Friday, March 15, 2013

LAMA TAK MENULIS

Lamanya tak menulis
asainya sebab tak dak internet
lepas tu sat ada sat tak dak
bila ada slow macam siput
nak baca pun susah
apa lagi nak tulih

Makchaq tak dak cerita apa pun
jadi nak cerita kisah pakchaq pulak

2 minggu lepas masa tepon suara pakchaq macam orang demam
dia kata dia dah penat kerja
banyak sangat kerja dia
date dia full sampai bulan September
hanya free boleh cuti masa nak pi umrah nanti
makchaq rasa kesian sangat
tapi tak tau macam mana nak tolong

2 hari lepas tu pakchaq telefon pulak
on the way nak pi ofis
kereta ofis langgaq belakang kereta pakchaq
bumper ngan boot teruk jugak la
makchaq suruh buat repot kot2 boleh claim
tapi kata pakchaq
driver ofis tu pi repot kata langgaq pokok
jadi dia tak boleh nak repot, takut driver tu 'kena' pulak pasai buat repot palsu

Entah apa2 la driver tu kan..
awat la tak repot betui2 kata langgaq kereta depan
geram juga makchaq dengaq..
tapi apa nak buat
makchaq tak boleh tolong dan tak boleh buat apa2

Hari Khamis 7/3/13 masa pakchaq kat airport nak balik Putrajaya
(pakchaq jangkanya nak pi umrah 10/3/13)
dapat sms dari kampung suruh pakchaq balik tengok mak yg tiba2 jadi tak sedaq
pakchaq telefon makchaq kata tak jadi balik
makchaq pun malam tu balik Taiping dengan anak2

Alhamdulillah mak sedaq balik dan ok
hari Jumaat malam kami balik Putrajaya
sampai Putrajaya travel agent call
tarikh umrah ditunda ke bulan Mei
group yang nak pi dengan pakchaq semua nak tunda pi bulan Mei
pakchaq punyalah sedih....
dia bukan boleh cuti senang2..cuti dia memang kena rancang awai2
cuti umrah ni pun dah rancang dari tahun lepas..

Lepas bincang2 dengan travel agent tu
Alhamdulillah pakchaq dapat pi hari Selasa 12/3/13
tumpang group lain
lega makchaq bila nampak pakchaq ceria dan happy balik..
makchaq kesian kat pakchaq 
sebab dalam 2 minggu lepas macam2 hai
dah la makchaq tak boleh nak tolong apa2
setakat kata 'sabaq la bang.... '  



Pakchaq dengan kakak pakchaq, ceria ja masa nak check in -
tadi pakchaq call depa dah 2 kali buat umrah.. Alhamdulillah depa berdua sihat kat sana..mak kat kampung pun ok..

54 comments:

  1. lega dengaq.minta bagi semua ok.dan pk chaq slamat balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu..Makchaq pun lega terutama bila dapat tau depa boleh tumpang group lain..

      Delete
  2. Alhamdulilah, kalau dah ditentukan olehNya macam tu, tetap akan dapat pi jugak walau ada macam2 dugaan.

    Awat la drebar tu buat macam tu, tak baik la aih. Dahla dia yg salah, naya orang yg dilanggaq ja tak bleh buat report untuk claim, haisy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la syukur rasanya... Lepas nampak pakchaq macam down sebab macam2 hai, lega bila nampak dia ceria balik..

      Tu la Dinas, pelik betui drebar tu...silap jugak pakchaq tak pi repot teruih, dia pi pejabat dulu sebab ada kerja urgent, ingat nak repot tengahari, dengaq2 drebar pi buat repot teralit, terbabas langgaq pokok...

      Delete
    2. makChaq tumpang ...

      Dinas tolong hantar jemputan sekali lagi untuk kak pB ...

      Jemputan yang pertama kali tu kak pB tak dapat

      Hantar email ke alamat : aidarahm@tm.com.my




      Terima kasih Mak Chaq

      Delete
  3. makchaq..mcm2 hal..ala2 lebai malang dah jadinya..:)
    alhamdulillah...sampai jugak seru kesana walau berbagai halangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Kam, nasib tak jadi lebai malang betui2, semua terlepas...

      Delete
  4. Mak Chak

    syukur banyak banyak sebab Allah permudahkan walaupun ada sedikit kesulitan di awal awal nya ....

    FIL dan MIL bertolak pada 14 Mac.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syukur sangat pB...

      Alhamdulillah MIL & FIL pB pun dpt jadi tetamu Allah juga...

      Delete
  5. ujian kesabaran untuk pakchaq sebelum berangkat. alhmadulillah, pakchaq berjaya mengatasinya. semoga dipermudahkan urusan pakchaq di sana, amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Anim.. Makchaq pun doa macam tu jugak..

      Delete
  6. Replies
    1. Tak.. Pakchaq pi ngan kakak dia saja..

      Delete
  7. Alhamdulillah...klau dah di jemput tu kot mana masalah mai pun mesti akan ada jln jugak kan...
    Moga pakchaq dan kakak dia selamat mnjalani ibadah umrah dan selamat balik ke msia...ameeenn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz pun cakap haji dan umrah ni atas jemputan Allah, kalau tak dijemput tak dpt la..
      Terima kasih tolong doakan pakchaq dan kaka dia..

