Pagi tadi makchaq sms kakcik seroja,
nak tanya pukul berapa kakcik nak ke rumah Dato' LF
Kakcik balas 'pagi..' tapi ayat last dia...
'minggu depan tau bukan minggu ni he he..'
Senyum sorang makchaq, dua minggu lepas dah silap
pi rumah aizamia awai seminggu.. kalau silap lagi memang parah...
tapi makchaq ni memang kadang2 entah apa2....SENGAL...
Ada sekali (1990) makchaq ngan kawan kena kerja kat Melaka
selesai kerja dlm pukul 10, kami singgah makan kat nilai
masuk kedai nampak lauk pauk baru masak.. fresh2..style cina, makchaq suka..
tukang masak tengah dok menggoreng, minyak jernih penuh sebelanga style cina..
terus ambik pinggan, ambik nasik campoq..
tengah lapaq ambik lauk penoh pinggan
bila nak bayaq...
'eeerrrr you cina ke?'
'ya lor.. saya cina..'
'errr tak jadi makan la.. kami tak boleh makan sini..'
'apa pasal tak boleh makan.. sudah ambik ma...'
'eeerr tak pa saya bayar.. mintak maaf..kami tak boleh makan sini.."'
Mengamuk jugak la Cina tu.. sebab kami 1st customer dia
walaupun bayaq tapi cina kata sui la...(tak ong)
dah ambik tak mau pulak..
Kami teruih keluaq tengok sign board
terang2 kedai cina...aduh.. macam mana la tak perasan...
Jalan ke kedai melayu kat sebelah sambil tergelak2..
tengok lauk..macam lauk melayu la.. kari, masak lemak..sayuq overcooked..
makchaq cerita kat budak2 lelaki pekerja kat kedai tu..
rupanya depa pun nampak kesengalan kami
kata depa...
'tu la kami pun heran.. kakak2 ni, pakai tudung, tapi makan kat kedai cina...'
Masa makchaq baru transfer ke KK (1984)
ada orang bagi 2 tiket dinner majlis perpisahan
bersusah payah la makchaq dengan seorang kawan naik bas malam2
Sampai kat gate, nampak orang dah mula makan
berlari la kami takut terlambat
dengan payung tersangkut kat lengan teruih masuk dewan
bagi salam kat orang2 tepi pintu, teruih ambik makanan
kerusi penuh.. bawak pinggan keluaq dewan..
tengok ada kerusi dok tersusun bawah tangga.. boleh la...makan la kat situ..
Sebab penat berlari, berpeluh2, dua tiga kali ambik minuman
sampai penjaga ayaq pun heran siap bertanya..
penat, berpeluh2 jalan jauh.. tu la haus.. kami kata
Datang sorang lelaki duduk kat sebelah kami..
'kenapa bawak payung?..' apa punya soalan da..
'takut hujan...'
'takut hujan?, tinggal mana?'
'Penampang....' berkerut dahi sipenanya..lepas tu dia pun bangun
Selesai jamu selera semua dijemput masuk dewan
teruknya pentas... dengan back drop tak bertukar.... setting lebih kurang
macam majlis sekolah..
Tiba2 teringat tiket dinner yg ada cabutan bertuah
terus la tanya kat mana nak bagi tiket untuk cabutan bertuah tu..
Bila tunjuk tiket, depa tunjuk pentas....
Ooooo la mak ai....rupanya ni....
MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PENUTUP
KURSUS GURU-GURU TADIKA KEMAS
Tiket makchaq untuk
MAJLIS PERPISAHAN BENDAHARI NEGERI
DATO' K.G PATEL
buat kat kompleks yg sama, tapi kat auditorium
Malu tak tau nak cakap.... terus kami keluaq jumpa pengerusi majlis minta sampaikan, kami minta maaf
kami dah tersalah makan...
Macam mana boleh tak perasan....
1. Dinner kul 8.30 mlm, kami sampai 7.30 orang dah makan..
2. Makanan ala2 dinning hall saja, hidang pun dalam pinggan melamine biru tu..(memang makan dlm dinning hall pun, atas tu hostel depa, tu yg orang terkejut bila bawak payung takut hujan, depa dok hostel atas dinning hall tu.. mana nak kena hujan)
3. Ada dalam 30 org saja dok makan, kebanyakkannya pompuan dan 4 org kot lelaki mungkin facilitator/ pengerusi/pegawai. (kerusi pun orang bubuh cukup2 untuk perserta kursus saja, sampai kami kena makan bawah tangga. Tiket kami dua2 no. 200 lebih, patutnya ada at least 250 org la kan.....yang paling out tu... tak terfikir pulak Dato' yg nak bersara tu mana?)
