Monday, January 28, 2013

CUTI SAKIT

Makchaq jarang mc
rasanya dalam 2   3  tahun lepas sekali ja kot
mc sebab cabut gigi ( tampai gigi tertanggai, nak tampai semula nyilu suruh doktor cabut)
tau tau tahun 2013 ni
awai tahun dah mc 2 hari

Minggu lepas makchaq pening kepala sampai muntah2
mula2 telinga rasa macam ada echo
hilang echo tu macam berdesing dalam telinga
teruih pening sampai tak boleh bergerak
tiduq pun rasa katil senget berpusing2

Ingat kot darah tinggi
tapi check darah ok
doktor suruh pi pakar ENT
buat macam2 test dapat ubat
Alhamdulillah la ni dah ok
ada lagi bunyi sikit2 tapi dah tak pening..

Semalam Nafisah pulak demam
ingat nak cuti
tapi minggu lepas sehari ja kerja
hari ni pulak ada mesyuarat
makchaq pula kena catit minit
kena mai la jugak...

Rupanya bila dah dok besa BW
lama tak bw jenguk kawan2
jadi rindu pulak..... makchaq pasti dah ada rasa sayang dan akrab
pada kawan2 yang kenai di sini
walaupun boleh kata ramai yang belum pernah jumpa inperson pun

Salam sayang dari makchaq untuk semua (ayat2 cinta...perasan artis... he he)
biaq tak pernah jumpa bersemuka..
tetap rasa dekat di hati....rasa rindu kat semua2...

37 comments:

  1. Salam sayang dan salam rindu buat makchaq juga. Bila kita nak berjumpa lagi ni? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila agaknya ye kakcik.. Kalau nak datang area putrajaya telefon la...

      Delete
  2. Salam Makchaq,

    Ada doktor kata vertigo tak? Apa2 pun berihatlah, moga pulih dan sembuh dari gangguan desing2 dan pening2.

    Take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak Nanie,

      Dlm surat referal ke ENT tu memang doktor tulis vertigo... Tapi pakar tu tak kata apa pulak.. Buat test pastu bagi ubat saja..makchaq pun masa pi tu tak boleh gerak dan celik sangat... La ni dah ok.. Bunyi desing tu ja ada sikit2. Kak Nanie pernah kena macam ni ka?

      Delete
  3. skrg ni musim demam ni makchaq! Saya pun demam jugak ni tp gi kerja jugak sbb ada benda yg nak kena siapkan. Saya pun mmg jarang MC. MC kalau betul2 x leh bangun jer.....hrp makchaq n nafisah sembuh cpt ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai yang demam sekarang ni.. Makchaq pun kalau sakit sikit2 pi jugak kerja.. Makan ubat beli ja... Malas nak ke klinik..

      Delete
  4. MakChaq

    muzim orang sakit sekarang nie. Cuaca tak menentu. Bila petang jer , mesti hujan. Lebat lak tu ....

    pB ni pun dok sok sek sok sek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la pB.. ramai yang demam, batuk, selsema..

      kat area makchaq kalau hujan lebat tu siap guruh kilat.. takut rasa..

      Delete
  5. Kalau dah pusing-pusing patutlah kena mc makchaq...

    Utk kita bersua entah bila tapi rasa dekat dihati (eh... kakak pun buka ayat cinta juga hihi..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekarang dah ok.. kalu bergerak cepat sangat ja macam rasa pening sikit..

      Harap2 1 hari dapat kita jumpa kan..

      Delete
  6. Rindu kat makchaq jugak .... cewah.
    Patutlah tak nampak makchaq mai komen kat blog saya.



    Harap Nafisah dah sihat. Dia pergi tadika tak hari ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat makchaq sorang yang rindu kat kawan2...

      Nafisah masih panas badan dia.. dah 2 hari la tak sekolah ni..

