Wednesday, April 29, 2015

FRASER HILL

Sapa pernah pi Fraser Hill?
makchaq 1st time pi 20 lebih tahun dulu
pi urusan rasmi
seminar ke apa tah
langsung tak pi mana
duk dalam hotel ja 3 malam
tak best langsung..

Baru ni sempena pakchaq tak kena pi Kedah hujung minggu
kami pi Fraser Hill
nak cari tempat dekat
tu yang pilih Fraser Hill

Tempat kecik..
orang tak ramai..
kedai pun 2 ke 3 buah..
kedai makan ada la kot 5
sejam dah habih lawat semua..termasuk tempat2 riadah dia..

Pada kami yang tak suka sesak-sesak ni
memang heaven sangat la Fraser Hill tu..
memang sesuai sangat nak bercuti tak mau buat apa2
lepak ja kat banglo yg kami sewa..
cuaca pulak sejuk...
memang feeling oversea la.....
sahih kena pi lagi..
tapi next time kena bawak makanan lebih sikit..
baru x payah keluaq pi cari makan..

Seperti biasa gambaq ada la beberapa keping..

Teatime depan rumah
teh & kuih tak dak la pulak..





Lepak baca buku kat bilik ni..


Saja tengok2 buku tinggalan penjajah
ambik dlm almari buku



Jemu baca tengok keluaq tingkap..
cantiknya....

Ni betui fefeling obesea..
siap pasang pendiang..
bukan sejuk sangat pun
saja nak bagi nafisah tengok..
main boad game ramai-ramai
dlm hangat2 pendiang...
over kan....





Makchaq cadangkan sapa2 yang suka pi bercuti
betui-betui cuti..
lepak pasai tak dak nak pi mana
pi la Fraser Hill..

Lain kali kalau kami pi..
nak pi jungle trekking
trail banyak nampak..
tapi tak dan
pasai pi pun semalam saja..

Thursday, April 23, 2015

PAKCHAQ DAH PINDAH..

Pakchaq dah pindah kerja KL awai tahun hari tu
tapi pasai ada lagi kerja yang tak dan habih di Kedah
kena la pulak  berulang pi sana hujung minggu

Rasanya semenjak pakchaq pindah sini..
makin jarang pulak kami dapat santai-santai sekeluarga....
dulu bila hujung minggu pakchaq balik sini
kami makan/outing sama-sama
la ni dah hujung minggu pakchaq pi kedah
memang tak  dapat la nak santai2 sekeluarga..
hari keja memang dah tak dan..
masing2 balik malam..

Tu la kita ni.. setakat merancang
memohon pada Allah
apa yang kita ingat baik untuk kita..
bila dah dapat..
ada kalanya benda tu tak la sebaik yang kita jangkakan..
sebab kita ni sebenaqnya tak tau apa..
hanya Allah yang maha mengetahui

Apapun Alhamdulillah makchaq bersyukur sangat
kami dah kumpul sekeluarga
tak payah la pakchaq dok sorang-sorang
makan minum kena urus sendiri
Nafisah pun happy abah selalu ada...
lagipun berulang Kedah tu sementara ja
selesai kerja tak payah pi dah la..

Tuesday, March 31, 2015

YANG PERTAMA TAHUN 2015

Assalamualaikum kawan-kawan dan kenalan-kenalan semua..

Rindu bukan tak rindu
teringat2 nak membaca & menulis
tapi keadaan tak mengizinkan

boh gambaq la dulu..

Nafisah konvo..
walaupun tak pi sekolah tak ambik pereksa
cikgu dia ajak jugak dia pi konvo
dapat sijil... pi x sampai sebulan rasanya..

Cikgu dia telefon suruh mai berlatih buat persembahan
ada la 3 kali pi belatih..
jadila buat pengalaman..

Bukan main tebai cikgu boh make-up
sampai tebai bibiaq..

makchaq dulu masa kecik2
bila nak pi makan kenduri
kalut suruh mak boh lipstik
lepas tu terjuaih mulut..
sruuuut..sruuuut sedut ayaq lioq
takut kena bibiaq hilang lipstik..

tengok nafisah relax.. ja..


Ok la... takat ni dulu.. harap2 lepas ni dan la tulih lagi...

Friday, September 5, 2014

CALLING2 BLOGGER PHOTOGRAPHER

Klu ada yg minat nak ambik gambar fast action sport, ada final ice hockey tournament hari ni.  Dari 8pg sampai last game 7mln.  1 game 40 minit.

Ni gambar2 yg anak makchaq Amir ambik. X boleh nak post  banyak2, pasai guna hp je





Tuesday, July 15, 2014

Sebulan lebih dah rupanya tak berjengok
takdak apa yang nak dicatat 
+ sibuk 
+ yang paling banyak malas la....

Ni la tempat kerja baru..
sebenaqnya kami tak dibenarkan ambik gambaq
tapi masa ambik ni tak tau tak boleh ambik

Jadi pada yang tengok ni buat2 tak tau & tak pernah tengok ja la na...