4. Org pandang2, bisik2 kehairanan kami boleh ingat depa tengok2 sebab kami mai lambat..(depa mesti la heran, dua minggu dok kursus sama2 tak pernah nampak pun kami, tau2 mai menerpa terus makan.... sampai abang dinning hall yang jaga ayaq pun tanya macam2.. malunya......)
5. Dah tengok back drop pun boleh ingat orang tak tukaq back drop lama..punya sengal kan...(punya tinggi pangkat Dato' tu, tak kan la back drop boleh tak tukaq)
Lepas tu kami pi jugak la majlis yang betui tu..
baru la grand.. ada door gift.. dapat bunga.. makanan dari hotel siap waiter..
tapi dah kenyang makan nasik putih, daging masak kicap, kacang buncis goreng dan tembikai
makanan sedap pun dah tak boleh makan.. tambah pulak dok tergelak2 tak boleh berhenti
Makchaq tulis ni teringat kat Tuan
al-lavendari,
ada makchaq tengok gambaq lama dia dalam majlis macam ni..
masa tu tengah kenen2 makngahnya....
(Tuan Al-Lavendari- bila tengok gambaq pencuri hati kat blog tuan makchaq memang teringat kisah makchaq salah makan ni..)
Assalamualaikum Makchaq.
ReplyDeleteMujoq kakcik dah Solat Subuh sebelum baca catatan Makchaq ni. Kalau tidak mahu baca Fatihah pun tak berapa nak betoi sebab geli perut. Maaf Makchaq naaaaa.. ;-)
Kelakar betul cerita makchaq ni, buat kak Zai tergelak.
DeleteKak Zai pun pernah tersilap pergi kenduri kahwin sebab ada 2 ditempat yang sama tapi belum sempat makan perasan tetamunya tak ada yang kenal.
Kakcik,
DeleteTak pe.. makchaq pun bila ingat rasa geli hati jugak.. masa kejadian memang malu ya amat..
Kak Zai
Untung la kak Zai perasan awal..kalau tak mesti 2 kali makan kenduri...
assalam mak chaq..nasib baik kak cik bagi ingat..kot tak mau mak chaq datang beraya rumah dato' mingu ni he he
ReplyDeletegelak sorang acik pepagi ni
A'assalam Acik..
Deleterumah Dato' makchaq ingat.. sebab lepas raya.. lagi pun paginya tu makchaq ada program jalan kaki pink ribbon.
Apa2 pun time kasih kat kakcik yg takut machaq silap lagi..
Hahaha.... memang ketawa besarlah kakak makchaq nie tau. Boleh kawan-kawan makchaq pun sama satu hati, sepusat sepusing buat sama-sama tersilap.
ReplyDeleteKakak silap makan kat rumah org kahwin adalah sebab kat S'pore rata-rata majlis buat di bawah flat mereka tinggal tu yg tersilap.
Tu la kakzakie.. kalau nak silap ada dua orang pun silap jugak.. sign board sebesaq alam pun tak nampak..., yang pelik pun tak perasan..
Deletetapi nasib baik ada kawan.. kalau sensorang lagi malu...
Hahaha.. Kakya sambung gelak KakZakie ..
ReplyDeleteHehe.. Makchaq! Makchaq!
Makchaq selalu tak perasan/salah tengok..kalau dapat partner lebih kurang memang out..
DeleteAssalamualaikum makchaq..
ReplyDeleteKali pertama singgah disini..
Dari blog kakchiq jugek le..:)
Baca entry yang ni saya rasa makchaq ni sangat comel...:)
W'assalam RULZA
DeleteTerima kasih singgah.. Sekarang ni dah ok sikit.. dulu2 memang entah apa2
hahaha ..saya juga pernah kena sekali. pergi kenduri malam kat dewan rupanya dia orang buang siang ! lepas terkena tu, jarang dah buat silap. takut terkena kali ke dua.
ReplyDeleteterima kasih banyak2 kerana buat link kat blog saya. saya menghargainya.
Kalau tak ramai yg perasan silap kita maaf lagi la kan..
DeleteLa ni insyaAllah tak silap dah.. pi kenduri dengan pakchaq, dia teliti orangnya
Memang baca entri 30 tahun bersama tu mengingatkan makchaq kisah ni..
