Wednesday, October 3, 2012

TAK BAIK CELCOM NI....

Cerita ni dah lama jadi kat anak makchaq Amir
bulan 3 yg lepas.. masa tu Amir tengah cuti
tapi kes ni berlarutan...... sampai baru2 ni
semalam baru selesai (kiranya la..)

Makchaq cerita ni dengan harapan, orang lain boleh ambik pengajaran...

Masa dia pi KL, kat LRT Masjid Jamek
ada budak2 edar sim card Celcom
depa macam paksa2 Amir ambik, sampai tarik2 lengan
free..kalau tak nak pakai pun tak pa..
caranya macam depa kena habihkan la kad tu bagi kat sapa2
Amir tak nak, sebab dia dah pakai 2 nombor Celcom
tapi budak2 tu nak bagi jugak..
sebab kesian dia ambik la jugak.. depa bagi sampai 2 kad
budak2 tu mintak ic, kata  nak rekod pada sapa depa bagi
pastu mintak Amir tanda tangan..

Makchaq ada tanya bila nampak kad2 tu atas kabinet
Amir kata 'ada budak2 bagi free masa kat LRT'
lepas tu, Amir balik ke U dia

dalam bulan 5 makchaq perasan ada surat celcom utk Amir
tak pikiaq apa pun, pasai Amir memang pakai nombor celcom
pastu ada lagi surat.. makchaq pun bukak..
tengok2 bil dah seratus lebih 1 kad walaupun tak guna langsung..
Makchaq teruih call Amir, dia kata masa bagi depa kata tak pakai tak pa.. free..

Makchaq call pulak celcom..
selamba budak yg jawab cakap..
'tu agen yang uruskan.. kami tak boleh buat apa'
tapi bill depa yg keluaqkan
makchaq suruh batal, depa kata tak boleh
Amir kena pi sendiri kat Celcom centre

By the time Amir balik cuti, bil dah jadi RM176.30 satu kad
siap dapat surat lawyer..
makchaq suruh Amir uruskan

Amir pi  Celcom nak batalkan, depa suruh bayaq semua baru batal

'masa dapat kata free..kalau tau kena bayaq takkan saya nak ambik
sampai dua kad yang saya memang tak nak guna'

depa pulak dengan sombongnya marah2 Amir,
(mentang2 tengok Amir baru 19.. nak gempaq pulak..)

'dik oii...mana ada benda free kat dunia ni..kalau nak batal bayaq dulu kalau tidak.. kita akan black list'
'tak pa la kalau tak boleh batal saya buat repot la ...' (Amir dah geram)
'hah.. pegi la.. buat la repot...'  (sombong orang Celcom ni)

Lepas tu bill dah tak sampai, sampai surat peringatan dari lawyer pulak..
untuk jelaskan hutang  kalau tidak akan ambik tindakan mahkamah...

Amir bosan (pakchaq pun dah bising)
dia pi repot kat Tribunal Pengguna
dapat tarikh bicara 11/10/12
Amir poskan tuntutan tu kat Celcom
hari Isnin orang Celcom telefon dia, dah la cakap kurang sopan
suruh pulak dia pi ambik surat kat Celcom dan tarik balik tuntutan dia

Dia cerita kat makchaq, makchaq pulak rasa bengang
teruih masuk campuq..
makchaq call Celcom mintak depa hantaq surat tu..
boleh depa kata .. kalau makchaq tak boleh pi, suruh Amir pi ambik
Banyak cantik.. makchaq cakap

'kalau nak suruh tarik balik tuntutan'
hangpa la usaha hantaq surat kat anak saya, bukan saya yang kena pi ambik surat tu'

last2 baru depa email surat offer without pejudice rebatekan semua bayaran

Kalau pikiaqkan...
macam malas nak tarik balik tuntutan
tapi rasa menyusah diri dan Amir la pulak nak pi tu..

Yang makchaq terkejut, bila dok cerita
ada kawan kat ofis makchaq
anak depa pun kena jugak..
tapi depa pi la ke celcom center dengan anak2 (pasai pemilik akaun kena hadir)
pi bayaq.. sorang 60+ sorang 100+
pandai sungguh Celcom ni..kad tu depa ambik balik..juai semula la tu..
tapi charge jugak orang, walaupun kad masih dok dalam plastik...

