Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat Tahun Baru 2013
makchaq ucapkan kepada semua kawan2
dah terlambat, tapi sebab malas nak menaip
hari ni la baru dapat ucap

Sepanjang tahun 2012 makchaq berjaya buat 48 post untuk blog ni..
tak la banyak mana...
tapi kira lonjakan prestasi la kalau banding tahun 2010 (2), 2011 (3)
rasa bangga dengan kejayaan sendiri...

BW hari2, tapi guna iPod ja
gadget lain kat rumah makchaq selalunya fully occupied
iPod yang cenonet ja yang selalu terbiaq
tu yang makchaq guna buat BW
tapi tak dapat komen susah... key dia kecik sangat....

Cerita lain...

Pagi tadi pi hantaq Nafisah sekolah
masa kejut menangis.. mengantuk.....
mandi.. menangis lagi
masa pakai baju dah ok..
tapi tak nak jalan.. suruh dukung sampai kereta..

Alhamdulillah sampai sekolah dah ok
jalan sendiri walaupun asyik dok pegang baju makchaq
masa nak tinggai tanya 'ok tak?'  
'ok' kata dia, walaupun muka nampak cuak semacam
tambah pulak ada budak yang dah nangis..

'Salam mak Nafisah..' ok salam
makchaq kata kat dia 'bye.. nanti petang mak ambik Nafisah...'
angguk, tak nangis....
tak sangka terror pulak Nafisah ni..
harap2 bertahan la lagu ni.. senang makchaq

Muka cuak... senyum pun macam nak nangis..
tapi ok... bertahan..
selalu kalau ambik gambaq tengah menangis pun boleh senyum gaya model...

42 comments:

  1. Masih terlalu baru lagi makchaq. kalau dia jumpa kawan yg selalu dia main at least sorang pun ok juga. Budak perempuan selalu oklah makchaq kan..

    Selamat tahun baru juga buat makchaq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 dia ok la.. jangan hari ni ja ok... pening makchaq nanti.
      Pengasuh dia dah tak dapat nak jaga.. suaminya tak sihat jadi terpaksa uruskan berubat suaminya dulu..

      Delete
  2. Selamat tahun baru Makchaq.

    InsyaAllah, Nafisah akan segera selesa di sekolahnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 macam tu la kakcik..

      Duduk rumah pengasuh ikut cara dia ja..makan/main/tiduq ikut suka dia..
      takut susah nak ikut peraturan/jadual kat sekolah..

      Delete
  3. Mak Chaq,
    Selamat melangkah ke Tahun Baru..
    Anak yg dah bersedia ke sekollah mmg Memydahkan kita sbg ibu nak meninggalkannya... Tp yg menangis pun... Kejap jer.. Dpt kawan nanti, OK lah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang makchaq harap sangat dia ok.. sebabnya dia kena duduk kat sekolah sehari suntuk, pengasuh dah tak dapat nak jaga dia lagi..

      Delete
  4. Ouh, mencabar nak kejutkan anak pepagi kan? Aydin ni walau baru nak msk 3 tp nak kejutkan tu...mak aihhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bangun pagi memang masalah Nafisah ni.. dia tidur lambat.. tutup lampu semua pun dia boleh main sorang2 dalam gelap..

      Delete
  5. Selamat tahun baru mak chaq. Comelnya nafisah ni. Anak bujang saya pun kelat jugak muka nak mula sekolah pagi tadi. Tapi alhamdulillah pukul 5 pagi dia dah bangun dan tolong mamanya dgn housechores sebelum gi sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. bagusnya anak bujang Aidah boleh bangun pukul 5, siap boleh tolong mak sebelum pergi sekolah...

      Delete
  6. Makchaq...anak bongsu saya masuk form 1 hari ni tapi sy yg cuak...heher siap offer diri nk tgu dia...hahaa lupa kata dia dah sek men...Allahh makmak ni mcm ni la kan...risau tak bertempat..
    Selamat tahun baru jgk utk makchaq
    Tulih la lagi yaa :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ialah Saniah..
      anak masuk IPT pun kita sibuk pi hantaq, siap tunggu sampai settle asrama..nak balik dua tiga kali salam cium..
      yang kecik ni lagi la kita risau...

