Tuesday, July 10, 2012

MAKCHAQ TAK SESUAI JADI BLOGGER

Makchaq rasa makchaq memang tak sesuai jadi blogger la...
makchaq lebih sesuai jadi blog reader

Makchaq mula baca blog sejak penghujung 2006 atau awai 2007
hari2 bila lapang makchaq akan BW
tapi makchaq dulu silent reader..
tak pernah komen apa

Makchaq baca semua jenis blog
politik, masak, agama , cerita kehidupan, jual barang... craft...semua la baca
sampai ada kala rasa kenai sangat dengan pemilik blog
sebab makchaq selalu  kalau baca
baca dari first entri.. sampai berhari nak habis satu blog..

Hujung tahun 2010 makchaq teringin pulak nak buat blog sendiri
sebab bila makchaq dok baca2 tu terpikiaq pulak
kalau ada blog , boleh jugak buat simpan kenangan
tambah pulak makchaq ni pelupa (wonder women..)
benda hat minggu lepas pun dah lupa..(belajaq B.Arab hari Jumaat lepas, hari ni dah tak ingat apa)

Buat blog bulan November 2010 .. buat 3 entri sebulan... semangat..
tapi makchaq ni selalu "semanggoy" (semangat goyah)
dok ralit pi baca sana sini, blog sendiri pun tak bukak sampai lupa..(memang spesis lupa..)

Bulan Disember 2011 baru teringat makchaq ada blog
tengok ada draf yg tak publish....
pasai segan nak tulih yang baru..publish la yg tu..
pastu buat entri baru 1.

Tapi bw & baca tu tetap hari2...
la ni pun makchaq jarang sangat teruih masuk blog makchaq
mesti pi baca blog orang  dulu..

Tu yang sampai la entri makchaq baru 29
campuq hat ni baru 30... 
tu yang makchaq rasa makchaq jadi blog reader lagi sesuai kot..
tulih2 ni makchaq lambat sikit....

Ada kamera pun selalu lupa bawak
bila bawak lupa pulak nak ambik gambaq
bila ingat nak ambik gambaq, bateri tak dak  lupa nak charge
memang tak dak tanjak (orang utara kata) nak jadi blogger

Tapi makchaq seronok sangat2 ada ramai kawan yg makchaq kenai di sini
walaupun tak pernah jumpa rasa macam dah kenai lama
(pasai dah lama makchaq dok baca)
Seronok dok bersembang dalam komen2..

Terima kasih pada semua kawan2, adik2, kakak2, anak2, abang2
yang sudi kawan dengan makchaq dan mai blog makchaq
baca cerita makchaq yg makchaq tak berapa reti nak tulih elok2

Makchaq pulak nak mintak maaf pasai dok baca dari dulu
tapi baru la ni nak tinggai komen bagai tau makchaq dok baca
(makchaq rasa sedih dan bersalah pasai ada 4 blogger yg makchaq selalu pi dok baca tapi tak habaq
makchaq dok baca, tau tau depa dah meninggai.... )

Wah... panjangnya makchaq tulih
tu la makchaq ni tak berapa reti nak tulih elok2

Lagi baguih pi baca kan..

56 comments:

  1. CkLah sampai sekarang rasa macam tu....huhu.

    ReplyDelete
  2. Alaaa... makchaq teghuihla menulih, kalau kakcik ada masa, kakcik mesti datang baca punya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq hari2 pi lawat kakcik..suka sebab selalu ada cerita baru..

      Delete
  3. Heee~ suka baca makchaq tulih dalam bahasa Kedah! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah orang utara, memang selesa lagi cakap utara

      Delete
  4. Janganla cakap macam tu, saya suka baca blog Makchaq sebab ada jugak geng cakap utagha, sedap saya dengaq bahasa utagha Makchaq, best woh! Bila ada entri, insyaallah saya mai baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq memang selalu pi blog Dinas, suka tengok gambaq. Arwah abah makchaq pun pernah kerja feri, tapi dia kelasi

      Delete
  5. Replies
    1. InsyaAllah ada niat nak terus, tapi tak macam orang lain la.. tak meriah..

      Delete
  6. takpe la jarang update pun makchaq...saya suka baca entri makchaq....dgn loghat utaranya...sampai skrg saya akan tergelak sendiri bila teringat entri 'mad jais' tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun suka pi tengok Kam, dari Tasha kecik tembam sampai la ni dah pi sekolah..

