Tuesday, July 3, 2012

KERETA MAKCHAQ

Baru2 ni sepupu makchaq pinjam kereta
kereta depa kemalangan, masuk workshop
susah la depa bila tak dak kereta
nak hantaq 3 anak yg masih kecik ke taska

Baiknya sepupu makchaq tu..
bila dia pulangkan kereta lepas 2 minggu lebih
dia dah baiki kerosakan2 kat kereta makchaq

Kereta makchaq kereta lama (macam tuan dia jugak)
dah dekat 10 tahun (dah habis bayaq.. tu yg best tu..)

Pintu kereta tu sebelah dah tak boleh buka
jadi depa betuikan.. alasan depa susah anak2 nak naik
(anak makchaq pulak - dah mak depa tak betuikan,   depa guna sebelah pintu yg ok saja )

dua tiga hari lepas tu, sepupu makchaq telefon pulak

"kereta kak lah tak dak hon ke?"
"memang tak dak kot "
"ish apa la kak lah ni bawak kereta tak dak hon"

Dulu kawan makchaq pernah bagitau pasai hon tu
dia pinjam kereta tu rasanya 4 tahun lepas..
dari bila hon tu rosak pun makchaq tak tau..

Kesimpulannya
makchaq dan ahli keluarga makchaq
rupanya bawak kereta tak guna hon
sebab tu kami semua tak perasan hon tu tak bunyi

Makchaq, Pakchaq, Hadi, Shuhada, Amir, semua bawak kereta tu
bawak ke merata hala
KL, Shah Alam, Gombak..balik kampung
bertahun-tahun boleh tak perasan hon tak dak
orang lain baru pinjam sat dah perasan

Tak sangka..
PENYABAQ sungguh kami ni masa memandu...


Kereta makchaq yang dah ok pintu dan hon. 
Terima kasih Ayu & Wan.  Lain kali boleh bagi pinjam lagi.. 













53 comments:

  1. Beruntung mak chaq ni, siap make over lagi kereta tu. Hahaha. Ha ah kan, saya pun baru perasan, cukup jarang guna hon. Entah okey ke tidak tu. Sat gi nak chek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok dak hon? kalau tak ok bagi la pinjam kat sapa2 yg suka hon, kot2 depa tolong betuikan.. he he

      Delete
  2. Hehehe..ya lah makchaq..orang yang pinjam pun baguih...tolong betulkan mana yang rosak..baik hati depa.
    kalau saya hon rosak..memang tak senang duduk dibuatnya..maklum la...keja tekan hon saja..pantang silap sikit...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka pulak depa nak betuikan semua tu..

      Makchaq hon tak dak tak kesah, jangan minyak tak dak... he he

      Delete
  3. Alhamdulillah, bukan saja dapat pahala bagi pinjam tapi jugak dapat faedah dari segi segala kerosakan diperbaiki, lega tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. syukur rasanya..yg penting pintu tu dah ok.. kalau nak pi uat sendiri tak buat2 dah lebih setahun pintu tu rosak.. melampau kan..

      Delete
  4. lega aih, bagi pinjam kereta , kereta hat tak betoi sikit-sikit dah elok.

    ReplyDelete
  5. kat mana bloglist makchaq? mai nak baca sama aih !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. makchaq pun tak sangka depa nak betuikan kereta makchaq..

      tak boh lagi bloglist..nanti makchaq boh na..

      Delete
  6. Makchaq....saya pulak mmg suka hon...hehee jgn salah sangka saya bukan suka cari gaduh kat jlnraya dakk cuma saya hon bila nk bgtau motor2 dan keta2 yg saya ada kat belakang depa..kdg2 depa tak perasan kita kat blkg...takut2 depa tak tgk cermin tepi kiri kanan tu....aihhh seriau laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la pasaipa kami sekeluarga tak guna hon..
      tapi makchaq rasa makchaq memang tak pernah guna/tekan hon bila bawak kereta...

      Delete
  7. lawaklah makchaq ni... kalau jumpa pemandu samseng kat jalan makchaq tengok ja ka...sabaq sungguh no...hehe jgn mare

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq bawak kereta tengok depan saja.. concentrate.. tak nampak la samseng2 semua.. tu yang tak payah tekan hon tu.. he

      Delete
  8. acu pun bawa keta tak guna hon
    hon keta dah lama rosak tapi tak dak ati nak p perbaik
    hehehehhee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ada geng rupanya..
      tapi makchaq tak bawak laju macam acu..

      Delete
  9. makchaq mang penyabaq... tapi is ada jugak main2 hon kalau jumpa orang kg... kadang2 hon tanda tima kasih bagi jalan, kalau xangkat tangan.. hehe

    jadi tau la hon masih ada bunyi... keh3

    tapikan kakchaq.. orang cermat pinjam keta kita, tambah xtra tolong baiki lagi, xsusah kita nak memberi...

    budi baik dibalas baik.. jika hati ikhlas memberi (^___^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la is..baik jugak makchaq bagi pinjam kan..
      makchaq kat kampung bukak tingkap sambil angkat tangan...

      Delete
  10. Salam Makchaq... gitulah kan...orang berbudi kita berbahasa.... kita berbuat baik org balas baik dgn kita...semoga rezeki makchaq akan melimpah ruah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....masih ramai yang berbudi bahasa... makchaq tak la mintak apa2, memang ikhlas nak tolong depa yg memerlukan..