      Delete
  7. Heheeee~

    Selamat tahun baru makchaq. Saya ni lagi la, nak ucap pun takdan. Padahal bukan sibuk mana pun. Internet connection nih je suka cari gaduh. Hmm.

    Wahhh biar muka cuak pun masih mantain comel lg eh! Heeee. Saya dulu ayah tunggu dengan basikal tepi kelas. Padahal saya tak nangis pun... Betuullll...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau internet buat hal memang malas kan..

      Makchaq pun masa darjah 1 tak nangis, tapi bila guru besaq kata darjah satu kena injek apa tah, tengah beratuq teruih rasa nak lari.. dah la nama start huruf A, beratuq depan sekali, jenuh cikgu pegang... he he

      Delete
  8. Wah... terus bye jer. Memang cekal Nafizah nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap cekal la sampai habih 2 tahun... jangan cekal sekerat jalan..

      Delete
  9. Selamat tahun baru makchaq....steady la Nafisah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok Ziyyad pun sengih je.. mesti lagi steady..

      Delete
  10. selamat tahun baru mak chaq. moga mak chaq & family murah rezeki. :)

    amin

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Makchaq

    salam tahun baru

    moga Nafisah cemerlang di dunia dan cemerlang di Akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Atuk

      Terima kasih atas doa tu..

      Delete
  12. Selamat tahun baru mak chaq ...... aisyah pun first day gak. Nampak ok ... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak 2 la suka kot pi sekolah..Makchaq pun lega Nafisah OK..

      Delete
  13. Salam Makchaq, selamat tahun baru! Harap2 tahun ni lagi banyak la entri kat blog Makchaq ni na :)
    Nafisah pandai, dia tak nangeh la eh, dia rajin pi sekolah. Awai2 memang camtu tapi lepas ni ok tu, amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Makchaq, selamat tahun baru....

      Delete
    2. Salam Dinas,
      Harap tahun ni rajin sikit la..
      Terima kasih doa untuk Nafisah...

      Salam MW
      Selamat tahun baru MW

      Delete
  14. Selamat tahun baru Makchaq. Kc doakan Nafisah membesar menjadi anak yang berguna dan tau membalas jasa orang tuanya bila besar nanti. In Sha Allah. amin.

    ReplyDelete
  15. Comelnya dia. Semoga dia terus berani, macam mak dia! hehehe Selamat Tahun Baru MakChaq!

    ReplyDelete
  16. makchaq...selamat thn baru! gigih nafisah. eh sy dulu pun tak nangis tau! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Mun...entah2 tak nangis sebab mak tunggu..

      Delete
  17. cute!!

    Selamat tahun baru makchaq!!!
    lama sungguh kami tak jengok sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti azam baru ni @cu.. tengok rajin dah update..

      Delete
  18. comel je Nafisah... masuk sek tadika ke tu

    anak2 memang bangga bila org yg disayangnya dapat datang atau hantarnya ke sekolah, seronok mereka bercerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nafisah tadika 5 tahun

      dia suka kalau abah dapat hantaq..

      Delete
  19. comel je dia.. ;)
    dak Adik pun lebih kurang cenggitu.. muka cuak sebab dia terpisah dengan kengkawan dia.. dia sorang je kelas lain.. tapi hari pertama je pun.. semalam pipi dia lebam.. x tauler kenapa..:(

    ReplyDelete
  20. haha...kalau dia tak mau kena tiggai, makchaq kena duduk belajar dengan dia lah..(biasalah tu..budak thn 1 pun sama)
    sib baik nafisah okay..

    ReplyDelete
  21. good girl..mana boleh nangis2 kan Nafisah..

    ReplyDelete