      Delete
  8. Alhamdulillah..kadang2 semua benda mai serentakkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui cikgu.. Bila mai ujuan bertimpa2.... Memang kena banyak bersabaq kan...

      Delete
  9. Alhmdulillah....Semoga dipermudahkan urusan Pakchaq di sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun harap segala urusan depa di sana dipermudahkan..

      Delete
  10. Alhamdulillah
    Sudah rezekinya ke sana ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang syukur Rahmah.. ada rezeki untuk buat umrah

      Delete
  11. Alhamdulillah. Allah gembirakan Pakchaq di tengah dugaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun rasa syukur sangat.. Kesian tengok pakchaq macam down sebab kerja tak habih2, makin banyak ada la... dah la dok sorang2 kat sana..

      Delete
  12. Alhamdulillah..semoga dipermudahkan semua urusan

    ReplyDelete
  13. kesian pakchaq..naya ja kan kereta dilanggaq mcm tu..tak boleh claim pulak.

    apa pun alhamdulillah..dapat jugak pakchaq pi buat umrah. tu la namanya rezeki. semoga dipermudahkan urusan pakchaq di sana..selamat pi dan selamat balik in shaa allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tak boleh nak buat apa.. Kena pebaik sendiri la jawabmya..

      Makchaq pun syukurakchaq ada rezeki dijemput untuk buat umrah ni...

      Delete
  14. Alhamdulillah akhirnya dapat juga pakchaq mengerjakan umrah.Selamat pergi dan kembali dan mendapat umrah mabrurah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kakZai tolong doakan...

      Delete
  15. Moga Allah permudahkan urusan Pakchaq kat sana, di anugerahkan kesihatan...

    Sebenarnya, berapa kerap Pakchaq turun Putrajaya ni Makchaq? Setiap 2 minggu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih DZ.....

      Pakchaq balik Putrajaya x tentu...masa baru2 pindah sana boleh kata 2 minggu sekali.. la ni 3 minggu sekali..

      Delete
  16. alhamdulilah makchaq...syukurlah pakcaq dah dapat menunaikan umrah..iyalh Makchaq..hidup kita ni selalu Allah uji...tanda Allah sayang ..kalau Allah marah dia akan biarkan sahaja!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu Nekcik.. Ujian tu ytanda Allah ingat kat kita dan nak kita ingat kat dia..kadang2 bila tak dak apa2 jadi kita pulak yang alpa tak ingat kat Allah..

      Delete
  17. Alhamdulillah..moga pakchaq diberikan kesihatan yg baik kat sana

    ReplyDelete
  18. moga Pakchaq diberi kesihatan yg baik sepanjang di sana agar dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.. moga kembali dengan selamat juga

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah, moga pakchaq beroleh umrah yang mabrur..mungkin tu ujian seblom nak pi sana..moga dimudahkan urusan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ujian mai serentak memang terasa.. Alhamdulillah ada rezeki jugak nak ke sana..

      Delete
  20. moga mrk brdua selamat pergi n slamat kembali...InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. hujung minggu ni jangkanya depabalik..

      Delete
  21. Alhamdulillah. Saya sikit nak sedih sebab pak chaq tak dapat gi umrah. Alhamdulillah Allah bagi mudah kan mak chaq. :)

    Semoga selamat pergi dan selamat kembali!

    *jeles aihhh. nak gi umrah jugakkkk.. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun mula2 sedih jugak..

      InsyaAllah.. makchaq doakan Noor akan dapat pi nanti

      Delete
  22. oo gitu kesahnyer... patutler lama tak dengar berita..
    semoga dipermudahkan semuanya yerk mak chaq... seronoknyer gi umrah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila internet buat hal memang putus hubungan jugak la..
      Memang tengok ahli2 rombongan yang nak pi hari tu semua ceria nak jadi tetamu Allah..

      Delete
  23. betul lama makchaq tak update blog..rindu nak baca cerita mak chaq

    taiping kat mana tu mak chaq..nnti boleh kita jumpa..saya kat kamunting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kan sekampung.. Batu Kurau
      tapi mak la ni duduk Aulong dengan kakak pakchaq, jadi kalau balik kami selalu ke Aulong..

      InsyaAllah harap2 kita boleh jumpa

      Delete
  24. alaaa..abis tu takleh claim la? ke company tanggung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh la.. memang kena bayaq sendiri.. kereta ofis tu ja la kerajaan tanggung..
      Hampeh kan driver tu..

      Delete
  25. assalamualaikum kadang2 otak buntu nak curahkan idea pun tarak...salam kenal dari saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jugak dari makchaq..

      Makchaq selalu tak dak idea nak tulis, bila ada idea malas pulak.. suka nak baca ja..

      Delete
  26. salam kenal makchaq, sonok baca blog makchaq, ghasa mcm kenai ja :) Alhamdulillah semua ok kan makchaq...

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah pakchaq dengan kakak makchaq ok kat sana.. ;)

    pasal langgar kete tu, tak patut betul driver tu.. :(

    psstt: rindu kat makchaq n family.. ;)

    ReplyDelete
  28. alhamdulillah dah selamat semuanyer

    ReplyDelete