      Delete
  11. Nini pon jarang sekali gunakan hon...selalu nya makcik diva yg kene hon dgn nini sebab suka duduk tengah jalan..tak boleh nk masuk porch parking!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq kalau ada kucing2 pu bawak pelan2 sambil tunggu depa lari..

      Delete
  12. Org yg memberi pinjam dah baik hati, si peminjam pun nak baik hati juga. Sama-sama nak berbudi mudah dan senang jadinya. Suka kakak...

    Kalau tempat kerja kakak nie memang kena main hon selalu makchaq sebab perjalanan kakak ke tempat kerja ramai budak bangla/kemboja/indon/yg jenis gelap pekat pun ada bila naik basikal suka-suka dia macam jalan raya tu dia punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kakzakie.. walaupun masih muda depa pandai berbahasa....

      Heran jugak sampai sekeluarga tak pernah guna hon.. tapi Alhamdulillah kami tak kemalangan....tapi ada dua kali orang langgar belakang tapi depa mengaku tak perasan dan tak sempat break

      Delete
  13. hon penting kak...so lepas nih pastikan hon tuh berbunyi yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hon dah bunyi dah sekaarang... tapi makchaq belum cuba tekan lagi

      Delete
  14. hehehe..baguslah saudara makchaq tu..tahu adat dan budi bahasa bila meminjam..

    memang penyabaq betoi lah family makchaq ni! ekekekeke..saya kalau tak guna hon sehari, rasa lain aja masa driving..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...

      La ni baru perasan kami penyabaq..he he
      memang perasan la kan...

      Delete
  15. Lohhh sepupu ngan kereta kodok kita laaa....

    Kereta tu memang selalu masalah pintu .... tahun ni je dah berapa kali dah ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo sama kereta kita rupanya...

      Kata spupu makchaq pintu kereta senget tu yg tak boleh bukak...

      Delete
  16. Wah... penyabar sungguh keluarga Makchaq. Boleh bawa kereta tanpa hon. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yg makchaq pun terkejut, sebab semua tak perasan... Padahal semua pernah bawak..

      Delete
  17. salam makchaq,

    bila bc entry ni baru teringat..saya pun dah lama tak guna hon masa drive..lg pun jarang2 drive..satgi nak pi check bunyi ke dak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq rasa, pasai masa belajaq kereta depa x ajaq tekan hon kot kan...he he

      Delete
  18. Keta saya pun dah 10 tahun...sayang kan keta 1 dekad ni.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun memang sayang kat kreta makchaq ni...

      Delete
  19. kalau tak bunyi hon, jerit je lah! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq suara bass, klu jerit pun org tak dengaq...

      Delete
  20. saya pulak, kalau hon tak bunyi terus bagitau en. suami mintak tolong betulkan.. begitu jugak kalau ada apa-apa yang tak kena kat kereta tu.. hon penting bagi saya untuk mereka yang kurang peka semasa di jalanraya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makchaq...kak Zai pun jarang chek kereta sebab pakai sorang2 aje. Bila sesekali hubby pakai mulalah jumpa macam2 yang tak betul.

      Delete
    2. aizamia3
      Makchaq memang tak reti guna hon....jadi makchaq check benda2 lain saja...

      Kak Zai,
      Pakchaq pun selalu jugak bagitau kalau apa2 tak kena, tapi hon tu pakchaq pun tak pernah mention.. dia pun sama tak pakai la tu...

      Delete
  21. asben saya pn jenis tak suka sgt hon2 org ni makchaq hehehehe..mmg jenis sabar gile..smpai hon kete tu kdg2 hidup n kdg2 tak hidup hahahahaha

    ReplyDelete
  22. Salam makchaq. Heeee~

    Kadang2 sy xsuka jgk org yg sket2 hon nih. Lemah smgttt~ huhuuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang suka hon, makchaq tak suka.. tak reti..

      Delete
  23. Salam makchaq
    Ya Allah sabarnya hubby mak chaq.
    Sampai tak kisah hon tu ada ke x.
    Salam kenal makchaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ummu
      Pakchaq tu bukan penyabaq tapi kami semua tak reti/biasa guna hon..

      Delete
  24. Kakak datang menjenguk kot ada cerita baru:)
    Moga sihat-sihat hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.. kakzakie
      makchaq rasa makchaq tak sesuai la jadi blogger..
      jadi blog reader lagi sesuai rasanya...
      bw baca sana sini hari2 boleh buat..entri seminggu satu pun bercinta nak taip..

      Delete
  25. is mai singgah lagi ni makchaq (^___^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih is..
      malu makchaq tau.. makchaq ni penyegan nak buat entri.. tapi bw baca2 seronok... baru makchaq perasan entri makchaq sikit sangat.. baru 29..

      Delete
  26. Kereta Kancil Cek ada hon tapi susah nak guna sebab dok kat kiri kanan. Tapi Cek memang cuba amalkan tak guna hon. Macam kat Jepun, jarang dengaq bunyi hon kereta.

    Pada pandangan Cek, orang yang suka guna hon ni ada masalah hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta saya pun kereta lama makchaq..
      tapi nampak kereta makchaq nampak mcm baru jer...

      Delete
    2. IM,
      Makchaq tak reti guna hon, tapi makchaq ok saja kalau ada orang guna... kalau langsung tak sapa hon tak meriah pulak jalan raya kita sunyi sepi...he he

      wahida
      make over la nak ambik gambaq.. tambah super impose jugak he.. he..

      Delete