Kawan2 makchaq kata anak2 depa pun sama
dapat kad  kat LRT
free.. tak guna pun tak pa....
melampau kan..
tetiba rasa nak repot kat SKMM pulak.. boleh ke?


Sebelum terkena.. sengih...
Nasib baik dia boleh urus sendiri semuanya

59 comments:

  1. ish..mmg sakit ati je saya baca
    mmg la diorang ni buat duit mcm tu
    tak kisah la agen @ tidak
    siapa punya nama dia la kena setelkan
    kalau celcom kompeninya..dia kena bertanggungjawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geram.. tambah pulak bila kita telefon cara cakap bagi kita tambah geram...

      Delete
  2. Tak baik sungguh la celcom ni buat lagu tu. Depa nak gaji mahai tapi duit orang depa tibai. Ish... geram sungguh haih kakcik yang dok baca ni... grrrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jahat kan... dah la pekena budak2..

      Delete
  3. asalam mak chaq..sakit hati baca..memang tak baik betui dia..tah berapa ramai dah yang kena ni..cari duit cara mudah..macam mana boleh caj kalau tak diguna..ish2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la berapa ramai yang dah terkena.. tapi agaknya orang selalu pi bayaq ja.. tu yang depa relax buat lagi tu..

      Delete
  4. aduhaii.. mcm2 skrg ni, trm ksh info bleh bg tau bebudak kat rmh ni sruh hati2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena pesan kat budak2, depa memang suka pekena budak2..

      Delete
  5. Saya pun nak kata benda yg sama jugak, tak baik la depa buat kat orang macam tu. Baguih jugak makchaq tulis pasal ni, boleh jadi pengajaran pada orang lain. Saya pun selama ni kalau ada yg nak bagi apa2 benda free, saya tak ambik sebab memang betoi pun, takdak benda yg betul2 free, mesti ada udang di sebalik batu. Tambah kalau depa mintak no. IC, lagi laju saya cabut. Takut. Tak patut sungguh, tak berkat gaji dok pekena orang macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa pandai pulak.. bagi kat budak2 lepas sekolah.. bukan reti sangat.. ingat orang baik la nak bagi free

      Delete
  6. kalau mcam ni...saya nak bg peringat kat anak2 saya..jgn sesuka jer ambil benda2 mcm ni...jgn sebarang jer nak sign itu ini..ini sungguh jd teladan ni makchak...timakasih la makchaq kongsi citer ni...Tp Celcom punya jawapan sgt mengecewakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan orang lain tak terkena..
      Memang cara depa jawab tu boleh buat kita tambah geram..

      Delete
  7. laaa...lagu nih pun ada...sabaq ja lahhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 kan cara nak cepat untung..

      Delete
  8. Tak baik....memang tak baik...nasib baik amir blh handle sendiri..pandai amir walau pun masih muda :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun lega dia boleh handle sendiri..kalau tidak susah jugak kita nak ke sana sini.

      Delete
  9. Bagus tindakan. Hak Pengguna. Saya pernah ada kes dengan TMnet. Saya terus email aduan ke SKMM. SKMM cepat respons. Dan pegawai TMnet sendiri mohon saya batalkan report tuh. Memang itu jer cara nak ajar depa nih...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa ni memang suka buat tawaran palsu.. nak untung cepat..
      makchaq yang geram tu, dah nampak penggunaan takdak langsung.. tu pun tak nak stop bill, sampai dua kad pulak tu..

      Delete
  10. bagus pun report kat tribunal..ni pasai nak menuntut hak kita sebagai pengguna. kita tak guna buat apa bayaq! haisy..geram sungguh dok baca entri makchaq ni....

    sebab tu la saya tak suka jenis2 dok offer macam2 free ni...tipu ja semua tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara depa tu memang buat makchaq geram..

      Kalau makchaq pun tak kan nak punya.. tapi depa biasanya offer kat budak2 lepas sekolah.. tak tau apa la... ingat orang betui2 nak bagi free

      Delete
  11. Report je makchaq.. Kita boleh tau apa tindakan pihak mereka selepas itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun ingat nak alert kan SKMM, cara penipuan depa ni..

      Delete
  12. Mak Chaq klena p report...Kaedah ini memang menyusahkan semua orang...kesian Amir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat nak maklumkan jugak SKMM pasai ni..

