Thursday, April 23, 2015

PAKCHAQ DAH PINDAH..

Pakchaq dah pindah kerja KL awai tahun hari tu
tapi pasai ada lagi kerja yang tak dan habih di Kedah
kena la pulak  berulang pi sana hujung minggu

Rasanya semenjak pakchaq pindah sini..
makin jarang pulak kami dapat santai-santai sekeluarga....
dulu bila hujung minggu pakchaq balik sini
kami makan/outing sama-sama
la ni dah hujung minggu pakchaq pi kedah
memang tak  dapat la nak santai2 sekeluarga..
hari keja memang dah tak dan..
masing2 balik malam..

Tu la kita ni.. setakat merancang
memohon pada Allah
apa yang kita ingat baik untuk kita..
bila dah dapat..
ada kalanya benda tu tak la sebaik yang kita jangkakan..
sebab kita ni sebenaqnya tak tau apa..
hanya Allah yang maha mengetahui

Apapun Alhamdulillah makchaq bersyukur sangat
kami dah kumpul sekeluarga
tak payah la pakchaq dok sorang-sorang
makan minum kena urus sendiri
Nafisah pun happy abah selalu ada...
lagipun berulang Kedah tu sementara ja
selesai kerja tak payah pi dah la..

32 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Yup.. kekadang apa yang kita nak, DIA bagi tapi bukan secara direct, masih ada ujian dariNYA..
    Apa-apapun moga makchaq sekeluarga gembira dan sihat dalam menjalani rutin harian..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...dapat kumpul sekeluarga semula.

    Kak zai pernah nengalami seperti makchak berpisah atas urusan kerja. Alhamdulillah hanya sementara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa lega sekarang.. kalau x kesian kat pakchaq dok sorang2..

      Delete
  3. Alhamdulillah perancangan Allah terbaik.yg penting mak chaq dan anak2 dah dekat dengan pakchaq.selesai urusan nanti bolehlah santai2 satu famili

    ReplyDelete
  4. Betul...kan Mak Chaq... Saya pun sama. Walau dah sebumbung, nak masak seminggu sekali pun x dan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. bila masing-masing balik malam, memang tak dan la nak masak memasak....

      Delete
  5. Alhamdulillah
    Pakchaq berulang hanya sementara kerja belum selesai. Dah selesai, boleh beriadah hujung minggu sama2....
    Pendekkata..
    Pak chaq dah ada depan mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui Rahmah.. dah depan mata seronok la sikit..
      Harap2 lepas raya ni dah tak payah la berulang pi kedah....

      Delete
  6. Assalamualaikum Mak Chaq,

    betui apa yang mak Chaq habaq.
    Allah lebih tau apa yang elok untuk hambaNya...

    Tak semestinya apa yang kita nak , tu elok ....
    Tapi dok mintak mintak ...
    Bila tuhan dan bagi , baru tau ....


    Ini saya cakap berdasarkan pengalaman saya ...
    hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia lah pB.. kita ni minta ikut akal dan fikiran kita.. sebenaqnya yang Allah bagi tu yg terbaik untuk kita..

      Delete
  7. perancanganNYA adalah yg terbaik utk kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui Kam..
      Kam pun la ni Cik abang jauh jugak kan..

      Delete
  8. perancanganNYa terbaik utk kita ,tapi kita yg tak tahu hikmah disebaliknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui Cikgu..

      Hanya Allah yang maha mengetahui..

      Delete
  9. makchaq...seronoknya..
    suami saya apply balik kedah..permohonan diluluskan dengan bersyarat. iaitu ada pengganti..huhu...
    puasa ni kalau belum pindah lagi..kesianlah dia dok Ipoh sorang2..huhu
    saya dah merasa cuti hujung minggu tak sama ni, payah nak rancang cuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada rezeki dapat la kan... Hari tu macam perasan Anim dapat pindah Ipoh.. Tak jadi ke?

      Delete
  10. Tapi pada kakaklah makchaq ini lebih baik walau hari minggu pakchaq naik ke utara tapi hari lain-lain ada depan mata walau jumpa pun malam. At least Nafisa celik mata bangun pagi nampak buah hati dia. Makchaq pun tidur adalah teman di sebelah kan...kan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. paling seronok Nafisah la...
      Baru ni pakchaq pi kerja lambat ada seminar.. terus suruh abah hantar pi sekolah... happy sangat... melompat2 nak pi sekolah..

      Delete
  11. salam singgah makchaq, dah lama follow sini, baru hari ni berani sembang, sama lah kita orang kedah, tapi kaknoor dok kt brunei, syok jugak jumpa dan sembang dgn orang satu negeri ni noooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mai singgah & tinggai komen.. nanti makchaq pi jenguk rumah Noor, Tak pernah pi lagi rasanya..

      Delete
  12. ibu_suri lagi la hepi sejak saya dah tak pergi kerja awai pagi dan balik lewat petang.

    walaupun tak kerja tapi minyak kegheta saya habih lagu dulu la jugak... kena bawak dia pi jalan-jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti libu_suri hepi...lama sangat dah dia dok sorang2 kat rumah...bosan dok sorang sepanjang hari..

      Minyak habih mengembirakan hati isteri dapat pahala IM....

      Delete
  13. Alhamdulillah makchaq. Pelan2 la tera nak ejas masa balik...

    ReplyDelete
  14. Senang bila dapat berkumpul satu keluarga bawah satu bumbung. Kalau seorang di sini, seorang di sana, memang susah sikit rasanya. Tapi betul juga Makchaq, kita ni rasa aje begitu padahal bila apa yang kita mahukan tercapai hajatnya, tidaklah juga kita terasa senang sebenarnya.

    Nanti bila Pakchaq tak perlu pergi Kedah lagi, mungkin rutin tu bolehlah tune elok-elok semula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni macam tu la.. suka ikut hati dan perasaan kan..

      Lepas raya insyaAllah lega sikit kot..

      Delete
  15. Hmmm..kisah makchaq & pakchaq ni benar2 membuka mata saya...betul tu, yg kita mintak sangat( ingat terbaik buat kita), boleh jadi yg sebaliknya...apa apa pun, saya doakan moga cepat2 pakchaq abis urusan kerja nya di Kedah tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun kita tau perancangan Allah yang terbaik untuk kita.. tapi biasa la.. nak hat lain yang kononnya lagi baik..

      Delete
  16. takpe.. bila dah settle kat kedah tu insya allah boleh la nak spend masa hujung minggu ngan family.. kami ni pun la ni tak dan je nak masak utk anak-anak.. kesian depa asyik makan nasik bungkuih ja..

    ReplyDelete