Wednesday, January 29, 2014

SEMOGA YANG TINGGAI TABAH MENGHADAPI

Petang semalam lebihkurang pukui 6
makchaq terima sms suami sepupu makchaq meninggal
dapat berita jasad dah pun selamat dikebumikan
dalam kalut2 depa terlupa nak maklum kat makchaq
lepas solat maghrib makchaq dan anak2 bertolak ke Banting
sekadar ziarah orang2 yang ditinggalkan ja la..

Arwah meninggal sebaik selepas perlawanan badminton
arwah pengsan sebaik selepas perlawanan
kawan-kawan bawak ke hospital tapi masa sampai dah tak ada
serangan jantung..kata doktor la..

Menurut isterinya arwah memang selalu main badminton
isteri arwah baru dok cakap suruh main sikit2 sudah la..
"dah 5 orang kawan ayah meninggal lepas main badminton,
takut jadi kat ayah pulak.."
rupanya memang begitu jugak la tersurat ajal arwah..

Dalam 2 bulan ni dah 5 orang orang yang makchaq kenai kehilangan pasangan
mula2 kakak ipar kawan makchaq
suaminya meninggal lepas depa balik makan malam meraikan hari jadi arwahnya
lepas balik badan arwah tumbuh rashes, pi KPJ dengan anak sulung
isteri tak ikut sebab tidurkan anak bongsu..
tak sampai sejam rasanya dah tak ada..tekanan darah naik mendadak...

Lepas tu kawan sekerja makchaq
suaminya kurang sihat.. dah pi klinik..
malam tu tengok bola sama-sama
tidur pun depan tv ja...
esoknya masa nak kejut pi kerja dah tak ada..
kesian sangat kawan makchaq ni.. anak yg sulung baru 12 tahun
sampai sekarang masih tak dapat menerima.. asyik menangis ja...
dia kata rasa bersalah sebab tak jaga arwah betui2..

Minggu lepas hari Rabu
sorang pegawai IT kat office kami kehilangan suaminya
suami meninggal kanser
hari Khamis pulak pegawai  office makchaq
isterinya meninggal sebab pembuluh darah pecah darah beku kat otak

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali
masanya saja yang kita tak tau

Makchaq  hanya berdoa semoga roh arwah2 ditempatkan di kalangan orang beriman
dan mereka-mereka yang ditinggalkan tabah menghadapi dugaan..

Tuesday, January 28, 2014

TAK LAYAN...

Selamat Tahun Baru.. terlambat.. tapi baru Januari kira baru lagi kan..
dan Selamat Tahun Baru Cina.... advance sikit.. he he

Lamanya makchaq tak jenguk blog... 
lebih sebulan dah kot....
tak dak apa nak cerita.. tu yang tak jenguk2 tu..

Hari ni ada pulak nak cerita

Tengah hari tadi kawan makchaq ajak pi perodua showroom
dia nak tengok Alza
kami masuk.. sorang pun tak layan.. pandang donno ja.. greet pun dak..

Kami pi la dok tengok2 Alza yang dipamerkan
bukak pintu, tengok tempat barang, test2 duduk kat belakang.. 
test2 duduk kat tempat drebar etc..
orang2 kedai buat derk..ja.. yg duduk kat meja do mengadap komputer..
yang duduk kat kaunter pun buat tak heran... 

Lepas tengok Alza kami pi showroom Tan Chong
masuk2 teruih sorang budak Cina ucap selamat datang..
tanya nak bantu.... ikut.. bagi penerangan.. tolong bukak pintu kereta
suruh cuba duduk.. tunjuk kelebihan2 kereta tu..
siap offer untuk test drive lagi... (dapat la rasa naik GL tadi...)
kawan makchaq yang langsung Grand Livina tak dak dalam senarai nak beli
dah boleh terpikat.. dah dia rasa ok jugak kot GL ni.....

Makchaq pernah dulu ingat nak beli kereta wira
pi la nak tengok2.. showroom  melayu la kita pilih..
baru tanya2 harga
si penjuai ni teruih tanya.. " kak pakai kereta apa sekarang? "
bila jawab kancil.. 
dia kata " yang ni bayar bulan mahal kak..kancil tu akak bayar berapa? "
bila bagi tau 200 lebih selamba cakap.. 
" wira ni kalau akak ambik 10 tahun pun mahal dari tu kak....lebih 500...."

Berulang2 dok cakap bayaq bulan mahai.. macam kita tak mampu sangat....
apa punya berniaga kan...tak dak skill langsung....

Jauhnya... beza
orang Melayu ngan orang Cina berniaga
cara layan pelanggan... memang berbeza
memang la pada depa 
kalau hampa tak mau beli ramai lagi nak beli..
tapi kurang2 bagi la layanan sikit...