      Delete
  13. IS dah datang menjenguk dan akan berada di blog ini buat beberapa minit (^____^) ubat rindu nak komen

    ReplyDelete
  14. Kalau is, elok buat report, biaq masa akan datang depa dah beringat... nanti depa buat lagi, kena kat orang lain pulak... geram jugak bila baca cerita makchaq ni.. huuu~ tapi alhamdulillah semua dah setel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ni taktik depa.. memang kena repot kan..

      Delete
  15. Repot ja mak chaq....... depa buat mcm kita org bodo sgt ....

    Rasa rasa ramai yang kena......

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq pun rasa ramai yang terkena

      Delete
  16. Kesian anak makchaq...jadi mangsa penipuan. Elok buat report aje jangan bagi mereka bermaharajalela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq ingat nak repot jugak kat SKMM

      Delete
  17. baca pon dah geram, makchaq.. lapor ajer. nak kena penampo depa neh. meh kiter share kat fb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak share, jadi orang lain tak terkena

      Delete
  18. btw, hemsem anak makchaq..eheheh

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. Memang geram esp. cara depa jawab call kita..buat sakit hati

      Delete
  20. nak share kat fb gak mcm ayu..
    kalau saya/ family saya terkena hal2 camni, saya rujuk kat makchaq dgn kak azie azah naa..
    time kasih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Share2 biaq tak dak sapa nak ambik kad depa..

      Boleh... kalau nak rujuk...tapi azieazah lagi teror kot..

      Delete
  21. Salam kak....

    kes ni macam sama berlaku kat OPISMATE saya... tapi MAXIS la.... cuma berbeza sikit..

    Nak dapt FREE HP kene subscribe LINE hanya RM48 sebulan aja...... jadi dia pun subscribe...

    dapat bill tetiba jadi RM100++ rupanya RM48 utk internet aja.. bukan call@sms...

    pas tu mak dia dok bising2 kat MAXIS.. kene mcm akak gak.. dia layan sombong..

    pas tu baru dia pasan.. dia tanya anak dia dah la tak keje.. pas tu bawah umur.. jadi MAXIS salah la.. sbb approvekan permohonan anak dia..

    Lama juga la kes ni berlarutan adalah dalam 6-8 bulan gak....

    sudahnya.. sumer BILL settle tanpa BAYARAN dengna PERMOHONAN MAAF dan HP di kembalikan...

    rasanya.. cer chek umur berapa boleh sign up LINE telefon tu... kalu tulis 21 tahun ke atas ke apa.. akk leh la report..hik3 sbb salah di sisi undang2 memaksa budak bawah umur untuk mendaftar talian telefon.

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq tak tengok la pulak.. rasanya 19 kot.. depa dah pandai, rendahkan umoq bnak kenakan orang..

      Delete
  22. Mak Chaq itulah kan kita sebagai pengguna asik2 terkena je, kadang2 kita tak perasan pun term2 yang depa guna pakai. Husband ambik line celcom yg Rm100 pas tu sampai bill cecah Rm200 campur internet mau dia tak hamuknya.

    Last2 nak tukar guna prepaid balik tak buleh terpaksa switch ke service provider yg lain pasai nak guna no yang sama. Ishhkkk...menyusahkan betoi...

    Guna prepain Rm50 je sebulan guna line terpaksa bayar Rm200 sebulan mau dia tak mengamuk...hikhikhikkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la depa ni.. cakap tak habih..
      Macam kata kat Amir, tak pakai tak pa tak charge.. tak habaq ada minimum charge..

      Delete
  23. biar aja tuntutan menerusi Tribunal tu makchaq..

    tu aja nak ajar company penipu macam ni..

    ReplyDelete
  24. la skrg pun ada lagi?

    sy dulu pnh kena makchaq, lebih kurang baya2 amir la masa tu, 19 tahun.

    mmg taktau pape langsung, mmg sungguh2 pondan tu bg free, sy mls nk lyn just amik je.tup2 bil smp umah ratus2.

    yg lagi sedih masa tu xde sape pn nk back up sy, semua salahkn sy...last2 sy byr jgk pkai duit biasiswa yg sejemput tuh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir pun kena bebel jugak la ngan makchaq,

      tu yang bila kena marah pulak dengan Celcom dia geram sampai sanggup susah payah pi ke tribunal tu..

