Tuesday, April 9, 2013

JANGAN CAKAP MACAM TU NAK...

Makchaq tak suka naik kapai terbang
sakit telinga (bengang), pening, tak selesa  rasa macam sesak nafas (kampongan kan....) rasa kelam kabut..takut lambat, takut tertinggai tiket, barang, etc....
tambah dengan pengalaman2 tak best & sengal masa naik kapai terbang...
memang makchaq selalu berdebaq2  kalau kena naik kapai terbang..
tapi cover... nampak cool la..

Masa pi rumah pakchaq baru ni
kami pi dengan kapai terbang

Dekat nak sampai juruterbang tu buat announcement
'akan mendarat ahead of time, anak kapal... bla bla bla...'

Lepas tu terasa kapai terbang tu naik balik..
teruih Nafisah tanya..

'mak, kenapa kapal terbang ni naik balik.. kata nak turun..'
'entah lah.. ye ke naik?'
'ya.... Nafisah rasa dia naik balik..'
'tak tau la Nafisah... mak pun tak tau kenapa..'
'ada masalah ni mak.. tu la dia kena naik balik..'

makchaq diam ja... tak da pulak announcement apa2 pun..
senyap sunyi je semua orang.. Nafisah ja dok potpet2

'hah.. kan dia pusing ni.... tak boleh turun la ni..'
'kalau lama2 pusing2 tak boleh turun nanti boleh habis minyak..'
'mak rasa tak dia naik lagi..?'

Tak berenti dia dok cakap..
'kalau habis minyak bahaya mak... boleh jatuh.... '
'nanti kapten tu cakap2 dengan orang kat bawah..'
'kalau orang tu salah cakap nanti....kapal terbang ni boleh berlanggar dengan kawan dia..'

Ish budak ni..
gabra makchaq..
orang depan kami kalau dengaq pun mesti gabra..
teruih makchaq mengucap sambil berdoa.. risau jugak..

'Nafisah, tak baik cakap macam tu.. mana Nafisah tau ni....'
'Nafisah tengok air crash..... betul boleh jadi macam tu...'
'dah la Nafisah, lebih baik Nafisah doa ..'
'baca doa ibu bapa..?'
'boleh la.. doa ibu bapa pun boleh.. baca Ashhadu alla ilaha illallah dulu, tak payah cakap2'

Bila Nafisah senyap
rasa sunyi sepi dlm kapal terbang..

Alhamdulillah
dalam 20 minit kami selamat mendarat..

Moral of the story
JANGAN BAGI BUDAK KECIK TENGOK AIR CRASH INVESTIGATION


Budak yang buat makchaq gabra..

51 comments:

  1. Suami kakcik suka tengok rancangan tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq tak tengok.. abang dia la kot tengok.. dah terpasang, dia pun tumpang tengok la kot...

      Delete
  2. Hehehee....budak2 la ni cerdik...saya pun selalu refer dgn suhailah...depa suka perati tu yg cpt tangkap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang budak2 suka perati...tapi macam Nafisah ni, bukannya faham sangat kot.. Tu yg main cakap ja tu...tak lapik2...

      Delete
  3. Nafisah menghayati rancangan tu makchaq. dia relate dengan apa yg dialaminya..bijak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau nak kata la Anim... Agaknya benda tu ter register pulak dlm kepala dia...

      Delete
  4. Assalamualaikum Makchaq

    anak yg cerdik dan solehah

    ReplyDelete
  5. pB paling suka masa kapalterbang naik dan turun .....

    paling sukaaa dengan kelajuan masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq memang x suka..... dari kapaiterbang tu mula naik... selagi dia tak cecah tanah balik..memang makchaq tak suka....

      Delete
  6. Nafisah memang bijak, alhamdulillah. Tapi dia buat mak dia gabra la pulak, kihkihkih! Saya dari mula baca sampai habeh asyik gelak saja dengan soalan2 dia, kehkeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah la makchaq memang sedia dok gabra.. Dia pi tambah pulak.... memang macam2 la dlm kepala...

      Delete
  7. Hiashhhh...anak nikan...

    Tapi Mak Chaq untung la ada anak bijak macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Aina kan... Budak2 ni cakap tak lapik2... dia bukan faham sangat risiko dia...

      Delete
  8. Hahaha
    Saya pun
    Macamtu kalau naik kapalterbang suka paling lama dlm kapalterbang 2/3jam.. Lebih dari tu rasa rimas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq sat pun dah tak suka.. Kalau lama lagi la tak suka..selagi tak cecah tanah balik... memang macam tak senang duduk...

      Delete
  9. budak bijak tu mak chaq ... otak dia sedang berfikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pikiaq2 teruih cakap... suspen mak..

      Delete
  10. budak2 sekarang..bukan mcm kita zaman dulu makchaq.depa cerdik.and always thinks ahead of time..logic juga kdg2 apa yg depa ckap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa terdedah macam2 cikgu.. makchaq masa kecik tv pun tak dak.. nak tengok cerita p.ramlee kena pi tumpang tengok kat rumah orang..

      Delete
  11. Assalam, makchaq
    Bagi Pak Temuk, perjalanan di atas daratlah yang menyelesakan. Kapal terbang, kapal laut; Telinga bengang, hati kalut. Tak tahulah kalau terbang atau belayar "First Class"!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Pak Temuk

      Tak sangka rupanya Pak Temuk sama macam makchaq, jalan atas darat la paling selesa....

