hari Jumaat nak pi JB
dlm pukui 10 lebih malam pakchaq telefon
'flight cancel.... kapal terbang rosak', dia balik Jumaat pagi
Nafisah teruih sedih.. dok tengah happy2 nak pi ambik abah..
Hari Jumaat pakchaq sampai pukui 11 lebih
Nafisah happy.. nak ajak abah pi makan kat tempat yg menarik tu..
makan sushi.....sebab piring sushi tu kan pusing2 atas conveyer belt tu
tu yang dia kata .....'menariknya...'
Lepas makan hantaq abah pi KLIA, flight pukui 3 ptg
Nafisah sedih, tak nak salam abah..
Abah telefon tak nak cakap....
Hari Sabtu pakchaq sampai pukui 2 lebih petang
bawak jajan sikit.. happy Nafisah.. 'banyaknya... abah beli kat Nafisah...'
pukui 5 lebih pakchaq ajak jalan2
Baju macam abah, tapi baju abah tak dak gambaq cartoon la.. |
Happy Nafisah
teruih pi mandi
'Nafisah nak pakai baju macam abah,
baju tangan panjang dengan seluar'
siap masuk kereta, happy...
Tengok2 pi KLIA..
merajuk teruih.. dia tau mesti nak hantaq pakchaq
selalunya kami drop pakchaq kat depature
Nafisah tak nak salam... monyok...
abang Hadi tanya.."Nafisah nak turun?'
diam.. pakchaq sua tangan teruih peluk suruh dukung..
Jadi hari Sabtu tu kami jalan2 kat KLIA
pukui 7 pakchaq nak masuk, Nafisah monyok
last2 baru nak salam,
pakchaq telefon malam tu ,dia tak mau cakap
merajuk lagi la tu....
Semalam demam.... tak tau la sebab rindu ka apa.. masa dia kecik2 dulu kalau pakchaq lama tak balik memang dia deman.. bila jumpa pakchaq ok pulak..
Kesian kat Nafisah...,
kami pi sana minggu lepas pun pakchaq sibuk jugak..
kami sampai pukui 6 petang, pukui 7 pakchaq dah dah keluaq, balik pukui 1 pagi
Nafisah dah tertiduq pukui 12 lebih..penat menunggu
esoknya pun pakchaq keluaq sebelum t/hari, balik sat,petang kena keluaq lagi
malam baru dapat dinner sama-sama.., hari Ahad kerja pulak..
'Apa nak buat makan gaji.....' kata pakchaq
makchaq kesian jugak kat pakchaq.... penat kerja....
Tapi makchaq pun kesian jugak kat Nafisah..
dia tak berapa nak faham lagi
hat lain2 dah besaq dah faham, depa pun sebok sekolah
tak kisah sangat la...
Aduhai Nafisah sayang... gitulah tugas jadi org dewasa yg punya tanggung-jawab.
ReplyDeleteNampak wajah dia pun kakak maklum sangat makchaq yg dia masih mentah. Kalau boleh dia nak ada abah dia selalu tapi kekangan kerja nak buat macam mana. Mujur makchaq selau ada disampingnya...
Dia selalu tanya kenapa abah orang lain ada....
DeleteBila dia tanya makchaq terfikir pulak macam mana la perasaan ibu tunggal kan.. ... Tentu sedih..
kesian kat Nafisah.
ReplyDeleteTapi pB tau , Nafisah anak yang baik ....
Pak Chak tak leh pindah sini ker??
Baru2 ni dah ada org yg dpt pindah sini jadi pakchaqtak dpt la...tak tau la kalau tahun2 depan...
Deletebila baca entry ni terkenangkan anak2 saya.. tiap malam mesti tanya 'ibu, babah tak balik ke malam ni..' tapi lagi kesian kat dak Nuha.. kalau dia meragam malam sampai kena call en. suami bagi dia dengar suara babah dia, pastu tidur pulak berselimutkan baju babah dia.. dak Nuha meragam sebab tiap kali en. suami balik mesti dia manjakan budak tu.. aduh.. itu yang tak tahan tu..
ReplyDeletePakchaq pindah masa Nafisah setahun setengah, masa tu memang kesian kat dia... Demam memanjang.. Abah balik baru ok.. Tapi tak kan nak balik selalu sangat.. jauh
DeleteKesiannya Nafisah. Betoi la dia kecik lagi, belum faham lagi tentang tugas abah. Bila dia dah besaq nanti insyaallah dia ok tapi sementara nak tunggu besaq tu la pulak..jenoh dok pujuk..
ReplyDeleteDia memang sentiasa dok tunggu, pandai pulak tu, kalau hari khamis mesti kata 'abah balik kan hari ni'
DeleteBila time tak balik macam kesian nak bagi tau...
salam singgah,situasi kita hampir sama:-(
ReplyDeleteYang besaq dah boleh faham, yg kecik yg kesian.. Nafisah lebih kurang sebaya sihero ariq
DeleteAssalamualaikum makchaq...anak2 akak dulu pun sama...jarang dpt jumpa ayah mereka...sibuk dgn urusan kerja..buat PJJ lagik...ayahnkeluar anak2 masih tidur...balik anak2 dah tidur...jadi sampai skrg anak2 lebih rapat dgn akak
ReplyDeleteMemang anak2 punlebih rapat ngan makchaq, tambah la ni jarang2 balik...
Deletesibuk nya pakchaq..
ReplyDeleteMakchaq pun rasa dia makin sibuk lani..
Deletetambah tempat dia keja la ni banyak sangat agenda luar masa pejabat...
btol kak...camni la makan gaji.
ReplyDeletecikmat tu sbb sayang sgt dgn ayah dia..jarang2 boleh jumpa
Tu la.. tapi kerja tetap kena kerja kan..
DeleteInsyaAllah nanti Nafisah akan faham juga. :)
ReplyDeleteInsyaAllah harap2 dia cepat faham..
Deletebesala kan makchaq.. dengan anak2 ni kadang2 kita kena banyak guna psikology... depa kecik lagi nak paham urusan qeja kita... xmacam kita dulu, mak ayah xsibuk macam la... (^___^)
ReplyDeletexpala... lama2 ok la tu...insyaALLAH
InsyaAllah.... makchaq pun harap dia cepat faham...
DeleteBudak kecik macam Nafisah ni memang dahagakan kasih sayang & perhatian, dia tak faham lagi tu..lama2 dah besaq sikit ok la tu. kesian jugak kat dia noo..
ReplyDeleteMasa kecik lagi teruk.. Sekarang ok la sikit.. Tp kadang2 panjang merajuknya..
DeleteMC, kesian kat Nafisah, saya faham sangat perasaan PC. Sayapun selalu outstation, rindukan anak2 jgn cakaplah...walau sesedap manapun makanan teringat kat Wardah dgn Along, tak lalu nak telan...
ReplyDeleteMemang sedih kena tinggalkan anak2.. Alhamdulillah sekarang kerja makchaq tak payah keluar2 dah...kursus pun pilih yg dalaman saja..
Delete