Monday, February 29, 2016

GETAH TURUN PINANG NAIK

Kata abang ipaq makchaq
getah murah la ni
sekerap RM1.60
tu pun harga dah naik
sebelum tu lagi murah
nampak dalam surat habaq
pekebun getah ada buat piket
pasai harga getah murah sangat
penoreh nak makan pun susah..

Balik Taiping minggu lepas
ramai pakat dok buat pinang
pinang RM5.00 ke RM5.50 sekilo
kami pun ambik kesempatan jugak
buat ramai2 tak la penat sangat
tapi makchaq penat, lenguh kaki tangan,
sakit/pedih jari la jugak..
orang pekan la katakan...
masa besa buat kerja ni...he he.. perasan..

Dapat 9 kilo setengah
buleh la RM47.50..
ok la kan..
sapa banyak pokok pinang.. untung...
Mak penakan pakchaq
yang baju pink tu
sepagi (sampai zohor)
buat dapat 10 kilo
kuat & gigih sungguh..
ni dia tolong kami..
kami 3,  4 kali mangkit
lenguh la.. haus la..
dia kusyuk dari mula...

30 comments:

  1. Apa sahaja yang boleh mendatangkan hasil yang halal, lakukanlah... kehidupan kini kian menghimpit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena usaha lebih dari biasa..

      Delete
  2. Arwah mak saya dulu selalu amik upah belah/cungkil pinang untuk kerja sambilan nya...kalau saya balik kg ikut2 juga buat...tak sangka mahal juga buah pinang ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun terkejut jugak mahal betul...tapi kat taiping ja mahai... sampai orang kat tempat lain mai juai di taiping

      Delete
  3. Pinang tu orang buat apa makchaq?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun x tau depa buat apa dengan pinang ni..
      kata orang buat dye..tapi takkan buat dye mahal sangat kan..

      Delete
  4. pinang mahai noo makchaq..kami taktau pasai payah la nk dpt pinang zaman la..kmpg makchaq byk noo pinang..sy dok kmpg pun memang dr kecik payah nk jumpak pokok pinang..la dh jadi org pekan.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak pinang kat keliling rumah dulu.. tapi baru ni tebang banyak pokok pasai tinggi sangat..
      tak tau la kot2 adik nak tanam balik...

      Delete
  5. Murahnya harga getah macamanalah orang kampung nak hidup.Ada sesetengah orang hidup bermewah dengan duit atas angin aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak Zai..
      Dulu kebun mak tu dapat la 3-4 ratus (pawah). Baru ni dapat seratus ja.. kesian kat orang yang menoreh la..

      Tu yg sedih.. ada orang shopping handbag berjuta2...

      Delete
  6. Kesian org kg harga getah merudum.camnelah mereka meneruskan kehidupan yg serba serbi mahal.brim boleh menanpung ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la KakYon... dengar cerita kat baling dah jadi macam zaman dulu.. makan nasik dengan ikan masin/garam/telur ja.. sedih sungguh..

      Dulu getah murah harga barang murah, la ni getah murah harga barang mahai... macammana nak hidup..

      Delete
  7. tapi saya heran juga. kat pulau pinang ni, jarang jumpa pokok pinang....haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM dok mana.. mana nak nampak pokok pinang..
      kat balik pulau, telok kumbaq nu banyak lagi pokok pinang tau..

      Delete
  8. tak henti-henti terhimpit golongan marhein ni...nnt bila bersuara lebih...tak kan semua nak kerajaan subsidi..tu kata pak2 berwajib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih... ada orang yang makan pun susah...

      Ada orang makan mewah sampai tak lalu makan...buang ja....

      Yang kesian kat anak2 kecik.. ada yang terpaksa lalui zaman macam masa kami kecik2 dulu.. serba susah

      Delete
  9. Tengok pinang itu kakak teringat arwah mak kakaklah Makchaq. Dulu rumah kakak pokok pinang sepanjang jalan menuju ke kebun kiri-kanan memang banyak.. Dari dulu memang harga pinang lebih tinggi dari harga getah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa makchaq baru kawin dulu sesekali balik kampung tolong jugak adik/kakak ipar buat pinang.. masa tu 70sen sekilo.. pinang banyak masa tu..
      La ni dah banyak pokok kami tebang.. tinggi sangat

      Delete
  10. Ada lagi tak pinang tu, Makchaq? Nak juga minta sikit demi menambah pendapatan keluarga katanya ^_^ Sekarang apa barang boleh buat duit, kena buat. Janji halal!

    Yalah, Makchaq! Orang bandar kena buat kerja macam ni memanglah gitu gayanya. Kalau saya ni, mahu setiap 5 minit ada interval macam iklan dalam TV!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nangis agaknya kalau MD kena buat pinang.. jenuh pulak budak comel 2 orang tu nak pujuk...silap2 kena gelak dengan diaorang tengok mummy terkial2..

      Delete
  11. Makchaq takde gambar close up ke pemprosesan pinang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh nak closeup ambik ngan handphone.. kamera dah x de

      Delete
  12. kesian kat penoreh2 getah..pihak2 berkenaan please la lakukan sesuatu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. sedih sangat kan..
      Kalau menoreh cara pawah lagi la kesian..

      Delete
  13. Tak sangka pulak makchaq pandai cungkil pinang..dulu dulu kat kampong nekcik pun mak sedara buat kerja ni..nekcik masa sekolah ada jugsk buat sekali..aduuh bengkak tapak tangan!!! Hu..hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la pandai sangat... tapi boleh la...

      Delete
  14. Tak sangka pulak makchaq pandai cungkil pinang..dulu dulu kat kampong nekcik pun mak sedara buat kerja ni..nekcik masa sekolah ada jugsk buat sekali..aduuh bengkak tapak tangan!!! Hu..hu

    ReplyDelete
  15. Kat Penang masih ramai yg makan sirih menggunakan pinang jadi pasaran tu tetap ada.

    ReplyDelete
  16. Saya dibesarkan dengan hasil getah Makchaq alhamdulilah...Kesian noh kat nasib penoreh. Nak buat camna harga tgh turun . Bertabah jerlah...

    Lama tak tgk biji pinang. La ni pun tak dak dah pokok pinang kat kg saya tu

    ReplyDelete
  17. Saya dibesarkan dengan hasil getah Makchaq alhamdulilah...Kesian noh kat nasib penoreh. Nak buat camna harga tgh turun . Bertabah jerlah...

    Lama tak tgk biji pinang. La ni pun tak dak dah pokok pinang kat kg saya tu

    ReplyDelete