Wednesday, November 13, 2013

PEMBANTU DI RUMAH.


Makchaq tak dak pembantu
(pakchaq tak selesa.. makchaq pun sama kot)
jadi anak2  kena jadi pembantu makchaq sejak depa kecik
semua kerja rumah kami buat sama2
dengan pakchaq2 sekali join

Tolong masak
mula2 hat simple2
kupas bawang, potong sayuq, kupas teluq, pukui teluq
Nafisah tolong potong sayuq.. masa ni 3 taun lebih











Dah tadika tolong masak nasik, basuh pinggan
dah sekolah makchaq ajaq depa masak makanan yang depa suka
yang suka gulai ajaq buat gulai, yang suka masak cabai ajaq buat masak cabai..
yg suka mee ajaq buat mee..

tapi makchaq pun bukan la pandai masak.. pakchaq lagi pandai kot..
tapi depa kata sedap.. kira ok la.. boleh la ajaq..

lagi pun masa masak ni la kami sembang2 main2 gelak2 nyanyi2..
Alhamdulillah pulak sampai la depa ok/tak kisah kalau kena masak..

Pindah Putrajaya kami dok rumah teres.. jiran2 selalu dok teguq 
happy ja anak2 makchaq dok masak ramai2 bergelak2 kadang2 menyanyi2
sebelum tu kami dok kampung.. rumah jauh2.. menjerit pun orang tak dengaq..
masa mula2 pindah depa tak reti gaya lagi....
& depa heran tengok anak2 makchaq hat lelaki pun basuh baju/sidai baju..

Ialah jiran makchaq hat kerja kebanyakkan ada pembantu rumah
yang tak kerja.. dah cekap.. kerja rumah semua beres..
yang kerja pun lagi cekap.. semua boleh buat sendiri..

Kesimpulannya.. 
makchaq x berapa cekap...
tu la pasai perlu bantuan anak2 dan pakchaq...
Alhamdulillah depa nak bantu..

41 comments:

  1. Assalamualaikum Makchaq
    buluh bila dilentur dari rebung begitulah hasilnya..seronok dengar citer makchaq..tahniah sebab berjaya didik anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam Ida
      Makchaq & pakchaq ikut cara kami kecik2 dulu... kita dulu kan buat semua tu..

      Delete
  2. Assalamualaikum Makchaq,
    Seronoknya anak2 diajar mmbntu....lg best dari mnggunakan tenaga pmbantu rumah kan....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Syifa

      Sebab tak dak pembantu, tu yang anak2 kena bantu..

      Delete
  3. Sebenarnya Makcahaq pandai didik anak2 supaya ringan tulang. Saya tabik betoi, Anak2 saya minum milo pun mintak mak buat...sob...sob...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq & pakchaq cara lama..ikut cara masa kami kecik2..

      Delete
  4. Seronoknya saya baca kisah anak2 Mak Chaq. Saya harap anak saya juga akan boleh berdikari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Aziela.. semua anak boleh berdikari bila depa besaq nanti..

      Delete
  5. Sronok la mcm tu mak chaq. dari kecik dah di ajar. yg ai ni kat rumah, bila time masak..bebudak masuh skali kat dapur..jerit mcm singa betina. hahaha..dapo kecik. nak suh mintak dowang tolong pun kene buat kt depan tv. Mesti time masak kt umah mak chaq meriah mcm concert. hehe ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 makchaq pun dulu2 ada jugak buat depan tv, potong sayuq, potong cili, kopek bawang..

      Delete
  6. Bab masak saya serah kat ciklan.. tapi sekarang apa yang saya masak ciklan takde komen dah.. sedap ke tak.. dia makan je.. hehehe..

    psstt: Makchaq.. dari hujung bulan lepas sampai awal bulan ni saya ulang-alik ke Presint 8, Putrajaya tapi memandangkan saya sibuk dengan urusan saya, makanya tiadalah panggilan telefon/sms ke makchaq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukang masak dah sibuk... terpaksa la makan apa yang dihidang.. Lan kerja mana sekarang

      Nanti kalau tak sibuk mai la jalan2..

      Delete
    2. Lan jadi chef sekarang makchaq.. berkat dok kata dia chef2.. masin mulut.. hehehe..
      InsyaAllah makchaq.. kalau kami nak ke sana nanti kami call makchaq dulu..

      psstt: anak2 kami hantar balik kampung tapi weekend dengan kami.. bukan jauh mana pun kami hantar makchaq.. ;)

      Delete
  7. Tahniah...makchaq pandai didik anak2.

