Saturday, August 4, 2012

GENERASI SEKARANG LEBIH BERUNTUNG

Generasi sekarang lebih beruntung
tak macam zaman makchaq kecik2 dulu
tapi, ini cerita makchaq, cerita orang lain makchaq tak tau la
mungkin orang lain yg sebaya makchaq tak alami apa yang makchaq alami
mungkin orang lain lebih beruntung dari makchaq

La ni budak kecik2 dah diajar dan ada kesedaran agama
ada sekolah agama dan sekolah kafa,  kat sekolah pun dari kecik pelajaran agama ditekankan
kecik2 dah diajaq solat, kat rumah pun semua orang solat.. 3 tahun dah mula nak solat
belajaq mengaji dengan tajwid sekali
5 tahun pun dah diajaq posa dan dah ada yg posa penuh

Masa makchaq dulu, kami tak sekolah agama
tapi makchaq ingat ustaz makchaq Ustaz Saidin ajaq kami solat masa darjah 6
masa tu baru belajaq macam mana nak takbir, qiam,  ruku' dan  sujud..

Alhamdulillah tok makchaq ajaq makchaq solat dari kecik (tak sekolah lagi)
mula2 dia suruh makchaq ikut abang makchaq solat
ikut perbuatan saja, baca tak ajaq apa pun..
tapi pasai makchaq pandai lebih,  makchaq pun baca la.. ikut abang makchaq
makchaq mula2 baca Bismilah..lepas tu...pst..psst.. pst.. ikut bunyi yg abang makchaq buat
lepas tu makchaq dengaq bunyi ssstt..hamidah...lepas tu pst..psst.. su.. su

Ooo baru makchaq tau.. rupanya solat kena  baca orang tua2..(sebab dulu orang tua2 saja yg solat, tu pun bukan semua -kat kampung makchaq la, kat tempat lain mungkin orang solat...)
jadi baca la makchaq segala nama orang tua2 masa solat..
tok lang midah, tok su limah, tok soyah, tok ngah leha, tok cik ah..dan macam2 tok lagi.... asal bunyi psst..psst... su.. su..
bila tok tanya "hang baca apa?" makchaq pun habaq dengan bangga....rupanya salah..
teruih tok ajaq baca yg betui..
walaupun makchaq dah pandai solat sebelum sekolah tapi selalunya solat magrib saja..
sampai tingkatan 1 baru solat penuh.. tapi ada jugak kawan2 makchaq tak pernah dan tak tau solat masa tu
sedih kan..

Posa pun darjah 4 rasanya baru makchaq posa penuh.. sebelum tu suka hati saja
masa posa pi mandi sungai, sambil menyelam minum... balik segaq.. kena marah..
tapi esok buat lagi..

Masa tingkatan 2 makchaq baru tau pasai aurat
makchaq pakai tudung.. .kena marah dengan cikgu dan guru besaq,
balik rumah kena marah jugak, semua kata "tak payah nak masuk dakwah"
sampai jadi isu dengan saudara mara..
maklum la masa tu ustazah dan  budak sekolah agama pun pakai tudung nampak jambui..
tapi makchaq jenih ketegaq.. buat tak tau..  tok makchaq  saja yang sokong w/pun dia pakai selendang saja..

La ni  dah berubah.. wajib dan haram dah diajaq dari kecik
kesedaran agama dah makin tinggi
beruntung generasi baru ni..

Tapi makchaq bersyukur arwah mak dan abah makchaq berubah lama sebelum depa dijemput pulang
dari orang yg lalai jadi orang tetap dalam beribadat, arwah abah dari orang leka jadi orang yg tidak tinggal berjemaah di masjid
Mak, abah dan tok juga sempat menjadi tetamu Allah, Alhamdulillah..

Doa makchaq semoga dosa2 mereka diampunkan dan roh mereka dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman

Dan semoga dosa2 kita juga diampunkan...