Hahahahaha..awat ni makchaq..aduhai..sampai dah termasuk kedai makan cina....sib baik bayaq dulu baru makan..kalau makan dulu baru bayaq..tu dia aihhh...haruuuuu.....
ReplyDeleteAlhamdulillah kan.. bila nampak tukang masak boleh fikir.. macam cina la dia ni.. masak pun style cina.. tu pun boleh tak sedaq kedai tu kedai cina...
Deletehehehe.. nasib baik sempat perasan akak kan..
ReplyDeletesempat minta maaf..
pastu masuk majlis yang lain pula..
best dapat makan dua kali :-)
nanti jgn buat lagi..hehehe :-)
Kami tak perasan.. sampai la depa tunjuk white board kat stage yg tulis Majlis depa, baru kami tersedaq...
DeleteHarap2 tak jadi dah la lain kali..
Salam. Mak Chaq, saya suka baca cerita2 mak chaq sebab telus & boleh saya bayangkan mcm mana keadaan Mak Chaq masa tu. Ini kes TERlah mak chaq...tidak disengajakan
ReplyDeleteMemang ter la ni.. tapi punya lamanya ter tu dekat sejam dok dalam majlis orang tak sedaq2.. bikin malu kan..
Deletehahahahah ..... saya tersenyum2 sorang ...dok bayang ..... org makan bawah tangga hahahahhahaha
ReplyDeleteTu la.. kerusi pun depa susun terbalik atas meja bawah tangga tu (macam masa balik sekolah tu), boleh pulak kami pi angkat bawak turun nak makan... tak sedaq lagi...
DeleteTangga tu tangga nak naik hostel dari dinning hall pulak tu... kelakar bila ingat2kan..
wakakakaka...asyik tersalah aja makchaq ni...pernah tak tersalah pergi majlis kawin? :)
ReplyDeleteMajlis kahwin insyaAllah tak pernah silap, sebab bila dah kahwin baru makchaq mula pi majlis kahwin dengan pakchaq. Pakchaq teliti tak macam makchaq..
Deletekunjung balas dan salam kenal.....
ReplyDeletekelakar lak baca n3 makchaq......hehehe....
Masa kejadian tu malu tak tau nak cakap.. lepas tu bila ingat balik.. memang kelakar la.. kadang2 terfikr macam mana agaknya perasaan peserta2 kursus tu bila kami masuk teruih makan..
Deletehahah.. tergelak sendiri bila baca ni..
ReplyDeletedari blog NUR
Makchaq pun bila ingat rasa nak tergelak..
DeleteAdoih sakit la perut saya gelak baca entri ni! :D
ReplyDeleteDinas ni kuat gelak la.. nanti masuk angin..
DeleteSaya kalau gelak tak masuk angin, yg dok masuk angin tu pasai tak gelak, orang dekat2 saya dok bagi saya naik angin, kehkeh!
DeleteIM pun kekakadang macam mak chaq juga. Ntah apa-apa....
ReplyDeleteIM faham la jugak sibok.. makchaq ni tak kalut apa pun silap.. selalu kena marah ngan pakchaq.
DeleteSalam MakChaq.
ReplyDeleteSaya nak jawab di sini ya?
MAKCHAQ ni kawan emakabah Afiq Aiman? EmakAbah Afiq tu abang ipar dan biras saya MakChaq. Kenduri Taman Mas tu adik ipar saya.
Ohhh tak tegur saya pun masa kenduri? Sampai hati....
MAK CHAQ:
ReplyDeleteAda kesilapan dalam komen saya sebelum ini. Saya silap AFIQ. Saya sangka AFIQ anak abang ipar saya (nama sama), rupanya AFIQ si pengantin lelaki. Aduhhh... maaf la MAKCHAQ.
AFIQ tu kiranya anak buah saya la sekarang ni. Wife dia tu anak buah suami saya. Kira sedara dah tu.
Ya.. saya ler tu yang soh anak saya (CHAK) bagi puding kat makcik tudung pink. Saya masih ingat...!
Ohh itu MAKCHAQ rupanya. Kalu lah kita kenal lebih awal....
Ya ALLAH makchaq.....HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA..
ReplyDelete(takut nak cakap makchaq sengal nanti tak sopan plakk :P hehehehhe)
Eh, makchaq pernah pegi Sabah?
Memang silap yg sangat sengal kan...
DeleteMakchaq lepas report duty kena hantar ke sabah
hahaha.. tergelak ai baca entry ni..
ReplyDeletepsstt: makchaq jangan silap tarikh lagi no.. hikhikhik..
