Thursday, April 25, 2013

ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI, ADA JUGAK BELI TAK PAKAI2

Semalam kawan makchaq bawak katalog pinggan
wa.. lama tak tengok katalog pinggan
kat ofis makchaq ni jarang orang berniaga
jadi kami jarang dapat tengok katalog
sesekali dapat excited pulak tengok
CC baru makchaq yg juai..

Makchaq  la ni dok guna pinggan yg dibeli lebih 27 tahun lepas..
                                                                       
Saja ambik gambaq barang2 makchaq
yg beli masa baru kahwin & masih
dok guna sampai la ni
Set pingan ni beli masa baru2 kahwin
(sebelum beli pinggan ni kami pakai pinggan free hadiah ubat gigi, emporium, sabun basuh etc..)
lepas beli pinggan ni  teruih pakai sampai la ni..
tahan pulak tu.. rasanya baru 2 bijik pinggan pecah..
sayangnya mangkuk dia tinggai 2 ja.. piring tinggai 3 ja..
bila bagi makanan kat jiran
depa lupa nak bagi balik.. makchaq pun dah lupa bagi kat sapa



Ada jugak beli 2 set lain lepas tu... tapi tetap suka pakai set yg mula tu
yang ni mak makchaq bagi hadiah kahwin kat ami set teko ngan cawan
makchaq beli tambah jadikan set lengkap
Hat ni makchaq beli 1 set
tapi mana eh.. 2 set ni?
tinggai kat rumah Sg Buluh kot..
pasai kat sini tak dak pun.....

tapi cawan ngan piring banyak yg tak dak gu
makchaq terlepas sedulang masa  nak kemas lepas sedara pakchaq mai rumah..
ada yg pecah piring, ada yg pecah cawan


Set terbaru... beli tahun 2007 (terbaru tapi lama dah la..)
kawan makchaq ajak main kutu pasai depa tak cukup orang
masa tu makchaq pun tak tau set tu macam mana...tak pernah tengok pun..
kawan makchaq dok promote2 kata vantage ni famous... cantik... makchaq mesti suka..
ok la main la kutu....
lepas dapat setahun lebih dok dalam kotak dalam stor tak bukak pasai tak dak tempat nak susun

Lepas bersalinkan Nafisah makchaq cuti 4 bulan
dok rumah lama boleh la mengemas sana sini
kemas2 stor terperasan/terjumpa kotak pinggan kutu ni..(2009)


Bukak2..
oo mak ai... banyaknya bunga.... sampai dalam cawan pun ada bunga
dalam mulut teko pun ada bunga..
pening pulak makchaq tengok
sekali dua ja kot guna.. anak2 makchaq pun kata rimas
banyak sangat bunga.. tak nampak makanan..
la ni pinggan ni dok dalam lemari.. berabuk..

Agaknya kami sekeluarga memang tak minat bunga.....
tu la rimas bila tengok bunga banyak
kat rumah makchaq memang tak dak sekuntum pun bunga..
bouquet lagi la tak dak...

Tapi... ada seorang budak dalam keluarga ni minat bunga..
nampak bunga selalu kata.. 'cantiknya bunga...' dengan gaya penuh dramatik..
ni ha budak tu..

 









 

38 comments:

  1. Wah tahan betul makchaq pakai pinggan mangkuk arcopal tu. Bunga romantique lagi tu. Kami kat rumah ni pun pakai pinggan jenis tu .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tahan.. tapi makchaq tak bawak bila pindah putrajaya.. dok pakai yg beli 1st tu ja..

      Delete
  2. Rumah saya kebanyakan pinggan jenis kosong takdak corak apa pun. Sama jugakla feeling dengan Kakchaq gamaknya, serabut kalau bunga kat pinggan mangkuk banyak2, hehe..Kalau tea set pun memang beli yg jenis takdak bunga. Ok konpem memang serabut bunga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita serupa no.... tapi ramai yang suka agaknya.. tu la depa buat, kalau harap orang macam kita tak laku la pinggan depa..he he

      Delete
  3. set cawan makchaq yang bunga kaler biru tu sama la dengan mak chek punya. memang dok guna hari-hari. tahan pulak tu. satu lagi..koleksi pinggan free beli sabun basuh dan sebagainya tu..yang tu pun tahan. dari chek kecik, mak punya dok kumpul..sampai la ni dok ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tahan... kalau jatuh sikit2 memang tak pecah..

