Sunday, May 27, 2012

SAYA ORANG TUA BARU BELAJAR

Makchaq lani dok belajaq Bahasa Arab
ada la dalam 10 kelas (dah 12 kelas tapi makchaq tak pi 2 kali - rugi...)
dah lama dah nak belajaq Arab ni..
tapi keadaan tak mengizinkan..
tempat jauh.. masa tak kena...
tup tup dapat kelas ni
seminggu sekali saja, satu kelas 2 jam

Kalau patut2 dah boleh la kot makchaq cakap Arab sikit2
tapi sampai la ni tak reti2 lagi..
susah sungguh nak hapai perkataan2 dia
dalam kelas bukak buku boleh la sikit2
tutup saja buku tak ingat apa..

makchaq pun satu
lepas kelas teruih boh buku dalam beg
balik sangkut kat mana2, tak bukak dah.. sebok semedang..
bukak blog boleh pulak.. ish ish ish
bila nak pi kelas balik baru kalut....

"mana beg sekolah mak.. sapa nampak??"   kalau anak buat lagu tu marah..

Tu la dah tua2 baru nak belajaq.. lambat pick up.. malas pulak tu..

Teringat cerita sorang kenalan makchaq
baru pi belajaq tajwid.. (makchaq pun tak pandai tajwid ni..)
sekali tu, ustadzah tanya dia hukum tajwid ni..

"Yang ni Mad apa?"

dia tak ingat, kawan sebelah dok bisik2 bagi hint

'ala penyanyi tu..' 
'sape?.. penyanyi?' kenalan makchaq tak ingat lagi..
'ha..  ala ..penyanyi yang famous tu... yg baru meninggai tu..'  kata kawan nak membantu

kenalan makchaq puas dok pikiaq ...
sapa famous... baru meninggal...
eerrrr Izwan Pilus?
tak pernah dengaq pulak Mad Izwan.....
Mad Pilus? macam tak pernah jugak...
last last... " tak ingat la ustadzah..."

'Mad Jais... ingat je  penyanyi..' kata ustadzah.

Adoi hai... ingat penyanyi hat muda ja..... yg tua tak mau...
gelak sakan kami berdua masa dia dok bercerita...

Maaf la Kak Ida..
makchaq tulih cerita ni...

32 comments:

  1. Cara mudah nak ingat, ya? Kena kaitkan dengan apa2 sahaja asalkan yang baik.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kakcik..tapi jgn pulak lupa nama/benda yg kita kaitkan tu..., makchaq sampai sekarang ingat warna pelangi dengan..

      Mak jah kena hantar balik india utara...

      Delete
  2. Hahaha.... makchaq ni buat kakak gelak besarlah. Serius kakak gelak sampai keluar air mata. Kakak sukalah makchaq nie...

    Kalau boleh selagi kita diberi nafas selagi itu kita kena belajar makchaq. Kakak walau mengajar mengaji tapi kakak juga belajar mengaji makchaq - tak kiralah tua-muda. Makin kita belajar makin banyak kita dapat.

    Suka makchaq:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun bila teringat kisah2 sengal makchaq selalu tergelak sendiri... Masa kejadian malu.. Tapi lepas tu kelakar la pulak...

      Makchaq pun suka baca cerita kakzakie esp cerita pasal adik..comel dan macam2 akalnya macam anak2 makchaq masa kecik2

      Delete
  3. hahha.. is pulak tersenyum2 baca entri makchaq ni (^___^)
    belajaq tu xkira tua muda... kena blajaq... blajaq ni xdak had... sampai ke liang lahad, kita kena blajaq... (^___^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kita patut tuntut ilmu sampai liang lahat, tapi dah tua ni slow pick up..., tambah pulak tak dak periksa.. Lagi malas...
      Bila ustaz kata nak periksa.. siap merayu kat ustaz tak payah periksa....

      Delete
  4. hihihi. kelakar la makchaq. :D

    saya pun selalu guna petua yg saya sendiri je boleh faham utk ingat benda benda macam tu. ngeeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun buat jugak petua sendiri tu.. Tapi memory dah tinggal sikit kot.. Dengan petua2 sekali kadang2 terlupa...

