Monday, July 16, 2012

ANAK2 TAK SAMA..

Hari Jumaat lepas Nafisah ikut pakchaq pi kedai
balik2 dia tunjuk patung Barbie kat makchaq

Ni la first time patung Barbie ada kat rumah makchaq
selama ni Syuhada ngan Khadijah tak pernah minat/minta nak beli
depa  memang tak minat anak patung, tak suka warna pink, tak suka girlish langsung

Syuhada banyak main kat luaq masa kecik, pasai kami pindah mana pun selalu duduk kawasan kampung
main basikal, panjat pokok, hambat ayam itik, tangkap kumbang/berudu/katak macam2
Khadijah w/pun dah duduk Putrajaya banyak terpengaruh ngan Syuhada..

                                          
Kalau tengok muka,  Khadijah paling girlish
makchaq pun banyak beli baju kembang (gown) kat dia
makchaq suka girl2 ni..tapi dia memang tak mau/suka pakai
sedih jugak makchaq pasai
ada yang langsung tak pakai..
rugi beli mahai2




 Mai tang Nafisah.. berlain sungguh..warna nak pink saja.. ,
   apa2 pink semua suka
baju, kasut, beg, stokin, cekak..sampai
makanan pun kalau pink dia suka..
suka bergaya pulak tu..nak yang cantik saja.. 
selipar pun nak yang bunga2 warna pink.. 


Syuhada ngan Khadijah masa kecik nak sikat rambut pun susah..
pakai t-shirt ngan seluaq.. skirt2 tak main la...

Makchaq rasa Syuhada ngan Khadijah ikut makchaq.. buas
Nafisah ni ikut sapa pun tak tau.. heran jugak
tak kan ikut pakchaq kot..
pakchaq tak girlish pun..he he he


dari kecik.. sanggup pakai cekak
kalau Syuhada ngan Khadijah..
jangan harap...








dengan Barbie dia.. dok suruh makchaq buat baju macam Barbie kat dia.. 



Punya beza..  Nafisah siap nak bawak beg tangan .. menangis nak beli.. Khadijah bawak beg isi kayu hoki boleh la...

 
Khadijah kecik2 ramai kawan lelaki..
dari kiri, Ryan, Elias & Arie..
la ni dah besaq dia jadi pemalu pulak.  Jumpa depa ni dah jarang nak bercakap.. setakat hai2 dan senyum2 saja
Gambaq sebelah tu Khadijah dengan team mate dia Robin, kamcing depa ni dulu2... 



La ni kalau pi jalan, depa berdua ni saja la yang selalu ikut makchaq... hat lain-lain dah besaq dah jarang boleh ikut.. 
Makchaq pun pi jalan2 pasai kesian kat Nafisah.. pasai tak larat nak kawai dia.. ajak Khadijah tolong jaga dan tolong bawak beg....

57 comments:

  1. Anak2 memang lain2 perangai dan kesukaan mereka makchaq. Biaqlah mereka mengikut jalan pilihan mereka selagi tak bertentangan dgn agama dan adat kita.

    Anak2 saya 6 org pun 6 mcm perangai .... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la YB, selagi tak bertentangan dengan agama makchaq pun ikut jugak la..

      Delete
  2. Anak2 lelaki kakcik setakat ini tak cerewet tentang pakaian. Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  3. Anak saya dua orang ja mak chaq tapi mmg bezalah. Sebab sorang lelaki sorang pompuan. Hehehe.
    Comel betul saya tengok nafisah ni. Rezeki mak cahaq ada anak kecik yang boleh teman kita di rumah bila yang lain semua dah besar2. Teringin pulak saya nak amik anak angkat kecik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq mula2 ingat nak ambik anak angkat jugak sebab dah berumuq.. tapi pikir2 biaq anak sendiri.. tu yg dpt Nafisah..Alhamdulillah..

      Delete
  4. bila tgk entry nih teringat lak kat anak buah yg minat Barbie nih...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nafisah ni baru2 pandai nak minat Barbie.. yg berterusan sudah..

      Delete
  5. Tu pelik kan..adik beradik tp perangai tak sama....anak saya yg umoq 19thn tu pun lasak..main mcm2..mai tang adik dia ni...hemm...barbie bersepah sepah hehee..
    Comei la nafisah...ishh teringin la plk nk branak lg...aihhh haruuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nafisah la lagu ni.. masak2 belambak, soft toys dia sorang yang beli.. hat lain tak main lagu tu..
      Ada rezeki kalau Allah nak bagi boleh lagi..

      Delete
  6. dua-dua comei..tapi si nafisah tu memang very gugurl gitu! hehe..okay la tu, makchaq..sorang ganas sikit..boleh jaga yang gugurl tu..macam chek dengan adik la...akak nya ayu sikit, adiknya pulak ganaih lebih sikit..balance la kiranya..

    ReplyDelete
  7. comelnya nafisah...pandai betul dia bergaya...
    Itulah kan...perangai anak2 mmng berbeza.....tapi seronok layan karenah dia orang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq memang suka layan kerenah budak2 ni..

      Delete
  8. Anak2 tak sama perangai, unik ikut keperibadian masing2 kan, itulah keistimewaan setiap sorang dari depa. Semua pun manis2 belaka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua2 kaka dia ada la sama sikit2, tapi Nafisah memang lain sikit citarasanya..

      Delete
  9. memang gitu lah, anak2 ni walau dari baka yg sama, membesar di persekitaran yg sama, ajaran yg sama, didikan yg sama..tetap berbeza personaliti mereka...Kueh tak semestinya ikut acuan..ada hangit, ada tak masak..ada sedang sedang saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. sama acuan tak mesti sama kan..iras2 tu ada la..