      Delete
  7. Makchaq sama mcm saya jgak bila bukak blog sendiri mesti pi klik blog org kat bloglist tu..baca org punya dulu...jln sana sini ...seronok kan jln p blog org...rasa terhibur :)
    Alaa ada masa makchaq tulih la...saya selalu mai sini :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq lagi teruk, masuk teruih blog orang.. dah penat baca baru mai blog sendiri

      Delete
  8. Mak Chaq jangan berenti menulih.
    pB suka baca apa yang Mak Chaq tulih.


    pB pun jarang update blog sekarang nie.
    Asyik dok ralit baca blog orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun perasan la ni pB jarang jugak tulih.. ingatkan pB sibuk dengan anak2..
      rupanya dok ralit baca macam makchaq jugak..

      Delete
  9. Tak apa makchaq sesekali tulis tapi bila menulis buat yg baca terus senyum lebar, menghayati sampai ke hati nurani.

    Kakak suka penulisan makchaq. We know you are humble walaupun makchaq tak kata. Sesekali tulah yg buat kami rindu.

    Kalau makchaq ada masa lapang tangkap-tangkaplah gambar. Bagi adik yg snap pun ok apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie ni baik sangat la.. terima kasih..

      nanti makchaq habaq kat anak2 suruh bawak kamera, kalau makchaq memang selalu lupa nak bawak..

      Delete
  10. ala makchaq... xpa ja.. bila ada masa, tulis, ada mud... kalau xdak... xpala... semua orangpun ada bakat menulis... is suka ja baca entri makchaq.. selalu buat is senyum.. tambah sebab penggunaan bahasa utara... is kan duk perlis.. jadi meriah bila baca tulisan dari lenggok bahasa yang sama (^___^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makchaq...kak Zai pun macam tu juga kadang2 lama baru timbul tapi sayang pulak nak tinggalkan langsung.

      Harap makchaq tulis aje bila rasa nak tulis tapi janganlah tinggalkan.

      Delete
    2. is

      Tulis bahasa utara senang sikit sebab dah dok besa.. tapi tu la.. makchaq jarang sangat rasa nak tulis..

      Kak Zai

      Memang makchaq ingat malas dah nak tulis.. tapi bila ramai rupanya macam makchaq dan bagi semangat.. semangat dah balik..

      Delete
  11. makchaq,

    update sebulan sekali pun boleh dipanggil blogger tau!

    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq ingat dah nak berenti menulis dah..

      tapi bila masuk blog makchaq tengok ramai kawan2 rasa semangat pulak....

      Delete
  12. takpa makchaq...
    tulis aja apa yg terlintas..
    takde peraturan atau skema nya..

    tapi kalau makchaq rasa lagi senang jadi pembaca..
    maka jadilah makchaq pembaca..
    jgn lupa baca blog saya ya..ekekekeke..

    teringin nak ajak wife ..jumpa makchaq..sembang2 sambil makan minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq dah semangat balik nak jadi blogger..

      kalau baca jangan risau.. hari2 makchaq baca..

      Boleh2.. best tu makan minum..

      Delete
  13. Saya ni baru menyinggah blog makchaq dua bulan lepas tapi dah jatuh hati dgn gaya tulisan makchaq. Rasa macam borak2 sempoi belakang rumah ja. Terus menulis ya, makchaq dan terima kasih jugak sebab singgah di blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih pulak makchaq..
      makchaq dah decide tak jadi berenti jadi blogger..
      makchaq dah lama baca blog anak2 bulu's Aidah.

      Delete
  14. salah seorang yang meninggal tu kawan saya yang baru ni kan mak chaq..dah lebih seminggu dia pergi,semakin sunyi rasanya...mekasih makchaq sudi tegur saya di blog... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Tihara..
      Makchaq pun sedih.. lepas tau lieynanilaz pun dah pergi belum sempat makchaq berkenal-kenalan, makchaq bertekad nak tinggal komen kat blog2 yg makchaq pernah/dok baca..

      Delete
  15. saya kah satu daripada 4 tu hehe..(perasanlah)takpalah makchaq; sudi dtg pun kira bertuah, tak komen pun takpa sekurang2nya sudi berkongsi citer walaupun dlm diam..dpt jugak saya kawan dari utara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq dah tukaq style..
      tak nak jadi silent reader lagi dah.. selalu memang pi baca tapi tak komen.. tapi sekali sekala kena la nak bagi tau tuan punya blog..