43 comments:

  1. Aisehmen Makchaq, kita sama la, saya pun darjah 4 baru betoi2 puasa penuh, kehkeh! Darjah 1 arwah bapak dah hantaq saya pi kelas mengaji tapi darjah 3 baru pi kelas agama. Asing2 la pulak kelasnya masa tu.

    Al-Fatihah buat arwah tok, abah dan mak Makchaq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kita dulu2 kan.. agama ni tak ditekankan sangat.. tok pernah hantaw makchaq pi mengaji kat kawan dia, tapi makchaq selalu tuang, last2 kena mengaji dengan tok.. saghi 2 kali.. sat saja habih..

      Delete
  2. makchaq, zaman dolu2 kalau psl agama je, mesti org kata 'dakwah'. syukur alhamdulillah zaman skrg dari kecik lg anak2 dah expose psl agama kan tp dugaan zaman skrg ni jugak dah berlainan dr zaman dulu, betul tak makchaq?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui KakNi.. kalau dugaan macam la teruk kot makchaq.. dah la tak dak asas.. family pun lebih kurang..
      Nak tutup aurat pun punya la susah, kena marah dengan mak dan pak penakan..

      Delete
  3. salam makchaq...zaman acik dulu pun takdak sekolah agama petang.tapi ada satu sekolah agama untuk anak2 yatim..masa tu..acik tak dapat pi sekolah tu..sebab acik b ukan anak yatim..tapi..alhamdulillah..nenek yang ajaq mengaji tu ajar acik semayang..siap tidur disurau lagi..dia nak perati tengok acik solat tiap waktu tu betui ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq dari kecik mengaji dengan tok, darjah 3 tok hantaq mengaji dengan kawan dia, makchaq tak suka sebab ramai sangat, jadi selalu tuang.. nakai betui..

      Delete
  4. Sama zaman kita nampaknya. CkLah masa sekolah rendah, baju kurung sekolah pun tak ada. Skirt memanjang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun sekolah rendah x dak baju kurung, sekolah menengah ada 1 untuk hari Jumaat, masa mula pakai tudung pakai 1 tu la saja, basuh hari2..

      Delete
  5. yer..zaman sekarang jauh berbeza...sangat beruntung..tapi dari segi sahsiah...jauh merudum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang sedih.. terlalu terbuka dunia sekarang ni.. budak2 pulak memang senang terpengaruh..

      Tapi kalau asas betul2 kukuh dan sentiasa diterap dan dipantau ibu/bapa rasanya insyaAllah

      Delete
  6. Makchaq lebih beruntung dari kak Zai sebab tak pernah belajar agama masa sekolah. Dulu kak Zai sekolah orang putih jadi tak ada kelas agama.

    Nasib baik ada jiran yang ajar mengaji, solat. Tentang aurat agak terbabas dah ada anak2 baru jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur la kita dah berubah ke arah yang lebih baik kakZai, kalau tidak lagi rugi la kita kan...

      Sama2 kita doa semoga kita menjadi insan yang lebih cemerlang di hari2 mendatang insyaAllah

      Delete
  7. Salam Makchaq,

    Al Fatihah untuk arwak mak, abah serta yok Makchaq.

    Betul tu budak sekarang kecik2 dah sholat. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Kak Ani

      Semoga asas yang kukuh tu dapat membantu depa mengharungi hidup yang makin mencabar..

      Delete
  8. Kalau di Johor memang dari dulu dah ada sekolah agama makchaq. Walau kakak org dulu-dulu juga tapi sebab dah ada sekolah agama jadi darjah satu (dulu kan sebut darjah kan makcahq tak macam sekarang tahun).. dah belajar puasa. Enam tahun memang tak adalah puasa lagi. Kakak ingat lagi. Tapi mungkin sebab bapak kakak imam dan guru mengaji so kami kecik-kecik dah mengaji cuma macam makchaq kata puasa masa mandi minum air. Tak kembung pulak tu kan hihi... kalau hujan sesaja nganga mulut bagi air hujan masuk mulut hahaha..

