Tuesday, February 25, 2014

MATAPELAJARAN SENI LUKIS











Terkejut jugak tengok  poster yang Khadijah kena lukis ni...

' poster apa ni?'
' entah.. cikgu yang suruh....untuk dapat band PBS...'
' kenapa tak siap lagi?'
' nak kena lukis gambaq DS Najib ... tak reti...tak de mood....'

ps
makchaq bukan orang politik
bukan ahli mana-mana parti
tapi pelik jugak tengok tajuk lukisan sekolah ni...




31 comments:

  1. Replies
    1. Tak tau la kenapa cikgu pilih tajuk tu kan...

      Delete
  2. Ada dlm silibus ke lukisan gaya gini?

    ReplyDelete
  3. PBS pun sekarang dihentikan seketika - nak dikaji balik. Yg sedih tu makchaq anak kakak terlibat dari tingkatan satu. Masuk tingkatan 3 sekarang yg nak periksa besar dihentikan. Jadi dia nak periksa apa tahun ini. Kena tunggu April pulak katanya baru bagi kata putus. Tak ke pening cikgu dan anak murid. Kita yg mak/ayah pun pening sama.

    Dahsyat kan negara kita bila dasar sistem pelajaran pun nak dipolitikkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. kesian budak-budak..
      dulu badge depa ni jugak yang start math & science dlm BI masa darjah 1, bila tingkatan 1 balik BM pulak...

      Delete
  4. dahsyat ni makchaq.. kadang2 kesian pada murid2 sekolah dan guru2.. jangan lah campur adukkan pendidikan dengan politik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun heran pasai pa tajuk tu jadi lagu tu... ada arahan ka atau saja cikgu pilih...

      Delete
  5. haha...kalau kat sekolah saya ni, alamat PPD dah turun ke sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak dak arahan tak kan cikgu dia daring sangat kan Anim..

      Delete
  6. Mak chaq
    Sepatut patutnya laaaaa
    Politik dan pendidikan tidak dicampur adukkan.
    Penambah baikan biar bahagian pendidikan yg punya 'tink tank' pikir apa yg sesuai. Ini.. Tukar menteri maka tukarkan pendidikan keseluruhannya... Cikgu dan anak murid juga yang kerugian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kementerian mana pun sama... tukaq menteri buat polisi baru...
      tapi bila libatkan masa depan budak2... memang teraniaya la... sampai sekarang tak pasti pasal PBS... bulan empat baru nak bagi arahan..

      Delete
  7. Nak kena lukis gambar Najib tu yang tak menahan tu.. tak pernah lagi kena kat anak2 saya Makchaq.. masih banyak lagi cara nak ajar anak murid..

    Lagipun PBS kan dah dihentikan seketika.. kelam-kabut sungguh sistem pendidikan negara kita sekarang ni.. Itulah masalahnya bila ada pihak campur tangan mem'politik'kan sistem pendidikan negara.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cukup logo, bendera, gambaq pun nak kena bubuh...
      tak tau la nak bodek sapa...

      Delete
    2. makchaq dengan family camane.. sihat..?

      Delete
  8. lukis muka mak abah sendiri lagi bagus kan...

    ReplyDelete
  9. aduhai sampai mcm ni ke MC.. biar betul ! patut2lah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak terkata jugak la masa mula2 tengok...

      Delete
  10. aik mcm pelik sgt dh tu..lgpun setahu sy PBS sume kerja buat di sekolah. Macam2 la sekarang..

    ReplyDelete
  11. Eh, bukan ke PBS takda buat kat rumah? Nak dapat band PBS kena lukis ni... kalau sayalah budak sekolah memang dapat band paling glamor, paling rendahlah nampaknya :)

    ReplyDelete
  12. Nasib baik lukisan itu mengenai parti yg memerintah, kalau cikgu minta lukis tentang parti yang membangkang, alamat cikgu tu akan kena tukar atau kena ambik tindakan tata tertib...

    Mengenai PBS, saya juga kesian dengan cikgu2 dan anak2 murid mereka yg masih terkeliru - nak diteruskan atau tidak, jika nak diteruskan PBS dengan penambah baikan, bagaimana dengan mereka yg nak ambik periksa tahun ini? Anak saya di Tingkatan 3, dia dan cikgu2nya semua sedang kepeningan. Kesian bila anak2 kita dijadikan bahan uji seperti tikus putih....

    ReplyDelete
  13. Dah macam kempen slogan untuk parti politik pulak ye makchaq, hehe..

    ReplyDelete
  14. bila pendidikan pun nak dipolitikkan jadi cmni la

    ReplyDelete