      Kalau 1st class pun tetap jugak di atas.. tak cecah tanah yg buat takut tu..


      Delete
  12. Hehehehe~ saya pun kalau naik kapal rasa macam malas macam nak muntah je. Macam nak cepat2 mendarat. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang la kita Noor.... dah mendarat baru rasa lega..

      Delete
  13. saya pun layan ACI tu...menarik...walaupun lakonan semula tp nampak real..
    Nafisah tu ikut sapa la..cakap byk betul hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq jarang tengok tv, rasanya Nafisah tu tengok dengan abang dia la.. tu yg tengok cerita pelik2 tu..

      Makchaq rasa dia ikut pakchaq kot.. makchaq ni pendiam.... perasan...

      Delete
  14. Sama macam kak Zai kalau naik kapal terbang banyak benda yang dirisaukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kan...risau tak tentu pasal..

      padahal kemalangan atas jalan lagi banyak kan...

      Delete
  15. hahahahahah ...... ketaq ka mak chaq....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tambah ketaq la yg dok sedia ketaq ni..

      Delete
  16. aduila Nafisah...ketaq lutut acik nak naik kapal terbang lepas nih.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan bagi Cik Mat tengok ACI tau Nini.. nanti dia pulak dok reka macam2 bila naik kapai terbang...

      Delete
  17. Dahlah si emak jenis tak suka naik kapal, Nafisah pulak jenis pot-pet-pot-pet teringat air-crash bagai. Elok juga last-last dua-dua berdoa hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila crew semua pun dah pi duduk, dah kata akan mendarat sebentar lagi, tau2 naik balik.. Nafisah pulak dok menambah.. tu yg buat makchaq tak senang hati sangat..Alhamdulillah dia diam bila makchaq suruh doa..

      Tapi suspen juga la sebab memang sunyi sepi.. semua orang senyap..

      Delete
  18. hehehe sabar jelah, kalu budak2 yng cerdik pandai terlebih ni mmg gitulah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la yg tak tahan tu.. dok pi samakan dengan air crash pulak...

      Delete
  19. hehe...lawak dengan keletah nafisah ni. toksah kata mak dia..kalau chek pun chek gabra serupa tu jugak. tapi yang nafisah dok pot pet tu memang ada betulnya. saya pun kadang-kadang terlintas perkara tak baik macam tu...akibat banyak sangat tengok cerita-cerita macam tu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ni rasa jugak la lawak dia.. tapi masa tu rasa ngeri ja la.... mana la tau.. kot2 jadi apa yang dia dok kata tu....

      Delete
  20. as salam mak chaq...BW n terus polow...tula dia kan budak2 ni..depat cepat tui ingat apa yg depa tgk kan...anyway..nice to follow u..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kuazue,

      Tu la.. depa otak tak tepu lagi.. kalau macam makchaq, hari ni dpt input, esok dah tak ingat

      Delete
  21. hehehe.. bercakap dengan makchaq memang bertambah gabra lah.. ;)
    apa-apapun syukur selamat jua akhirnya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang makchaq gabra la... mana la tau kan...

      Alhamdulillah selamat..

      Delete
  22. Bijaknya sigadis kecil comel tukan...kalau saya pun mesti sesak dadakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia baru tengok kot, tu yang ingat sangat... maknya memang sesak dada la.. tambah lepas terasa naik tu sunyi sepi semua orang..

      Delete
  23. untung nafisah kecik kecik dah merasa naik kapal terbang..acik zu nih dah tua bangka baru merasa ..nak buat camnerkan dulu mak bapak mana mampu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Nafisah pun dah tua bangka baru merasa naik Zu..

      Masa kecik2 tak pernah termimpi nak naik, naik bas pun boleh bilang dengan jari..

      Budak la ni lebih beruntung.. tambah ada AA yg now everyone can fly... kalau tak tak rasa jugak la kot..

      Delete
  24. Lebih baik dari dia tengok cerita Hindustan yang banyak seksi dan angan-angan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nafisah tak pernah kot tengok cerita hindustan, sebab tak dak peminat hindustan kat rumah..



      Delete
  25. budak2 biasalah tu...apa yg dilihat mesti keluar dimulut ingin bertanya, ingin tahu...tapi betul lah tu kalu dlm situasi cmtu bunda pun gabra..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang budak suka bercakap/bertanya.. tak berenti.. ada ja.. kadang2 orang tak kenai pun teguq.. 'banyaknya cakap...'

      Delete
  26. hii..anak akak yang kecik tu pun cuak, apa lagi aku yang dewasa ni..haha..cuak kan..aku pun pernah alami pengalaman masa nak mendarat kapal tu naik balik ..dari KL ke Kota Kinabalu.. bila sampai kat terminal 2 KK..aku pun bersedia tunggu roda kapal tu jejak tanah...tup2 dia naik balik...pusing lagi..pastu bila nak mendarat kali kedua..kapal tu naik balik..kali ni dah terasa cuak sangat.."oh nak balik ke KL semula ke ni..dalam hati...terbayang juga kapal tu habis minyak dok pusing kat langit dua kali..cuak sangat..syukur lepas tu mendarat dengan selamat..barulaha nak kapal tu nak announce sorry..:)

    Singgah sini>> http://dearlykate.blogspot.com/

    ReplyDelete