Wednesday, June 26, 2013

TAK TERKATA APA...

Tenganga makchaq bila baca

"No chemical was used in the ink but it was instead replaced with permitted food colouring,"

Awatla... sampai jadi lagu tu..

Sebagai sorang penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan makchaq rasa malu, sedih dan kecewa...

Sebagai sorang rakyat Malaysia pun makchaq rasa sedih dan kecewa... rasa  tak dihormati

Sedih.. dengan pendedahan oleh DS Shahidan Kassim

Beriya2 canang.....

beriya2 kaji....

berjuta2 beli.... (6.9 juta termasuk kos reka botoi, nak reka beruih, nak reka kotak.. nak reka campuq warna..)

bukan main pulak tu pertahan bila orang kondem......

tau-tau habaq.......

Ganti guna pencelup yang diluluskan.....

lepaih tu...... salahkan orang hat pi basuh pulak... yang tukang beli?

Yang makchaq heran...
benda penting macam ni...
yang dok tau orang memang nak cari pasai.... nak buat isu..
buleh dok buat halai balai lagu ni..


Nota:
Makchaq bukan ahli mana2 parti... tapi kecewa jugak la bila orang yang diberi kepercayaan buat lagu tu.. macam tak hormat langsung kat orang yang bagi kepercayaan kat depa...

49 comments:

  1. Tak tau nak kata apa la mak chaq.

    Hat dok tunggu nak cari pasai ramai ja tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heran kan... Klu orang cari pasai pun memang patut la..

      Delete
  2. anak saya yg dok Gambang bgtau,bangla kat stesyen minyak kat sana,tunjuk jari dicalit dakwat,bangga dia habaq,dia dah mengundi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ya ka Kam.... dengaq cerita tapi x percaya.. Kot2 la org saja buat cerita...
      Klu Abg Bad yg jumpa sendiri.. Betui la...

      Delete
  3. ni salah anwar jugak nih..!!! huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yg beli tak salah... Tersilap ja... tak sengaja..

      Delete
  4. laaa...kesahnya. huhu...kenapa la jadi macam tu..

    ReplyDelete
  5. 3 words yg boleh jawab..
    malu, sedih, kecewa...
    samalah kita, makchaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang mesti ingat orang kerajaan semua lagu tu....sedih..

      Delete
  6. Bila hal begini terjadi macamana? Masa rakyat kata letak jawatan semua tegang leher kata jawatan mereka atas perkenan Agong.

    Kakak bukam malu, sedih, kecewa tapi marah juga makchaq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau depa ada maruah memang patut letak jawatan... Tapi depa lebih ingat kuasa...

      Delete
  7. dah angkat sumpah baru berani kuar kenyataan lagu tu..mai kita cari syarikat kroni mana yng dapat tander juta juta untuk reka ink lagu tu mak chaq no.


    mak chaq ..insyaallah raya nnti kita boleh jumpa kot no.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu depa tak habaq pun orang boleh pi uji sendiri... Tu yang depa kena habaq jugak.....
      depa yg oeder dakwat lagu tu, buat2 nak nak salahkan pembekai pulak...

      Harap boleh jumpa... Zu kat pekan BK ka?

      Delete
  8. ntahlah makchaq.. yang pasti memang kecoh pasal kata dakwat kekal.. walhal dengan mudahnya dapat dicuci bersih lepas tu..

    psstt: Sebelah pagi dak Nuha dengan ciklan, petang dengan nenek sedara.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana orang tak kecoh... kita yang cari pasai.....

      Delete
  9. Manalahhhh rakyat tak bising. Ada jer yang di putarkan. Allah Maha Mengetahui kan Mak Chaq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang herannya benda yg penting pun sanggup buat macam ni... Tak cerdik betui...

