Sunday, November 14, 2010

Hari Graduasi

Hujung-hujung tahun ni sebok pulak hari penyampaian hadiah dan hari graduasi.  Tak payah tunggu masuk universiti.  Tadika pun dah dapat pakai topi jambul dan jubah.  Betul jugak la kiranya pelajar-pelajar tu dah berjaya melepasi tahap pelajaran yg sesuai dengan dia orang.

Bagi mak chaq pulak bab tadika ni tak berapa nak meriah, anak yang sulung je yang pegi tadika setahun.  Tapi mak chaq tak ingat pulak hari graduasi dia.  No. 2 sekolah tak sampai seminggu dah berenti, No. 3 ada la kot sebulan lebih dah tak nak pegi.  No.4 hantar awal sikit, 5 tahun dah daftar tapi pegi sekali dua saja dalam seminggu, 6 tahun pu sama jugak, last last berenti jugak la.  Nasib baik bila sekolah betul  semua dah OK. 

Hari Jumaat lepas (12/11/10) hari graduasi anak mak chaq no. 3.  Form 5.  
 Mak chaq tanya dia, "ibu bapa tak jemput ke?".    
"Jemput, tapi mak tak payah la pegi " katanya
"Kenapa ?" suspen jugak mak chaq kot dia merajuk ke hape..
"Sebab Amir kena bagi ucapan, kalau mak ade takut Amir gabra tengok mak, tak boleh cakap pulak." 
"OK la mak tak pegi"
Balik graduasi dia bagitau, dia minta cikgu iring dia untuk ambik anugerah. Dia tak tau mak/bapa kena iring utk ambik anugerah khas. Dia Ketua Pengawas, jadi ada anugerah khas. Mula2 boleh dia buat lawak kat cikgu,  tanya boleh tak makwe dia iring sebab mak tak datang.. ada ka patut. Tapi dia ok je mak chaq tak datang sebab speech dia ok, ramai yang acknowledge termasuk cikgu, ibu bapa,  kawan, junior & perasmi majlis pun acknowledge.  

Mak chaq rasa jiwang kot speech dia sebab tu dia tak nak mak cha ada tu..
Entah lah...

1 comment: