Anak makchaq 5 orang semuanya
Yang sulung Hadi, kedua Syuhada, ketiga Amir, keempat Khadijah, bongsu Nafisah.
Nama anak makchaq ramai yang kata tak glamer, nak buat macam mana, mungkin itu yang tertulis atau sebab makchaq n pakchaq orang lama. Makchaq n Pakchaq pulak panggil anak nama penuh, memang bunyi tak glamer la.
Khadijah masa darjah empat pernah cakap,
"mak tau.. kat sekolah ada sorang je murid nama Khadijah, orang lain ramai nama sama.. Syahirah, Athirah, Qistina, Alia, Fatin.. ramai yang sama ".
Nama anak sulung Makchaq, Pakchaq yang pilih. Makchaq ok je. Anak kedua, Makchaq punya turn pulak bagi nama. Makchaq masa tu tak tau pun ada buku rujukan nama2 ni, jadi kami letak je ikut yang terfikir. Tak dak first ke second choice, terus pilih satu je.
Masa mengandung anak ketiga, anak sulung dah masuk 6 tahun dan anak kedua masuk 4 tahun. Dari awal mengandung budak berdua tu selalu bila pegang perut Makchaq asyik kata,
"Dalam perut ni ada Amir"
Walaupun Makchaq kata tak tau lagi lelaki ke perempuan, Hadi n Syuhada tetap kata,
"Betul... dalam perut mak ni ada Amir"
Siap cakap2 dan panggil2 Amir dalam perut. Makchaq n Pakchaq pun belum pilih nama, jadi bila lahir lelaki kami pun namakan Amir
Mengandung anak keempat Makchaq ada buku nama2 pilihan, banyak nama yang sedap dan berkenan tapi Amir dan Syuhada pulak nak nama Khadijah. Makchaq n Pakchaq ikut je la.. lagi pun emak Makchaq nama timangannya Khadijah.
Masa mengandung Nafisah semua dah besar2, Hadi (22), Syuhada (19), Amir (15), Khadijah (10). Dia orang semua punya excited jadi sibuk pilih2 nama, nama pilihan anak-anak Nafissa Sofea. Bila Pakchaq pi daftar jadi Nafisah Safeah (ejaan orang lama). Mula-mula macam tak puas hati abah pi eja lagu tu, tapi lepas tu ok je...
Ni la permata hati/anak-anak Makchaq n Pakchaq. Gambaq ni ambik masa raya tahun lepas (2011). Maaf la, Nafisah tak pakai baju. Dia ni kadang-kadang nak ikut rentak dia ja... Rimas kot pakai baju kurung, langsung bukak semua dengan kain sekali bukak. Anak Makchaq ni kecik2 semua kurus-kurus underweight sampai selalu kena marah dengan nurse bila pi timbang, tapi bila dah besaq dah jadi overweight pulak. Semua sihat2 terutama yang lelaki dua orang tu.....
terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri lama saya. kenapa dah lama tak buat entri baru ?
ReplyDeleteMakchaq klu baca latest entry tu suka, terus baca dari 1st entry..
DeleteTu la tak buat2 entri asyik dok membaca...
dah jumpa semua.. nanti nak jumpa lagi.. ;)
ReplyDeleteBoleh2 nanti kami nak pi makan ckt, sate n nasi sup tulang... Semua tu faberet tu....
ReplyDelete