
Anak makchaq suka sangat bagi makan kat binatang2 terutamanya ikan. Lebih rm20 jugak la habih beli makanan.



Tengok la banyaknye ikan2 tu.. Tu yang buat anak makchaq suka sangat nak bagi ikan2 tu makan. 

Lepas bagi ikan makan, bagi rusa makan pulak... pastu ostrich, pastu kura2, pastu buaya..Memang seronok la untuk budak2.

Tapi bila bagi buaya makan,  punya takut makchaq tengok.... Klu la kita yang jatuh dalam kandang mesti macam tu jugak buaya2 tu terkam, sampai tegak buaya2 tu berdiri nak sambaq ayam, siap bergaduh lagi... Eeee... ngeri....
Gambaq buaya sambaq makanan tak dak. Tak dan nak ambik sebab terkejut dan ketakutan tengok depa melibas2... Memang ganas la depa ni...



Last sekali ada kolam free fishing utk sapa2 nak cuba tangkap ikan, rasanye ikan seluang/ikan temberas, makchaq tak berapa kenal la... Jaring semua disediakan,  tapi sekoq pun tak dapat w/pun ayaq cetek tak sampai sejengkal... memang tak boleh jadi nelayan la....Masa ni makchaq dah give up, tapi anak makchaq ni gigih lagi... tapi tak dapat jugak...


Ini saja kisah ke Taman Buaya... hari berikutnya kami ke Kundasang.  Nanti cerita lagi..