Friday, November 4, 2016

DUIT MAKIN KECIK

Duit kita dah makin kecik
kalau kecik saiz tak kisah la..
ni kecik nilai...
nilai dalam negara pun dah kecik
nilai luaq negara lagi la kecik..






Kawan-kawan makchaq hantaq gambaq tu
memang betui sangat la.. realiti kata orang
duit makin kecik ni memang la kita dah tau
dah jangka... dah terima..
tapi bila mengecik cepat sangat tu...
seksa jugak la bagi majoriti rakyat ni..

Masa makchaq mula kerja
gaji berapa duit sangat
tapi barang  murah
Kita rasa mampu
bukan tak pernah sesak..
sesekali.. bila kena belanja luaq jangka

La ni gaji 2, 3 ribu
cukup2 nak hidup ja la rasanya
semua mahai...semua naik

Orang yang baru berkeluaga
memang perit la..
susu anak, lampin, pengasuh, ubat/klinik
memang betui-betui kena berkira...

Kesian.. sedih.. bila pikiaq..
keluarga baru.. anak kecik2..
harap-harap tak la mengalami
apa yang makchaq pakchaq
alami masa kami kecik dulu
semua serba susah...

21 comments:

  1. semakin gaji besar, semakin kecil hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...
      Tapi yg heran badan makchaq ni tak boleh nak kecik... dok makin besaq pulak..

      Delete
  2. kesian kan mak chaq..agaknya depa tak baca kut keluhan rakyat bawahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tak besa susah tak perasan ada orang susah..
      Lagi pun rasanya depa x pi beli barang sendiri.. semua orang tolong beli.. tu yang x perasan barang makin mahai...

      Delete
  3. salam ukhuwah makchag,inilah harga kehidupan masa kini, nak tak nak kena tempuhi juga :(

    ReplyDelete
  4. Kakak baru bercerita dgn anak dara kakak Sabtu lepas masa keluar shopping mall makchaq. Bayangkan dulu anak-anak baby kami beli satu trolley penuh baru 3-4 ratus. Hari ini satu trolley penuh dah jejak 1K. Bukan sekali ganda makchaq tapi dah lebih dari itu. Itu dulu ada susu/pampers bagai. Sekarang hanya keperluan rumah aje dah jejak macam tu.

    Kami yg duduk JB lagi terasa makchaq bila jiran seberang tambak masa shopping berkata 'Cheap.. cheap..." sebab duit dia besar.

    ReplyDelete
  5. Doa untuk anak puan yg ambik spm.
    Semoga dia lulus dgn cermerlsng, amin

    ReplyDelete
  6. kalau nak travel sekarang memang terasa menukar duit tu.
    macam tak de nilai je. esp tukar currency Yen n Won. even rupee pun sangat terasa menukarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhhh,
      I nak ke jepun n korea.
      Banyak susut nanti waktu tukar wang.

      Delete
  7. Betuila makchaq..gaji kecik macam kami yg cukup2 makan ni duit keluaq macam ayaq kencing.huhu..la ni memang kena berkira la..yg penting makan takbley kira.haha kami famili memang kuat makan.hihi

    ReplyDelete
  8. Itulah org pencen ni pun semput dibuatnya..

    ReplyDelete
  9. Tapi perut kebanyakan kita makin besar.

    Rakyat Malaysia antara paling tinggi geraf obesiti...

    ReplyDelete
  10. Paling sedih, minyak masak... Sebulan memang pakai minyak masak 5kg, untuk jimat, dah kenapa dia naikkan yang 5kg, kalau tau cara perah minyak masak sendiri, lama dah ambik buah sawit abah kat kebun... huhu

    ReplyDelete
  11. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  12. Sungguh la makchaq... macam saya suami je keje... saya takat tolong bisnes sikit2 buat tampung mana yang perlu... memang terasa bila berbelanja sekarang ni... pendek kata memang 'catu'. Apa yang tak perlu memang tak beli la...

    ReplyDelete
  13. Betui sangat tu MC.... gaji besaq pun mcm tak de nilai noh sebab barang mahai. Tapi nak buat mcm mana.... hadap ajelah MC

    ReplyDelete