      Delete
  7. Ramai orang kena macam ni mak chaq. Ada jiran kampung saya pun macam tu jugak. Jumpa pakar ENT, dia bagi ubat, bertahan jugaklah. Boleh bawak kete semua. Mak chaq rehatlah kat rumah bila dapat mc tu. Semoga mak chaq terus sihat dan ada rezeki satu hari nanti kita boleh jumpa...mana tau kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah mula kerja dah.. ok dah, tapi tak boleh gerak cepat2.. kalau cepat2 bangun/pusing badan terasa jugak sikit2

      Delete
  8. As-Salam Makchaq..
    VERTIGO kut..saya dulu pun mcm tu jugak...pandangan berpusing abis...ingatkan mata problem..pi check mata....chek darah kut darah tinggi...last Boss saya cdg gi ENT..doctor ENT kata VERTIGO..ada gangguan dlm sel telinga kiri...mkn ubat dah tu buat senaman(cari kat google)...legalah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang doktor ada tulis vertigo tu.. Eye_nee kena lama tak?

      Nak kena cari jugak senaman tu.. makchaq masih rasa pening kalau gerak cepat2 sangat..

      Delete
  9. cuti rehat saja, jangan paksakan diri. saya tak tahu menatang vertigo tu sebab belum alami lagi. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah mula kerja dah.. rasa pening berpusing2 lantai semua.. sampai nak muntah..jalan pun tak stabil..

      Delete
  10. bila sakit,baru kita menghargai betapa berharganya kesihatan yg baik,kan makchaq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui la Kam..
      bila sakit baru terasa.. banyaknya benda tergendala.. tak boleh buat apa.. baring ja..

      Delete
  11. Mc ni rasa berharga kalo betul2 sakit kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kalau sakit teruk memang kena mc..

      Delete
  12. Makchaq...dah lega ka la ni? Ishh sampai pusing2 kepala walaupun baring..bahaya tu
    Agaknya infection dlm telinga kot no? Takpa la klau dah dpt ubat...jgn dok biaq
    Yalaa sama sama la kita rindu rinduan...hehe bila nk bersua ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la ni ok dah.. tapi kalau bergerak cepat sangat, rasa jugak la pening tu..
      Doktor tulis vertigo, mungkin jugak sebab infection kot.. sebab makchaq pun selsema juga sebelum tu..
      Harap2 dpt la kita jumpa 1 hari nanti..

      Delete
  13. Assalamualaikum Mak Chaq

    moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  14. salam ziarah.semoga cepat sembuh..ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi mai ziarah dan doakan makchaq..

      Delete
  15. assalam makchaq..moga mak chaq sembuh sepenuhnya ye..
    betul kata mak chaq..bila lama tak BW rasa rindu nak tau khabar kwan2 semua walaupun belum pernah bersua muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. InyaAllah dah ok banyak dah sekarang ni.. makchaq memang suka baca cerita/kisah2 yang dikongsikan kawan.. Ronok..rasa macam kenai lama..

      Delete
  16. Semoga segera sembuh Makchaq. Jaga diri baik2 na.
    Makchaq, boleh bagi email tak?
    zilndnas@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah dan Alhamdulillah dah sihat dah..

      Lega dah boleh masuk ke penjuru Dinas

      Delete
  17. sakittu datang dariNyakan mak chaq.. harap semuanya dah ok.. tuler herankan kalau budak2 opisni asyik MCjer rasa cam tak kenajer.. kita yang tuani idakler mc sll.. nak kat diaorang sakit idakler pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui Cho.. ada orang yang dah kira cuti sakit sebagai cuti tahunan jugak.... Budak2 muda ni rajin pi berjalan, jadi cuti habih.. Setiap kali balik kampung mesti mc..

      Makchaq ni demam2 biasa tu ada la jugak.. Tapi malas nak pi klinik.. Makan ja ubat yg beli tu.. tu yg jarang sangat mc...

      Delete
  18. rindu kat makchaq. take care yee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun rindu kat GB jugak.. Gb pun kena jaga diri.. Dok sorang2 kat sana..

      Delete
  19. makkkkchaqqqq...
    kami rindu kat makchaq dan semua.. ;)

    ReplyDelete