      Camno tu.. Beli ginko ngan kismis nak makan.. Tu pun asyik lupa nak makan...
      Tapi makan nasik tak lupa pulak..he he

      Delete
  5. IM pun teringin nak p kelas Arab. Cakap Hokien dan Jepun boleh dah sikit sikit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguih tu IM dah pandai banyak bahasa... Cuba la cari kelas arab pulak...

      Delete
  6. Dulu acu penah belajaq bahasa arab nie tapi tak apply lama2 dah lupa dah :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pandai sesuatu kena praktikkan, kalau tidak memang lupa kan...
      Tapi arab ni makchaq tak boleh nak praktik lagi, tak reti lagi....

      Delete
  7. mad jais...hahaha...tp kalau car atu boleh mengingatkan...takpe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg boleh kait2 kan tapi ada tu macam tenggelam punca, tak tau apa

      Delete
  8. macam saya pun kena belajar balik sebab adakalanya terkial-kial jugak bila dak kakak mintak ajar subjek bahasa arab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak yg sama kelas ngan makchaq pi belajaq sebab nak ajaq anak...

      Delete
  9. makchaq kenalah rajin bukak blog2 orang arab! dapat belajar bahasa arab sekaligus! ahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukak blog org arab, setakat boleh tengok dan baca saja la..
      Tapi lama2 boleh kot no? Tapi makchaq lagi suka baca blog2 kawan2....

      Delete
    2. ekekek...kelakar baca citer makchaq...

      saya pulak tgh belajar kelas mandarin...punyalah payah...tergeliat lidah rasanya...dah tua2 ni mmg susah betul nak masuk ilmu baru...adoi la...

      p/s: salam..tengs drop my blog n drop ur comment...saya follow sini terus yer...

      Delete
  10. Apa pulak Wahida tua, klu Wahida tua, makchaq purba la...

    Makchaq pun follow Wahida

    ReplyDelete
  11. hahahahaaa...saya rasa kalau saya yg masuk kelas bahasa, laaaagi lah dasyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu mesti ok sikit.. Ramai kawan makchaq cikgu pi sambung belajaq.. Rajin depa, dpt jadi contoh utk pelajar2.

      Delete
  12. saya hanya tahu 'Jim' pakai toncet... kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira makchaq up sikit la.. Ni yg semangat nak belajaq ni....he he

      Delete
  13. hahahaha...sebenarnya nk mengingat cara mcm tu lg senang nk masuk otak makchaq.

    p/s: salam perkenalan & follower makchaq yg baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu, tapi makchaq belajaq bahasa arab tu macam tak tau nak kaitkan dengan apa, hanya ada sikit2 la perkataan kiita sama...

      Delete
  14. Salam makchaq,

    Rasa pedas sikit bila baca cerita makchaq ni. Kena tepat ngan batang hidung kak ani ni tentang kelas bahasa arab tu. Dah masuk 3 tahun belajar bahasa arab, dah peringkat tinggilah konon tapi nak bercakap masih tergagap2.

    Tentang mengulangkaji tu samalah kita, tutup buku ahad ni bila habis kelas buka ahad depan pulak bila nak stat kelas semula.

    ReplyDelete
  15. Itu la kan kak ani, kita ni belajar x brapa nak bersungguh.. tu la lambat dapat.. kalau orang rajin dah boleh cakap dah kan.

    ReplyDelete
  16. Makchaq... kakak rindu N3 makchaq...
    Moga sihat hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,
      Makchaq alhamdulillah sihat..
      Makchaq ni lagi suka membaca dari menulis, dok seronok pi baca sana sini tapi tulih malas sikit..

      Delete
  17. salam makchaq...saya membalas kunjungan makchaq.. :)
    menarik blog makchaq sebab cakap utara..saya pun orang utara..heee...mai la blog saya lagi yaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq sebenaqnya banyak kali dah pi, tapi dok baca saja.. segan nak taip komen..

      Delete