Wednesday, December 19, 2012

AUDIT 5S


Hari ni hari audit 5S kat pejabat makchaq
sepanjang 3 hari sebelum audit tu
macam2 la yang kami dok perelok dan perbaik
letak tagging sana sini
takut la satni jadi sebab dpt markah rendah..

Sebenagnya jabatan makchaq bukan buat pensijilan 5S ni
tapi ketua jabatan kami nakkan amalan ni diterapkan
jadi setiap 3 bulan diadakan audit oleh pegawai2 jabatan yang dilantik
macam pertandingan antara bahagian la kiranya
semua ketua bahagian pulak mesti tak nak bahagian dia tercorot..

Masalahnya... yang dok bersusah payah pebetui ni kami2 la..
orang2 sokongan
perpustakaan, bilik mesyuarat, bilik jamuan, ruang menunggu, bilik fail, bilik kebal, pantry, tandas semua nak kena pastikan ok dan tip top
tapi...
yg selalu jadi masalah pulak bilik2 pegawai..
ada ja hai nya.. komputer letak atas lantai la, dokumen sulit tinggai atas meja/lantai la, jam dinding mati la..
bilik bersepah la...sedangkan depa tak dak kat bilik..

Kami ada masanya diarah kemas bilik2 pegawai yg out station ni
pasai pegawai2 kami memang jarang sangat ada kat ofis
depa lebih banyak kerja luaq/kursus
tapi ada jugak yang ada sebelum hari audit
tapi depa memang banyak kerja...
tak kuasa kot depa nak kemas2 ni..

Kadang2 kemas2 sangat pun jadi masalah
semua nak sisih...susun.. sapu..
langsung hilang benda2 yang kita perlu

Makchaq pun kadang2 lagu tu jugak
sisih2, susun2, sapu2 langsung tak jumpa...
kalau salah letak/susun tak pa lagi
kalau ter 'shred' memang naya la...
la ni pulak nak buang dokumen semua kena shred
jenuh la  nak menjawab.....

27 comments:

  1. penah gi course psl 5S ni..insaf kejap je pastu sepah balik meja tu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama le dengan kami yg amal 5S ni, meja sepah jugak bila dah mula buat kerja.. masa audit tip top la.. he h

      Delete
  2. mak sy sibuk ngn 5S ni. orang kuat 5 S

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti mak Afaz merana sebab jadi orang kuat 5S..
      Nak suruh orang berkemas fuh... pitam...

      Delete
  3. dah berpuluh tahun tinggalkan dunia 9-5, hapa pun tak reti la ni...hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang busnes memang sangat sesuai 5S ni.. kalau nak consultant makchaq boleh.... caj minimum jek... he he

      Delete
  4. he he kdg2 5s ni pun bikin susah je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun... 2,3 hari tak buat kerja hakiki.. dok pebetui utk audit..

      Delete
  5. Ish...5S? Klu 5S org cha ya nun alif, lagi skt ati Makchaq. Heee~ Sbb yg disusahkan bkn org depa. Huuuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke? kat tempat makchaq depa minority..tak tau la kalau depa yang pegang..

      Delete
  6. Kadang2 bila terlampau kemas, tak jumpa barang yg penting...itu selalu terjadi pada saya..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun macam tu MP.. directory telefon pun entah susun tang mana.. dah la kerja makchaq ada masa kena telefon ja sepanjang hari..tak dak directory memang seksa la..

      Delete
  7. Meja saya pun bersepah jugak tapi sepahnya saya tau nak cari barang yg saya nak tu terselit celah mana. Tapi bila dah kemaih..aiseh..tak jumpa la pulak..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita... w/pun bersepah tapi tau kat mana nak cari.. bila kemas langsung tak jumpa..

      Delete
  8. selamat beraudit-auditan.. apa kebenda 5stu yerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega dah selesai... 5S Sisih Susun Sapu Seragam Sentiasa Amal.. dari Jepun asalnya..
      Masa sisih susun & sapu tu la selalunya tersusun dokumen2 penting sampai tak boleh nak cari...

      Delete
  9. Mak Chaq...samalah kalau kat rumah...kemas sisih...sapu...pastu cari barang yang nak guna dah takde...tak ingat dimana letaknya...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he betui kak Anie.. makchaq pun sama.. kadang2 mengamuk sendiri... padahal sendiri yang salah..

      Delete
  10. Salam makchaq,

    Susah kemas bilik org ni, sebabnya nanti dia tak jumpa barang/dokumen dia, haru kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak Ani

      Memang susah kemas barang orang.. kalau barang pakchaq pun bila makchaq kemas mesti dia marah, pasai makchaq tak ingat letak kat mana.. he he

      Delete
  11. IM bukan boleh dengar perkataan audit ni. boleh luruh jantung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang IM..

      Tapi 5S ni kami tak buat pensijilan ok la sikit. Masa ISO dulu memang tension bila time audit...

      Makchaq pun auditor ISO jugak.. jadi auditor pun tension tau IM, terasa macam orang tak suka kita..

      Delete
  12. Sykt kakak tak ada 5S ini makchaq. Kerja-kerja-kemas-kemas semua atas inisiatif sendiri.

    Salah sredding tanggun sendirlah jawabnya kan.. Sekarang dah banyak simpan dlm sistem aje kan makchaq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun bukan buat pensijilan, cuma big bos nak amalkan.. tapi persediaan tu macam pensijilan la jugak sebab bagi markah..

      Memang sekarang semua dokumen dlm system, tapi kami masih banyak guna dokumen hardcopy i.e Notis, Representation etc.

      Delete
  13. itulah makchaq.. kalau terbuang kes naya jadinya.. tapi sekurang2nya amalan 5S tu dapat menjimatkan ruang yang ada dan takdelah semak sangat kan.. ;) (itupun kalau ruang tu banyak dokumenler..)

    ReplyDelete