Thursday, December 13, 2012

MAKAN TAK BEST

Semalam ada jamuan perpisahan/persaraan untuk CC
makchaq diarah oleh Tok Din uruskan jamuan tu
sebelum ni benda2 ni CC la yg buat
tapi dah jamuan untuk dia tak kan dia pulak nak urus

Dah la makchaq tak pernah berkecimpung ngan katerer ke hapa
bila kena buat menggagau la..
nak tanya CC rasa tak patut pulak..
last2 dapat la satu katerer  yg sanggup ambik..

Order lauk kampung
masak lemak ikan masin ngan nenas, asam pedas ikan pari, ayam goreng, sayuq campuq, sambai & ulam, buah dan ayaq (katerer charge RM15 seorang)
bila sampai makanan...
ayam goreng, ikan kembung masak kicap, sayuq campuq (kobis, kacang panjang, carrot), ulam kacang panjang & kacang botoi...

Yang paling teruk...
ikan kembung macam langsung tak cuci, teruih goreng
insang dengan perut semua intact, goreng pulak setengah masak, isi dalam dok merah lagi
ayam goreng ada ok, ada yang hanguih
sayuq pun entah apa2
ayaq tawaq tak rasa apa..harap warna ja
hantaq sudu saja, garfu x bagi...
pinggan dan gelas pun hancus..

Malunya... makchaq kat Tok Din..
dah la dia orang yang suka perfect2 semua
entah2 lepas ni dia tak suruh makchaq buat apa2 dah.. (ok gak kot, boleh relax sikit..)

Pagi tadi makchaq telefon katerer
dia kata sebenaqnya dia tak ambik katering kurang 100 pax
dia sublet kat keterer yg baru nak bertapak
nak tolong kawan.. bagi bussiness
tapi kawan tu dah malukan dia..
dia kata nanti dia akan cakap kat katerer tu
suruh depa refund duit..

Entah lah dapat ka dak..
tapi yang penting, makchaq memang rasa malu sangat kat semua orang esp Tok Din

Yang katerer tu pun melampau sungguh
nak bagi orang makan
ada ka patut buat lagu tu
kalau ikan boleh depa tak basuh
entah2 sayuq semua pun tak basuh..

Jahat kan depa...
Pukui baru tau...

53 comments:

  1. mengucap baca entri ni
    ni bukan pasal refund ke hapa tapi majlis dah langsung dan akan di ingat oleh semua orag smpi bila2 kalau makanan tak sedap..sbg pengurus majlis mesti la kita malu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la Irfa.. makchaq memang malu sangat..
      dah la first time urus...

      Delete
  2. Allah..awat depa buat lagu tu. Cari makan dengan buat keja cincai bancai macam tu, tak baik la eh. Kita la jugak yg jatuh ayaq muka depan bos pasai kita yg uruskan. Sedih la kena macam tu..Memang jahat. Makchaq nak geng tukang pukui, habaq mai. Ehh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang drop my waterface betui...

      Amboi Dinas... macam samseng kampung dusun...

      Delete
  3. Kalau lagu tu caranya, memang tak lama la hidup bisnesnys tu. Dok penaya kat orang ... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk kan kakcik.. kalau masak kurang sedap tu maap la lagi.. ni sampai ikan pun tak basuh... memang nak naya orang..

      Delete
  4. saya pun cukup panas hati kalau orang masak cincai boncai...sedap tu mungkin tekak masing2,tapi kalau perut ikan pun intact lagi..itu dah tahap melampau.
    Kesian makchaq..majlis yg diuruskan jadi macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram satu.. malu yang banyaknya... tambah orang yang nak makan pun termasuk bos2...

      Delete
  5. Kalau katerer profesional, dia hanya tak ambik untuk bawah 25 orang. Dahlah mahal sangat. Takperlah Makchaq, ini kan pengalaman. Maybe lepas nie excellent pulak ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 next time ok.. tapi rasanya tok din tak suruh dah makchaq kot...

