Tuesday, May 15, 2012

Orang Atas

Hujung minggu baru ni kami ikut rombongan meminang
bakal besan abang ipar makchaq tinggal di Kota Damansara

Masa rombongan berjalan menuju dewan
kelepek! sebungkus kuah dal bersepai disebelah kami
mujuq tak timpa ahli rombongan yg dok tatang dulang hantaran

Tak dan habis terkejut, sebungkus lagi sampah bedebuk jatuh
Tak tau la orang atas tu nak melawak ke hapa

Tapi kalau tengok tempek2 sampah dan sisa makanan atas jalan dan tepi blok
memang depa dok besa buat lagu tu..
geli  tengok tempek2 sampah dan  makanan basi tu

Balik sembang dengan kawan2
rupanya di Putrajaya pun sama
kawan makchaq yang duduk tingkat satu
macam2 masuk rumah dia
puntung rokok, putik kapas, tulang ayam, tisu, pembalut jajan jangan cerita lah...
lampin pakai buang pun ada yang main campak  ke bawah

Makchaq masa kecik duduk flet 16 tingkat (makchaq tingkat 15)
orang bujang atas rumah makchaq
suka isap rokok sambil sembang2 di balkoni
lepas tu buang abu & puntung rokok ke bawah
3, 4 kali kena baju makchaq sampai berlubang2 terbakaq,
sekali tu kena baju baru, menangis makchaq

makchaq geram, lepas kukuq nyiok
makchaq naik atas, ketuk pintu
depa bukak, makchaq sua tempurung tu,
ambik pulak tu, tapi muka blur la..
makchaq kata kat depa
"lain kali kalau isap rokok, habuk dengan puntung rokok boh dalam ni, jangan dok tauk ke bawah"
depa sengap tak kata apa
makchaq teruih turun

Geram punya pasai, jadi berani
padahai baru 11 tahun kot masa tu
mak makchaq punya marah
dia takut depa pukui makchaq

Tapi lepas tu depa dah tak buang dah habuk dan puntung rokok ke bawah
Jenis makan saman la tu... mungkin depa tak sedaq depa menyusahkan orang..
Jumpa makchaq pun tak marah,
dok buat lawak pasai tempurung tu ada la...

11 comments:

  1. dulu masa bujang,merasa jgk duduk umah tingkat2 nih..buang sampah tu takdak la makchaq..cuma depa suka siram ayaq bila basuh beranda..abes ayaq kotor kena baju yg kita sidai kat beranda rumah..

    ReplyDelete
  2. Huiii... hebat makchaq masa kecik ye... Bagus bagi mereka sedar. Tapi kakak dari kecik-kecik (kat S'porelah) tak ada pulak kes macam ini. Siapa berani sebab summon dia kaw-kaw... tong sampah pun dah sedia cantik - susah sangat ke nak buang dlm tong sampah ye. Hairan sunguh - mentalliti buruk kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan hebat kakzakie, tapi geram punya pasai..

      Tu la.., kat mana2 pun ada saja orang tak dak sivik ni.
      Tong sampah mulut besaq ternganga pun baling sampah kat tepi tong saja, apa la salahnya bubuh elok2 kan..

      Delete
  3. rasa malu bila ada kenduri jadi macam tu.. serius tak tau nak letak muka kat mana.. tapi makchqa memang beranilah buat cenggitu siap sua tempurung kelapa lagi.. rasa kelakar pun ada.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan rumah mesti malu la jugak, orang kawasan situ buat lagu tu..tapi rombongan kami pun tak cakap apa..

      Masa tengah marah tu yang tak pikiaq panjang...

      Delete
  4. Sallam makchaq,

    kalau kakmah tengok aksi makchaq sua
    tempurung nyiok kat depa tu mesti kakmah
    tergelak besar, nasib baik depa tu makan saman..

    ReplyDelete
  5. Salam kenal makchaq.

    Terima kasih sudi ke blog saya.

    Tak tahu nak cakap apa dgn org2 kita ni. Dah jadi budaya tak tahu nak jaga kebersihan.... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... tengah drI've kat h/way pun boleh baling kulit rambutan kot tingkap. Geram tengok

      Delete
  6. duduk dalam kumpulan ramai, macam tu la.. kekadang orang yang bercakap tentang kebersihan itu sendiri terlupa yang dia sesekali membuat kekotoran.

    semuanya bermula dari diri sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui IM, semua bermula dari dlm diri...

      Delete