makchaq baru nak ucapkan Selamat Hari Raya
nak mohon ampun dan maaf dari semua kawan2
atas semua salah silap terkasar bahasa dan tersilap kata
sepanjang dok menulis dan mengomen
Sebelum raya hari tu kalut sikit
tu yang tak dan nak ucap Selamat Hari Raya
dan mohon ampun dan maaf sebelum balik kampung
Jumaat sebelum raya balik Taiping
3 keluarga saja balik sebelum raya
Walaupun 3 keluarga saja yang balik (yang lain balik hari raya)
rumah nampak penuh sebabnya.....
rumah nampak penuh sebabnya.....
makchaq anak beranak semua gedabak2 (kecuali Nafisah ngan pakchaq)
posa pun tak susut.. maintain besaq2 semuanya
orang lain comei2, kami macam Giant.. tapi hati baik... macam Nobita he.. he..
![]() |
Semangat pakchaq & paktam perah nyoq, Hadijadi mandor, pakcik jaga api.. |
buat jugak lemang tepung..
dan rendang masak dalam buluh..
Makcik (berjeket biru) pandai buat lemang
dia la master chef..
kalau harap makchaq, buluh lemang pun tak berapa nak kenai...
kalau dah siap berlapik, boleh la nak tolong isi pulut..
kalau dah siap berlapik, boleh la nak tolong isi pulut..
Saja boh gambaq surau lama ni,
ada lagi kalok dok tergantung,
tapi tak tau la masih diketuk ke tidak
Malam Jumaat last terawih
kami terawih di sini, penuh surau ni
K

ramai yang dah balik kampung
Surau ni dah dicadangkan utk diturunkan ke bawah
tinggi....tengok tangga belah pompuan pun tinggi..
yang tinggai di kampung pun ramai dah berumuq
dah susah nak naik tangga tinggi...
lantai pun dah berderup derap uzur..
Mudah-mudahan diizinkan Allah perlaksanaanya...