Tuesday, February 25, 2014

MATAPELAJARAN SENI LUKIS











Terkejut jugak tengok  poster yang Khadijah kena lukis ni...

' poster apa ni?'
' entah.. cikgu yang suruh....untuk dapat band PBS...'
' kenapa tak siap lagi?'
' nak kena lukis gambaq DS Najib ... tak reti...tak de mood....'

ps
makchaq bukan orang politik
bukan ahli mana-mana parti
tapi pelik jugak tengok tajuk lukisan sekolah ni...




Sunday, February 23, 2014

ALHAMDULILLAH KAMI SEMUA DAH SIHAT..

Lepas Nafisah baik demam
habis satu rumah kami demam
mula-mula Syuhada, lepas tu makchaq
Amir , Hadi...
last sekali Khadijah....dia baru kena hari Jumaat lepas
hari ni dah nampak ok sikit

Demam sepesen ja semua...
tak de selera.. lemah.... rasa nak baring ja....
badan/kulit rasa sakit sangat sampai tak boleh sentuh..
padan la masa Nafisah demam dia tak bagi pegang
kalau kita pegang konon nak peluk ke belai2 dia..
menangis jerit2.. jangan pegang....jangan pegang..
rupanya sakit bila tersentuh..

Banyak la rancangn tergendala bila semua tak sihat..
jemputan kahwin tak dapat hadir
nak pi jalan2 cancel..
pakchaq balik pun tak dak sapa layan...kesian kat dia..

Sepatutnya bawak kak Yong  bukak jahitan (spayed)
tapi sapa pun tak larat nak bawak
last2 makchaq bukak sendiri..
makchaq banyak kali jugak bukak jahitan sendiri..
lepas kena jahit malas pulak nak pi klinik untuk bukak jahitan....
bukak sendiri ja la...

Kak Yong ni makin nakai pulak dah spayed
patutnya makin malas....ni makin gemuk makin nakai..
adik2 dia Ngah ngan Chu pun sama.. makin nakai..






Dah sihat makchaq pi kelas masakan anjuran Jiran Wanita
belajaq masak mee rebus Haji Wahid & talam Tokyo
baru tau mee rebus johor ni bukan main renyah nak buat
orang rajin ja boleh..
padan la orang juai mahai..

Makchaq tak sesuai... pasai penyegan...
nak buat hat senang2 ja..

Sebahagian daripada peserta kelas
Cikgu yang hujung kanan
ada 2 orang Korea sebelah cikgu..ada pertukaran budaya
depa duduk dengan keluarga angkat (pakai tudung merah)

Tetamu diapit 2 orang cikgu masak
cikgu masak kami ni jiran kat sini jugak
depa memang pandai masak & ambik tempahan makanan/kuih
tapi rajin mengajaq sampai jiran2 pun boleh ambik tempahan jugak..
tapi makchaq tetap la jadi tukang beli/tukang tempah.. he.. he
bukan apa... tolong bisness kawan...

Sunday, February 9, 2014

UBAT.... TAK SUKA

Nafisah demam dah 3 hari
risau jugak takut denggi
esok nak pi klinik
harap-harap demam biasa ja la

Masalah anak2 makchaq ni pulak
memang payah sangat makan ubat
bila makan selalu muntah
dah la nak bagi makan punya susah..
semua pulak tu macam tu
dari Hadi sampai ke Nafisah
bila demam memang penat la dok lap/jaram
malam memang makchaq tak boleh tidoq

Makchaq kagum tengok budak senang makan ubat
anak penakan makchaq sampai kena sorok ubat
asai nampak nak makan.... walaupun tak demam/sakit

Hadi masa baby sampai doktor suruh bawak pi klinik
nak ajaq cara bagi makan ubat..

Bila depa picit mulut dia
dia ketap gigi
depa masukkan ubat dia sembuq habis
lepas tu muntah..
sama macam masa makchaq bagi jugak la..
last2 doktor pun surrender..

Alhamdulillah syukur anak2 makchaq masa kecik2 tak sakit teruk
batuk demam selesema tu ada la sekali sekala
tapi biasanya baik sendiri ja la...

Makchaq bawak pi klinik kalau depa demam lama
untuk check darah kot ada apa2

Antibiotik lagi la payah
Nafisah memang tak pernah makan
dari dulu makchaq memang dari malas nak bagi
kesian bila depa muntah teruk sampai lembik..

La ni depa dah besaq
kalau panadol boleh la jugak bila paksa2
tapi antibiotik.. memang depa tak makan

Kata arwah mak dan abah makchaq
"hang dulu pun serupa.. ubat secamca muntah sepinggan"

Awat la.. anak2 pi ikut makchaq..
kalau ikut pakchaq.. kan senang
tapi makchaq pernah jugak sekali makan antibiotik
nama 'penglobe' punya tak sedap bau dia..
tapi makchaq perabih jugak....
sekali tu ja la..lepas tu tak nak dah..

Doktor macam DZ & Dr Singa mesti marah kan..

  Makan mee ok.. ubat tak mau. ..

Tengok badan memang tau semua
kuat makan.. semua suka...
tapi mai tang ubat...
kalah...