      Delete
  10. kalau semua anak perangai sama , tak seronok lah pulak Mak
    Chaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak kan.. kalau semua dok berebut 1 benda saja kan..

      Delete
  11. Nafisah macam anak kakak suka pink. Tapi kakak rasa sebab jarak usia jugalah makchaq. Nafisah beruntung sebab dia membesar kakak/abang dah besar tu yg dia dapat semua tak ada yg kacau. Iklan tv lagilah dok tayang2 barbie tu yg bila dia nampak mesti dia nak...

    Tapi cutelah Nafisah... suka kakak tengok dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dia suka sangat pink kakzakie..

      bila yg lain semua besaq dia jadi pembuli la pulak.. orang pun tak marah sangat, nak marah pun tak sampai hati..

      Delete
  12. ok lah tu makchaq...sorang ganas, sorang gegirl...hehe...
    itulah uniknya masing2 punya perangai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahaida tak teringin nak dapat anak pompuan ke?

      Delete
  13. anak sayapun tak cam girl- girl.. geram gak belikan gaun adaler berapa kali pakai.. tupun jenuh jeling dan keluarkan suara tinggi sikit... isyh rayani macam tak nak jer belikan baju kurung atau gaun... membazir... tapi cam tak kena lakkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg 2 atas tu langsung tak pakai gaun masa raya..Nafisah bertahan 2 3 helai.. baju kurung pun dia suka pakai..

      Delete
  14. nafisah ni bongsu kan makchaq..so haruslah dia girlish..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq suka je layan, tapi kadang2 lekar jugak tengok dia nak bergaya tu..

      Delete
    2. Awat makchaq selalu tak boleh komen kat DZ punya post..

      Delete
  15. seronok baca kisah anak-anak kawan2... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun bila baca apa2 mesti tumpang gembira/ikut sedih sama sipenulis..
      Sebab makchaq tau ni semua cerita betul2

      Kalau baca novel tak pulak terlalu sensitif

      Delete
  16. Salam..
    Betul...setiap anak punya peribadi tersendiri .. Nampaknya ramai anak dara kat sini.. Saya dari keluarga yg terdiri daripada 6 lelaki 1 perempuan .. Dapat tak bayangkan betapa peningnya mak ayah saya membesarkan kami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makchaq...comel2 anak makchaq.

      Masa kak Zai kecik pun tak suka pakai gaun suka pakai seluar pendek,ikut abang ada 2 orang.Tapi anak2 kak Zai pula dua2 girlish tambah yang kecik tu dah macam anak dara kalau pergi berjalan.

      Delete
    2. Salam Yop,
      Tapi anak2 dulu2 baik2 sikit kot.. Yop mesti kena jaga adik2.. tu yg tau tu kan..

      Delete
    3. Salam Kak Zai
      Ooo rupanya kak Zai sama macam makchaq juga suka pakai seluar masa kecik2.. Raya pun nak pakai seluar..

      Delete
  17. salam..

    seronok melayan kerenah anak2 kan
    mmg tipa sorang ada lain peel (kta org melaka)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Maiyah.. memang tak sama.. tapi yang kecik ni memang lain sangat...

      Delete
  18. salam makchaq
    suka baca entry makchaq ni
    karekter anak2 makchaq yg dua orang mcm adik2 saya
    saya pula macam Nafisah, suka barbi dan pink.:)
    teringat mak saya di kampung
    yg selalu kata pada saya
    saya lain pada adik perempuan yg lain
    manja dan care ttg orangtua walaupun saya yang tua sekali
    pernah adik lelaki saya citer,mak saya nagis rindukan saya.:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummu ni kesayangan mak la ye.. kena selalu2 la balik..

      Delete
  19. hehe comeinya nafisah...nak wat menantu,boleh...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh la abang Bad nak tunggu..
      Nafisah baru 3 tahun..

      Delete
  20. Hehe. Betul tu makchaq. ckLah 4 aje anaknya, tapi ragamnya macam 10.

    ReplyDelete
  21. setiap anak itu mempunyai karakter dan potensi yang berbeda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Poetra.. kadang2 kecik lain dah besaq lain pulak jadinya..

      Delete
  22. salam makchaq. Comei comei anak makchaq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 semua pun comel.. mesti seronok kerja ngan budak2

      Delete
  23. IM ada 3 anak lelaki, ada 3 macam juga fe'el mereka. Lagi sakit kepala....

    ReplyDelete
  24. Salam Makchaq,

    Tu kerenah dan perangai masa kecik mereka. Besar dan dah bekeluarga esok banyaklah lagi perbezaannya.

    Anak memang membahagiakan kita.

    ReplyDelete
  25. Salam Kak Ani

    Sekarang pun dah lain dari masa kecik2.. yg masa kecik lasak.. sekarang pemalu bukan main.. yang masa kecik kememeh, la dah jadi berani pulak..

    ReplyDelete
  26. macam2 ragam kan anak2 ni... menghiburkan.. insyaALLAH... moga mereka menjadi anak2 yang terbaik yang akan mendoakan kita di sana kelak.. amin (^___^)

    ReplyDelete
  27. hehehehe... macam kakak chantik semua nak pink ;p

    ReplyDelete
  28. salam kenal makchaq
    dr blog alia haryanie

    ReplyDelete
  29. salam kenal makchaq
    dr blog alia haryanie

    ReplyDelete