Bila dah mula kerja sini... rasa ok jugak....kecuali bila perlukan apa2 peralatan/fail/print jauh sikit nak kena jalan..
tapi ambik positif.. sekurang2nya 10000 langkah sehari dah lepas
excercise dah cukup la kan...
tapi yang heran...dah sebulan excercise tambah posa pulak... tak kuruih2 pun...


Hari pertama posa semua ada termasuk pakchaq.
Pakchaq balik Sg Buluh sat..
dan la pi sauk ikan talapia dalam kolam depan rumah & petik pucuk ubi. Jadi menu berbuka hari pertama.. talapia goreng, talapia sambal & pucuk ubi tempoyak..
Makchaq buat apam lenggang.. orang Penang ja kot tau apam ni.. aci/mami selalu juai pagi2 kat market..
apam beras yg masak atas kuali..  
Ni Syuhada & Khadijah beli sebijik pasai nampak besaq sangat..
dah dok tau kami sekeluarga memang x berapa minat buah2 impot..
saja pi beli..
buat hiasan macam mana pun memang la tak bermakan sangat..
pakat dok makan manggis yang pakchaq ambik kat Sg Buluh jugak..



Posa ke empat pakchaq kena pi Sabah..
ada Op apa tah...lupa
untung la pakchaq dapat bukak posa awai kat sana
tu la bergambaq senyum je..
tapi dia ada bagi tau masa balik dari Op di pulau
enjin bot rosak.. memang cemas jugak la depa
dengan angin & ombak kuat..
Alhamdulillah semuanya selamat....



Selamat berpuasa & selamat melipat gandakan amalan dibulan mulia ni..

Monday, June 2, 2014

PC DAH NAK KENA BUNGKUIH

Assalamualaikum
lama sungguh dah jengok blog
sibuk sangat.. kami pindah minggu ni

Baru habih transfer semua documents & file dalam PC ni
masuk dalam virtual office
Sat lagi depa dah nak bungkuih PC
sebelum kena bungkuih baik buat entry dulu..

Kami akan berpindah ke open office
open yang betui2 open
kerja di meja panjang ramai-ramai

Kami dapat sorang satu locker yg sangat kurus..
(untuk simpan barang personal & stationaries etc)
dan dapat sorang  satu ultra book untuk buat kerja
tak dibenarkan bawak pendrive/external hard disk
kerja2 digalakkan dibuat dan simpan dalam virtual office

tak dak dah personal work station
mai hari2  kena cari mana tempat kosong
dok la situ... plug in ultra book buat la kerja..
kalau rasa stress depa sediakan distress room
pi la lepak situ sat..
kalau haus ka lapaq..
pi la ke pantry atau coffee coner yang disediakan..
tidak dibenarkan sama sekali makan/minum di meja

Harap-harap makchaq yang dah nak pencen ni
boleh la adapt dengan suasana kerja baru macam ni..
tak dak dah kertas2, tak dak dah buku daftar..tak dak dah diari2..
semua online.. semua virtual... semua kena scan..

Entahlah...

Haaa depa dah sampai nak bungkuih...

BYE.....





Sunday, May 4, 2014

DAH LEGA SIKIT JADI MALAS LA PULAK

Dah berminggu2 sibok sangat
sampai rasa tak cukup tangan
balik lambat, Sabtu Ahad pun kena pulun buat
pasainya kami kena pindah pejabat
tempat baru pulak sangat terhad ruangnya
jadi hanya boleh bawa hat sangat2 perlu saja
jenuh la dok pilih mana nak bawak mana nak lupus
kena settle semua dalam masa sebulan
cuti semua beku sampai pindah
unit kami pulak ada 2 orang ja yg nak buat kerja...
memang jenuh la...

Tau tau hari Rabu lepas dapat berita tak jadi pindah awai bulan ni
tangguh ke awai bulan depan pulak..
dapat email kata tak payah la gelut sangat..
fail hat dah bungkuih  kalau nak pakai punggah la balik..
beku cuti pun di cayaqkan..

hepi... dan dan tu ambik cuti hari Jumaat
dapat 4 hari.. seronok..
tambah pakchaq pulak balik..

Kami pi memanah... bukannya reti pun... main taram ja...
kira kalau nak panah orang memang naya la orang tu..
patut panah teruih ke jantung  teruih mati
ni panah segala ketiak, telinga, kaki tangan habih
tempat yang vital tak kena... memang terseksa la...

Gaya dah ada... tapi tengok la kemana tercucuknya...
tapi Hadi ok jugak.. dia pernah main sebelum ni..


Lepas pi memanah pi main bowling pulak
bowling pun main belasah ja..
longkang yang lebih...
tapi tetap seronok sangat & enjoy







                                             
Ni Nafisah punya permintaan pulak...
nak pi pantai...

Happy la anak abah.. dapat pi pantai
sakan kami mandi laut...
naik banana boat...
balik makin gelap la semua yang dah sedia gelap..

Tapi apa nak kisah..
semua orang  seronok & happy..
kami pulak memang jarang dapat kumpui semua...
memang enjoy sangat la...