    Dulu kak Zai menggunakan khidmat pembantu rumah so bila anak2 dah besar kurang pandai buat kerja rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenaqnya kami ikut cara kami kecik2.. kita kan dulu buat semua tu.. mana ada pembantu rumah dulu2.. tambah makchaq anak sulung.. lagi macam2 buat..

      Delete
  8. wah... bagusnya makchaq dah train depa dari kecik lagi. sy lmbt train anak2 sy, soh potong bwg pun luka jari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa depa kecik2 guna pisau plastik.. tak dak sapa la yang luka.. la ni dah besaq guna pisau betui ada pulak yg luka.. he he

      Delete
  9. Kagumnya cara Mak Chaq didik anak...bagusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak dak pembantu.. tu yang perlukan pertolongan dia orang....

      Delete
  10. wahh..kagum saya dengan akak..3 tahun da boleh potong2.. saya tak berani lagi bagi potong2 kat damia.. setakat ni saya bagi dia tolong basuh pinggan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna pisau plastik ja Rai... sayur kan lembut je... kalau kacang tu patah2 ja.. tak pakai pisau pun..
      Anak makchaq pulak kecik2 tak bagi basuh pinggan.. takut alergic.. makchaq alergic jugak sabun tu yang tak berani bagi depa basuh pinggan sampai dah tadika baru start sikit2..

      Delete
  11. Mak chaq,
    Anak2 adalah pembantu kita yg terbaik.
    Org gaji @ bibik dalam 10 org hanya 2 saja yg okay.. Anak sendiri memang jauh lebih baik daripada bibik. Lagi lama depa membantu lagi bagus utk depa bila dah berkeluarga
    Sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 belum lagi ada gadjet macam la ni.... senang la sikit nak mintak tolong kot....

      Delete
  12. makchaq, saya sokong.anak2 pompuan msti di ajaq masak.tapi saya start ajaq anak bila depa dh tgkatan 3.now depa dh terror lebih dari mak depa.he he.bila pi rumah depa di KL nu depa masak mcm2.ya la saya hanya tahu mkn rebung dgn bayam saja, depa hidang segala lasagne semua..saya mana besa semua tu...nk ambik hati makan la jugak..and kata sedap bnyak kali sikit.depa senyum kembang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun tak lalu jugak benda2 moden ni.. tapi kalau anak masak/cuba resepi pelik2 ni makan la jugak....

      Delete
  13. makchaq..sy nak menuntut ilmu..hahaha..nak ajar2 anak ringan tulang jgk. tp sy rasa, mesti la bermula dr ayahnya kan? ini ayah main campak2 sepuk2...apa pun tak boleh -.-*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala Mun.. hai ayah tu jangan ambik hati sangat & jangan simpan dalam hati..... takut jadi terbuku pulak...
      Benda kecik2 tu pejam mata ja la... ingat yang best2/baik2 je...

      Delete
  14. salam, mak chaq

    tahniah kerana melatih anak anak kedapor. Memang kalau ada babu snang sgt lah anak anakjadu mua.
    saya ada kawan anak score A's je. tapi masuk dapor kekok gila. pegi rumah org macam mem.
    Dah la tumpang rumah org di luar negara, dia pegi jadi mem. Dok makanletak pinggan mangkuk dlm sink.
    Tak ke tak senonoh. nak kata budak dah besar panjang dan baligh.
    perangai macam macam lagi.
    Boleh anak lelaki umur 14 tahun boleh cakap tak nak makan ikan salmon nak makan mackere. amik lauk sampai 2-3 ketul. tak reti ingat orang belakang.
    makan memilih. masuk bilik mandi berjam jam dahla satu bilik ayaq.
    Dok lanyak org punya internet sampai excess.. Mahu tak melampau?
    dah biasa kalau beralih ruang tutup lampu tv semua, tak langsung tak di kesahnya. lampu bilik air lepas pakai tak padam.orang masak tak kesahnya nak tolong dok ngadap tv, laptop, ipad. semanjang.

