Wednesday, April 29, 2015

FRASER HILL

Sapa pernah pi Fraser Hill?
makchaq 1st time pi 20 lebih tahun dulu
pi urusan rasmi
seminar ke apa tah
langsung tak pi mana
duk dalam hotel ja 3 malam
tak best langsung..

Baru ni sempena pakchaq tak kena pi Kedah hujung minggu
kami pi Fraser Hill
nak cari tempat dekat
tu yang pilih Fraser Hill

Tempat kecik..
orang tak ramai..
kedai pun 2 ke 3 buah..
kedai makan ada la kot 5
sejam dah habih lawat semua..termasuk tempat2 riadah dia..

Pada kami yang tak suka sesak-sesak ni
memang heaven sangat la Fraser Hill tu..
memang sesuai sangat nak bercuti tak mau buat apa2
lepak ja kat banglo yg kami sewa..
cuaca pulak sejuk...
memang feeling oversea la.....
sahih kena pi lagi..
tapi next time kena bawak makanan lebih sikit..
baru x payah keluaq pi cari makan..

Seperti biasa gambaq ada la beberapa keping..

Teatime depan rumah
teh & kuih tak dak la pulak..





Lepak baca buku kat bilik ni..


Saja tengok2 buku tinggalan penjajah
ambik dlm almari buku



Jemu baca tengok keluaq tingkap..
cantiknya....

Ni betui fefeling obesea..
siap pasang pendiang..
bukan sejuk sangat pun
saja nak bagi nafisah tengok..
main boad game ramai-ramai
dlm hangat2 pendiang...
over kan....





Makchaq cadangkan sapa2 yang suka pi bercuti
betui-betui cuti..
lepak pasai tak dak nak pi mana
pi la Fraser Hill..

Lain kali kalau kami pi..
nak pi jungle trekking
trail banyak nampak..
tapi tak dan
pasai pi pun semalam saja..

27 comments:

  1. Mak chaq
    Baguih entry ni. Saya mmg teringin nak kesana. Mak chaq menggalakkan dan siap bg tip bawak makanan lebih....
    Terima kaseh mak chaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu suka nak relax habih..pi la.. memang x dak apa nak buat..
      Memang boleh santai golek.. anak beranak

      Delete
  2. pi sekerat jalan je... riadah selepas tengok Akhmal di Sekolah Tunas Bakti... dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya naim teruih IM..tentu ibu_suri seronok.. sejuk nyaman...

      Delete
  3. Lama dah saya tak pergi makchaq..
    Kali terakhir pergi lebih kurang 8-9 tahun lepas..
    Kalau pergi berdua dengan cik abe ok kot.. ekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ok sangat klu ai pi dengan cik abe je... elok untuk ubat gemuk..he he

      Delete
  4. Walaupun dekat Aina tak pernah lagi pi sana, kalau cuti panjang sikit asyik2 balik kg cuti hujung minggu anak2 penuh aktiviti pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun selalinya sama macam Aina.. cuti panjang selalu balik kampung..
      Tahun ni anak2 x dak yg periksa besaq so x dak aktiviti hujung minggu..tu yg ambik peluang pi cuti2 bila pakchaq free..

      Delete
  5. nampak cantk jugak. tak pernah lagi sampai ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu suka nature & percutian x sesak2 best FH ni..
      Bangunan dia sangat English/Scotish, cantik....

      Delete
  6. Dah lama kak zai tak kesana. Dulu masa anak2 kecik ada pergi. Macam kata makchak feeling2 dalam bilik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang feeling kan.... bangunan2 & cuaca dia rasa macam dok oversea..

      Delete
  7. bestnya
    tak pernah lagi naik fraser hill ni
    teringin sangat2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi la.... cantik.. belanja pun x banyak sebab x de kedai nak berbelanja..

      Delete
  8. memang betul frasel hill ni takda benda apa.pekan pun tak hidup sangat..tp sesuai sangat utk berehat sama famili..sambil menikmati keindahan alam n udara sejuk...syok makchaq siap pasang pendiang fefiling oversea.,hehe..

    sy pernah smp..sbb pusat latihan kementerian kt sini..so kursus induksi klu keja under kementerian pertahanan wajib punya kt sini..sejuk..best tido..haha teringat waktu kursus nama asik kena panggil dengan penceramahan pasai kuat tidoq dalam kelas.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. ha.. ingatkan kena panggil sebab nampak peserta cemerlang..rupanya sebab kuat tidor..

      Delete
  9. Utk berehat suasana macam inilah yg best Makchaq. Kakak pun rasanya dah berpuluh tahun tak pergi. Pergi dulu masa belum kawin lagi:)

    ReplyDelete
  10. tak pernah sampai lagi ke sana, wow...baca crita makchaq cam best jer, tak tau la bila buleh pi ni.

    ReplyDelete
  11. Bunda ni fraser hill tak pernah pergi lagi tapi maxwell hill/bukit larut pernahlah...

    ReplyDelete
  12. Salam kenal...snggah sini n terus folow...

    Sy pn dh lbh 15 thn gak tak kesana...yup tmpat tak sesak2 camni barula rileks kan...tenang...

    ReplyDelete
  13. tak pernah pi fraser hill tak tau lah bila berkesempatan ni makchaq

    ReplyDelete
  14. Seronoknya bc entry mak chaq ni. Saya tak pernah smpi sana. Tak taulah, bkn tak pernah bc kat blog orglain tapi bila bc entry mak chaq, teringinlah pulak, huhu.

    P/s tak de tutup kotak komen lah...mak chaq komen salah rumah, entry lain, entry rabu yg senyap, huhu...

    ReplyDelete
  15. makchaq! syoknya.. boleh la next time kami plan pegi ke sana pulak kan.. jenuh tak panjat bukit..?

    ReplyDelete
  16. Saya suka.percutian macam tu Mak Chaq. Barulah berehat. Tapi my other half tu suka aktiviti pula. Syoknya lepak disitu tanpa terkejar2 masa dan makan dan makan dan makan.....

    ReplyDelete
  17. nampak menarik...
    berapa semalam banglo tu.
    Banglo pun nampak mewah.

    ReplyDelete
  18. Ni kalau pi honeymoon second time sure seronok. Aman jerk merpati dua sejoli takda sapa nak kacau! Kalau banglo besar macam ni kena bawa satu gerombolanlah Makchaq, barulah best!

    ReplyDelete
  19. Cikna yg duk Pahang ni pun xprnh jejak kaki ke sana... Teringin jgk nk ke sana, Sewa banglo mahal x...

    ReplyDelete