      Delete
  6. awat makchaq tak tulih ja nama caterer tu...ishhh nak bg org makan mcm nak bg kat kucing...ada ka patut ikan tak besiang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun pikiaq macam Kam jugak..macam nak bagi kuching makan..

      Makchaq tak tulih lagi pasai makchaq nak dengaq alasan depa dulu.. kot2 la pekerja dia nak sabotaj ka apa.. tapi belum dapat contact lagi..

      Delete
  7. laa..mcm tak logik pun ada makchaq..kot ye pun baru, selama ni dia makan, ikan mmg xbasuh ke? mmg tak buang insang? mmg goreng separuh masak ke ape? hurrrmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mun.. ada jugak rasa tak logik... tak kan la sampai tak buang insang ngan perut kan..

      Delete
  8. Laaa...depa bagi indon masak kot...ishh naya la mcm tu...
    Takpa kira pngajaran..lpaih ni toksah ambik n recommen kat sapa dahh
    Jom kita p pukui depa jommm :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kala Indon pun takkan depa makan ikan lagu tu.. pelik kan..
      Kalau konfirm depa pesyen masak lagu tu.. memang tak kan nak rekomen la...
      Kecik2 pun berani rupanya Saniah ni.. he he

      Delete
  9. Assalamualaikum Mak Chaq

    Insyaallah
    masa akan datang lebih baik lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. harapnya macam tu la... tapi takut bos dah tak percaya..

      Delete
  10. Kalau nak buat bussiness biarlah betul2 tambahan pula bab makan jangan bagi orang kecewa,dikhuatiri tak berkat duit yang diterima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau memang macam tu la amalan depa rasanya memang susah nak berkat la.. sekali orang ambik, memang tak ambik dah la..

      Delete
  11. Salam Makchaq,

    Kalau ada urusan katering, sebaik2nya order dengan kedai yang kita biasa makan untuk lunch. Jadi kita sudah tahu akan 'hasilnya' terlebih dahulu.
    RM 15 amatlah mahal utk ayam goreng, ikan kembung masak kicap, sayuq campuq (kobis, kacang panjang, carrot), ulam kacang panjang & kacang botoi...

    Auntie dapat RM 12 yg ada ikan, ayam, daging dan udang,sayur, ikan kering, 3 mcm ulam, sambai belacan, 2 buah utk pembasuh mulut dan air sirap atau oren. (100 pax)

    Kesian pulak auntie baca n3 ni, penaya makchaq macam tu..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kakk Nanie,
      Terima kasih kak nanie bagi idea ni.. Next time kalau kena urus lagi makchaq boleh cuba....
      Dah la mahal, makanan pun tak ok.. Memang malu dengan bos..

      Delete
  12. Replies
    1. Yang pasti, kalau makchaq masak sure ikan tu dibersihkan dulu...

      Delete
  13. hmm..katerer tu kene bertanggungjawab jugak cmana pun...dia sub kat kawan, dia kene la pastikan kawan dia tu bagus,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katerer tu janji nak refund duit tu..
      tapi malu dah tetap la malu...

      Delete
  14. mak chaq..
    nak cari makan bidang caterer.. dah pengotor macam tu... tak payahlah... menganiaya orang namanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui...
      Kalau memang amalan depa lagu tu.. memang tak beretika langsung...

      Delete
  15. Pada kakak caterer pertama yg makchaq book itu yg patut dipersalahkan, sebab makchaq suruh dia masak bukan sub pada caterer baru itu. Sah... lain kali tak akan ada org order dgn dia lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun rasa dia patutnya maklumkan la dia tak dpt buat, biaq kita yg hubungi sendiri kawan dia tu..

      Katerer pertama tu kawan pejabat (bahagian lain) jugak bagi contact, depa dah biasa ambik.... tu yg makchaq ingat ok..

      Delete
  16. teruknya dia orang tu..dahlah mahal, pengotor pulak tu.....