Tak salah tarikh, salah tempat pulak.. asyik silap je.. macam kata DaddyZiyyad
Deletehehehe...makchaq ni kalau buat entri tak bagi kami gelak guling2 memang tak sah....macam2 hea...hehe
ReplyDeleteNak ceritanya pasai silap dan termalu.. tapi jadi lawak pulak kan...
Deletetak reti tulih la tu..lari tajuk... cikgu2 yg ada kat sini mesti marah kan Dinas, Noor?
bab yang termasuk kedai cina ....cemana boleh tak perasan mak chaq??? hahaha!
ReplyDeleteTu yang heran tu... terbentang sign board kedai cina tu... kawan makchaq tu pun tak perasan..
Deletedah tengok cina tu dok masak boleh pulak fikir.. macam cina la dia ni... masak pun style cina..
padahal orang tu bukan macam cina.. memang cina...
Makchaq...makchaq....aihh tak tau nk kata apaaa...gelak ja lah...adoii sakit perut duk gelak2....:-D
ReplyDeleteMasa kejadian tu malu sangat.. tapi la ni nak tergelak bila ingat..
DeleteSalam kenai Makchaq.
ReplyDeleteBab makan asyik tersalah je no.
Kuat makan sangat kot.. tu pasai selalu jadi lagu tu..
Deletekwang kwang kwang...seb baik perasan gak toke tu cina no..
ReplyDeletemakchaq kena cari setiausaha sorang la, jangan dok jadi lagi kes macam ni..hehe
Tak layak la pulak nak pakai setiausaha.... he he
Deletemakchaq nanti kita jumpa lagi ye..
ReplyDeleteinsyaAllah sebelum Amir kembali meneruskan pengajian.. ;)
Boleh2.. sebelum raya haji la.. raya haji balim kampung
DeleteSalam Makchaq,
ReplyDeleteYang lain tu boleh tahanlah. Tapi masuk kedai Cina tu, Allah sayangkan Makchaq dan kawan Makchaq tu. Jadi Makchaq tak termakan nasi Cina tu.
Tu la syukur kak Ani.. nampak tukang masak cina pun tak perasan lagi.. nasib baik depa tak ambik pekerja indon jaga kaunter bayaq..
DeleteAs-salam makchaq
ReplyDeleteDok sengai-sengai tu pa dia la sebabnya, makchaq? Bulih tau punca baguih jugak jadikan panduan. Tapi sebenaknya, kot dah nak tesilap, buat camna pun dok tesilap jugak, kan? Tak pa lah, asei jangan mudarat badan , mudarat pikiran.
Dulu masa muda2 memang selalu buat silap yg sengai2 sampai selalu kena marah ngan pakchaq. La ni silap sengai2 tu jarang dah.. selalu sengai tulang pulak...
Deleteadoi la hai...lawak la mak chaq...serius lawak...
ReplyDeletepaling tak menahan nyaris nak mkn kat kedai cina...kehkeh...
Kalau Indon yg jaga kaunter bayaq, sah2 la makchaq makan...
Deleteburp.... alhamdulillah
keluaq kedai baru nampak signboard kedai cina tu...
macam mana ni makchaq. sakit perut saya gelak sorang2
ReplyDeleteNak kata rabun, dah pakai spek.. tapi tak tau pasaipa selalu jadi lagu tu..
Deletehahaha.. kes blur juga ni
ReplyDeletekdg2 sy pun camni
Blur sangat kan...dah la sampai 2 3 kali jadi..
Deletesalam makchaq ;)
ReplyDeletenanti pergi juga ke rumah dato LF?
hihi...nasib baik la sy tak pnh jd kes mcm ni.tp syok jgk..bleh teringat smpai ke tua...ekekekeke
W'assalam Mun
DeleteInsyaAllah pegi.. tapi makchaq tak pernah jumpa sapa pun lagi.. malu jugak la..
Mesti teringat..walaupun tergelak tapi malu sendiri jugak la...
KA paling sensitif bab2 makn2 ni
ReplyDeleteHehe...kelakarlah makchaq ni...
ReplyDeletekenagan terindah nih...:)
ReplyDeleteaduhai... sya minggu ni lagi pulak hari rabu sya ingatkan dah khamis aduhai sesekali terjem kepala otak nih ;p
ReplyDeletepsstt: tak sabar nak tunggu makchaq update perjumpaan gathering glamor raya.. ;)
ReplyDeleteSy x leh komen ah, mak chaq.. Adeh.. Deh ( ngah geli usus )
ReplyDelete