      Barang lama memang tahan lama... kat rumah mak makchaq pun banyak pinggan2 hadiah..

      Delete
  4. pinggan mangkuk dulu2 mmg tahan lasak...kalau pecah pun terbelah dua,tiga..mcm tu ja..bkn mcm sekarang,hancur berderai kalau pecah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui Kam, pinggan lama memang tahan lasak...barang lama makchaq rasa pun lebih tahan dari yg sekarang...

      Delete
  5. Pnggan arcopal tu mmh popular sggh la...saya pun dpt hadiah kawin pinggan jenih ni cuma bunga laindr kakchaq :))

    3 thun lps berkenan sgghkat bunga orkid yg syarikat menang juai beli 1 set mcm kak chaq laaa tak guna jgk.....sayang sgt hihii

    * pangge kak chaq boleh ka? Tak kan pangkat mak mak kot kan...kak chaq la muda ckit....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 arcopal ni memang popular kan...

      Tu la kita ni kadang2 sebab tengok berkenan tapi tak guna sebab dok guna hat lama..

      Pangge apa pun tak kisah....yg penting ukhwah kita berpanjangan..

      Delete
  6. Err...saya x pernah beli kot pinggan mangkuk dan cawan segala tu. Dok guna yang dapat hadiah kawen dengan mak mertua kasi saya 2-3 set sebab rumah dia pun penuh. So, tak pernah teringin nak beli sebab yg ada nie pun dah bersumbat sana sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui la... Barang tahan/dok boleh pakai.. Kalau beli pun buat sesak rumah ja kan...

      Makchaq lepas kahwin pindah jauh jadi 1 set teko ja yg boleh bawak.. Tu yg beli pinggan jugak...

      Delete
  7. nafisah pun si bunga comel...
    makchaq...saya minat pinggan. agaknya faktor genetik dari bonda saya. tapi saya guna tau, mahal pun mahallah...apa yg saya hidang kat tetamu, itu juga yg 3 abdul guna..
    bimbang,kalau pinggan tu tak guna, nanti payah nak menjawabnya di "sana" kelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah minat memang beli jugak la kan.. Kalau tak beli dok terbayang ja...makchaq pun kalau barang yg minat memang suka ja nak beli.....

      Makchaq pun pakai ja pinggan kecuali yg banyak bunga tu la..

      Delete
  8. sama la dengan saya....alah membeli dan alah memakai....beli simpan...beli ...simpan....huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he.. kadang2 sampai lupa kita ada benda tu kan..
      bila terjumpa balik..macam terkejut bila pulak beli..

      Delete
  9. alahai Nafisah.
    nasib lah Nafisah suka bunga...

    Nini memang tak minat set pinggan mangkuk cawan sumer nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun bukan minat sangat Nini.. tapi masa baru2 kahwin pakchaq suka ajak kawan makan2, tu yg beli sampai 3 set..

      Delete
  10. mak chaq, tu yg atas tu cawan arcopal..saya sampai sekarang masih guna.tahan lama sungguh..bunga masih elok.dulu memang main kutu la .maklum gaji kecik lagi masa tu.mula2 simpan dlm almari sayag nk guna..now sejak Langkawi dah ada banyak pinggan cantik so saya dah keluarkan dia dari almari..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung la orang Perlih dapat beli pingganmangkuk cantik & murah dari Langkawi kan cikgu..
      Yg duk jauh ni.. kalau campoq tambang lagi mahai la jadinya..