    Bagus la Mak chaq didik anak buat semua. makan pon senang tak memilih.
    basuh baju sidai baju sapu lap lantai... mereka tak kekok.
    sebenarnya omputih kat sini yg kaya raya pon tak ada maid. semua buat sendiri.
    Saya kenal ada bos besar ni tahap chairman syarikat perbankan umur dah 70 an recently meningggal kanser. sepanjang hayat dia make sure weekend dia ada time buat garden, potong rumput, shopping makanan, kemas rumah.
    yg lain lain semua tak nak bayar maid gaji tax dan national insurance etc, so mereka sanggup buat sendiri..
    Orang lelaki depa tak janggal buat keja rumah dari mengemas, vacuum basuh lantai/ bilik air kemas dapurt cuci pinggan masak mandikan anak.
    kiranya laki bini gotong royong. bila anak besar semua kena kerah dan di ajar dari kecik mengemas. tolong dalam rumah.

    so mak chaq, baguih la mak chaq dan pak chaq didik anak anak.. so mereka lagi peka. dan sensitive about others.
    nanti anak anak makchaq tak la kebuloq tak makan sebab depa suma pandai masak. kemahiran hidup. Gitu juga pakaian dan rumah, tahu apa perlu di lakukan bila hidup sendiri di rantau orang. makan masak sendiri basuh baju sendiri jimat duit dari makan luar.

    Semoga pembaca pembaca lain mengambil contoh.Kadang kala bila kita cari pembantu, kita gagal mendisiplin kan diri suami isteri, anak anak. Maka perbelanjaan akan meningkat dan masalah sosial dan internal meyusahkan.

    semoga ibubapa yg muda muda dapat mempelajari dari makchaq.

    wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nor
      Makchaq & pakchaq ni cara orang lama.... ikut cara kami kecik2 dulu.. masak, basuh baju, jaga adik.. semua kena buat..
      Tu yang makchaq ajak anak2 buat kerja sama-sama.. lagipun masa buat tu jadi family time jugak la.... kalau nak tunggu kita free baru nak main ngan anak2 tak dak masa la nampaknya...

      La ni zaman moden, banyak gajet2 ni.. tu yang budak2 leka.. masa anak2 makchaq kecik dulu benda2 ni belum ada sangat lagi.. senang la sikit kot nak mintak tolong..

      Makchaq pun selalu pesan kat anak2 kalau pi rumah orang jangan jadi mem.. tu pesan arwah mak kat makchaq dulu2....

      Delete
  15. Baguih la didik anak2 dari kecik buat keja rumah & masak memasak. Seronok tengok Nafisah kecik2 lagi dah pandai potong sayoq, alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari pengalaman makchaq la.. budak2 ni suka bila kita mintak tolong buat kerja.. sampai bila kita nak buat cepat2 x bagi depa tolong pun depa nak tolong jugak...terutama bab masak2 ni...

      Makchaq pun jenih tak kisah potong sayuq kecik besaq pun tak pa.. kuih donat bentuk orang ka, kucing ka, ulaq ka.. janji buat sama2, reka macam2, sambil bergelak2.. pas tu kami jugak yang makan...
      Kerja lain pun sama jugak.. sidai herot petot pun ok..puji ja... dah besaq sikit pandai la depa..

      Delete
  16. makchaq, alah bisa tegal biasa...
    lama kelamaan jadi biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui la Anim.. bila dah dok besa x payah nak suruh sangat..

      Delete
  17. Pada pendapat kakak makchaq pandai didik anak - siapa yg untung sendiri juga dan anak juga sebab kalau tercampak mana pun tak ada masalah masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak makchaq hat lelaki ja yang pernah dok sendiri (rumah sewa).. memang depa masak sendiri.. kawan2 pulak dok tumpang makan..

      Delete
  18. Replies
    1. Kadang-kadang rajin terlebih... tak bagi pun nak jugak buat.. seronok kot bila tengok semua dok sibuk, dia pun kalut nak tolong..

      Delete
  19. Bagusnya anak-anak makchaq. Kalau ada anak-anak yang ringan tulang begini takda pembantu rumah pun takpa. Kiranya makchaq lagi superblah, ada ramai pembantu hebat di rumah. Jiran-jiran pun mungkin pelik (dan dalam hati memuji-muji) dok tengok anak-anak makchaq yang bagus-bagus belaka ni.

    ReplyDelete
  20. memang ringan kerja2 kita kalau anak2 membantu..pandai makchaq didik anak2 jadi ringan tulang...harap2 anak saya pun macam tu jugak...

    ReplyDelete
  21. Pandai makchaq didik anak2 masak tak kira lelaki ker perempuan..saya ni tak minat masak...duk mengemas sampai perut lapaq...la ni anak2 pun ikut sama la...suka mengemas masak2 kurang...setakat makan satu keluarga kecik saya ni buleh lah anak2 masak...

    ReplyDelete
  22. kiranya pembantu2 makchaq dirumah dilentur dr makchaq sendiri..pandai makchaq didik depa semua..selalunya hat lelaki mmg liat sikit buat keja umah..anak2 makchaq baguih2..sbbnya pakchaq pun baguih kot..

    ReplyDelete