Tuesday, October 9, 2012

SAMBUNG KES CELCOM

Terima kasih pada yang bagi pandangan
yang tolong bakaq semangat
yang sokong tindakan Amir repot kat TTPM
yang tolong share kat fb supaya orang lain tak kena..

Makchaq sangat2 menghargai pandangan dan komen semua kawan2 makchaq

Makchaq dah hubungi TTPM
kat TTPM  cawangan KL saja ada 200+ kes melibatkan Celcom ni
verdict nya semua rebate dan kalau kita dah bayaq refund
bidangkuasa TTPM setakat tu saja..
dah banyak kes yg penuntut menang, Celcom kena refund/rebate
tapi depa tak serik, buat lagi...(Depa bukan rugi apa pun.. service tak digunakan pun)

Jadi untuk tak membuang masa TTPM
makchaq terima offer Celcom dan tarik balik tuntutan..

Makchaq rasa TTPM bukan channel yang terbaik untuk sedaqkan Celcom
atau untuk stopkan celcom dari melantik agen yang akan buat representasi palsu
sampai pengguna2 tertipu

Makchaq akan cuba buat aduan ke SKMM
mungkin SKMM ada kuasa halang syarikat komunikasi
lantik agen2 macam ni

CERITA BARU

Amir pi KL tadi, kat LRT ada lagi depa ni
offer lagi kat Amir ...

'kita bagi free ni....'

Amir terus hadap budak tu, dia cakap..

'betul ke free..  saya dah buat laporan kat tribunal pengguna pasal ni..'

budak tu terus pi jumpa kawan2 dia, bincang2
lepas tu depa pack semua barang2 (depa ni bawa portable photostat machine)
terus blah..

Amir tengok je gelagat depa..

Esok kalau free makchaq nak call SKMM
sementara tu kita share2 la kat fb supaya orang lain tak terkena..(makchaq jarang buka fb )

27 comments:

  1. Heeee~ pasni dah tau apa nak jawap kalau diorang main tarik-tarik tangan.

    'betul ke free? saya dah buat laporan kat tribunal pengguna pasal ni'

    Heeee~ *grin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. betui tu Noor, kena bagi depa takut sikit

      Delete
  2. Saya dah cerita kat opis saya kes ini. Dan tindakan melapor kpd Suruhanjaya Komunikasi tu adalah cara terbaik setakat ini. Ikut saluran dan pastikan hak kita sebagai pengguna digunakan sebaiknya.

    ReplyDelete
  3. Ha... pandai Amir. Takut juga dia bila Amir kata begitu.

    Situasi yg memang sukar dibendung di negara kita makchaq. Apa lagi bila aduan bagaikan berlalu di angin lalu aje. Ibarat kata blog makchaq entahlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la makchaq dah tanya SKMM, 18 tahun dah boleh buat agreement dengan mana2 telco...sedangkan biasanya 18 tahun mana ada pendapatan nak bayaq bil..

      Delete
  4. assalam makchaq..semoga usaha makchaq akan berhasil..kami semua menunggu perkembangan seterusnya..semoga tiada siapa yang jadi mangsa lagi..terima kasih pada makchaq dan amir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam acik
      Memang makchaq nak buat aduan ke SKMM, tapi tak dak masa nak tulih proper lagi..

      Delete
  5. Makchaq...Celcom ini kenalah bertanggungjawab sikit bila lantik agen nih. Kalau hat buka meja lagu tu saja memang tak buleh nak percaya kecuali depa ada kedai sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui.. tapi budak2 tak tau..kita yang dah ada pengalaman ni memang beringat..

      Delete
  6. tiada yg free kat dunia ni makk kann..., uuuhhhu

    ReplyDelete
  7. Patutnya Amir ambik gambar budak2 tu...biar mereka kecut perut..Elok juga di adu ke pihak lain macam SKMM tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui la doc.. memang makchaq dah contact SKMM, tapi tak dan lagi nak tulih aduan proper sikit.. makchaq karang-mengarang ni tak berapa bijak..

      Delete
    2. takpo perlahan-lahan karang yer kak...

      Delete
  8. tengok pulak apa kata SKMM..

    psstt: tunggu raya hari baru leh gtau.. ;)
    psstt lagi: nanti ai confirm dgn en. suami, nak jumpa makchaq n family sebelum Amir balik sana.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq memang nak buat aduan..
      Jangan tak jadi.. Minggu depan?

      Delete
  9. Betoiii kata ddzz tu l..amir ambik gambaq depa .tentu kecut perut habih.pas tu boh dlm blog boleh kami tgk ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir tak ambik pulak...kalau tidak boleh bo sini kan..

      Delete
  10. Eksyen betoi depa ni ya. Tak baik tau. Kalau untung juta2 pun, rezeki Allah bagi. Janganlah pulak buat dajal kat orang lain. Bertanggungjawablah sikit. Bagus mak chaq. Saya rasa usaha mak chaq dan Amir ni langkah pertama untuk menyedarkan mereka. Itu belum masuk lagi jual nombor kita kat orang. Kadang2 ada je parti2 politik ni antaq mesej. Padahal saya ni bukan orang politik pun. Rimas tengok mesej berlambak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui.. nak untung atas angin.. patutnya Celcom pun dah tengok 3 bulan pendaftar tak guna2 kad2 tu.. bila orang nak batalkan tak perlu la bayaq kan... ni paksa jugak bayaq..

      Delete
  11. Kita nak tengok apa cerita selanjutnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq dah contact SKMM, depa kata persetujuan yg dibuat 18 tahun dah boleh sign agreement tu.. pelik kan.. 18 tahun bukan kerja lagi.. sapa nak bayaq bil...
      Ni yang makchaq nak komplen kat depa biaq depa tukaq polisi.. tapi makchaq lambat sikit kalau nak tulih surat elok2.. tapi tetap nak buat..

      Delete
  12. haha..bagus lah amir jawab macam tu..tabik spring kat dia!
    baru depa tau..jangan suka2 nak auta ja....
    teruskan usaha makchaq, kalau kita tak komplen, sampai bila-bila pun pihak yang berkuasa tak dapat ambil apa2 tindakan....

    ReplyDelete
  13. Takut jugak depa siap angkat bungkuih cabut lepas Amir cakap camtu. Eloklah cakap terus terang camtu. Kalau tidak, depa dok lama lagi kat situ, tah berapa orang lagi yg akan terkena. Memang dari haritu sampai la ni saya masih rasa depa buta perut sungguh buat lagu tu.

    ReplyDelete
  14. ala makchaq..saya takder fb...

    penipuan apa tuh?

    ReplyDelete
  15. depa ni biaq bertemu buku dengan ruas...

    ReplyDelete
  16. as salam,
    saya terkena dgn stemyx kak..rosak berbulan2 tak repair, suruh wait n patients dua tiga kali..last2 saya g potong then sy kena byr jugak yg time rosak tkleh guna tu..mmg tak guna betul..secara subjeknya mmg saya silap la tk potong awal2, tp secara logiknya saya mmg tak guna tp kena bayar..geram sangat

    ReplyDelete