      Delete
  11. makchaq..meh calot sikit.. hehehhe.. sama la kta ni.. apa penyakit pn tak tahu la.. urat putus kot.. tang beli ingat..pastu campak la merata..

    agaknya kalau vantage munge2 tu disimpan 20-30 tahun lagi..mau jadik juta2 hengget makchaq, org semua dah takde simpan..makchaq punya elok dalam kotak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka makchaq ada orang boleh geng..

      Boleh la nak simpan pinggan tu..nanti nak juai barang antik.. he he

      Delete
  12. bunga pinggan makchaq sebiji mac kat rumah saya(bukan pingggan yg banyak punga tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinggan arcopal tu ka? hat tu memang ramai orang pakai kan...
      tapi pinggan yg mula2 makchaq beli tu memang jarang nampak orang pakai..

      Delete
  13. Kalau kakak suka pinggan vintage tu makchaq. Cantik...
    Pinggan arcopal makchaq exactly sama bunga dgn kakak punya. Memang kakak pun beli masa zaman anak dara dulu. Time tu dekat office selalu ada budak tunjuk terbeli juga. Tapi sampai sekarang kakak masih guna termasuk teko dan cawannya. Kakak tak malu org dtg guna aje set yg ada selagi tak pecah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai yang suka pinggan english style tu kakZakie.... kalau tak tak kan la popular....makchaq kot yg pelik sikit..

      Makchaq pun macam kakzakie.. dok guna yang lama lama tu sampai la ni..

      Delete
  14. hehehe.. dulu beli simpan.. sayang nak guna..
    sekarang ciklan tak bagi simpan.. maka hari2 ai guna kat rumah..
    anak2 pun ai biasakan dengan pinggan kaca..
    tapi biasanya dak Adik lebih suka pinggan biasa sebab pinggan kaca berat.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq yg set arcopal langsung dah tak guna sebab tak baawak pun ke Putrajaya.. bawak yg first2 beli tu ja.. itu la pakai sendiri, itu la hidang kat orang..

      Delete
  15. Saya pun suka pakai yang dapat free tu. Cantik jugak. Yang beli hanya ada satu set ja, mak chaq. Kot2 nak merasa pakai yang mahal kan. Tapi beli di langkawi, dapatlah murah sikit.
    Nafisah ni memang lain dari kakak2nya lah. Boleh geng dgn acik aidah ni, suka bunga fresh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak pun bukan boleh guna semua sekali gus kan.. tambah Aidah yg hanya berempat..

      Nafisah memang lain sikit.. sangat keperempuanan..

      Delete
  16. Rumah Aina tak dak bunga yg ada ranting pokok ja.

    Sepanjang kawen Aina hanya pernah beli dua set pinggan. Beli guna tak dak simpan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq ranting pun tak dak....

      Rumah makchaq la ni nak simpan pun tak dak tempat..rumah kecik...

      Delete
  17. memang betoiler rumahni pun pakai lagi set arcopaltu.. tapi tuler sejak mertua tinggal sekali pakai melamine jer sebab dia tak nak pakai kaca takut pecah katanya...

    ReplyDelete
  18. salam,

    cantik2 semua pinggan dan set cawan akak tu

    ati pun dah lama tak tgk katalog

    ingat nak minta hadiah anniversary ni set cawan lah ...hehe

    ReplyDelete
  19. Salam. mak chaq saya suka tengk pinggan2 tu sebab saya ni lepas kawin sampai la ni tak pernah beli pinggan. Terukkan...

    ReplyDelete
  20. Kak Zai pun dah lama tak beli pinggan yang satu set.Kalau ada pun cuma beli kat Ikea yang berasingan aje.

    ReplyDelete
  21. rugi kalu beli tak guna..tambah kalu pinggan cantik..selera jer nak makan...

    ReplyDelete
  22. Saya ni pulak makchaq.. kawin dah lebih 20 thn..dok ada rumah sendiri baru 3 thn ni...beli set pinggan mangkuk tak pernah..ada pun 2 set jer..itu pun hadiah kawin...teringin jugak nak beli hat bunga kecik2 tu...tp tak tau nak letak mana...umah kecik...almari lagi lah kecik...

    ReplyDelete