Wednesday, February 15, 2017

DAH PENCEN

Start 2017 Alhamdulillah.....
dengan izin Allah
makchaq dah bergelar pesara
rasa lega, rasa seronok tak terkata
tak dak nak hambat pi kerja pagi-pagi
hari-hari cuti.....

Dah bersara
tak boleh duk kuarters di Putrajaya
kami pindah balik ke Sg Buloh

Pindah ni memang penat..
tak siap2 lagi dok kemas
dekat 2 bulan dah ni..
bila pindah baru perasan
banyaknya barang..
tu yang tak habih2 dok susun

Dua bulan ni..
lagi banyak kerja dari masa kerja..
kerja rumah basuh masak biasa la..
tambah pulak mengemas menyusun
barang berkotak2, berbakui2
tapi hati senang... tenang...

Pagi-pagi dengaq burung berkicau..
tengok luaq nampak hijau....
tapi kalau orang x suka dok kampung
rasa sunyi kot..
kereta motor pun jarang lalu..
kecuali kalau ada kematian..
pasai rumah kami jalan ke kubuq....

Nafisah pun happy
dok sini hari-hari nampak
rama-rama, pepatung, belalang..
kacau ulat tengah makan....
memang seronok la dia..

 
Dulu tengok luaq tingkap
nampak jalanraya
La ni nampak pokok durian..