      Delete
  25. mak chag, adik saya pun kena, puas jugak lah dia maki kat staff celcom tu tapi bayar tetap bayar. saya puji sikap makchaq dan anak makchaq, itu lah tujuan ada tribunal pengguna, untuk dapat kan hal kita. memang boleh sangat kalau mak chaq nak report kat skmm, kalau deme tak buat apa2 pun, at least ada rekod aduan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir pun pi buat repot semua tu sebab geram sangat ngan orang Celcom yg sombong/eksyen sangat..

      Dah la menipu sampai kena bayaq RM352.60, pastu nak ugut2 blacklist bagai..

      Delete
  26. kalau kena kat IM pun agaknya IM bayaq je. IM malas nak ke hulu ke hilir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sikit pastu depa pulak cakap elok2 agaknya bayaq jugak la..

      ni sampai 300 lebih.. pastu cakap sombong semacam.. macam semua salah kita.. sedangkan agen depa yg menipu..

      Amir pi buat repot tu pasai geram sangat...depa tu sombong..

      Delete
  27. salam,
    saya pula rasa tertipu ngan syarikat insuran takaful ikhlas ni, dah bertahun depa hantar penyata kewangan tup2 yg 2012 punya ni dari jumlah RM5k turun jadi RM3.7k.. alasan depa sebelum2 ni tersalah maklumat (bila saya minta check balik), siap depa attach lg penyata2 tahun2 lepas, masalahnya nampak sgt penyata tu bkn salinan yg asal sbb depa lupa nk edit terms & conditions yg kt page bwh tu, memamng x sama langsung ngan penyata yg kt tgn saya.. x tau nk luahkan rasa x puas hati kt mana, nk bawa tribunal pun rasa x upaya.. cuma dlm ati dok bisik x pe la, kalau dia tipu duit kita kira dah x de rezeki, kita pon mmg x nak amik duit bkn hak kita...
    UmiNajwan yg tgh geram

    ReplyDelete
  28. memang kesian kat amir tapi kali ni kita ajar dorang..
    jangan mudah nak amik kesempatan.

    ReplyDelete
  29. ok, baru tahu dan faham cerita sebenar. Dari tadi baaca entri hari ini tak faham kenapa. Jangan tarik balik kot. Biar mereka semua kena, geram pula saya yg baca ni...huhu

    ReplyDelete
  30. Saya pun pernah mengalami situasi yang sama apabila ditipu dngn sim kad percuma ni. Walaupun saya ta pernah langsung gunakan sim kad tersebut tapi setiap bulan pasti ada bil sampai ke rumah. Disebabkan cuak dngn surat yang na kena saman tu, saya pun pegi la bayar RM 300 di celcom center. Bila saya datang balik semula bersama dngn laporan polis, pihak celcom menyatakan bahawa kes saya ta dpt difailkan atas alasan saya dah pun membayar duit tersebut. Pada mulanya attendant tersebut menyatakan bahawa saya perlu juga membayar baki bil tersebut untuk clear kan nama saya dari di black list. Nasib baik saya datang bersama bapa saya kerana selepas digertak barulah attendant tersebut memaklumkan yng saya boleh mengisi borang 'fraud complain' untuk clearkan nama. Dah lah layanan yang diberikan agak kurang ajar. Ada ke attendant tu kelua pegi lunch sblm sempat saya habis isi borang tersebut. Tak profesional langsung. Sudah terang lg nyata bahawa celcom turut sama terlibat. Jika tidak disebabkan bapa saya, mungkin saya terpaksa melunaskan baki yng ada berjumlah RM 700+. Diharapkan pihak yng berwajib melakukan sesuatu bagi membanteras kegiatan ini kerana ia melibatkan sebahagian besar student yng tidak tahu menahu langsung tentang kegiatan ini.

    ReplyDelete
  31. saya pon kena ni..500+ bil. da dpt surat peringatan terakhir. klw x byr gak nk rujuk panel peguam. ape saya kne buat? nk repot kt sape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sYuN!cH!

      Report kat Tribunal Pengguna. Kena bayaq RM5 kalau tak silap. lepas tu kita sendiri kena hantaq surat bicara tu pada celcom..

      Delete
  32. saya baru dapat surat dari celkom...
    apa patut saya buat????
    situasi saya sama.. diorang bagi sim kad free dengan paksaan....
    sim kad tu sy x guna langsung.....

    minta tolong guide saya... :'(

    ReplyDelete