Wednesday, January 29, 2014

SEMOGA YANG TINGGAI TABAH MENGHADAPI

Petang semalam lebihkurang pukui 6
makchaq terima sms suami sepupu makchaq meninggal
dapat berita jasad dah pun selamat dikebumikan
dalam kalut2 depa terlupa nak maklum kat makchaq
lepas solat maghrib makchaq dan anak2 bertolak ke Banting
sekadar ziarah orang2 yang ditinggalkan ja la..

Arwah meninggal sebaik selepas perlawanan badminton
arwah pengsan sebaik selepas perlawanan
kawan-kawan bawak ke hospital tapi masa sampai dah tak ada
serangan jantung..kata doktor la..

Menurut isterinya arwah memang selalu main badminton
isteri arwah baru dok cakap suruh main sikit2 sudah la..
"dah 5 orang kawan ayah meninggal lepas main badminton,
takut jadi kat ayah pulak.."
rupanya memang begitu jugak la tersurat ajal arwah..

Dalam 2 bulan ni dah 5 orang orang yang makchaq kenai kehilangan pasangan
mula2 kakak ipar kawan makchaq
suaminya meninggal lepas depa balik makan malam meraikan hari jadi arwahnya
lepas balik badan arwah tumbuh rashes, pi KPJ dengan anak sulung
isteri tak ikut sebab tidurkan anak bongsu..
tak sampai sejam rasanya dah tak ada..tekanan darah naik mendadak...

Lepas tu kawan sekerja makchaq
suaminya kurang sihat.. dah pi klinik..
malam tu tengok bola sama-sama
tidur pun depan tv ja...
esoknya masa nak kejut pi kerja dah tak ada..
kesian sangat kawan makchaq ni.. anak yg sulung baru 12 tahun
sampai sekarang masih tak dapat menerima.. asyik menangis ja...
dia kata rasa bersalah sebab tak jaga arwah betui2..

Minggu lepas hari Rabu
sorang pegawai IT kat office kami kehilangan suaminya
suami meninggal kanser
hari Khamis pulak pegawai  office makchaq
isterinya meninggal sebab pembuluh darah pecah darah beku kat otak

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali
masanya saja yang kita tak tau

Makchaq  hanya berdoa semoga roh arwah2 ditempatkan di kalangan orang beriman
dan mereka-mereka yang ditinggalkan tabah menghadapi dugaan..

55 comments:

  1. Al-Fatihah...semoga dipermudahkan urusan mereka.

    ReplyDelete
  2. bila kematian berlaku disekeliling kita,melibatkan org2 yg terdekat dgn kita..tearsa kematian begitu hampir dgn kita..

    ReplyDelete
  3. mudahnya mereka nak meninggal . ..tak sangka .semalam kita berjumpa hari ini dah tak ada ...alfatihah utk mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu la cikgu... bila sampai masa..

      Delete
  4. Al Fatihah untuk kesemuanya, dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali..
    sesungguhnya kematian itu amat dekat dengan kita, cuma kita saja jarang menyedarinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada kematian orang terdekat memang terasa insaf..

      Delete
  5. salam Mak Chaq

    ramai antara kita termasuk pB lah ...ingat mati hari hari
    tapi tak bersungguh sungguh dalam beribadah ....

    dok rasa macam mati tu lambat lagi nak dtg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila umuq macam makchaq memang rasa dah dah dekat... tapi tu la selalu jugak terleka..

      Delete
  6. Sungguh makchaq kita pun akan menyusul cuma tak tahu aje masanya bila. Moga roh semua mereka tergolong bersama mereka yg beriman.

    Sedih memang sedih tapi kena redha yg hidup pasti akan mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kak Zakie.. yang meninggal ni hanya suami sepupu yang lebih tua dari makchaq, yg lain semua lebih muda sangat2..

      Delete
  7. N3 saya pun duk cerita pasai kematian rakan sekerja jugak...semoga roh mereka ditempatkan dikalangan insan2 yg beriman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga roh mereka dicucuri rahmat..

      Delete
  8. Al fatihah .... untuk arwah2. kita entah macam mana pula kan mak chaq

    ReplyDelete
  9. Al fatihah... bila dikhabarkan berita begini, mulalah rasa bagai tak cukup persiapan diri bila tiba masanya nanti. Ajal maut datang bukan boleh ditahan-tahan bila sudah sampai masa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..makchaq pun rasa macam tu... tambah yang meninggal ni kebanyakkan jauh lebih muda dari makchaq..

      Delete
  10. Al - Fatihah
    Takut juga menghadapi saat itu.
    Sebab dah selesa bersama2 hadapi semua ranjau rumahtangga.
    Nak komen pun takut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun sama...rasa tak kuat nak hadapi....

      Delete
  11. al fatihah
    moga keluarga mereka tabah menghadapi..

    ReplyDelete
  12. assalam,

    salam takziah untuk keluarga arwah...

    ReplyDelete
  13. Salam takziah... Al-fatihah utk arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bagi pihak depa.. amin..

      Delete
  14. saya sendiri pun sentiasa ingat kita dan pasangan tak dapat bersama selama-lamanya..
    tambah2 bila berjauhan kan makchaq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la Anim... jauh2 ni bila telefon tak berjawab rasa risau sangat..

      Delete
  15. Tu la datang dan pergi ketentuan NYA semoga kita tak lalai

    ReplyDelete
  16. moga menjadi iktibar kepada kitakan... mati itu pasti.. Al-fatihah untuk mereka yang pergi mengadap Illahi... kepada yang masih bernafas dimuka bumi ini haruslah menjaga diri dan teruskan beribadah hanya padaNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masanya bagaimana ja yang kita tak tu kan..

      Delete
  17. Al-Fatihah buat yang telah pergi.

    ReplyDelete
  18. Al-Fatihah buat semua yang telah pergi..

    ReplyDelete
  19. Al fatihah moga roh mereka dicucuri rahmst..memang lumrah yang hidup pasti akan mati .saya baru sajer kehilangan msk mertua dia pergi dengan mudah dan tenang...kami redha...

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Al fatihah & salam takziah untuk keluarga arwah

    ReplyDelete
  22. singgah jgk balas kunjungan mak chaq yer

    ReplyDelete
  23. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
    Sungguh mati itu pasti..
    bila rakan terdekat pergi meninggalkan kita, memang terasa sayu sangat, hati pun rasa kecut juga, memikirkan kita pun akan menyusul, tapi bekalan tak seberapa.
    Al fatihah buat saudara dan rakan Makchaq yang telah kembali ke rahmatullah.
    ps: makchaq ada email ummi ke, atau ummi silap orang :).

    ReplyDelete
  24. Moga mereka kuat dan tabah dgn ujian dariNYA itu.
    Al-Fatihah buat mereka semua..

    ReplyDelete
  25. Innalillahiwainnailaihirojiun , al-fatihah

    ReplyDelete
  26. innalillahi wainnailaihirojiun.... sedihnya baca makchaq... husband saya pun tengah demam tu... nak bawa dia pi klinik la... tiba2 risau pulak!

    ReplyDelete
  27. betulmakchaqkita hanya mampu mendoakan mereka yg telah pergi tenang disana,yg tinggai dipermudahkan kehidupan mereka

    ReplyDelete