Friday, April 20, 2012

Mintak Maaf

Masa makchaq buat blog
niat untuk diri sendiri saja
tak mau bagi sapa baca
walaupun tak dak apa rahsia

Makchaq pulak jadi silent reader
dah bertahun
lama-lama rasa bersalah
dok menyorok-yorok dok intai orang

tu yang baru ni makchaq mula tinggaikan jejak
jadi pemilik dpt tau makchaq dok baca
sebab makchaq memang suka baca
dan biasaya makchaq akan baca dari mula
dari entri pertama

Jadi kepada semua yang  nampak komen makchaq
makchaq menyusun jari sepuluh
MINTAK MAAF banyak-banyak
makchaq dah baca lama dah..
tapi baru la ni nak habaq
makchaq dok baca...

9 comments:

  1. Salam kenal jugak untuk pB

    Sebenaqnya makchaq memang silent reader blog pB, maaf ye dok mengintai balik dinding selama ni..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal... larrr... awat makchaq main sorok2... kita tak tau sapa yang intai kita kecuali ada tinggal jejak...terima kasih sebab singgah blog akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azam baru makchaq, tak mau intai sambil menyorok dah...
      Tapi bila seronok dok baca lupa nak tulis...

      Delete
  3. Salam erkenalan Mak Chaq ..

    Saya dulu pun mcm tu juga ...
    lepas tu sikit2 ..... mula la kelepiaq buat sendiri...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana makchaq sudi juga intai2 blog kakcik yang entahapaapa tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kakcik, lama dah makchaq dok baca, makchaq suka sebab kakcik rajin update

      Delete
  5. entry ni 3 hari sebelum dak Nuha menjengah dunia.. ;)

    ReplyDelete