      Delete
  10. tu la dia makchag..saya abih jer mengundi balik basuh pakai axion+span pencuci kasaq hat warna hijau tu...tu dia bersih..sampai kat celah kuku pun tak dak...masa tu dah agak dah dakwat ni mmg tak bleh pakai....tp siapa nak dengaq kata kita ni....last2 dengaq DS SK habaq....lahaiiiiii...geram..marah..tertipu semua ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq yg tak usaha cuci pun hilang masa mandi.... Pada hai 3. 4 jam jugak la biaq dok kering kat jari...

      Macam mana orang tak marah tak kutuk kan....

      Delete
  11. bila tanya syarikat mana dpt tender pengeluar dkwat tu ,SPR kata tk boleh dedah takut jejas keselamatan org tu pulak..adoi mcm2 na.
    malas nak kata apa..sama2 tau.moga negara kita tk lagi di prkecilkan dan diperlekehkan di mata dunia atas sebab2 yg menunjukkan tidak ada ketelusan dlm pilihanraya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa punya alasan....hangpa yang pi order pencelup awat pulak keselamatan orang yg buat tu nak terjejas.... tak cerdik...

      Tu yg rasa malu.. Malu kat dunia...

      Delete
  12. Fhm mak chaq. Sy pun mcm mak chaq gak. Pk benda yg sama. Dah tau org tu nak cri isu, pun lewa.

    Ni seme drama je. Ceiss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan yang sangat la tak cerdik.... Pada hai semua tu cerdik pandai belaka kan...

      Delete
  13. Saya pun tergamam jugak..sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih kan.. Malu pun sama...kat dunia luaq...

      Delete
  14. Kak Zai lebih kepada marah...rakyat tertipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tipu idup2 orang yang bagi kepercayaan kat depa...

      Delete
  15. Mak chaq crita ni baru saya tahu. Terperanjat betul. Saya pun macam mak chaq, bukan ahli mana2 parti tapi rasa tertipu pulak. Kenapa kan buat kita macam tu. Sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Kita selalu sangka baik...... depa suka hati nak menipu...

      Delete
  16. Hem..memang marah...sy ahli parti yg memerintah selangoq...mmg marah..kita belajaq tinggi2 tapi org buat kita mcm tak p sekolah...mmg la rasa marah...dulu lg duk bising dok bantah depa buat pekak anggap pemberontak..anti itu ini..dah mcm ni dah sah menipu...salah org yg komplen lg kaa?
    Hem!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan main menegak benang basah... Last2 mengaku jugak...kot2 la ramai yang pemaaf.... bila depa mengaku salah...

      Delete
  17. Niat individu itu sendiri sebenarnya,
    kalau dah niat nak menipu, macam2lah

    Penipu tetap akan diaadili diakhirat nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui.. Kalau dah nak menipu.. Macam2 reka...

      Tanggung jawab depa lagi berat nak jawab nanti...

      Delete
  18. macam2 hal mcm2 jenis putar belit..

    ReplyDelete
  19. tu la, cikda ni lagi la bengang, pernah kerja kat spr tu.

    cikda rasa semua yg g ngundi, yg kerja kat tpt ngundi tu kena tipu.. eerrghhhhhh...!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la sapa punya idea kan... Kita ni suka nak bersangka baik.. bila jadi lagu ni...sedih.. malu...
      Habih maruah SPR... orang2 yg berkerja ikhlas, tak tau apa2 la yg jadi mangsa...

      Delete
  20. Salam Makchaq,
    Ummi pun bukanlah taksub mana2 parti, tapi kalau macam ni, memang rasa tertipu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni jenih percaya kat orang... memang kena tipu idup2 la...

      Delete
  21. SK tu tak berapa cerdik ,, kipasss je lebih...kot mana pun rakyat yg kenaaa

    ReplyDelete
  22. ada kawan citer,abang dia citer kat dia
    kawan bawak lori utk bawak bangla ngundi kat gua musang
    tp 'orang tu' nafikan
    xleh nak kata apa la

    ReplyDelete