Monday, June 25, 2012

TANDA NAMA

Khadijah ajak makchaq pi buat name tag dia
makchaq heran jugak
masa awai tahun dah tempah kat koperasi
dah bayaq dah pun 4 rasanya
pasai apa nak kena buat sendiri pulak

Khadijah kata tak mau yang sekolah buat
hari tu dah siap salah nama
dia tak ingat apa yang ditulis
tapi ada huruf  "v" kat ejaan nama dia
dia tak nak, minta cikgu buat lain..

Minggu lepas dah dapat yang baru
dia kata salah lagi, nak buat balik
cikgu dah marah..cikgu kata

'pakai ja la... salah sikit saja tak pa..'

dia bawak balik 1 name tag tu tunjuk kat makchaq
tergelak kami semua...




Agaknya pasai nama KHADIJAH dah tak banyak la ni
orang yang buat nama tu konpius
dia pi eja macam kat atas tu
nak bagi glamour sikit kot...

Makchaq pun tak mau jahit nama tu..
pelik sangat bunyinya...

25 comments:

  1. patut lah khadijah tak mau guna name tag tu! ekekekeke...

    ps: TQ makchaq sudi beli macaron ;)

    ReplyDelete
  2. Cina ke yg buat name tag tu? Ish kalau org kita takkanlah tak tahu nak eja Khadijah ...

    ReplyDelete
  3. Ya lah...kalau dah bukan nama sendiri, siapa yang nak kan Khadijah. Silap silap nanti jadi bahan ejekan kawan.


    Cikgu punnnnnnn...alahai.

    ReplyDelete
  4. ish mcm mano lah koperasi tuh leh salah sampai byk kali...kan dah pelik bunyi namo tuh...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang heran, koperasi depa tempah kat mana tah.. agaknya tukang buat tu myanmar ke hape kot. Kalau bangla mesti tau nama Khadijah

      Delete
  5. heran btol la...camtu punya glamer nama boleh salah eja?... kesian khatijah :)

    ReplyDelete
  6. jauh benor dengan ejaan KHADIJAH...hehe..kalau saya pun, saya tak nak pakai..salah eja nama dah kira kesalahan besar tu..

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan mak chaq..seronok saya baca blog ni.. cakap utara..tu best..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya pun, saya tak nak pakai kak...dah suruh repair, dia boleh salah lagi...huhu...

      sgt careless...

      Delete
    2. Yours truly
      Salam kenal jugak dari makchaq, terima kasih suka baca blog makchaq, dah orang utara cakap utara la.. tapi makchaq pandai cakap KL...

      Wahida..
      Tak patut kan cikgu suruh pakai jugak..

      Delete
  8. Salam Makchaq...apasal boleh jadi camtu...heheh...lain bebenor bunyinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la kak Anie.. sampai dua kali buat pun dok salah lagi...

      Delete
  9. Assalamualaikum makchaq..

    Sian Khadijah, dua kali buat, dua kali silap. Saya pun xnak, sebab bukan nama kita.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam

      Yang pelik cikgu marah pulak kat dia..
      pada hal yang pergi tempah tu cikgu..

      Delete
  10. Salam Makchaq,

    Betullah pun, nama dia sebuah nama yang baik dah bertukar jadi nama lain, sapa nak pakai kan khadijah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah dia geram bila dia pulak kena marah dengan cikgu..

      Delete
  11. Kakak tak salahkah Khadijah sebab kalau kakak pun tak mahu jahit nama tu makchaq. Baik makchaq buat baru betul kata Khadijah. Nama elok-elok dah jadi entah apa dah... Itu Kadijah yg dah 13 tahun kakak rasa, anak kakak yg kecik tahun lepas 8 tahun pun bila salah eja jawi utk sekolah agama dia pun dia tak mahu siap tanggalkan dari tudung lama masa darjah satu punya tampal pada tudung baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak guna nama lama tak boleh pulak, warna tak sama..
      memang nak kena buat sendiri jugak nampaknya..

      Delete
  12. setakat ni dak kakak dengan dak adik tak pernah kena lagi macam tu.. tapi kalau silap eja, confirm saya takkan letak kat baju/tudung anak2.. nanti bila disebut lain maksudnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun tak letak nama tu, biar la dia tak dak tanda nama dulu..

      Delete
  13. Ni sapa la tukang jait ni? Kalau ya pun penat tak kan la tak reti eja nama khadijah? Nak gelak pun ada...nak marah pun ada kan....hemmm

    ReplyDelete
  14. salam...tu yang nama anak anak Nekcik pendek pendek jer..3 letters' word..beginning with E..the last must end with I..ha..ha..soalan SPM oral tu!!
    ELI, EDI, EFI, ENI....sbb bapak pun 3 letters' word

    ReplyDelete