    Budak sekarang kena gerimis dah demam makchaq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun yang makchaq dengaq, kat Johor sekolah agama dia ok.. tempat makchaq memang menyedihkan,
      masa sekolah menengah makchaq pernah nak tumpang solat rumah kawan, tapi satu keluarga lupa kat mana depa letak telekong, sampai makchaq sembahyang pakai kain pelikat yang ikat kat kepala tu..

      Padan la kakZakie pandai mengaji, sampai boleh mengajar. Makchaq sekadar ajaq anak sendiri saja..tu pun tajwid kena berharap kat pakchaq dan Amir - dulu makchaq ajaq dia, la dia pulak ajaq makchaq..

      Delete
  9. betul tu, dulu2 dan skarang sgt2 berbeza anak dara dari sek rendah x pernah tanggal2 tudung, but serius KA dah umur 30an baru seru bertudung tu dtg!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kita tersedar kan..

      Pakchaq yg sekolah agama (terkenal la jugak sekolahnya) tapi gambaq kelas depa masa tingkatan 3, semua masih berseluar pendek

      Delete
  10. kelakar part baca pssst psst tu...ekekek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la dulu2..

      sekarang anak2 Wahida yg kecik2 pun mesti dah pandai bacaan solat walaupun pelat2 kan..

      Delete
  11. salam makchaq sya sekolah rendah sessi ptng pg sekolah agama, tp seingat sya sekolah menengah baru sya pakai baju kurung san tudung sekolah
    anak anak sya cuba berikan yg terbaik..tsk mahu mereka ketinggalan dunia dan di akhirat insya'allah dan pastinya semua ibubapa inginkan yg terbaik untuk anak anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang semua ibu bapa nak kan ygtebaik untuk anak2 ..

      Delete
  12. tapi generasi sekarang rugi sebab tak merasa main kondang-kondi, aci nyorok, polis sentri, galah panjang dan bola beduk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui jugak IM, anak2 makchaq pun lebih execise jari la ni, tekan keypad dengan game controller...

      Delete
  13. betul tu makchaq, budak2 skrang lebih beruntung...saya mula ngaji Quran masa umur 5 tahun, tapi betul2 pndai solat masa darjah 6..Tu pun sbb ada ujian amali solat di sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la dulu kan, darjah 6 baru nakajaq solat.. La ni kat tadika dah ajaq..

      Delete
  14. Sama dgn saya makchaq..tak pi sekolah agama sbb tak der sekolah agama kat kg saya masa tu...hanya pi belajar mengaji di rumah tok sedara...la ni senang sangat dah...sekolah agama dah ada....tempat nak belajar agama dah banyak...dulu2 masa nak pi mengaji..tu dia kena bawa andang dari kelapa buat penyuluh jalan...berjalan kaki dok redah semak...hanya ada lorong tikus jer..kiri kanan semak rimbun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2 dengan kesenangan ni anak2 kita lebih kuat imannya..

      Delete
  15. erk..acu dulu posa penuh masa darjah 5
    tabik spring kat anak menakan acu
    umuq 5 tahun dah posa penuh dah..malu ai :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kagum kan tengok budak2 kecik la ni dah mula posa....

      Delete
  16. Hahaha. Memang betul mak chaq. Dulu2 kakak saya buat kecoh dalam rumah sebab dia pun pakai tudung masa tingkatan 2. Abah cakap, buat apa kecik2 nak masuk dakwah. Orang dulu2 memang berpesen betul terutamanya bab rambut. Kalau nak raya mak saya siap pegi salun lagi buat rambut. Jarang nampak yang pakai tudung nih. Tapi Alhamdulillah semua dah berubah.
    Tapi kan, mak chaq, walaupun bebudak sekarang ni dah diajar halal haram dari kecik, dosa dan jenayah yang diorang buat, mak oooiii tak beragak-agak. Sana sini buang anak, bunuh anak. Dasat sungguh. Tapi sesetengahnya lah. Bukan semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punyalah sekular keadaan dulu2 kan...

