Monday, August 5, 2013

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sepanjang posa bukan main banyak kerja
(sampai tak dan nak jengok blog sendiri.. blog kawan2 dan jugak la pi sat-sat)

Hari ni dah ramai cuti kot.. lengang.....relaks ja
telefon sekali sekala ja berdering..
elok sangat la kan.. 
dapat makchaq bermalas- malasan...
semangat nak bercuti pun lebih dari semangat kerja..

Makchaq esok dah cuti
malam esok dah nak ke Kedah
raya pertama kami di Kedah/Perlih
raya kedua Penang
raya ketiga Taiping
hari Ahad dah nak balik ke Putrajaya

Tak cuti lama pasai Syuhada tak boleh cuti
cuti dia dari Rabu sampai Isnin

Kepada semua kawan2 
makchaq ucapkan

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

terutamanya kalau ada makchaq terkasaq bahasa 
tersilap kata masa menulih dan mengomen
makchaq mohon ampun dan maaf 

27 comments:

  1. Replies
    1. Selamat hari raya untu YH sekeluarga...

      Delete
  2. sama2 jugak makchaq na..slmt hari raya.. :)

    tahun ni beraya kat trolak ja..ayah tak sihat, xke mana la nmpknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya kat mana pun best, yang penting bersama orang yg kita sayang dan rindu.. semoga ayah Mun cepat sihat..

      Delete
  3. Makchaq kalau pi Perelih singgah rumah, ceq raya Perelih rumah mak ceq di Arau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tau rumah mungkin boleh pi kot, makchaq sembahyang raya kat masjid Arau, Masjid Negeri..

      Delete
  4. selamat menyambut hari raya mak chaq..insyaAllah kita jumpa raya ke 3 nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Zu, harap dapat la kita dapat berjumpa.. abang Megat cuti dak?

      Delete
  5. Selamat hari raya kak chaq... :)
    Klau ada terkasaq tulisan saya minta maaf ya...lepaih ni ceghita pasal raya pulak tau :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 selamat hari raya... pada kakchaq tulisan Saniah tak pernah terkasaq pun...best ja baca...

      Delete
  6. Saya pun sama jugak Kakchaq, mintak ampun & maaf atas segala salah & silap. Selamat menyambut Syawal 1434H, semoga selamat dalam perjalanan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Dinas, terima kasih doakan keselamatan kami...

      Delete
  7. makchaq, slamat hri raya. singgah la umah kalau ke Perlis.boleh jumpa he he.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana rumah cikgu, mana tau kot dan singgah...

      Delete
  8. Replies
    1. Selamat hari raya cikgu.. tahun ni raya kat mana?

      Delete
  9. Selamat Hari Raya buat Makchaq dan keluarga..

    psstt: Raya nanti datanglah umah.. kite try lemang ciklan buat.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila boleh pi?..nak makan pulut periuk kera jugak..

      Delete
  10. Tiada kata secantik bahasa,
    Tiada kad seindah Kad Raya,
    Andai tersalah tingkah dan kata,
    Marilah bermaafan sesama kita.

    SELAMAT HARI RAYA,
    Maaf Zahir Batin.
    Ikhlas penuh kasih, Azie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq tak pandai pantun tapi tetap nak berusaha jugak..

      Dolu2 posmen hantaq kad raya
      La ni pakat pakat sms ja
      Pada azie yg rajin berusaha
      Jangan lupa arrange gathering raya ;D

      Sorry la na, terosakkan keindahan bahasa :P

      Delete
  11. Salam Ramadhan Mak Chaq

    Taqabbalullah Minna Waminka

    Moga Mak Chaq sekeluarga di Syawal ini dalam suasana ceria serta dalam keberkatanNya senantiasa

    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  12. hati-hati dijalanraya makchaq..
    awasi semua (termasuk polis tepi jalan..heee)

    p/s selamat hari raya, maaf zahir batin

    ReplyDelete
  13. Wah...hari raya Mak Chaq penuh dengan pengembaraan. Selamat bermusafir...hehehehehe.

    Selamat Hari Raya yer kak...

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya dari IM juga. Muga Allah berkati hidup kita!

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya, makchaq n keluarga...maaf zahir batin. balik penang tak singgah mai kot ni pun...lain kali roger la kami, makchaq oi..bleh pi pekena nasi kandaq..hehehe

    ReplyDelete
  16. makchaq, sorry banyak2 sorry, tk boleh bergerak jauh dri rumah, knduri jiran, adik bradik.lpas tu anak menakan jauh2 balik mai rumah.memang tk boleh pi mana.pagi tu saya dok pikiaq mcm mana nak curi pi jumpa makchaq, tpi lpas smbhyang org dh mai umah, so layanla...jamu nasi bagai...
    nmbr phone mak chaq masih sya smpan, one fine day I knw kita akan jumpa juga..just tunggu masa itu..
    maaf zahir bathin makchaq na.

    ReplyDelete
  17. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Makchaq sekeluarga.. ;)

    psstt: Jemput datang rumah Ahad ni ye Makchaq.. ;)

    ReplyDelete