    ReplyDelete
  17. kita mengharapkan sempurna tapi sungguh hasilnya mengecewakan.. kesian jugak kat Makchaq..

    buat sementara, blacklist dulu caterer tu.. ramai lagi kat luar tu yang kita boleh pilih cari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. dah la dah bagi tau Tok Din menu asal.. tup2 sampai yg lain.. dah la teruk masakannya..

      Memang tak kan ambik la lain kali..

      Delete
  18. Salam makchaq,

    Frustnya kena lagu tu. Hai tak panjanglah umur bisness org tu. Kalau makan sendiri lalu ker telan ikan tak basuh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak Ani..

      Memang frust la.. dah la semua berharap nak makan sedap..mamang tak lalu jugak la nak makan..

      Delete
  19. Murninya inisiatif mengadakan "jamuan untuk memberi penghormatan kepada seseorang". Tapi, apa yang berlaku amat-amat menyedihkan. Pak Temuk tumpang sedih. Caterer dan sub-caterernya itu memang tak bertanggungjawab. Mesti dihukum setimpal dengan kerja 'aib mereka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq lagi sedih.. dah la jamuan last untuk CC.. jadi macam tu pulak..
      Malu sangat makchaq rasa.. terutamanya kat orang yang di rai.. keduanya kat bos2 esp Tok Din..
      Kawan2 semua macam faham la.. tapi kat orang besaq2 ni kita segan la..

      Delete
  20. ish..geram aih baca. melampau katerer tu..kalau chek..chek tuntut refund jugak2. malu tu dah tak boleh nak tebus dah..reputasi kita..walaupun sebenarnya bukan salah kita kalau kerja katerer tu mcm hampeh..sabaq makchaq..chek paham perasaan makchaq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geram sangat.. tapi duit dah bayaq.. nak mintak refund pun depa nak bagi RM250 ja.. nak buat macam mana..
      Yang melampau tu pengotoq sangat...

      Delete
  21. tu mcm kejam lak.. sampai hati buat makanan org mcm tu.. makana kucing pun kite x buat mcm tu.. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... nak bagi makan kucing pun kita bersiang.. nak goreng/rebuih terus rasa tak lalu..

      Delete
  22. Makchaq mmg kena selalu follow up, mintak refund...Dan kena jelaskan pada Tok Din, tentang perangai katerer tu....Habis tu masa jamuan tu berlangsung, ramai tak yg makchaq dengar komplen lauk tak sedap/tak masak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang makchaq call depa.. tapi hari ni (18/12/12) dia msg nak refund RM250 saja.. nak buat macam mana, duit dah depa ambik..
      lain kali memang tak ambik dah la katerer2 tu..

      Delete
    2. Memang semua la komplen...pasai ikan tak masak dan tak basuh..
      Tok Din sat ja duk kat jamuan tu.. orang tak dan habih makan, dia dah bangun keluaq..
      Makchaq memang nak pi jumpa dia, tapi dia sibok sangat.. tapi memang nak kena pi cerita jugak..

      Delete
  23. bab2 katerer ni mmg tugas KA lah sampai dh tahu mana yg ok dan mana yg KO. betul KA DZ tu minta refund dn jelaskan pada tok din !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq memang tak biasa, sebab tak jaga admin..
      tu yang tak dak contact.. sampai kena minta dari orang2 yg buat..
      Depa janji nak refund RM250, tapi tak dapat lagi la..

      Delete
  24. Replies
    1. Bekhen makchaq tak kuat... wak tolong boleh?

      Delete
  25. Dugaan tu makchaq..x pe amik sbagai pgajaran kita..yg pntg kita buat keje betul..org dok naya tu antara dia n Allah. Hrp tok din phm pas makchaq cerita nnt..klu x trima gak x pelh..dh nk jdi kn huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dugaan buat makchaq.. esok ingat nak jumpa Tok Din.. nak ceritakan perkara ni.. tapi sebenaqnya makchaq segan jugak nak pi tu...

      Delete
  26. Ishhh.konghajaq btoi.kalau dapat,mmg kena debik.ini sudah over

    ReplyDelete