      Tapi tu la makin banyak ilmu makin kuat pulak dugaan nya.. Tu yg kalau tak betul2 kukuh agama boleh terjerumus tu.. Takutkan.. Semoga zuriat kita terpelihara iman dan akhlak mereka..

      Delete
  17. Generasi terbaru akan tetap beruntung... tak percaya tanya generasi mak ayah kita.... dia kata generasi kita yang beruntung....

    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu..dulu raja up up pun naik gajah sampai sakit pinggang.. La ni rakyat jelata pun ada yg dah boleh naik kapal terbang..

      Delete
  18. Amin..moga mereka ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

    Makchaq..makchaq...chek kalau mai sini mesti qenyeh tak brenti dok baca cerita makchaq. chek dulu sempat sekolah arab sebelah..dari darjah 4 sampai darjah 6. Alhamdulillah..dapat la jugak sikit2 ilmu agama, solat..bahasa arab..walaupun sebenaq nya main ja banyak..mengaji kuih sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat anak makchaq -Syuhada, masa tadika, kalau tanya "hari ni belajaq apa kat sekolah." mesri dia jawb
      belajaq tak tau, makan bihun dengan agaq2, esoknya pun sama
      Belajaq tak tau, makan nasik lemak dengan donut..
      Tak sampai 3 minggu dah berenti sekolah... pasai tak pernah tau belajaq apa..yg ingat kat sekolah makan apa..alhamdulillah la ni sampai jugak ke universiti..

      Delete
  19. dulu PM masa sekolah ada yg pakai tudung semasa kelas agama jer...

    ReplyDelete
  20. Mak Chaq hampir samalh ceritanya...

    ReplyDelete
  21. As-salam makchaq
    Insya-Allah generasi sekarang lebih terdedah kepada pelbagai kemudahan untuk menjadi lebih celik-agama. Yang mengajar agama sekarang ramai + berkelayakan. Teknologinya pun canggih + mudah guna. Sikap anak-anak (dan kita pun anak-anak kepada ibubapa kita) saja yang mungkin jadi pengekang kepada penghayatan + pengamalan suruhan Allah dan Nabi kita. Semoga kita semua mendapat rahmat + pengampunan Allah + dijauhkan dari api neraka-Nya.

    Selamat menyambut eidul fitr. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum makchaq...
    seronok saya membaca kisah2 yg mcm ni..ye..kisah dulu2.. perkongsian yg menarik..saya juga selalu bercerita ttg kisah zaman kecil saya.. mungkin saya lahir terkemudian sedikit daripada makchaq..mungkin.. tapi apa yg makchaq ceritakan hampir sama yg pernah saya lalui..memang kita agak terbelakang akan hal2 agama tetapi kita agak berdisiplin..mendengar kata.. dan, apa yg diajarkan kita mudah ikut berbanding kebanyakan sikap anak2 sekarang.. saya tetap berbangga kerana hidup pada zaman kesusahan dahulu menjadikan saya seorang yg 'tahu diri'..insyaallah..

    makchaq..
    t kasih kerana rajin menjenguk ke blog saya serta memberikan komen yg menarik utk dikongsi..saya dah masukkan nama blog ini pada bloglist saya..

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Makcahq..

    Terus terang, kakya singgah x baca n3.. Pasti cerita seperti Selalu yang menambat hati membacanya.

    Kakya nak ucapkan selamat menyambut aidilfitri yang bakal tiba x lama lagi.

    Maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  24. betul makchaq.. betapa beruntungnya anak-anak sekarang.. walaupun zaman dulu tak macam sekarang tapi bersyukur kita tak tergelincir dari landasanNYA..

    ReplyDelete
  25. generasi sekarang penuh keberuntungan....hanya kita perlu penuhkan dada mereka dengan ilmu tahu bersyukur

    ReplyDelete