      Delete
  16. Salam makchaq. . Sapa kata makchaq tak pandai menulis. . .Apa yg keluar dari hati tu kadang lebih seronok dibaca. . Entry ni sempoi je. . Tapi syok baca. .

    Akak pun seronok dpt kenal dgnmakchaq. . .Teruslah menulis utk menyimpan segala kenangan utk anak2 kalau kita dah takde nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trime kasih kak aNie.. InsyAlah makchaq pun dah semangat nak terus menulis..

      Delete
  17. makchaq kena teghuihkan usaha mak chaq ni. ini ibadah juga tau. ibadah kalau ikhlaih dapat pahala. takkan tak mau, kan ka?

    IM dulu pun pikiaq macam mak chaq gak. last last IM ambil pendirian ini aku tulih ja apa yang aku ingat nak tulih. kalau tak ada oghang baca pun paling tidak esok esok nanti anak cucu aku boleh baca catatan isi hati mak atau tok dia masa hidup dulu.

    so, teghuihkan menulih ya mak chaq oi. alang-alang dah termola tu, lajak pi la...

    bukan kena bayaq pun! malah boleh relase tensyen jugak. baguih untuk jaga kesihatan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisan makchaq rasanya tak dak pengajaran apa pun IM..

      Makchaq paling suka sebab dapat ramai kawan baru..

      Delete
  18. sekali-sekala pun tak pa update blog..

    ReplyDelete
  19. salam makchaq..acik pun mula baca blog tahun 2006>tapi acik mula menulis awai sikit dari makchaq..thun 2009 bulan oktober..tu pun kawan yang ada blog buatkan.mulanya acik malu jugak.ada ke orng dah tua macam acik ni tulih blog..tapi ramai yang bagi semangat..acik pun tulih la jugak..tapi tulis sempoi je..tk de la yang boleh bgi menafat ngan orang kot..kisah sehri2 acik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun yang makchaq rasa.. Karangan yang tak dak faedah sangat pd orang lain...

      Tapi makchaq paling suka sebab ramaia kawan baru.. Dulu makchaq saja kenai orang, la ni dah berkenalan..

      Delete
  20. seronok bila ramai kenalan kat alam maya ni.. ;)
    selalu tengok makchaq jarang update tapi bila sekali update rasa puas baca.. ;) macam kita tengah borak dengan mak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun lebih kurang sebaya mak aizamia agaknya...

      Delete
  21. samala kita ....nak buat entry terketaq2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq teringat nak baca...saja. Jarang terasa nak tulis, draf pun tak dak..

      Delete
  22. chek suka baca blog makchaq..tulisan makchaq bersahaja..bahasa yang hari2 kita guna kat utaqa ni. bila baca otak rasa lapang ja....teruskan la berblog..naa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih murni..
      Dengan semangat baru makchaq akan terus menulis... Eceh terer dak ayat..

      Delete
  23. alahaiii makchaq buat dkna tergelak....jangan lupa singgah blog dkna yea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ajak singgah, makchaq anytime..... Kalau ajak tulih tu slow sikit..

      Delete
  24. memang makchaq rajin singgah dan komen sampai sya segan sangat

    ReplyDelete
  25. salam makchak..takpe kita buat slow and steady..mcm Nekcik ni..slalu berlaku ksilapan teknik..org lama dgn teknologi baru..slalu konfius..mai lah singgah slalu teratak 66 Nekcik ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq happy ada geng.. makchaq sebenaqnya selalu singgah teratak Nekcik..

      Delete
  26. makchaq jgn stop menulis tau...sbb bila makchaq menulis mesti buat saya tersenyum sendiri...makchaq ni kelakar jugak orgnya yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq boleh tulis pelan2.. nak hambat Wahida memang tak dan la..

      Delete
  27. Kakak datang sini sesaja nak jenguk makchaq. Moga sihat-sihat hendaknya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq ok.. baru buat post baru guna gambaq2 lama... gambaq baru tak dak...

      Delete
  28. Kak ani suka baca N3 Makchaq sangat bersahaja cara bercerita. Santai.

    ReplyDelete