Sunday, February 14, 2016

HOSPITAL KUALA LUMPUR

Lamanya dah tinggai kan blog
teringat jugak nak menulih
tapi keadaan tak berapa nak mengizinkan..
Hari ni gigihkan diri

Petang semalam pi melawat kawan kat hospital KL
dia ada masalah dimentia
awai pagi Jumaat kena sawan
sedih.... tak boleh buat apa sendiri..
tak kenai pun kita.. mata nampak tak fokus
kita yang mai tengok rasa kerdil & insaf
sesungguhnya tiada daya kita melainkan dengan kehendak Allah
semoga diringgankan sakitnya dan segera sembuh..

Lama sangat dah tak pi hospital KL
dulu hospital KL terkenal masalah parking...
la ni x dak masalah...dah ada parking bertingkat
6 tingkat.. siap ada maklumat kekosongan parking
canggih la dah parking

Kawan makchaq tu kat wad neuro 5B
1 bilik ada 8 katil...sempit sangat
antara katil cukup2 untuk letak 1 kerusi banquet
kalau tunggu waktu malam teruk jugak la..

Keadaan wad 5B sangat bersih
tandas.. bilik mandi.. ruang depan..
Memang sangat bersih...
tapi pam tandas pulak rosak
kena siram guna baldi...

Hospital lama.. masih guna kipas
musim panas ni terasa bahang
berpeluh jugak la makchaq..
walaupun kipas full blast..

Memang makchaq salute kakitangan hospital KL
jururawat, doktor, pembantu2 hospital..
bekerja dalam keadaan yang serba kekurangan
(dari segi keselesaan depa la..)
tapi tetap berkhidmat penuh dedikasi
masih senyum.. nampak keikhlasan
banyak depa kumpui pahala....

Harap2 ada la dalam budget kerajaan
Nak naik taraf hospital KL
bukan setakat parking saja...

11 comments:

  1. Kakitangan hospital sekarang tak macam dulu-dulu yang garang semacam. Sekarang mereka lebih bersopan-santun dan berhemah. Alhamdulillah. Banyak pahal yang mereka kumpul...

    Melihat orang sakit mengingatkan kita bahawa hidup kita hanyalah sementara.

    ReplyDelete
  2. HKL yg dah diniak taraf dari segi parking space...dulu2 bukan main susah sgt nak parking...teringat arwah ayah yg asik keluar masuk hospital HKL ni dahulu...semoga ALLAH merahmati doctor2 dan semua petugas HKL...

    ReplyDelete
  3. Allah ...semoga diringankan sakitnya..

    ReplyDelete
  4. tu la kan byk pahala depa klu ikhlas bekerja walaupun dalam serba kekurangan..perlahan lahan la tu depa naik taraf hospital KL

    ReplyDelete
  5. Hospital JB pun lama mak chaq...bagi saya yg baru duk ward ni tau lah keadaan yg agak tk selesa trutama bab toiletnya...harap juga satu hari nanti akan di naik tarafkan.Kesian pada pesakit dan kakitangan yg tak selesa.

    ReplyDelete
  6. Rasanya servis hospital kerajaan pun dah tak macam dulu. Lebih prihatin kot. Saya kalau lalulalang kat bulatan Pahang tu nampak juga parking baru HKL. Senanglah kot sekarang nikan.

    Takutnya alahai kalau kena dimentia ni. Habis semua dah ingat dahlah memori kenangan silam tu yang penting dalam hidup kita nikan...

    ReplyDelete
  7. Moga kawan Makchaq cepat baik hendakNYA.
    Saya dah lama tak ke HKL.

    ReplyDelete
  8. Bagus juga makchaq komen pasai HKL ni....manalah tau menteri baca. Boleh depa perbaiki mana yg patut.

    Gitulah namanya manusia kan makchaq, diuji....kita ni hakkan milik Dia yg maha Besar.

    ReplyDelete
  9. spital kerajaan dah bagus sekrg ni..misi pun baik..doktor baik..ubat pun depa pi hntq ke bilik dgn discharge note..ok lah..

    ReplyDelete
  10. Wah jauh Makchaq mai ziarah kawan naa..muga kawan makchaq diberikn kesembuhan segera...aduuh risaunya nekcik klau dengar orang sakit masuk sepital...nekcik mmg ngeri klau dengar sepital ni..semuga Allah kurniakn kita semua kesihatan yg baik..tak yah pi dok sepital kan..amiin ya Allah

    ReplyDelete
  11. Wah jauh Makchaq mai ziarah kawan naa..muga kawan makchaq diberikn kesembuhan segera...aduuh risaunya nekcik klau dengar orang sakit masuk sepital...nekcik mmg ngeri klau dengar sepital ni..semuga Allah kurniakn kita semua kesihatan yg baik..tak yah pi dok sepital kan..amiin ya Allah

    ReplyDelete