Tuesday, August 28, 2012

HARAP MAAF MAKCHAQ TERLAMBAT UCAP SELAMAT HARI RAYA

Dah dekat setengah bulan raya
makchaq baru nak ucapkan Selamat Hari Raya 
nak mohon ampun dan maaf dari semua kawan2
atas semua salah silap terkasar bahasa dan tersilap kata
sepanjang dok menulis dan mengomen

Sebelum raya hari tu kalut sikit
tu yang tak dan nak ucap Selamat Hari Raya
dan mohon ampun dan maaf sebelum balik kampung

Jumaat sebelum raya balik Taiping
3 keluarga saja balik sebelum raya
pakchaq, pakcik, paktam
mak & maklang (kakak pakchaq, tak kahwin - OKU) 
Mak dah tak nampak.. tapi dia seronok
dengaq riuh rendah anak cucu..
Walaupun 3 keluarga saja yang balik (yang lain balik hari raya)
rumah nampak penuh sebabnya.....
makchaq anak beranak semua gedabak2 (kecuali Nafisah ngan pakchaq)
posa pun tak susut.. maintain besaq2 semuanya
orang lain comei2, kami macam Giant.. tapi hati baik... macam Nobita  he.. he..

Semangat pakchaq & paktam perah nyoq, 
Hadijadi mandor, pakcik jaga api..


Tahun ni buat lemang sendiri (selalu tempah)
best pulak.. sedap dari hat beli
buat jugak lemang tepung..
dan rendang masak dalam buluh..






Maktam baru sampai teruih tolong isi pulut

Makcik (berjeket biru) pandai buat lemang
dia la master chef..
kalau harap makchaq, buluh lemang pun tak berapa nak kenai...
kalau dah siap berlapik, boleh la nak tolong isi pulut..

    

 Tempat bakaq dah ready... sup gear box.. sekawah..hah..sedap sup gearbox ni... sampai terkenang-kenang

Saja boh gambaq surau lama ni,
ada lagi kalok dok tergantung,
tapi tak tau la masih diketuk ke tidak

Malam Jumaat last terawih
kami terawih di sini, penuh surau ni
Kalau kat Putrajaya malam2 last dah tak dak orang,
ramai yang dah balik kampung

Surau ni dah dicadangkan utk diturunkan ke bawah
tinggi....tengok tangga belah pompuan pun tinggi..
yang tinggai di kampung pun ramai dah berumuq
dah susah nak naik tangga tinggi...
lantai pun dah berderup derap uzur..
Mudah-mudahan diizinkan Allah perlaksanaanya...

30 comments:

  1. Tak apa...raya masih panjang. Selamat hari raya ya makchaq!

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya mak chaq..mohon ampun maaf jugak dari mak chaq

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya mak chaq. Maaf zahir batin naa kalau ada salah silap saya.

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya juga buat Makchaq...maaf zahir dan batin...kalau kat tempat saya..Kalok tu dipanggil ketuk-ketuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui la tu ketuk2..memang kena ketuk2 pun..

      Tak tau la pasai apa panggil kalok.. entah2 pelat kot, nak kata katok (sama makna ngan ketok) pelat2 panggil kalok..he he

      Delete
  5. selamat hari raya buat makchaq dan keluarga.. ;)

    psstt: saya dah emelkan pada makchaq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih emel tu.. tapi takut sesat jugak.. makchaq tak pernah pi Klang sendiri. Pi ngan pakchaq ada la 6 ke 7 tahun dulu..

      Delete
  6. maaf di terima selamat hari raya makchaq dan keluarga...(,")

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya untuk Makchaq sekeluarga
    ampun maaf zahir & batin :)

    ReplyDelete
  8. selamat haru raya makchaq (^___^)

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya makchaq.. tepen kat belah mana tu?..(dekat dah ngan saya..hehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bt Kurau.. musim durian best..utk orang yg suka la.. anak makchaq yg lelaki bau durian pun pening

      Delete
  10. Selamat hari raya, maaf zahir batin naa :)

    Seronok la tengok sana sini orang beraya di kampung, nampak meriah betoi masak ramai2, buat ketupat ramai2, buat lemang ramai2, semua ramai2lah :D

    Sungguh la jugak, surau tinggi2 lagu tu di kampung yg cuma tinggai orang tua2, payah la nak naik. Elok sangat idea turunkan ke bawah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila ramai... kalau tak ramai sunyi serupa tu la jugak..

      Dah ada yang menyumbang, harap2 tu jadi la.. makchaq pun jenuh jugak nak kerabat tangga tu..

      Delete
  11. mak chaq..selamat hari raya..chek pun sama..mintak maaf banyak2 noo...kot2 salah komen ka..melawak kasaq ka apa ka...sama2 la kita naa. 0-0 na...hehe.

    meriah jugak aih raya kat kampung makchaq...kami ni lagi la syahdu...takdak kampung, family pun kecik ja...tapi alhamdulillah..dapat berhimpun pun dah syukur sangat. mesti riuh rendah noo...tengok gambaq pun dah havoc...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun tumpang kampung pakchaq..

      Kampung sendiri tak balik pun.., mak, abah dah tak dak, adik yg dok rumah pusaka pi bercuti masa raya (tutup kedai)

      Delete
  12. selamat hari raya mak chaq...:)

    ReplyDelete
  13. slmt hr raya makchaq .
    seronok berkumpul anak beranak ...meriah rumah tok

    ReplyDelete
  14. wow, raya dengan sup gear box, dahsyat...

    ReplyDelete
  15. Salam syawal makchaq..
    Mak ai, sekawah sup gear box..kalau saya pun, confirm tu mengadap hat tu saja..

    ReplyDelete