Mak chaq cuti seminggu nak jalan ke Negeri Bawah Bayu. Rancangannya pegi 4 beranak, mak chaq, pak chaq, anak bongsu ngan kedua bongsu je.. Kononnye nak bagi anak bongsu dpt bermanja dengan abah dia sebab dia jarang dapat jumpa abah.
Tiket dah beli bulan 11 lagi, tup-tup tiga minggu nak pegi pak chaq bagi tau dia tak boleh cuti. Sedih mak chaq. Akhirnye mak chaq je la pegi ngan anak-anak... tiket dah beli, beli promo bukan ada refund walaupun promo pun tak la murah mana..
Kat KLIA |
Anak mak chaq happy je, tapi sibongsu dok asyik cakap abah datang kan nanti.. sian...tak berapa nak faham kalau kita kata tak.. hari khamis terus deman, hari jumaat kami balik jumpa abah dia terus sihat... tak tau le deman sebab panas sangat kat sana ke atau demam rindu kot. Masa dia kecik kalau lama abah tak balik memang dia deman, jumpa abah baik. Sekarang dia macam faham jugak abah dia bukan selalu ada tapi masa nak pegi cuti tu dia memang ingat abah dia nak pegi sama tu yang dok tanya je..
Masa kat sabah mak chaq pi Pulau Manukan, salah sebuah pulau yang di wartakan sebagai Tman Negara Laut. Ni bukan pertama kali mak chaq pi ke pulau ni. Mula-mula mak chaq pi pada bulan Disember 1984, masa tu mak chaq masih bujang. Punya cantik pulau tu masa tu. Bot yang mak chaq naik pun bot nelayan biasa je, tak de jeti di sana. Bot berhenti agak tengah laut, penumpang kena turun dalam air separas peha dan mengharung air ke pantai. Macam2 ikan datang keliling kita masa kita dok jalan tu. berwarna-warni, dengan starfish merangkak-rangkak dalam air, coral terbuai-buai, SubhanAllah cantik sungguh.
Kali kedua pergi tahun 2003, dengan suami dan 4 orang anak, kami pergi snorkeling, masih mengagumkan, walaupun ikan tak sebanyak dulu dan ikan2 warna warni dah tak ada sangat. Coral pun masih banyak dan berbuai2. Kami diarahkan supaya tidak berdiri dalam air di kawasan bercoral takut terpijak dan memati/ memusnahkan karang. Sampah2/sisa2 makanan kena masukkan dalam bekas dan di angkut balik ke tanah besar untuk dibuang. Signboard take nothing but photo, leave nothing but foot print banyak di pasang.
Sayangnya semua kenangan tu tidak diabadikan dalam gambar hanya di ingatan. Mula-mula pi tak dak kamera, kali kedua terlupa nak bawak kamera rasanya. Kali ketiga 2011 mak chaq bawak kamera dengan penuh semangat....tapi sayang seribu kali sayang.... Manukan bukan Manukan yang mak chaq pernah kenal dulu...(Bermadah pulak mak cik ni.. maaf la ye...tengah feeling..) tengok la gambar kat bawah ni... plastik/botol/ polistrin malah karong beras pun ada anak mak chaq kutip dalam laut bergumpal2 dengan seaweed yang dah mati... sedih....
Sayang sungguh... sedih sungguh... Tempat beli tiket bot canggih, tempat naik bot canggih, bot pun canggih, berbayar pulak nak masuk sana, cukai Taman Negara, RM3 bayar di jeti di waterfront dan RM3 di pulau. Tapi amat menghampakan. Mak chaq rasa sebab di sana dah ada chalet dan restoran tu la jadi macam tu. Pembangunan ni ada kalanya tak berbaloi
OK la penat dah luah rasa. Nanti mak chaq sambung lagi cerita tiga beranak di Sabah
No comments:
Post a Comment